Showing posts with label Bekal. Show all posts
Showing posts with label Bekal. Show all posts

Friday, 21 August 2026

Last Minute


Hampir² Adik terlepas kelas pertama tuition online anjuran PIBG dengan kerjasama sebuah Pusat tuition ni. Takde update apa² jadi kita relax je la. Hinggalah dekat Maghrib semalam tiba² PIC share details kelas. Kelas akan bermula jam 8.00 malam. Barulah kalut Ummi pun nak regi Adik 😅 

Sebabnya dah jawab survey sebelum ni, masih memikir nak regi Adik atau tidak. Ummi ingat depa akan contact semula untuk confirmation dsbnya. Sehari sebelum pun parents diminta vote untuk pilihan waktu kelas. Then, senyap gitu je. 

Kelas pertama, subjek Sains. 
Adik dah makan laksa balik sekolah, jadi tak la lapar wpun belum dinner. Tapi, tengah² kelas tu dia minta nasi jugak 😁

Ummi Walid pula masa dinner sembang² la macam biasa. Walid bagitau dia ada meeting back to back dari pukul 10 pg - 5 ptg keesokan harinya. Jadi Ummi suggest bawak bekal nasi la. Jimat masa dan boleh rehat lama sikit lunch time tu. 

Makanya, sementara nak tunggu Azan Isyak, tenggek periuk masaklah kari ayam untuk lauk Walid esok. Kari ayam kerisek, tanpa santan. Mujurlah ayam tak beku sangat, baru masuk freezer lepas masak lauk dinner tadi. 

Bangun pagi masak nasi, goreng telur dadar dan masak sayur; pak choy bawang putih. 

Alhamdulillah walaupun last minute, Adik sempat joined tuition dan Ummi sempat masak lauk untuk bekal Walid. 

Tuesday, 7 July 2026

Catatan 21 Muharram 1448H

Tq legend 👏🏻👏🏻👏🏻

Bekal untuk Walid hari ni nasi putih, ayam masak lemak dan kobis goreng telur. Terjaga 5.15 pg, alhamdulillah sempat masak nasi dan goreng sayur. Ayam masak lemak tinggal nak panaskan je. 

Beli pisang nipah untuk buat pisang goreng. Simpan berhari², masak ranum dan lembik pulak isinya. Jadi Ummi buat cekodok Pisang je la. Bancuh adunan sebelum keluar ambik Adik, balik tu baru goreng cekodok. Naik elok adunannya. 

Penutup untuk satu hari lagi yang baik dan lancar. Alhamdulillah. 







Saturday, 11 January 2025

Bekal UPKK Kakak

Meneruskan tradisi bekal sepanjang anak² exam besar, Ummi sediakan juga bekal lunch untuk Kakak sepanjang 4 hari UPKK minggu lepas. 

Day 1 ~ Ayam Ungkep, Bayam Tumis, Tembikai & nasi putih. 
Jam tu Kakak tertinggal. Ummi hantar sekali bekal. Mujurlah exam sebelah petang. 

Day 2 ~ Tomyam Ayam, Telur Dadar, Kangkung Tumis, Tembikai dan nasi putih.

Day 3 ~ Cencaru Goreng Bawang Kicap, Sambal Bilis Kentang & Kobis Panjang Masak Lemak Putih. 
Buah Ummi singgah beli jambu batu dan nenas potong tepi jalan sebab stok buah habis. 

Day 4 ~ Ayam Buttermilk, Telur Dadar, Salad & Timun, Buah Mata Kucing & nasi putih. 
Bekal ni Kakak share dgn geng² dia juga. Ummi pun letak lebih juga lauk², buah² tu... 

Setiap bekal ni Ummi sertakan sekali air Yasin. Mudah-mudahan terang hati Kakak ye 😁

Alhamdulillah selesai misi untuk raikan Kakak macam Abang Angah dulu. 

My delivery girl 💪🏻 
Adik dan semua murid selain T5 balik pukul 12 sepanjang UPKK. Jadi sempatlah Adik tolong passed bekal tu kpd Kakak. 




