Tuesday, 29 April 2025

Masak Asam Pedas Ayam

Yakin sungguh Ummi nak try pes asam pedas yang sangka Ummi ada dalam kotak Doraemon di dapur tu. Selongkar sana, selongkar sini nan hado. 

Sudahnya ambil cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas dan belacan sikit masuk dalam blender bersama minyak masak sikit, air sikit lalu dikisar halus. 

Panaskan minyak, masukkan serai yang dah diketuk dan bahan kisar tadi. Tumis hingga pecah minyak 2-3 kali pun takpe. Lagi sedap... 

Kemudian masukkan ayam dan air asam jawa. Masaklah hingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum, bunga kantan, biji lada hitam (stok beli di Pekan Sehari Temerloh  masih ada, dari buahnya hijau dah bertukar warna hitam :D) serta garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Renihkan seketika dan masukkan tomato. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api. Siap. 

Hasilnya 🫰🏻

Goreng juga ikan bawal dan buat cabai kicap. 

Sayur Sawi Putih... 
Ayam Masak Kicap tu Walid beli. 

Alhamdulillah. 

14 comments:

  1. Wahhh Dap nya Asam Pedas....macam Taufik ada penambahan letak daun Limau bagi ada bau sikit.

    ReplyDelete
  2. Adik2 SA suka asam pedas ayam,..tapi SA x suka..pernah la masakkan untuk diorang..psst PH..bunga kantan tu bukan bunga pandan...SA plak more to masak asam pedas ikan..x kisah ikan apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq² SA... Auto type kat phone la ni ... Sat nak pebetoi hihi

      Delete
  3. nieyl tak pandai masak asam pedas guna pes yang readymade tu.. benda mudah je kan..tapi mesti masak x berapa nak jadi hehehe.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya asam pedas ayam ni PH. Nak try buat lah.

    ReplyDelete
  5. sedapnya asam pedas! MZ tak reti masak asam pedas..pernah try tp mcm tak jadik (salah bahan ker tak tau la)

    ReplyDelete
  6. tk pernah lg mkn asam pedas ayam..sedap tu

    ReplyDelete
  7. Asam pedas tuh buat saya terliur pula. Apalagi sedang detoks pula hari ini 🀣🀣🀣. Mampu lihat sajalah πŸ˜„

    ReplyDelete
  8. Dulukan akak tak taupun ayam boleh dimasak asam pedas.. mak tak ajarπŸ˜…. Biasanya ikan je. Sekarang pun masih tak pandai guna ayam tapi Kak Widad dah buat. Sedap gak.

    ReplyDelete
  9. haha tanpa pes pun jadi juga asam pedas PH lagi power kan :)

    ReplyDelete
  10. Kalau takde pes Cie rela tukar menu lain. Hahaha. Tak biasa masak asam pedas. Takde peminat asam pedas kat rumah ni.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, sedapnya asam pedas ayam, mahu bocor periuk nasi ni, PH.

    ReplyDelete
  12. pergi umah SK di tanah jauhar tadi asam pedas telur mayong,singgah sini asam pedas ayam..huwaaa tertelan2 ayaqliur dah tengahari ni tengok asam pedas

    ReplyDelete