Showing posts with label Asasi. Show all posts
Showing posts with label Asasi. Show all posts

Monday, 20 July 2026

Abang | Airtangan Ibu

Ibu adalah panggilan buat Puan Pengarah Pusat Asasi. Beliau sendiri yang membahasakan dirinya Ibu. Watak beliau sangat keibuan, sesuai dengan panggilan Ibu tu. Namun di sebalik kelembutan seorang ibu, terselit ketegasan. Sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang ketua dan pendidik. 

Jumaat lepas Ibu meraikan anak-anak Asasinya dengan memasak. Seronoklah anak-anak ni dapat merasa airtangan Ibu. Sedikit sebanyak pasti terubat rindu dengan masakan ibu sendiri. 

Bukan biasa-biasa menu Ibu masak; patin masak tempoyak, sambal sardin, telur dadar dan nasi putih. Tengok senarai menu pun dah kecur :) 

Ibu bersama beberapa orang ex-students Asasi bergotong-royong memasak untuk hidangan ni. Anak-anak Asasi tak diajak sebab depa ada kelas tambahan Buddy Coaching sebagai persediaan untuk ujian (Test 1). 

Segar nampaknya ikan-ikan patin ni

Siap dah πŸ˜‹

Bukan setakat memasak, Ibu juga cedokkan lauk untuk anak-anak πŸ‘πŸ»

Alhamdulillah Abang sempat datang ke Dapur Siswa Madani di kolej untuk makan. Suruh bergambar dengan Ibu, tak sempat katanya. Malu la tu :D 

Alahai telioq tengok 😍

Ada yang bawa tapawΓ©, ada yang bawa pinggan... Semua puji masakan Ibu sedap πŸ‘πŸ» 

Tqsm Ibu menyantuni anak-anak kami πŸ’

# Credit photos to Ibu & Telegram Pusat Asasi. 

Tuesday, 23 June 2026

Abang | Hijrah Menuntut Ilmu

Abang dapat Asasi di sebuah universiti di Pantai Timur. Jauh merantau demi menuntut ilmu. Kira hijrah jugalah kan... Bertepatan pula dengan bulan Muharram ni, yang significant dengan hijrah Nabi SAW. 

Sebenarnya Abang dah mendaftar secara online awal bulan hari tu. Minggu pertama ada orientasi online. Minggu kedua start kelas online. Minggu ketiga ni baru daftar secara fizikal di Pusat Asasi (PA). Yuran pengajian untuk Semester 1 RM1449. Yuran ni termasuk asrama. Bayaran secara online sebelum mendaftar secara fizikal. 

Idola adik³ :)
Kebetulan Angah dan Kakak PB, dapatlah ikut.
6 bulan jugalah Abang duduk di rumah sejak SPM tahun lepas. 

Rizqi, ayahnya dan atoknya melambai dari jauh. Touching pulak, macam diiringi oleh lambaian ahli keluarga. Jiran pun ibaratnya keluarga terdekat kita kan? 

Sampai di Pusat Asasi (tempat Abang sambung belajar), tour dulu tempat ni. Sakan jugalah ambil gambar sebab takde orang time ni. Esok hari daftar confirm tak sempat dan segan nak berposing sakan :) 

Pukul 5 pagi Ummi dah touch up baju kemeja Abang. Tak boleh tidur sebenarnya, memikirkan anak bujang ni nak berkelana jauh dari Ummi. Takut overslept pun ye πŸ˜‚ 
Penat kan seharian atas kereta. 


Sesi pendaftaran Abang pukul 1100-1300. Bagus bila ada time slot begini, senang nak urus masa dan elakkan kesesakan. Mak ayah datuk nenek adik kakak semua boleh datang. Cuma untuk masuk ke dalam dewan pendaftaran, hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk. 

Pendaftaran simple je...
Serah borang BKA, dapat beg antaranya berisi  t-shirt, kunci bilik dan kupon makan untuk seminggu. Sebab orientasi online, jadi PA bagi kupon makan sebagai ganti. Kalau orientasi fizikal makanan disediakan sepanjang minggu orientasi. Selain pelajar Asasi, turut mendaftar hari yang sama ialah para pelajar Diploma. 

Dah dapat kunci bilik, jom la usung barang Abang ke asrama. Kerahan tenagalah :D 

Sulong perempuan ni memang boleh diharap 😘

Sebilik 4 orang. 
Macam berjanji pulak, semua pilih cadar warna blue black @ hitam. 
Semua dah diberi nombor katil, loker dan meja masing² jadi takde isu berebut katil. Tapi boleh tukar suka sama suka. Macam Abang, dapat katil atas. Tapi, request dengan roommates dia siapa nak tukar katil. Tq T, sudi tukar katil πŸ‘πŸ»

Katil Abang. 
Bantal kecik tu bantal Ummi. Buat ubat rindu katanya 😁

Depan bilik Abang ada bilik bacaan. Luas bilik ni. 

Selesai mengemas, acara bebas. 
Pukul 2 nanti masuk semula ke dewan untuk taklimat.

Aturcara program. 

Sesi bersama Puan Pengarah dan VC. 
Alhamdulillah selesai seperti dijadualkan. 

Semoga cemerlang ye Abang ❤️






Sunday, 21 June 2026

Catatan 5 Muharram 1428H I The D-Day

Tiba juga harinya πŸ₯Ή
Kami datang jauh² ni tujuannya nak hantar Abang masuk Asasi. 

Apa² pun kita isi perut dulu...

