Showing posts with label Temerloh. Show all posts
Showing posts with label Temerloh. Show all posts

Tuesday, 25 February 2025

Singgah di Salai 'D' Kg Raja, Temerloh

Keluar dari homestay, kami terus menuju ke highway

Tiba² nampak kedai ni, seberang jalan.

 Sanggup u-turn ye sebab nampak ada itik salai 😁

Itik salai kegemaran kami. 
Ummi sejak kahwin dengan Walid baru pandai makan lauk itik. Dulu, Tok Ayah bila kami balik kampung rajin beli itik. Bukan itik salai, tapi asalkan itik family Jitra suka. 

Nampak bersih penyediaannya 👍🏻


Seekor RM50, depa tolong potongkan.
Senang kerja Ummi nak masak nanti.

Selain itik salai, ada juga ikan² sungai (dalam akuarium tu). Hari tu ada ikan patin dan talapia. 

Sampai rumah, tak sabar² nak masak. Maka terhasillah Itik Salai Masak Lemak.  Alhamdulillah puas makan bila masak sendiri ni... 

Ada separuh lagi itik salai ni cadangnya nak buat rendang untuk sahur 1 Ramadhan nanti إن شاء الله 

Wednesday, 19 February 2025

Menginap di Rumoh Singgoh, Temerloh


Disinilah kami menginap 1 malam di Temerloh tempohari. Pergi satu malam je, tapi ceritanya berminggu² haha... 

Rumah teres 1 tingkat, end lot
Ada 3 bilik tidur, 1 bilik air. 
Master bedroom ada aircond.
Harga RM180/semalam. Deposit RM50 dikembalikan selepas kita checked out, sekiranya tiada sebarang kerosakan atau pun kita patuhi segala syaratnya. Antara syarat yang diberi pastikan switch off peralatan elektrik sebelum check out dan buang sampah dalam tong yang disediakan di luar pagar. 

Lokasinya dalam 10 minit ke Pekan Sehari atau pun ke Kubang Gajah Water Park tu. Keluar hiway, jumpa homestay ni dulu baru jumpa bandar Temerloh. Tapi hari datang tu, dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah kami ikut jalan lama, jadi jumpa bandar dulu. 

Ruang tamu pun ada aircond 👍🏻
The boys usung tilam tidur depan ni je, main game dan layan Netflix. Ada WiFi disediakan. 

Sudut bertentangan ada meja makan. 

Yang ada aircond tu master bedroom.
Owner sediakan towel untuk setiap bilik. 
Selain tu ada extra tilam dan selimut. 
Very thoughtful 👍🏻

Rasmikan sejadah mini pemberian Cik As ni masa solat di homestay ni. 

Dapur; cukup lengkap segala perkakasnya. 

Mesin basuh pun ada.
Yang berpintu tu bilik air. 
Bersih sangatttt bilik airnya 👍🏻👍🏻👍🏻
Dan keseluruhan rumah pun bersih, kemas dan terjaga. Kalau ada yang nak bermalam di Temerloh ni, Ummi rekemen Rumoh Singgoh ni. Owner pun baik dan mudah sangat nak berurusan. 

Masa sampai di Temerloh dlm pukul 1 tu, owner mesej bagitau cara nak ambil kunci, password WiFi dsbnya. Ummi tanya dah boleh check in ke sbb ikut jadual pukul 3 ptg. Owner cakap, boleh rumah dah ready. Kan bagus kalau semua hotel/homestay buat gini. Bila rumah/bilik dah ready bagi je guest check in awal (at reasonable time la). Pukul 2 ptg pun dah cantik dah. 

Alhamdulillah dlm 2 jam gitu lepas checked out, dapat balik refund duit deposit RM50 tu. 

Terima kasih daun keladi, ada rezeki kami mai lagi 😊



Tuesday, 18 February 2025

Menyelam Bundle@ E-Bundle Vintage Shop, Temerloh

Petang hari sampai di Temerloh tu kami keluarlah bersiar di sekitar bandar. Nampak ada kedai bundle besar tepi jalan utama. 

Buka pukul 10 pg - 10 mlm. 

