Thursday 29 February 2024

Renew Lesen Memandu

Boleh ye Ummi lupa nak renew lesen memandu, sebelum @ semasa birthday last week 😅

Jadi, awal minggu ni baru Ummi renew. Mujurlah tak kemana, sekadar ke masjid hantar Abang Angah solat Jumaat hari tu. 

Ummi renew di pejabat pos. Rupanya sekarang dah takde physical license, ada digital license (e-LMM) je. 

#LLM = Lesen Memandu Malaysia

Kena download MyJPJ Apps dan isi segala info yang diperlukan. Nanti klik pada profile nampaklah e-LMM kita tu. Ummi setelkan urusan di kaunter, masuk kereta, download apps pastu check profile dah siap dah e-LMM Ummi tu. Pantassss 👍

Ummi screenshot siap² e-LMM tu, just in case ada roadblock ke apa senang nak tunjukkan... 

Nampaknya sekarang banyak perkara dah berubah ke digital kan. Nak tak nak, kita pun kena adapt dengan perubahan dan perkembangan semasa kan... 



Kari Udang + Kacang Kelo

Jiran India kami, Aunty offer Kacang Kelo dari pokoknya. Barulah Ummi tahu orang India panggil kacang kelo, sedangkan kami panggil kacang munggai :D 

Dah siap potong...

Kacang Kelo yang belum dipotong, bergambar bersama maruku dan bahulu buah tangan dari cucu saudara.

Aunty pesan kalau nak simpan lama, cukup sekadar potong (jangan basuh), balut dengan suratkhabar, bungkus dgn plastik then simpan dalam peti ais. Kalau betul caranya boleh tahan berminggu² katanya. 

Ummi takde simpan², pergi pasar hari minggu terus beli udang. Bergulailah kita... 

Sambil tunggu Kari Udang + Kacang Kelo ni masak, Ummi sediakan Kerabu Pucuk Paku. Almaklumlah Kerabu Kacang Botor kita dapat pujian seisi rumah, jadi kita repeat dengan pucuk paku pula. 

Kasar lahai hirisan bunga kantan tu... Sebabnya bunga kantan tu frozen, dia jadi lembik dan liat. Pisau pulak tumpul kemain 😅

Siap! 

Jom...

Pinggan Ummi.
Makan ulam wajib ada ikan masin, modal nak tambah nasi :p 

Alhamdulillah, syukur selalu. 






 

Wednesday 28 February 2024

McMing, akhirnya!

Dari KL East Mall kami ke Ramly Halal Mart di Batu Muda demi merealisasikan hajat nak buat McMing :D Orang dah berzaman cuba, Ummi baru nak try 😁

Mama Pia, inilah barang yang Ummi & Abang pun shopping tu :p 

Patty burger tu beli 2; ayam dan daging. 1 pack ada 5 kpg je, kami 6 beranak... Tapi ngam lah dengan roti oblong tu, 10 pcs/pack

Balik rumah bergotong-royonglah dengan Abang menyediakan juadah ni...

Tadaaaa.... McMing versi ibu dan anak :D 
Makan sebiji pun tak habis ni, besaq! 

Resepi Ummi copy dari Mak Cella
Terima kasih daun keladi, lain kali kami copy lagi :D 

Siang dah makan nasi Arab, malam tu ingat nak makan lite² je ... Tapi, ada juga rezeki nasi Allah takdirkan untuk kami malam tu...

Ada jemaah surau buat kenduri malam Nisfu Syaaban tu. Makanya McMing tu Ummi makan ½ je, sebab tergoda dengan nasi beriani ni aha! 

Alhamdulillah, McMing is done




Tuesday 27 February 2024

Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024

Hampir terlupa dah dengan segmen Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024  ni. Kalau tengok balik dalam entry Pn Sharhanah ni, Ummi orang pertama komen nak join 🤭 Apa daya, terlupa sungguh! 

Syaratnya sangat mudah;
1. Follow blog Sharhanah   
2. Buat entry dengan meletakkan banner di atas dan pautkan.
3. Tinggalkan komen di bawah entry
4. Sertai segmen ini sebelum 3 Mac 2024.

Jom ramai² kita meriahkan segmen bloglist kawan kita ni 🤗

Lunch @ Qasar Balqis, Taman Melati

Lunch treat Sabtu lepas sempena birthday Ummi...


