Friday, 2 October 2026

Cerita Selasa

Sejak kerajaan perkenalkan BDR (Bekerja dari Rumah) ni Ummi perasan bilangan kereta di atas jalan raya berkurang secara signifikan, khususnya di kawasan tempat tinggal kami. Sebelum ni kalau nak keluar rumah sekitar pukul 7.30 - 8.30 pg tu memang 'makan roti dgn jem la' :p

Selasa pagi Ummi keluar isi minyak. Alhamdulillah trafik clear, takde sangkut- sangkut. Selesai isi minyak, Ummi pergi market. Nak tambah bekalan lauk basah. Tapi itulah kalau ke pasar weekdays, tak banyak pilihan ikan dan seafood. Nak meriah kena pergi hujung minggu. Singgah juga Giant nak beli sayur dan barang kering. Kunci kereta tak bagi kerjasama, jadi terus keluar dari parking Giant. Kalau ditekan-tekan nanti berbunyi alarm-nya non stop, jadi baiklah Ummi beralah. 

Sebelum balik singgah Thaqwa sekejap, teringin roti sardin depa. Dekat sini kunci kereta Ummi bagi kerjasama, jadi bolehlah turun dari kereta. 
Selek :p

Balik makan di rumah, segan nak dine in sorang-sorang di kedai mamak sebab pekerja dia mostly lelaki. Kalau Jemuju Kasih, AK Cafe atau DeFaza okay je makan sorang sebab staff dia perempuan belaka. Adalah sorang dua lelaki; tukang bancuh air atau taukenya. 

Teh ais Thaqwa sedap 👍🏻
Tak tahulah berapa harga teh ais ni sebab jumlah keseluruhan (termasuk roti sardin) RM10.40. Mahal sikitlah tapi sedap. Jangan mahal tapi tak sedap. 7 keturunan tak habis cerita nanti 🤭

Sebelum balik rumah, ke makam bonda dulu. Bawa bersama hati yang tengah serabut dan berduka atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah. 


Belah malam Ummi joined majlis bacaan Yasin ladies batch Ummi di uni. Ada kawan baru meninggal, ada yang anaknya masuk hospital dan ada yang tengah fighting cancer. Semoga Allah SWT kabulkan DOA dan hajat kami. 

Begitulah sehari dalam hidup Ummi pada 29.09.26. 

Thursday, 1 October 2026

Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif!


Blogger kesayangan ramai, Suria Amanda fondly known as SA anjurkan Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif! bermula 1 Okt hingga 10 Okt. 

Syarat-Syarat Penyertaan :

1. Terbuka Kepada Semua Blogger
2. Buat Entri Penyertaan Ringkas
3. Tajuk Entri: Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif! 
4. Salin (copy) banner segmen di atas dan muat naik ke dalam entri.
5. Backlink dan tinggalkan pautan (URL) ke entry ni di bahagian komen
6. Follow Blog SA pada yang belum follow
7. Saling Blogwalking digalakkan singgah dan tinggalkan komen di entri peserta-peserta lain yang menyertai segmen ini untuk eratkan silaturahim!
8.Tarikh Penyertaan dibuka dari 1 Oktober 2026 sehingga 10 Oktober 2026 (11:59 malam).
9. Entri pengumuman pemenang/senarai bloglist akan di-publish selepas tarikh segmen tamat.
10. Pemenang akan ditentukan melalui Wheel Of Name

Jom kita bersegmen 🤗

Wednesday, 30 September 2026

Wedding @ Amanda Wedding Hall, Star Avenue Subang Bestari

Ahad.
Makan kenduri lagi, alhamdulillah. 


Kali ini jemputan datang dari AJK Surau, Puan CR. Majlis diadakan di Amanda Wedding Hall, Star Avenue, Subang Bestari. 