Breakfast like locals 😍
Malas nak keluar jauh dari homestay, warung pertama kami jumpa terus singgah. Warung ni jual nasi putih dan lauk pauk. Ummi tengok ada dah pelanggan makan nasi di sini. Target customer-nya students dan staff university berdekatan agaknya sebab nampak juga students datang tapau lauk dan staff tengah makan. 

Tiba masa untuk berangkat ke tempat pendaftaran. Banyak juga barang Abang. 

OOTD πŸ’›

Sesi taklimat dari Pengarah Pusat Asasi dan Vice Chancellor. Ada masa nanti Ummi blog pasal Abang masuk Asasi ni In Sha Allah. 

Selesai sesi pendaftaran, keluar cari minum petang. Kedai famous penuh pelanggan. Nak kena que panjang, bukan kerajinan kami :) Kami terjah saja mana² kedai asalkan tercapai hajat nak makan/minum petang. 

Ciptaan Yang Maha Esa yang tak pernah jemu dipandang dan dinikmati keindahannya. 

Indah berseri sang rembulan menghiasi langit malam 🀍
Janji dengan Abang nak jumpa semula lepas Isyak. Esok pagi² Abang dah start class

Bye Abang...
Belajar rajin² ❤️

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. 


Saturday, 20 June 2026

Catatan 4 Muharram 1438H I Bermusafir

Kabus dan awal tebal mengiringi musafir kami kali ini. 

Sebelum berangkat isi perut dulu di Jemuju Kasih. 

Berselera Angah menikmati bekal kek batik airtangan Ummi 😁
Stopped here for toilet break and recharge. Walid beli kopi panas, dah tertumpah pulak. Nasib dah biasa mengemop, pinjam mop dari cleaner lap la sendiri :D 

Lunch time!
Ada air menet (air bikarbonat/air gas/air botol kaca) ni. Kecik² dulu 3 kupang ja harganya. Beli di kedai Melor. Botol kosong tunggu Aziz Botol datang, jual dapatlah 5 duit ( 5 sen) satu botol. 5 sen tu boleh beli jajan masa tu. 

حي ΨΉΩ„Ω‰ Ψ§Ω„Ψ΅Ω„Ψ§Ω‡
Seorang Ummi suka bawa telekung dan sejadah sendiri bila musafir. Perangai anak bongsu, tak suka berkongsi :p

Geng Ummi 2 ketul ni, peminat durian
Beli sebiji je buat lepas hajat. Dapatlah sorang 2 ulas. 

Alhamdulilah sampai ke destinasi dengan selamat 🀲🏻

Malam keluar dinner dan beli barang sikit kemudian semua 😴😴😴
Letih, jauh perjalanan kami hari ni. 








Abang | Persiapan ke Asasi

Abang ke Asasi. 

Banyak juga persiapan nak disediakan. Walaupun Abang pelajar asrama dari F1 -F5, ada juga keperluan yang berbeza perlu disediakan.
 
Haluih bebeno tulisan tu pun πŸ˜…

Syukur, sekarang almost everything sold online. Jimatlah masa nak keluar masuk kedai. Tapi ada juga yang kena ke kedai fizikal contohnya pakaian Abang. Yang ni memang kena acu di badanlah. 

Antara barang² yang kami beli  termasuklah;

Charger laptop
Beli dengan seller yang Uncle Mi recommended. Charger asal laptop Abang dah terbakar. Again, sebab biar je charger tu tak cabut dari soket, panas dan terbakar. 

Set cadar jenama Kun. 
Warna cadar bebas. Abang pilih warna hitam. Mulanya Ummi tak terfikir pun nak beli secara online, tapi bila tengok Mama Iman beli, Ummi suruhlah Abang order. Material okay juga, cuma quilt tu nipis je la. 

Harga pakaian plus size ni tak murah ye. Dan nak cari pun susah juga. Kalau area Gombak ni boleh pergi cari dekat kedai belakang Ong Tai Kim. Nama kedai Big Player Clothing

Semua ni beli di Melawati Mall. 
Pakaian ke kelas smart casual kecuali Ahad dan Rabu kena pakai kemeja & neck tie. Kasut Abang saiz international, biasanya kedai Gatti ada saiz untuk Abang. 

Neck tie hitam untuk majlis ikrar. 

Setiap bilik 4 orang. Dibenarkan bawa cerek elektrik dan seterika. Max 2 unit untuk setiap item. Abang volunteer bawa kettle dan extension serba satu. 

Selain pakaian dan kelengkapan asrama, persiapan borang² juga perlu diuruskan dan diselesaikan sebelum mendaftar. 

Alhamdulillah, tak rumit sangat. 

Item #6. Pelajar Asasi yang layak boleh mohon Bantuan Kewangan Asasi (BKA) Universiti Awam. Rasanya bantuan one off RM2500/setahun pengajian. 

Satu lagi yang perlu dibuat sebelum mendaftar ialah buka akaun RHB. Nanti dapat kad pelajar bersekali dgn kad bank (2-in-1). Kad MySiswa ni katanya banyak kegunaan antaranya boleh beli tiket bas/flight/train dengan harga pelajar. Kad belum dapat jadi tak tahulah apa lagi kelebihan/kegunaannya yang lain. 

Abang belum genap 18 tahun. 
Selain documents ni, untuk yang belum genap 18 tahun, tak boleh activate online banking lagi dan had limit untuk pengeluaran duit guna kad tu RM200/day. Ini yang staff bank bagitaulah. 

Alhamdulillah selesai dah bab ni.