Tengoklah poster² ni, bukan kaleng² ye. Rasanya owner dia fan Gun n Roses, Iron Maiden semua tu la kot :)

Pilihan kasut banyak sangatttt...
Kasut sukan, kasut kerja. Harga ikut gred juga rupanya ye kasut² bundle ni...

Baju² pun banyak pilihan.

Takde yang Ummi berkenan. 
Tapi tak keluar tangan kosong, adalah juga hasil menyelam 👇🏻

Kasut Timberland Walid tu lawa, rezeki la saiznya match dengan Walid. Color dia unik dan nampak stylo
Sebelah tu kasut sukan Angah nak. Gred A harga RM65. Adik pun beli sepasang sports shoes yang harganya RM40, sama dgn harga kasut Walid. Kalau ambik lagi sepasang dapat dapat harga promosi RM100 utk 3 pasang. Tapi Ummi  takde yang berkenan, Abang pula takde saiz dia jadi tak dapatlah grab offer tu. 

Bila Google, terkenal rupanya kedai ni, khususnya bagi 'peminat bundle'👍🏻



Sunday, 16 February 2025

Splashing Time @ Kubang Gajah Waterpark, Temerloh

Selain dari Pekan Sehari yang menarik minat pengunjung khususnya kaum ibu, di Bandar Temerloh ni juga ada water park yang letaknya berdekatan dengan Pekan Sari tersebut. ±5 minit drive je dari Pekan Sehari tu. 

Welcome to Kubang Gajah Waterpark :) 
Lokasi di Taman Awam Kubang Gajah. 


Harga tiket dan waktu operasi. 

Informasi tiket.
Transaksi secara tunai sahaja. 

Kami sewa gazebo sekali, RM35. Duduklah berapa lama pun takpe. Boleh bawa masuk makanan. Kena bayar deposit RM50 atau tinggalkan lesen memandu sbg cagaran. Kita akan dapat kunci dan tikar 1 unit untuk dibentangkan dalam gazebo ni. 

Kunci yang diberikan tu bukan setakat nak buka pagar gazebo, tapi untuk on letrik dalam gazebo ni. Selain kipas angin ni, ada juga tali (?) untuk gantung buaian bayi dlm setiap gazebo. Memang nak suruh duduk lama la ni :D 

Jolok je kunci, macam bilik hotel dolu² :) 

Nak kata besar sangat tu tidaklah.
Depa kata Fantasia Jitra lagi luas tempatnya.
Tapi yang ini pun dah cukup luas dah utk anak² main air. Ramai tapi tak sesak. 

Angah dan adik² dia happy sungguhlah dapat main air gini. Abang dah tak minat tempat² gini. 

Bekal kami yang ni je, semuanya beli di Pekan Sehari tu. Masing² pun kenyang, baru lepas sarapan kan. Nampaklah ada pengunjung bawa rice cooker, bekal macam². Nak duduk lama kan. Surau, tandas, bilik salinan dan kiosk jajan/minuman pun ada dalam ni. Yang tak nak sewa gazebo, ada kerusi batu  disediakan.
 

Dalam pukul 11 kami bergerak balik ke homestay. Pukul 12 nak check out

Kubang Gajah Water Park 
NO 1, Taman Awam Kubang Gajah
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur 

Thursday, 13 February 2025

Hasil Pancingan di Pekan Sehari Temerloh

Tak banyak sangat pun barang yang dibeli di Pekan Sehari Temerloh ni. Trip kami ni lebih kepada revisit the place dan mencipta kenangan dgn anak⁴. Kali pertama datang dulu Abang baru 3 tahun dan Angah baru 8-9 bulan, memang tak ingat apa² pun. 

Ulam² ni antara barang rare Ummi beli :D 

Kacang Botor tu dah biasa la kan...

Daun Ketumbar Jawa ni boleh dimakan mentah atau pun dimasukkan ke dalam tomyam atau sup. Ummi dah try masukkan dalam tomyam, memang aromanya tu menambah rasa pada tomyam. Baunya lebih kuat dari daun ketumbar biasa. 