Masa pergi dibawa oleh Google Maps ikut highway DASH kemudian keluar area Kwasa Damansara, u-turn berhampiran Bangunan KSWP. Punyalah jauh dibawa berpusing-pusing sedangkan kalau ikut MRR2, ambil simpang ke Kota Damansara lagi dekat. Masa balik kami ikut sini sebab bila nampak Bangunan KSWP tu familiar jugalah dengan kawasan ni. Takpelah kan, at least belajar ikut jalan baru :) 

Nak jumpa dewan ni pun berpusing-pusing juga sebab takde signage yang jelas. Star Avenue ni kan mall, besarlah juga. Nampak ada pekerja NSK tolak troli, Abangla tu kata tingkat ampat :D  
Kami pun tekan lift naik tingkat 4. Memang ada wedding hall di sini tapi bukan Amanda Wedding Hall. Syukurlah ada staff tunjukkan arah yang betul. Kena turun ke tingkat 2 katanya. Mujur ada lift berdekatan. 

Sampai akhirnya :) 

Cantik dewan ni .. 
Kami duduk semeja dengan saudara keluarga pengantin agaknya sebab baju warna pink sedondon dengan Pn CR sekeluarga. Nak ambik gambar pun segan sebab depa betul-betul depan Ummi. Nampak sipi-sipi sajalah meja makan beradap tu. Sebelahnya pelamin, pun tak ambil gambar. Puan CR jemput ambik gambar 360 (ada booth)  katanya, pun lupa nak jenguk ke situ. 

Susunan meja tak rapat sangat, selesa nak bergerak. Jemputan pun tak berapa ramai masa kami sampai ni. 

Nasi hujan panas? 
Ada lauk ayam masak merah dan daging masak hitam. Kemudian dalca dan papadom sebagai pelengkapnya. Yang kuning tu nenas masak lemak + ikan masin. Cedoklah seketul buat raso² wpun ambil nasi hujan panas. 

Tapai, kek batik coklat, dadih coklat, brownies dan kuih kaswi. 

Agar-agar merah
Orang Kedah sebut agaq-agaq, orang Baling generasi Tok sebut gak-gat :D 
Ambil sebab mengingatkan Ummi kepada kenduri di tempat kami dulu-dulu. Agar-agar merah ni la pencuci mulut waktu kenduri pada masa tu. 

Piring kuih Walid.
Kali ni Ummi share kuih dengan Adik. 

Laksa sedap! 

Laksa lover sedang menikmati laksa yang enak. Tak cukup suap dengan sudu, dia angkat mangkuk tu hirup kuah 😅

Sebelum balik, singgah ambil jajan.

Dia ambilkan Tam Tam 1 bungkus untuk Ummi sebab lately kami rajin layan keropok ni :)

Buah tangan dari keluarga pengantin. 
Suka Ummi dapat jajan lagi 😁

Terima kasih atas jemputan. 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 






Buku Pertama 2026

Salah satu sebab Ummi kemas bilik girls yang bersepah tu, Ummi nak ambil kotak-kotak buku Ummi yang tersorok tepi katil depa. Alang-alang kena alih katil, bersihkan sekali bilik depa
 Serampang 2 mata gitu. 


Buku ni paling atas Ummi jumpa bila buka salah satu kotak tersebut. So I picked this book and read. Selepas 3 hari, alhamdulillah selesai juga baca buku ni. Buku ni Ummi beli di Bad Big Wolf, tak ingat tahun berapa dah tapi masa kerja dulu, which means more than 10 years dah beli. Pernah baca separuh but this time Ummi berjaya habiskan buku ni. BBW jual buku murah-murah, tapi boleh dapat buku yang berkualiti juga. Ummi yang grabbed je mana yang rasa menarik untuk dibaca. 

Rasanya masa beli dulu, ada dust jacket / dust cover tapi dah hilang. Ada juga muka surat yang dan berconteng dan koyak dalamnya. Mesti kerja anak² ni cuma tak boleh recall siapa punya kerja haha... 

