Wednesday 31 March 2021

Sibuk sikit la...

Rata-rata geng mak-mak sibukkan minggu ni. Anak-anak yang bersekolah menengah akan kembali bersekolah secara bersemuka. Yang tinggal di asrama pun akan kembali ke asrama hujung minggu ni. Anak-anak f1 macam Abang pun akan ke sekolah masing-masing buat pertama kali. Yang berjaya ke SBP daftar pada 6/4 manakala MRSM pula 7/4. Lebih kurang seminggu je lagi. Puasa di asramalah anak-anak ye tahun ni 🤗

Ummi pun cuti sekolah ni memang fokus urusan persekolahan Abang je. Kelmarin uruskan pemulangan buku teks dan 'potong nama' di SAM. Urusannya sekejap je tapi nak ke sana yang ambil masa, 1 1/2 jam juga. 

Comel je nama borang ni... Borang Bersih Diri Pelajar ☺️

Selain serahkan buku teks, salinan surat tawaran SBP juga perlu diserahkan kepada SAM untuk rekod depa. 

Sampai di Gombak, terus ke masjid pula mengadap nazir masjid untuk sahkan segala dokumen berkaitan, kemudian buat medical check-up. Sehari suntuk juga selesaikan urusan ni. 

Waktu operasi Masjid Al Khariyah. 


Medical check-up @ Mediviron Prima SG.

Itu urusan di luar...di rumah pula sibuk menguruskan kain baju, buku-buku dan segala perkara yang berkaitan seperti gosok baju, label baju dsbnya... 

Iron on label Ummi tempah online, lepas Abang dapat offer SAM dulu lagi. Sekarang nak masuk asrama baru letak label. 


Buku aktiviti siap balut. 

Inipun ada beberapa item belum ada antaranya kasut prep. Kasut di Bata tu habis diborong orang! Harap adalah rezeki hujung minggu ni nak cuba cari lagi... Demand anak sorang ni, ajak cari di Yebeng taknak. "Bata lah best sikit Ummi" 🙄 Sebenarnya dah jumpa kasut yang berkenan tapi takde saiz. Worst case scenario, beli je kat kedai biasa sebab sayang pula kalau nak lenjan kasut sekolah (kasut kulit hitam). Lagipun kalau dari pagi hingga ke malam berkasut kulit tak selesa juga nanti. 

Nak kasut ni lah...

Alhamdulillah Abang dapat offer awal, masa result keluar 19/3 lepas. Banyak masa untuk buat persiapan. Ada juga anak kawan dapat offer hari ni (selepas rayuan) tapi tarikh regi sama juga 6/4. Agak kelam-kabut juga nak buat persiapan. Apapun syukur dah berjaya dapat tempat. Yang masih menanti tawaran, Ummi doakan dipermudahkan urusan mereka semuanya. 

Tuesday 30 March 2021

Restoran Temerloh Catering, Shah Alam

Keluar dari Pustaka Raja Tun Uda, terus kami ke Restoran Temerloh Catering yang terletak berhampiran, di Seksyen 13 Shah Alam. 


Peak hour, ramai sungguh orang. Sampai terduduk di meja reservation haha... Mujur staff efficient, cepat je dia carikan meja untuk kami. 

Restoran ni di corner lot, jadi ruangnya besar. Kedai bersih, service pun cekap. 

Lauk-pauk pun dah banyak yang habis... 

Dalam bekas plastik tu sambal belacan dan sambal tempoyak. Walid ambil sambal belacan. Ummi teringin sambal tempoyak tapi takde geng makan, tak best :( 

Ikan pekasam ni pun dah ok bagi Ummi. Telur dengan ayam tu untuk suapkan Adik. Sengaja pilih nasi kosong begini je sebab nak menikmati ikan pekasam tu. 

 
Di depan kedai ada jual cakoi. Nampak tu hantu cakoi tengah beratur, sanggup que tengah panas :p Padahal dah kenyang makan nasi... Angah memang suka makan cakoi, satu set 5 ketul tu dia sorang je. 

Kalau ke Seksyen 13 jangan lupa singgah di sini ye. Makanan sedap, harga berpatutan, kedai besar dan staff ramah dan cekap. 

Restoran Temerloh Catering
No 86 Jalan Renang 13/26
Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Sunday 28 March 2021

Bestnya Pustaka Raja Tun Uda

Besar biji mata Kakak bila Walid cakap kita pi library nak? Sebelum ni kami regular patron di PPAS Selayang. Tapi, sejak PKPB bulan 10 tahun lepas yang dilaksanakan di KL/Selangor, memang tak pergi library-lah.
Tanpa dirancang, kali ni kami terjah Pustaka Raja Tun Uda (PRTU) yang terkenal tu. 

Public parking agak jauh tapi sebagai kemudahan, disediakan khidmat buggy untuk para pengunjung. Bayaran parkir RM2/entry. Parking luas dan sistematik. 

