Sunday 29 September 2013

Restoran Tupai2 Shah Alam

Assalam...

Malam minggu lepas kami ke Shah Alam, utk majlis farewell ofismate Walid. Majlis diadakan di Restoran Tupai2 Shah Alam. Lokasinya berdekatan Stadium Shah Alam atau lebih tepatnya di belakang Acadella Residence. Kami bergerak awal dari rumah untuk mengelakkan 'jam' kerana pada malam tersebut ada game bola antara Selangor vs Singapore, merebut Piala Sultan Selangor. 

Kami solat Maghrib di surau restoran. Pujian harus diberi kepada pihak restoran kerana menyediakan surau yang agak selesa dan besar untuk pelanggan. Namun, perkara penting yang perlu diambil berat ialah soal kebersihan terutamanya tempat ambil wuduk yang mana keadaannya kotor dan kurang terjaga bagi saya. Mungkin boleh juga disediakan kipas angin untuk ruang solat wanita. 

Majlis bermula kira-kira jam 8.30 malam. Overall food OK dan tempat selesa. Ada banyak pilihan food, aiskrim, kuih muih & minuman. Pihak syarikat tempah bilik aircond jadi agak privacy bagi kami semua. 

Toilet? Saya tak berani ambil risiko...:) Menurut Hubby, toilet 'ok la..'. Based on our mutual understanding, kalau cakap macam tu kira x ok lah tu.. hehehe... 

Oklah, jom layan gambo... tak banyak mana pun sebab lebih banyak monitor Abang dari ambik gambar.. dia dah jumpa geng, habis ke sana ke mari diorang melompat bagai. Budak-budak... 


Seperti yang dijangka, kami bertembung dengan penyokong Selangor yang membuat perarakan sebelum masuk stadium. Gempak jugaklah dengan mercun bagai...

Lagi gambar penyokong merah kuning


Waktu operasi restoran dari jam 12 t/hari - 1 pagi


Ruang solat wanita - dipisahkan dengan jemaah lelaki dengan tabir






Lastly, meh kita intai skit hasil projek mengecat rumah hari tu.

Feature wall - featuring photos of our sons(1st one year)

For the rest, we used witch hazel. So inilah hasilnya
See ya!

Monday 23 September 2013

Projek Mengecat Rumah

Banyak betul projek saya akhir-akhir nie...:) Maklumlah lepas ni nak 'cuti panjang', berpantang lebih kurang 2 bulan. Apa-apa pun  kena buat sekarang.. nanti dalam pantang kena berehat kan? 

Sabtu lepas kami cat rumah. Kami la sangat, actually hubby & member dia je pun. Tapi saya pun sibuk bangat, masak untuk diorang & kemas rumah before & after depa mengecat. 

Ini kali ke-3 kami tukar cat rumah sejak menghuni lebih 7 tahun lepas. 1st time warna hijau kuning, kami touch-up je color lama yang digunakan oleh tuan rumah sebelum nie. Then dalam 2 tahun lepas kami tukar cat, tapi minta kontraktor buat. Color olive green. This time kami buat feature wall warna hijau lumut then the rest warna witch hazel (aka kuning). Bila dah cat, rupanya warna hijau lumut tu lebih kurang je dgn olive green tu... i think they just play with the names kot, sebab previous one kitorg guna cat Colourland, this time KCC.

Sebelum sesi mengecat

Hero-hero saya pun sibuk sama nak mengecat...

Ini part saya - mengemas apa yang patut... 

 Rak tv tu kami buang sebab dah patah kaki. Letak kat luar pagar, tak sampai sejam dah ada orang angkut.. rezeki depa hari tu...:) 

Gigih betul depa mengecat...


For lunch, kami makan kat porch je.. hampar tikar makan anak beranak sebab kat hall masih lagi belum siap cat. 

Menu saya hari tu nasi ayam. Sekali lagi, resepi saya pinjam dari  dapur Kak Azie. Memang sedap dan mudah seperti yang dikatakan. 



Menjelang pukul 3, baru kerja mengecat selesai. Tengoklah Abang tu, terlena atas sofa.. penat main, bukan penat bekerja pun...hehe.. 

The new look? Belum snap gambar.. tunggu yew...

Monday 16 September 2013

Projek Hari Malaysia 2013


Ermm dah 50 tahun usia negaraku terchenta... semoga terus aman makmur & stabil.

Sempena cuti 'panjang' 3 hari ni macam-macam projek/aktiviti yang kami sekeluarga lakukan. Nak pergi berjalan-jalan pun dah tak larat, jadi banyak aktiviti hanya di sekitar kawasan rumah bersama keluarga tersayang.


 Projek Abang & Angah - basuh kereta Umi. Sukalah tew, dapat main air.


Sabtu malam kami ada jamuan raya aka hari keluarga penduduk taman ni. Ianya anjuran lorong rumah saya dan belakang, bukan the whole taman. Tapi jemputannya kami jemput jiran-jiran lain juga. Menu pelbagai, maklumlah pot luck. InshaAllah next entry kita citer ye..