Dah hujung September baru berjaya habis baca satu buku. Teruk betul Ummi ni. Sejak pakai spek (reading glass) beberapa tahun lepas, minat membaca merudum teruk. Asalnya tak biasa pakai spek, rasa rimas. Untuk elakkan rasa rimas tu, elakkan membaca. Lama kelamaan, jadi malas nak membaca. Ada baca beberapa buku tapi tak habis 😅

Makanya bila semangat nak membaca mula bertunas semula, kenalah jaga dan siram elok-elok :D 
Chaiyok 💪🏻

Apa buku pertama yang kawan-kawan Ummi baca tahun ni? 

Tuesday, 29 September 2026

Asam

Hari tu singgah satu kedai ni di Fasa 10 SG. Signboard tulis kedai kerepek. 
Selain kerepek ada macam-macam lagi makanan kering, minuman, coklat dan ada juga jual nasi set (based on order). 

Jumpa asam! 

Asam ni kami panggil asam Mulut Merah sebab bila makan memang merah bibir. Gigi pun merah sekali 😅

Sebab dah lama tak makan asam, Ummi beli la sebotol asam kat atas 👆🏻
Dekat U dulu suka beli asam ni, buat hilang mengantuk time study. Ummi panggil asam hitam. Dia tak masam sangat, lebih kepada manis. Kalau asam ko (asam biji) tu masam dan hujung ada rasa masin. Jadi Ummi tak suka yang tu. Asam Mulut Merah tu tak minat dah sekarang. Kecik-kecik dulu suka juga makan yang tu. 

Ada yang suka asam? 

Monday, 28 September 2026

Hari Cuci Malaysia

Sabtu.  

Lepas makan di Nasi Lemak Ujang Corner di Greenwood, ke Pasar Sri Gombak untuk beli barang basah seperti biasa.


Hari ni ada program Hari Cuci Malaysia di Pasar Sri Gombak ni. Ada beberapa barang termasuk cadar dan comforter rosak yang nak dibuang. Katanya ada kutipan barang terpakai ni jadi bawalah sekali. 


Khemah-khemah urusetia dan para pempamer. Jalan depan DIY dan Koiman dah tutup jadi terpaksa jalan jauh. Ikutkan nak balik terus ke rumah tapi sebab dah order ayam (thru WA) dengan Cik Mas, terpaksalah singgah juga ambil ayam. Hasrat nak beli barang dapur di Giant juga terpaksa dibatalkan sebab parking di Giant tu penuh, ramai orang datang ke program ni. 

Tak nampak tong untuk pakaian terpakai.
Jadi tak dapatlah nak serah cadar dan comforter rosak tu. Program belum mula rasanya masa ni jadi Ummi ambil ayam, beli surat khabar, sayur sikit terus balik. Booth pameran pun macam belum ready. 

Balik rumah, cuci ayam terus simpan dalam freezer. Hari ni Ummi cutikan diri sendiri dari memasak haha... Malas betul nak masak sekarang ni 🫣  

Untuk lunch, Ummi panaskan baki kari ikan bawal putih. Seekor tu dipotong 4 bahagian; kepala, badan 2 keping dan ekor. Ummi dan Adik makan awal (Ummi berbuka, Adik nak tuition) manakala Walid pula sampai lambat sebab jammed teruk. Jumaat petang hingga ke malam hujan lebat di tempat kami. Sampai ada pokok tumbang atas jalan dekat jalan utama di kejiranan ni. Ada juga lauk ayam Walid beli. Jadi panaskan dua lauk ni je. 

Pagi makan Nasi Lemak Ujang tu, tengahari pun nasi. Cukuplah 2x nasi jadi untuk dinner Ummi goreng kue tiau. Goreng telur mata sorang sebiji dan buat cili kicap. Kue tiau ni jenis halus, Ummi suka. Produk bumiputera. Tak melekat dan takde bau tengik kue tiaunya. Rencah isi ayam je. Pergi kedai Muslim mart dulu, dah bertukar jadi kedai Pakistan. Dah takde jual fish balls atau fish cakes keluaran Muslim yang selalu Ummi beli. Kena ke MTM Mart la nampaknya. Situ memang jual produk Muslim belaka. 

Alhamdulillah.
Hoping for more leisure weekend In Sha Allah. 











Al Fatihah | Tun Dr Siti Hasmah & Kak Jee

Terkejut dan turut berduka atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi tadi. 