Buggy's waiting area. 
Pernah nampak mesin air di parking zone? They have it here :)  

Kami hanya ke Kid's Zone. Memang heaven tempat ni, bukan saja untuk anak-anak. Mak ayah pun boleh bersantai baca buku sambil monitor anak-anak. Actually tempat ni kanak-kanak bebas bermain, berlari, bergolek bawah pokok besar ataupun membaca. Susun atur dan dekorasi sangat menarik, selesa dan kid's friendly. 

Ummi lepak sini baca paper... Ada story pasal Neelofa nikah :D 

View cantik...
Dalam ni juga disediakan tandas dan breastfeeding room. Bersih dan terjaga bilik airnya. Wangi kata Abang :) 

Selain buku sumbangan cucunda Sultan, ada juga buku sumbangan Lembaga Zakat Selangor. Ada lagi kot sumbangan institusi lain, Ummi rasa...

Ini main library... 


Kalau ikut direktori tu, ada 4 tingkat. Ada cafe juga tapi tak pasti area mana. Katanya kena jalan keluar sikit. 

Waktu operasi 

Lokasi perpustakaan ni terletak berhampiran Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Masuk ikut entrance yang sama. Depan library ada banglo 3 tingkat. Harga minima RM 2.5 juta. Saja share info yang  adik buggy bagitau kami haha... 

Cuti sekolah dah mula... Jomlah bawa anak-anak ke PRTU 🤗

Friday 26 March 2021

Lucky Box Sabella

Terjebak juga akhirnya dengan Sabella ni😅 Sebelum ni jeling-jeling je tengok Makcik dan Maksu pakai haha... Tak terbuka hati pun nak beli.

Hinggalah suatu hari... Nampak ada offer Lucky Box Sabella. Kebetulan birthday Ummi masih 'panas', kenen-kenen dengan Walid dapat sekotak! 

Dapat 4 pasang baju kurung + 2 tudung bawal bercorak. Konsep lucky box ni cuma boleh pilih size baju dan size tudung (bidang 45" atau 50"). Baju randomly selected by Sabella team. 

My lucky box...
Yang kuning hujung tu old pesen sikit 🤭
The rest are ok for me. 

Review;
1. Selesa pakai baju Sabella ni sebab kainnya sejuk. Kain jenis moss crepe rasanya. Cuma jangan beli ngam-ngam size kita supaya tak melekat di badan walaupun kainnya jenis memeri. Cutting baju jenis loose. 
2. Warna cerah agak jarang. Ummi dapat warna peach sepasang. Sesuai pakai untuk event malam atau kalau siang, pakau inner lebih selamat.
3. Tagline Sabella benda tak payah gosok, buat apa nak gosok... Tapi Ummi gosok juga esp baju plain. Nampak kedut-kedut tu lepas basuh. Kalau yang bercorak oklah tak gosok, tak obvious kedutannya. 
4. Waiting time lama... 2-3 minggu. Walaupun seller dah bagitau awal, tiap-tiap hari jenguk juga ke pintu bila dengar despatch datang. Dia bagi salam kat rumah jiran pun Ummi terpa buka pintu 😂
5. Tudung dia best! Kain cotton, senang bentuk. Kalau ada bidang 60" lagi best. 

Rupanya bukan Ummi sorang yang sambar box ni.. Maksu lagi awal tayang koleksi Lucky Box dia :D 

Tudung dia lagi lawa huhu... 

Secara keseluruhan Ummi selesa dengan jenama ni. Rasanya baju raya nanti pun beli Sabella kot :p 


Tuesday 23 March 2021

Abang ~ Pengalaman Temuduga TMUA di SMAKL


Walaupun by now, tawaran kemasukan ke SBP/SMKA dan sekolah khusus lain dan MRSM dah keluar, Ummi nak coretkan juga kenangan Abang attend iv TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) di SMKA Kuala Lumpur (SMAKL). 

Sepatutnya calon yang mohon SMKA akan sit for an exam, Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA) selepas PKSK. Tapi mungkin disebabkan PKSK tu banyak kali ditangguhkan sebab PKP, PKPP, PKPB dan sewaktu dengannya maka PMAA ditiadakan. Mungkin kesuntukan Masa jadi calon yang memohon TMUA terus dipanggil temuduga. 4/3 keluar memo, 10/3 tarikh iv AbangQuite last minute tapi mak ayah batch Corona ni dah terbiasa rasanya dengan perkara sebegini. Banyak kali dah kami alami perkara seumpama ini. Kita chill je. Tapi, quite challenging nak kekalkan semangat Abang. Dia dah 'letih' dan ujian itu, ujian ini, iv situ, iv sini. But I asked him not to simply give up. Manatau ada rezeki Abang...Aunty Shaz pun ada titipkan pesanan "ini yang last dah, Fawwaz buat betul-betul". 

Dia punya tahniah tu buat kita di awangan. Rasa macam dah dapat offer tau!

Ahad sebelum iv tu pergi recce sekolah. "Abang nak masuk sekolah ni lah Ummi, dekat". SMAKL ada dalam senarai permohonan kami tapi tak semestinya akan dapat di situ. Tapi, Ummi ambil kesempatan juga tiup semangat, suruh dia buat sebaik mungkin dan bagi lulus iv ni. 