Ini pulak projek tukar pintu dapur. Maklumlah sejak masuk rumah ni, memang kami tak buat sebarang renovation. Pintu yang dah hampir reput ni baru sekarang nak berganti. Suka sangat take things for granted kan? Selagi boleh guna, guna je.. itu memang prinsip kami suami isteri. Tapi ini kali memang dah kena tukar, dah uzur sangat. Hehehe...

Yang bestnya, tukang siap cuci tingkap dapur sekali, agaknya dia pun tak sampai hati tengok tingkat yang tak bercuci tu.. entah berapa kilo habuk, debu & minyak bertengkek kat situ tak tau lah..:) Sekarang ni asyik nak dok lama-lama je kat dapur.. feeling ala-ala dapur baru, padahal pintu je yang baru...
 

Ini pulak projek Walid, cat rumah sempena kehadiran orang baru...:) Semalam baru sapu undercoat, next week baru nak sapu cat luar. This time nak buat feature wall rasanya, color scheme dah ada dalam kepala tunggu nak pi survey dan beli kat kedai. Semalam kedai tutup.


Kids dengan tool box Walid. Once dapat permission pinjam alatan Walid, macam-macam depa rongkah. Basikal yang elok tu pun nak di repair...


Ini projek Umi. Lepas tukar pintu dapur, bersemangat pulak nak kemas sekali kabinet dapur. Sudahnya terjumpa kotak Tupperware yang penuh dengan lipas & najisnya. Apalagi, terus saya rendam dengan Dish Drop Amway then sental. Alhamdulillah, berkilat semula macam baru. Bekas-bekas plastik kuih raya semua out you go!. Lapang skit kabinet dapur saya. 


Ini projek terbaru saya setelah hampir 3 bulan bergelar FTHW. Kan kerajaan suruh kita berjimat, apalagi kita tanam la sayur sendiri...:) Actually gardening is my passion cuma sekarang baru rajin nak berkebun sebab banyak masa di rumah. Dulu pun menanam jugak sikit-sikit tapi selalu tak terbela. Sekarang ni misi baru, green the earth disamping nak instil good values to the kids on 3R. Tengoklah, cawan gabus tu, itu saya & Abang kutip masa jamuan raya that nite. Kami tebuk bawah dia then buat tempat semai benih sayur. At this time, nampak gayanya menjadi. Benih yang disemai dah nampak tanda-tanda nak bercambah. Pagi tadi pun sempat saya alih benih bendi ke dalam pasu. Itupun tak semua sebab tanah tak cukup. Nak tanam kat depan rumah tu, tapi banyak snail... Any idea untuk get rid of the snail? Do let me know ye...

Till then! Take care.



Wednesday 4 September 2013

Menu Raya 2013

Entry ini lebih kepada tribute kepada beberapa blogger yang telah 'menolong' saya menyediakan hidangan untuk tetamu-tetamu yang beraya di rumah kami sepanjang Syawal ini.

Kuah Lodeh from Azie Kitchen
Mula-mula resepi ni saya cuba sebab teringin sangat nak makan kuah lodeh... then masak lagi sekali masa ada tetamu datang, 2nd week raya hari tu.. Kalau uols nak resepi, KLIK SINI YE.

Mee Kari also from Azie Kitchen
Resepi mee kari yang maveles ni pun saya cedok dari dapur K.Azie. Cuma saya tak masukkan kerang sebab xde masa tu. Memang sedap sangat.. nanti boleh try ye - RESEPI JENGOK SINI YE.

Kuah kacang simple tapi maveles air tangan Dapur Cik Lina
 Masa mula-mula tengok resepi ni kat blog Cik Lina saya macam ragu-ragu... ye ke sedap ni sebab resepinya sangat simple. But i like! Kita ni pun bukannya rajin sangat pun...hehehe... Kuah kacang ni saya regukan dengan cucur bawang ikan bilis dari DAPUR CIK IDAZAINI. Betul kata tuan empunya resepi, ianya sangat mabeles...:) Jangan lupa cuba ye, KLIK JE KAT SINI.

Kek Coklat Moist Kukus from dapur Yatie Memories
Sebelum ni saya pernah cuba buat kek coklat kukus macam ni, tapi kurang menjadi. This time saya cuba lagi, dengan RESEPI KAK YATIE. Alhamdulillah, sangat menjadi.. saya buat 2 biji sekaligus, 1 untuk Abang bawak ke sekolah dia dan lagi satu masa bday Hubby.

Mee Rebus Tulang, also from Yatie Memories
Ist time buat saya buat mee rebus daging, masa jamu K.Chah & K. Ani. 2nd time pulak saya guna tulang dan daging tetel. Alhamdulillah, kedua-duanya menjadi, berpandukan resepi K. Yatie. Kalau nak cuba, TERUS KE DAPUR K.YATIE Ye...


Sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang rajin berkongsi resepi di alam maya. Semoga Allah memberkati anda semua. Buat K.Azie yang sedang berdepan ujian kesakitan dari Allah, saya doakan agar cepat sembuh. Amin. 


Tuesday 3 September 2013

Catatan Eid 2013.... final part


Finally, the final part....:)

23 Syawal

Abang ada jamuan raya di sekolah. Saya buatkan sebiji kek coklat moist kukus untuk Abang & his friends. Next entry saya share resepi, insha Allah. 

24 Syawal
Buah rambutan yang diimport khas dari Melaka
 Sekadar rekod, jemputan yang kami terima untuk hari ini, yang juga bersamaan hari Merdeka adalah seperti berikut:-
  1. Open house Abang 3/3
  2. Walimah anak Hj Rashid
  3. Open house Da
  4. Open house member ofis B
  5. Open house Pak Ajis
  6.  Kenduri kesyukuran Man 
Ini belum termasuk jemputan terbuka Masjid Al Khairiah & YB lagi...

Buah tangan dari Hj Rashid & keluarga
Untuk hari ini kami memilih untuk ke open house jiran kami di 3/3 dan kenduri kesyukuran Man yang akan berangkat ke Tanah Suci 11 Sept nanti. Untuk Hj Rashid, Hubby hanya singgah 'bersalam kaup' je sebab dah kenyang makan di rumah jiran. Singgah solat Zuhur di masjid Sentul then terus pecut ke PJ, rumah Man. Alhamdulillah, rezeki beliau menunggu selama 7 tahun untuk mengerjakan haji. Tahun lepas sudah dipanggil tetapi minta tangguh sebab anak beliau masih kecil. Tahun ini beliau membuat rayuan dan dibenarkan pergi. Umur masih muda, sekitar 32-33 tahun, alhamdulillah. 

Juadah kenduri Man yang dimasak sendiri dengan bantuan ahli keluarga
 Kagum saya, kerana beliau tinggal di apartment... tetapi mampu masak sendiri untuk kenduri ini.. tapi menurut Hubby, ayah beliau tauke nasi kandaq kat Aloq Staq... no wonder la...:)

25 Syawal
Pokok gula-gula yang menarik perhatian saya & anak-anak

Jemputan kami untuk hari ini seperti berikut:-
  1. Open house AP & Fida
  2. Open house Hj Nasir
  3. Open house Fiza
  4. Walimah Khirul
Memandangkan kenduri walimah wajib dihadiri, kami memilih untuk ke walimah Khirul. Kami sampai sekitar jam 12 di Ampang. Memang sengaja datang awal untuk mengelakkan jam. Tahun lepas kami pernah 'tersangkut' dalam jam hampir 2 jam di persimpangan KPJ-Flamingo. Memang serik! 

Kenangan di rumah Fiza
 Selepas makan, kami ke rumah Fiza. Hanya sekejap sahaja memandangkan ada member suami yang ingin datang beraya. Saya hidangkan mee sup tulang, yang supnya sudah saya sediakan seawal pagi sebelum keluar beraya. 
Mee Sup Tulang untuk Akmal & rakan-rakan
 Alhamdulillah, meriah raya kami tahun ini. Semoga bertemu lagi Ramadhan & Syawal akan datang. 

Penat beraya...zzzz...zzz

Sunday 1 September 2013

Selamat Hari Merdeka...:)

Salam merdeka buat semua...

How was your merdeka day? Mine was full of activities, maklumlah Syawal masih ada.. sana sini ada jemputan kenduri/open house.

Today I just wanna share our own activities apart from the above during the merdeka day. Here you go!


Pokok palm merah tu Hubby dapat free je. Masa outstation kat GPO SA minggu lepas, ada pekerja tengah trim pokok tu, dia minta 3 batang.. harap2 hiduplah...

Diorang ni action je lebih...:) 



Sebenarnya sejak berhenti kerja hari tu, saya memang dah plan nak cantikkan tanah kosong depan rumah tu. Tapi sebab kandungan dah masuk trimester ke-3, saya terpaksa akur dengan nasihat suami agar jangan buat kerja berat. Akhirnya Hubby yang tolong bersihkan. Saya tak sempat nak ambik gambar sebelum tempat tu dibersihkan sebab tengah sibuk siang ikan. Keluar je rumah tengok Hubby dah clearkan tempat tu. Hubby tanam pokok palm merah dan satu lagi pokok yang saya tak ingat nama. Thanks a lot dear! Pokok-pokok lama yang tak terurus tu kami trim dan ada yang dibuang.

Lepas ni saya plan nak tanam pokok ros jepun, pegaga, kemunting dan 1-2 pokok lagi kat situ, insha Allah. Nanti kalau menjadi projek tu, saya share kat sini k.

Thanks for reading.