Saturday, 28 December 2024

Bekal Nov & Dec 2024

Entry ringan² di hujung minggu. Plus busy Abang Angah nak balik asrama hari ni 🥹

Menu wajib cuti sekolah; Nasi Lemak Ummi. 
Ini bekal Kakak ke tuition UPKK. Hari ni last day dah tuition. 6.1 ni dah start exam. Doakan Kakak dapat 9A 🤗

Roti Telur ala Kak Iqa. Satu utk Walid, satu utk Kakak. 

Nasi Goreng & Telur Mata.
Mood rajin, buat kopi ais sekali utk Walid. 

Nasi putih sambal bilis, bekal tuition Kakak. 

Salad Telur dan lauk daging kot... Lupa dah 😅

Nasi Goreng & Nugget.
Kakak ni suka makan sayur, ada timun pun takpa dah. 

Nasi Goreng dgn Onion Pakora dari Bananabro. Lebih banyak masa makan tu, kami tapau bawa balik. 

Bekas Kakak ni dah patah tangkainya. Berbaloi jugalah beli sebab dia guna sepenuhnya. 

Saturday, 9 November 2024

Bekal Tuition Kakak (Okt)

Kakak pergi tuition bawa bekal sekarang. Dah jemu order dekat tuition center katanya; asyik rotate menu sama 🤭 Lepas tu kadang takde sayur. Dia suka makan sayur, macam Ummi. Takde sayur rasa tak lengkap juadah. Jadi, Ummi raikan permintaan dia, sediakan lunch box untuk dia start minggu ke-2 Oktober. 

Nasi dan lauk lebih sikit utk dia share dengan kawan². Ada kawan dia tak bawa bekal dan tak order food dengan tuition center. Makan pagi je. Nak bertahan hingga petang, lapar juga tu. 

Selalunya Ummi masak pagi² untuk Kakak, nak melawat Abang Angah pun bawa menu sama jugalah. 

Tambah lauk ayam goreng, kesukaan Angah. Dia ni kalau tau Ummi Walid nak melawat dia, sanggup skip lunch. Nak makan masakan Ummi ☺️ 

Minggu last Oktober takde tuition, jadi takde la bekal :) 



Friday, 4 October 2024

Sarapan with Simple Wrap


Hari ni Ummi buat simple wrap untuk breakfast. Kakak makan siap² di rumah, Walid bawa ke ofis. Adik makan nugget je 2 ketul. 

Steps in preparing a wrap; 

1. Panaskan wrap (tanpa minyak) sekejap hingga keperangan, jangan garing nanti susah nak lipat.
2. Toreh 1 bahagian wrap tu hingga ke tengah macam gambar 👆 
3. Letak bahan pertama. Seeloknya letak salad/sayur utk bahagian pertama ni, sebab bila dilipat nanti salad/sayur akan berada di bahagian tengah wrap. Lipat bahagian pertama.

4. Letak bahan kedua. Ambil bahagian sayur dan lipat ke arah bahagian telur. 

5. Letak bahan ketiga. Bahagian sayur dan telur tadi tindihkan ke atas bahagian nugget ni. 

Siap! Boleh kemaskan dengan lidi pencucuk. 
Letaklah sos @ mayo, atas setiap bahan tu supaya adalah rasanya. Atas telur Ummi letak juga serbuk black pepper. Ikut citarasa masing². Bahan² wrap pun terpulang, seeloknya ada sayur, protein...  

Sedap dan mengenyangkan tau makan wrap ni. Ummi guna Roll-up Wraps Gardenia. 

Selamat mencuba 🤗



Friday, 28 June 2024

Bekal 10-14.6.2024

Koleksi bekal Kakak  minggu sebelum cuti raya haji... 

Bekal 10/6

Bekal 11/6

Bekal 12/6

Bekal 14/6

Bekal 14/6 

Minggu selepas raya haji tu dia tak nak bawak bekal, nak beli di kantin pulak. Okay jugak sebab Ummi pun nak kumpul balik idea dan kerajinan. Cuti raya haji kan sampai Selasa, 2 hari tak payah bangun awal memasak, sempatlah jadi malas haha... 