Walaupun tak pernah bersua muka dengan figura hebat ini tapi tokoh nan satu ini sentiasa menjadi sanjungan dan kesayangan ramai. Karakter yang mesra, lemah lembut tutur katanya sentiasa melekat di hati. Paling Ummi suka gaya sederhana yang Tun tampilkan. Walaupun isteri kenamaan, beliau tidak berlebihan dalam bergaya. Paling tidak dilupa, kalung mutiara sentiasa menghiasi leher beliau. Lambang keanggunan dan karisma seorang wanita yang disegani. 

Credit source.

Banyak pencapaian peribadi dan sumbangan Almarhumah khususnya dalam bidang perubatan, selain menjadi pendamping setia buat Tun Mahathir. 70 tahun usia perkahwinan Tun berdua, Masha Allah. Banyak yang boleh belajar dari pasangan sejoli ini. 


Takziah buat Tun Mahathir dan seluruh keluarga. 

Selain berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah, awal pagi tadi juga Ummi baru tahu melalui siaran akhbar, Kak Jee atau Fauziah Samad telah kembali ke rahmatullah petang semalam (Ahad). 

Apa yang membuatkan Ummi rasa dekat dengan Almarhumah ialah kerana Ummi salah seorang pembaca blog Kak Jee, Dari Dapur Kak Jee . Sekali sekala Ummi tinggalkan juga komen. Seronok baca coretan bekas wartawan ni. Suka baca coretan Kak Jee zaman beliau jadi artis, jadi reporter dulu. Selain tu Kak Jee juga rajin kongsi resepi, jadi selalulah Ummi bertandang ke blog Kak Jee. Cuma kebelakangan ni Kak Jee kurang menulis, mungkin ada kekangan tertentu. 

Didoakan agar arwah keduanya; Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah dan Kak Jee ditempatkan bersama para solihin dan dicucuri rahmat Allah SWT 🤲🏻 
Semoga diberi kekuatan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga hendaknya aamin. 



Sunday, 27 September 2026

Sarapan @ Nasi Lemak Ujang Corner, Greenwood

Akhirnya tercapai juga hajat nak sarapan di Nasi Lemak Ujang Corner di Greenwood ni. Ada sekali tu kami sampai, kedainya belum buka. Rupanya waktu operasi mereka bermula jam 8.00 pg hingga 12 mlm pada hari Selasa - Sabtu. Hari Isnin buka jam 3 ptg hingga 12 mlm dan Ahad pula buka jam 8.00 pg hingga 1 t/hari saja. Kalau datang Ahad susah nak parking sebab ada pasar pagi belakang Medan Selera Greenwood. Kami datang ni Sabtu. 

Boleh klik pada gambar untuk lihat lebih jelas waktu operasinya. 

Kedai ni lebih besar dan selesa berbanding di Bandar Baru Selayang yang kami pernah makan sebelum ni. Tak rasa crowded sangat walaupun time kami datang ni almost full house juga. 

Dari luar nampak penuh tapi bila masuk ke dalam kedai, ada je meja kosong. Konsepnya layan diri. Beratur depan kaunter nasi lemak tu, pilih lauk dan depa kira siap-siap harganya. Senang begitu. 

Pilihan kami. 
Walid pilih nasi lemak ayam goreng + telur mata, Adik nasi lemak paru + telur mata dan Ummi nasi lemak rendang ayam. Harga nasi lemak Walid dan Adik RM10 each manakala nasi lemak Ummi RM 9. 

Nasi lemaknya lengkap dengan telur rebus, timun yang rangup, ikan bilis dan kacang, pun rangup dan tak lemau. Sambal tumis tak pedas. Nasi lemaknya relai sebiji sebiji, Ummi suka. Bukan beras biasa, tapi bukan juga beras basmati. Tak pasti jenis beras yang digunakan. Sedap, both Ummi & Walid suka nasinya. 

Geram tengok telur mata ni... Telur kuningnya gedik-gedik. Sedap 😋

Untuk air kami order teh ais, sirap, nescafe panas dan air kosong. 