Pagi tu Abang pergi berdua Walid je. Ummi uruskan Adik. Lagipun hanya calon sahaja dibenarkan masuk ke sekolah. Ibu ayah dropped off anak-anak dan jemput bila selesai iv. 

Suka tengok pic ni. Masjid Imam al Ghazali, berhampiran sekolah. Depa lepak sini dulu sebab sesi Abang pukul 9.30 (sesi kedua). 

Masuk bilik kuarantin, hafal dalam masa 30 minit kemudian dipanggil untuk tasmik. Dapat Surah Yusuf, tapi tak ingat ayat berapa. 8 baris ayat tak silap. Sangkut-sangkut juga hafazan Abang. Kemudian ustazah tanya juga pasal latar belakang, minat ke tak dgn hafazan, kenapa nak pilih SMKA (kalau dapat) as compared to current school... Jujur Abang jawab; sebab dekat 🤭 Dekatlah sebab sekolah sekarang anggaran 2 jam juga perjalanannya.  

Alhamdulillah dalam sejam dah selesai. Kata ustaz, tak ramai yang hadir hari ni .. 
Mungkin ada yang dah dapat tawaran lain seperti SMISTA yang result-nya keluar 3/3. 

Alhamdulillah berakhir sudah semua sesi ujian dan temuduga untuk Abang ke secondary school. Merasalah iv bersemuka dan secara maya Abang ni. 



Pengalaman Abang juga sebenarnya pengalaman untuk kami suami isteri. Banyak perkara baru dan pertama bagi  kami juga sebab Abang anak sulung. Moga penat letih jerih Ummi Walid ni dihargai oleh Abang (dan anak3 lain). Moga ianya juga jadi asbab kejayaan anak-anak. Aamin. 


Monday 22 March 2021

Happy 10th Birthday Angah!

Uish 3 hari 3 malam sambut birthday dia kali ni :D 

Jumaat

Siapa bagi kek ni Angah?
Tu, abang tu... (Sambil tunjuk pada delivery man). Lurus bendul haha....Sebetulnya Maksu yang buat surprise untuk dia ☺️ 

Tq Maksu 😘

Sabtu
Birthday dinner di Wira Seafood, Sri Gombak. 

Ahad
Ummi masak spaghetti carbonara untuk lunch. Pastu beli mango, favorite dia. Itu je lah... 

Sebab dah potong kek, Ummi ordered cheese tarts je kali ni. Cheese tarts tu Ummi tempah lebih, untuk kawan-kawan sekelasnya.  

Credit: Berry's Paradise Kitchen 

Banyak pula hadiah dia dapat... Masakan tidak, satu taman agaknya dia bagitau pasal birthday dia haha....

Cik Aida jiran baru bagi donuts & bomboloni 😋

Adim bagi baju, Aunty Farah & Cik Leha bagi angpow.   

Lumayan betul rezeki dia. Suka senyum kot...

Dengan Ummi dia requested nak beli pistol manik dekat Baboo... Ummi bagi duit je, Angah nak beli sendiri. Demand 🙄 haha...

Mujur minta yang murah-murah je :D 

To Angah; 

Sunday 21 March 2021

Rodeo Steak House & Grill,, Prima Sri Gombak ~ Dinner sempena Bday Tok Ayah

Family Jitra ber-shell out lagi di rumah Tok Umi sempena birthday Tok Ayah. Mungkin taknak kami terasa hati, Tok Umi minta Ummi order shell out juga. Tapi, sebab baru je Ummi buat shell out minggu lepas, kami pilih menu Western untuk raikan permintaan Tok Umi. Tok Umi yang nak  sponsor pun :D 

Kami ke Rodeo Steak House di  Prima Sri Gombak. Pilih yang dekat je sebab esok hari sekolah. 

Menu masing-masing pilih...


Abang dah tak suka bergambar ... Dah besarkan :p



Pilihan Walid (atas) dan Ummi... Spaghetti Bolognese ni tapau bawak balik. Habiskan makanan anak-anak dulu...

Tak tahulah sebab penat ke, masih kenyang ke, tapi semua makanan ni rasa biashe-biashe je di tekak Ummi. Yang paling sedap and highly recommended pun chicken chop yang Kakak order tu. 

Walaubagaimanapun service, ambient kedai, layanàn staff semua memuaskan hati. Tempat tak crowded jadi selesalah nak makan. Dari segi harga juga berpatutan. Boleh datang dan cuba sendiri makanannya 🤗 

Selain menu Western, ada juga hidangan nasi putih dan lauk-pauk salai. Ini baru ni...first time datang dulu takde set nasi putih ni. 

Cantik hiàsan di dinding kedai. Ada topi koboi, pistol dan meaningful quotes yang dibingkai dan dijadikan hiàsan dinding. 

This one really captures my heart ♥️

Thank you Tok Umi belanja 😘

Rodeo Steak House & Grill
No 78 SG 3 Prima Sri Gombak
68100 Sri Gombak
Selangor