Minggu ni pula dia bawa bekal ringan² je; sandwich telur, sosej, scrambled eggs gitu² je...lepas tu Khamis semalam dia nak Nasi  Lemak Sotong. 

Asalkan Kakak bahagia ☺️



Friday, 7 June 2024

Bekal 4&5 Jun 2024

Isnin cuti Bday YDPA Agong, Khamis takde air jadi 2 hari saja Kakak bawa bekal. 

Selasa ~ Nasi Goreng + Telur Rebus

Rabu ~ Wrap Telur. 
Simple je sebab takut air habis masak beria², nak basuh kuali dsbnya 🤭

Minggu depan nampaknya kena rajinkan balik diri :D Minggu ni buah dan snack pun takde. 

Monday, 27 May 2024

Bekal 20-24 Mei 2024

Isnin cuti KAMIL, Rabu cuti umum hari Wesak. Selasa tu Kakak bawak bekal... 

Lauk dinner ada baki seketul je, bolehlah kan... 

Beli lunch bag baru dekat Mr DIY. Tengok dekat TT ramai pakai beg macam ni sekarang. 

Bergaya hehe...

Untuk Walid. 

Untuk Ummi, buat cekodok je ...

Hari Khamis Kakak tak nak bawa bekal sebab nak celebrate bday Nuha dekat sekolah.

Untuk Nuha, lunch box sebab Nuha pun suka bawa bekal. Satu lagi hadiah utk Aufa, belikan dia earphones. 

Jumaat memang tak bawa bekal. Ni cuti sekolah, cuti jugalah projek bekal.

Friday, 17 May 2024

Bekal 13-16 Mei.2024

Bekal Kakak Isnin -Khamis minggu ni... Dia request nak bawa nasi putih jadi Ummi selang-selikan nasi putih dan makanan lain. Adik masih ikat kontrak dengan Nasi lemak Acik Tepi Sekolah, jadi tak nak bawak bekal 😆 

Nasi Goreng, Nugget & Tembikai.
Nugget tinggal 3 ketul, dapatlah sorang seketul Adik, Kakak & Ummi :D 

Nasi Putih, Ayam Masak Halia & Scrambled Egg.


Nasi Putih, Cendawan Balak w Sos Tiram, Ayam Goreng Bawang Putih, Betik & Kuah Lemak. 

Minggu depan Insha Allah Walid will join #teambekal 💪

Saturday, 11 May 2024

Bekal 6-9 Mei 2024

Lama betul bercuti dari bawa bekal anak² ni... Bukan apa, lepas buka sekolah bulan 3 hari tu puasakan, lepas tu raya... Minggu lepas baru mula balik projek bekal ni. Lama dok kumpul kekuatan haha ... Ini pun akhirnya terinspirasi dengan post Irene Nadia di TT; Bekal 4 Beradik. Sama dengan SRAI, sekolah anak⁴ beliau pun lunch provided tapi anak⁴ beliau still request bekal setiap hari. 

Kakak je yang rajin nak bawa bekal sekarang. Adik taknak sebab everyday nak beli nasi lemak telur rebus Acik tepi sekolah tu. Untuk lunch, makan nasi yang kantin sediakan. Bekal ni untuk makan waktu rehat pertama. 

Nasi Goreng & Ayam Goreng Crispy (dalam nasi goreng tu). 

Nasi Lemak, telur puyuh, telur dadar dan ayam bakar baki dinner. Buah Oren untuk Kakak. 

Sebab ada nasi lemak, Adik pun nak bawa bekal hari ni. 

Mi Segera Goreng w Nugget. 
Gambar gelap tak cukup cahaya :p

Egg Mayo Sandwich.
Buah Oren hari² selagi tak habis 😁

Jumaat tak bawa bekal, bagi peluang Kakak beli food di kantin. 

Moga² Ummi istiqomah 💪