Sebelum pergi Walid buat reservation dulu. Nak walk in pun boleh sebenarnya, restoran dua tingkat; besar dan selesa berhawa dingin. Private room pun ada, caj lain agaknya. Masa farewell Ustaz GB SRAI dulu Walid pernah makan kat private room tu. 

Adik selfie dulu...
Belakang Adik tu staff sini,  tak sure they are Yemeni or people from other Arab region. Tapi, semuanya muka² Arab. Ummi ni terus feeling macam berada di Haramain ☺️ 

Kejap je tunggu, makanan sampai...

Hati Kambing. 
Dapat roti percuma untuk dicicah bersama. 

Main dish kami, Royal Mixed Grill
 
Katanya sesuai untuk 5-6 pax tapi portion-nya tak banyak sangat. 

Sedap memang sedaplah kan ... 

Walid top up lagi satu menu sebab semua macam tak kenyang je haha... Simpan perut dari pagi lagi ni, dekat pukul 3 baru lunch. Padanlah semua lapaq! 

Lamb Burmah. 

Set ni sesuai untuk sorang makan. Daging kambing dia melted in your mouth gitewww :p Sedap ya amat! 

Yang ditunggu², kunafa @ konafa... 
Sedap sangattttt! Alhamdulillah merasa juga kunafa yang katanya viral ni kan... 

Ratu Balqis kusyuk menikmati kunafa :p

Alhamdulillah kenyang perut, suka hati. Terima kasih atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan-Nya. 

Tq Walid belanja... Mudah-mudahan bertambah luas pintu rezeki utk kita sekeluarga 🤲

P/S: Alamat ada pada resit 👆

Memandangkan restoran ni berhadapan dengan KL East Mall, langsung terus kita ke KLEM pulak... 

Survey tiket Jungle Gym, mak ai mahainya ...

Takpelah diorang pun dah besar, lagi sesuai try aktiviti dekat Camp 5 sebelah tu rasanya. Tapi kena pre-book. Hari tu slot available time Maghrib, malaslah nak tunggu. Harga pun lebih affordable

Masuk Decathlon; Adik dan Angah masing-masing dapat bola sebiji, Kakak dapat jam seutas. Birthday Ummi tapi depa yang dapat hadiah 🤭

Selesai di sini, jom Ummi dengan Abang pulak nak shopping

To be continued ...

Monday 26 February 2024

Cucu Saudara in da House

Tengah beli Tealive tu Abg Anas call... Nak datang rumah jap lagi... 

Balik rumah Ummi cuma sempat masak wedges (guna air fryer) dan Abang goreng keropok. Tak sempatlah nak masak berat² pun, short notice :) Anak² buah Ummi suka macam ni tau, nak sampai baru call. 

Mula-mula  cucu² main Sahibba. Lepas tu Umar ajak Pakngah Nawfal main bola tepuk. Kata ibunya dari dalam kereta lagi dia dah sebut naik main bola tepuk dengan Angah. Dia ingatlah tu, tahun lepas datang rumah Toksu dia main bola tepuk :) 

Padang bolanya dah kena buang sebab dulu Tya terberanak atas karpet hijau tu huhu... 

Seronok betul dia main dengan Pakngahnya. Lepak macam taknak balik haha... Main, makan, mandi sambung main balik. Pukul 6.30 ptg baru gerak balik Kedah 😁

Nanti mai lagi tau! 




Sunday 25 February 2024

Tebus e-voucher Tealive

Abang ada e-voucher Tealive, jadi dia ajak Ummi ke Tealive Prima lepas solat Jumaat. 

Satu cup RM5, guna e-voucher tu... 
Ingatkan dia  ada duit, beria-ria ajak Ummi ke sini. Rupanya 'paw' duit Ummi juga :p



Lepas tu dia beli satu lagi harga RM7.90, then upgraded for a bigger cup for free. Yang big cup ni nak bagi pada Walid. Tapi Walid taknak, dia juga yang habiskan.  Yang Ummi punya pun 2 hari baru habis 😆 Anak⁴ je yang suka, kami berdua tak minat air mahal² gini :p



Parked kereta depan nasi bajet, eh tiga beradik ni nak beli nasi bajet pulak 😅 


Layan je lah kan, sambil² cipta momen dengan anak²...