Keseluruhannya makanan sedap, service cepat, tempat pun okay dan harga pun berpatutan. Portion nasi memang mengenyangkan. Akan datang lagi, In Sha Allah. 

Kalau tak nak makan nasi lemak, ada juga jual makanan lain seperti lontong, roti canai (kedai sebelah tapi boleh order dan makan di Ujang Corner) dan pelbagai jenis mee.  

Jemput singgah. 


Saturday, 26 September 2026

Tebus Baucar Buku Madani

Alhamdulillah Kakak dan Angah dah tebus Baucar Buku Madani yang berjumlah RM100/seorang.

Ni buku yang Kakak beli. Semuanya buku aktiviti/buku latihan. Cikgu dah sediakan senarai buku untuk dibeli.  Standardize-kan, semua beli buku latihan yang sama, senang nak buat latihan dan ulangkaji sama-sama. 

Ada baki dari belian buku² aktiviti 👆🏻, boleh beli novel. Novel pun ada 2 pilihan je kata Kakak. Ini karya penulis terkenal, lejen la kan kalau sebut nama Ismail Sarbini ni. Kawan-kawan seangkatan Ummi mesti kenal dengan penulis tersohor ni. 

Ini pula karya SM Zakir, pun penulis terkenal jugakan? 

Buku-buku Angah katanya Cikgu suruh simpan di sekolah. Nak buat latihan/ulangkaji dalam kelas. UASA dah dekat ni, tak pastilah sempat ke tidak nak ulangkaji buku ni. Bukan apa, buku latihan sedia ada pun banyak juga, homework pun sentiasa ada... Harapnya anak-anak Ummi pandailah bahagikan masa untuk buat latihan, ulangkaji, homework dsbnya. 




Kemas Bilik Girls

Khamis. 

Tiba-tiba rasa nak kemas bilik Adik Kakak. Parenting coach pesan kalau anak buat sepah biar mereka kemas. Kita as parents jangan kemas supaya diorang belajar bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri. Memang begitulah selalunya Ummi ajar depa, dari kecik lagi. Ada perkara yang depa ikut tapi ada juga yang tak buat. Contohnya kemas bilik. Kita mak-mak ni pantanglah bilik bersepah kan... Ayat Ummi yang depa takut "jangan sampai Ummi yang kemas".
Sebab satgi semua barang Ummi buang 🤭

Hari ni pula mood rajin Ummi mai, jadi bilik Adik Kakaklah sasaran Ummi mengemas hari ni. Di luar hujan dari Subuh lagi. Nak keluar belek tanaman tak boleh, jadi ambil peluang kemas bilik depa. 

Otak pun tengah serabut sebenarnya, angin meroyan kata Blogger Tot :)
Jadi nak alih perhatian tu baik mengemas. Kita lepas geram dengan cuci sawang di siling, alih perabot/katil, angkat kotak, sorting barang dsbnya.... 

Katil Adik penuh dengan bantal/kusyen. 
Buka semua cadar, sarung bantal dan selimut, basuh. 

Kalau mood rajin tu mai, tengah sakit pinggang pun boleh angkat ye kotak-kotak buku ni 🫣

Antara khazanah yang Ummi jumpa atas katil Adik. Banyak juga komik Lawak Kampus yang Adik dan Angah ada. Tak silap kawan Angah yang bagi. 

Ummi ubah posisi katil juga. Ada banyaklah ruang bila ubah tu. Kotak-kotak buku pindah sementara ke bilik Angah. Tunggu Abang balik cuti nanti nak kemas bilik tu pulak sebab ada few barang besar macam luggage bag nak diangkat dan mungkin pindahkan ke belakang. Tengok macamana nanti. 

Malam tu Adik ajak lepak bilik dia. Siap buat dan ajak Ummi makan ramen. Selalu minta Kakak buatkan, now dia dah pandai buat sendiri. Siap letak cheese slice dan microwave-kan sekejap bagi cheese cair. 

Layan je la kan...