Saturday, 14 April 2018

Bersantai di Singgah Santai Resort, Hulu Langat




Cerita minggu lepas...
Kami sekeluarga joined family day anjuran ex-officemates Walid. Program santai-santai sesama staff je. Tak melibatkan HOD pun. Itu yang Walid, Syed bawa family masing2 ke sini. W/pun dah tukar tempat kerja, their friendship remains strong alhamdulillah.





Dari main road tu 2.5km ke resort (sebelah kiri) jika menghala Pangsun. 

Singgah Santai Resort ni terletak di Hulu Langat je. Cantik dan terjaga tempat nya. W/pun dibuka untuk public tapi tak crowded. Cuma ada 1-2 keluarga je yang datang mandi manda kat situ hari tu. Resort ni hanya dibuka pada sabtu, ahad & public holidays je. Even cuti sekolah pun waktu operasinya sama juga. Weekdays depa cuci kolam dan masukkan air baru ikut kata staff kat situ. Kalau nak stay situ during weekdays kena book minimum 5 bilik.











Ada 3 kids pools kat belah depan ni. Kedalaman berbeza dan suhu air pun berbeza; sejuk, suam & panas sikit.







Di seberang sungai, ada adult pool conjoined with another kids pool.

Seronok dapat gathering dengan depa ni. Tapi yang tak bestnya kami sekeluarga kurang sihat. Masing2 mengalami simptom food poisoning. Ada yang muntah, ada yang cirit, ada yang loya huhu...



Tengok lah betapa ting tong nya Umi hari tu... Boleh pulak Umi sarung selipar sebelah, sandal sebelah 😄😄😄

Kami lunch di cafe resort. Menu ala-carte. Selera makan memang takde tapi order jugaklah untuk alas perut. Cafe sebelah je dengan pool so Angah & Adik tak menyempat-nyempat makan terus duduk tepi kolam haha... Ikutkan outside food is not allowed tapi kami bawa juga bekal, lebihan breakfast tadi. Since kita stay situ, idaklah depa check beg kita pun. Kalau guest yang datang untuk mandi pool je memang tak boleh bawa masuk food.

Cafe
.


Ini bilik kami, family room (RM215/night). Ada 2 katil queen. Bilik luas & selesa. Ruang antara katil luas, muat kami solat jemaah kat tu. Bilik kami betul2 mengadap kolam, tingkat 1. Corner lot pulak tu haha...buka pintu terus nampak pool. Rasa macam nak terjun tiruk dari balcony bilik je 😎

Ada towel 2, telekung & sejadah serta 2 botol air mineral. TV channel Enjoi. Yang specialnya aircond 2 unit! Mula sampai kemain on dua-dua aircond tu. Memang sejuk tahap bekulah :p



Cuma water pressure kurang kuat. Ada shower tapi air ala2 gerimis mengundang je. Sudahnya kita tadah air dalam baldi je. Lagi puas mandi.. Baldi dengan gayung memang depa sediakan.



Malam tu ada dinner. Macam biasalah kami memang tak pernah ikut tema haha... Kita bagi chance je la orang lain memang best dresses. Umi pun time ni dah rasa seram sejuk. Ikutkan taknak join tapi Walid pujuk suruh tunjuk muka juga. Elok je nak makan kakak nak muntah. Mujur sempat sampai bilik. Lepas tu Umi stay kat bilik je la. Tapi boleh dengarlah depa dok riuh rendah di hall. Ada acara tukar2 hadiah dan karaoke session sampai kul 12. Ada yang merdu, ada yang kategori kalau tak nyanyi lagi sedap 😂😂😂

Setiap keluarga kena beli hadiah berharga RM20 untuk ditukarkan dalam sesi ni. Ini hadiah kami dapat alhamdulillah. 



Food untuk dinner tu Umi personally rasa a bit pricey; RM48 (adult) & RM28 (children > 5 y/o) for a BBQ set. Menu; nasi goreng, ayam/kambing/ikan kembung & keli, sosej, fries, coleslaw, tembikai & air oren. Selain nasi goreng tu rasanya elok juga kalau ada spaghetti ke...at least adalah option kan... Tapi charge tu maybe include upah staff depa yang bakaq semua tu. Taste wise OK.



Ini pula menu breakfast. Oklah not bad. Ada nasi lemak & mee goreng untuk heavy meal w/pun nasi lemak tu lauknya hanya telur rebus & ikan bilis je.  Tapi sambal dia sedap. Dah lama Umi tak makan nasi lemak dengan sambal pedas macam ni 👍👍👍
Hari ni selera makan Umi dah OK. Itu yang rasa sedap je semua tu hehe...

Umi nak cadangkan pada organizer, next gathering buatlah telematch or any activities yang dapat merapatkan lagi ukhuwah. This time aktiviti bebas je so masing2 layan keluarga masing2 je. Kurang aktiviti bersama so tak dapatlah nak tukar-tukar cerita especially the spouses. Umi pun sempat hai-hai bai-bai je dengan depa. Kurang sihat dan asyik dok perati anak2 dalam kolam je 😀



And finally, as to recap our previous gathering;
2013 ~ Gold Coast Morib.
Umi tak buat entry pun sebab time ni tengah mabuk pregnantkan kakak.
2014 ~ Desa Balqis, N9.
Kami tak join sebab dapat jadi tetamu Allah this year.
2015 ~ Mandurah Hotel, Kuantan.
This one is the best so far 👍👍👍
2016 ~ D'Ark Resort, Janda Baik
2017 ~ takde huhu... Time ni HOD depa yang sporting tu tukaq dept. Then one after another staff resigned including Walid. Bak kata Syed transition period time ni :)
2018 ~ here we are.





Thanks everyone!

4 comments:

  1. Replies
    1. Budak2 dgn air memang cinta mati haha...sampai kecut so kenit tu pun taknak naik. Kena pujuk baru mau naik hikhik

      Delete
  2. Nak tau, taun lps kekunun akk nak pegi naik grab dengan anak2, sbb somi takde outstation, sekali grab tu tak jumpa jalan ke situ, sudahnya pulang dengan rasa hampa. Nak ubat hati anak2 singgah makan kepsi je, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke Kak? Takdelah susah sgt nak ke sini cuma jgn terlepas simpang masuk tu je...

      Kepsi pun kepsi lah janji anak2 happy kan Kak..

      Delete