Biji Lada Hitam Ummi tengok di TT ada orang makan sebagai ulam jadi alang² dah terjumpa, Ummi beli sepiring. Terasa ye pedas lada tu bila kita makan. Gaul² dalam nasi dan ngap. Lada Hitam ni bagus untuk keluarkan angin² dalam badan. 

Pucuk Mata Itik ni Ummi baru tahu boleh dibuat ulam. Google tengok bagaimana rupa pokoknya sebab tak pernah dengar namanya. Rupanya pokok ni pernah je Ummi jumpa di rumah jiran/ saudara mara di kampung dulu. Dah tua² baru tahu boleh dibuat ulam rupanya. Dan mungkin orang kampung Ummi panggil nama lain pokok ni, sebab tu tak perasan akan wujudnya pokok bernama Mata Itik ni mas kecik² dulu. 

Ikan Salai. Tak ingat nama ikan tapi sedap bila digoreng garing, macam keropok rangupnya. 

Ikan Pekasam Pahang, kata penjual. Warnanya kuning² macam ikan dilumur kunyit. 

Rebung Manis, Pucuk Paku dan serai. 

Sayur Air Rebung Manis & Petola. 

Hidangan makan malam balik dari Temerloh itu hari. Telur itik tu pun beli di Pekan Sari, tak sabar nak makan telur itik kampung terus rebus :) Makan telur itik letak kicap ni favorite Ummi dan arwah Tok :) 

Lain² tu adalah beli kerepek, kuih muih untuk kudap². Tu je kot... 


Wednesday, 12 February 2025

Temerloh Kami Datang!

Dari Kuala Gandah, kami ke Bandar Temerloh, nak buru patin tempoyak :p

Ikut jalan dalam, dalam 30 km rasanya. 
Sayang, kami terlepas peluang nak berhenti di Titik Tengah Semenanjung untuk merakam kenangan di situ. Ingatkan sekadar gelaran untuk Temerloh, rupanya ada monumen yang dibina di titik koordinat tersebut. 

Kami sampai di Bandar Temerloh sekitar jam 1.50 ptg. Cuaca panas berdenting, trafik pun sesak. Pusing² nak cari tempat makan, tapi dek kerana sesak dan panas membahang, tak jadi nak makan di kawasan medan selera tepi sungai ni. Pusing² akhirnya kami singgah di sebuah kedai makan bersebelahan Masjid Ubudiah, Batu Satu. 

Kedai biasa je tapi makanannya sedap² 👍🏻
Ikutkan Cik Ayu dan Mama Nurin ada bagi cadangan kedai² makan sedap di Temerloh ni tapi kami main terjah je masuk sini. Malas nak ke kedai² viral peak hour gini, plus cuaca panas lagi. Perut pun dah mula lapar, pukul 2 dah kan...

Patin Tempoyak hanya tinggal kepala 2 ketul.
Tak cukup, Ummi ambil juga bahagian isi ikan patin goreng balado. Ambil juga ulam pucuk ubi dengan sambal belacan. Menangis makan; sebab sedap dan pedas kaw² 😂

Otw nak ke homestay, singgah beli Coconut Shake Bossku. Lega tekak dapat minum CS ni. 

Yang depan original, untuk Ummi. 
Yang lagi 2 CC Special, ada sirap coklat dan taburan kekacang utk anak⁴. 
Beza harga singgit je. 

Sebelah petang kami keluar semula ambil angin di tepi sungai. Teringin juga nak naik bot tapi ramai orang, plus dah lewat petang. 

Jadi kami jalan² ambil angin je... 

Pokok Hujan-Hujan ni dah berusia lebih 100 tahun. 

Ummi, moon 👆🏻

Ada car boot sale depan Petronas tu...


Dah nak Maghrib jom la balik ke sarang...

Sempat lagi 'tersesat' di kedai dua ringgit pat kupang ni. Beli tissue, wipes, plastic sampah semua untuk kegunaan di homestay. Barang² gini beli je, kalau tak guna pun takpa, boleh bawa balik ke rumah sendiri. 

Tapau dinner di kedai ni. 

Sedap dan besar portion makanannya. Setiap bungkus tu boleh share 2 org. Alhamdulillah kekenyangan. 

Lepas makan solat semua, Ummi masuk beradu. Tak sabar nak tunggu esoknya 🤗