Thursday, 10 April 2025

Bunga di Laman

Selain risaukan 'bunga nan seekor' ni, Ummi juga asyik teringat pokok² Ummi masa balik raya hari tu. Ialah, hari² kita siram, kita belai terpisah seminggu tu pastilah teringat dan sesekali risau juga takut mati dek cuaca panas membahang. 

Pagi Isnin tu barulah ada masa nak belek² pokok depan rumah. Yang diluar pagar alhamdulillah semuanya hidup except anak² cili yang baru nak bertunas. Maknanya ada hujan jugalah sepanjang kami balik kampung tu alhamdulillah. 

Pokok ros hadiahkan Ummi sekuntum bunganya 🩷

Mini sunflower ni pun berbunga juga 💛

Paling surprised tengok anak pokok telang ni dah berbunga! Pokoknya baru 2 jengkal kot tingginya tapi dah berbunga ye 💜

Kenit je kan... 

Ni pula Morning Glory, bukan Ummi tanam tapi tumbuh meliar dekat tempat Ummi parked kereta masa jaga checkpoint merentas desa kelmarin tu. Cantik kan? 

Ni pula bunga raya, snapped di rumah kawan Ummi raya hari tu... Ummi minat bunga raya tapi so far belum pernah tanam bunga raya. 

Senang tak nak jaga? 

14 comments:

  1. Aisssh si cantik berbulu tuh mirip sedikit dengan si cantik saya, Pastel 😄. Gemoooy lah diaaa, rasa nak peluuk hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Mak aih! Tu kucing ke beruang?

    ReplyDelete
  3. Rasanya bunga raya senang jaga kot sbb kalau kt kpg meriah je bubga raya tumbuh.. paling suka bunga raya putih

    ReplyDelete
  4. Pokok telang memang senang berbunga, lebat nanti.

    ReplyDelete
  5. Me flowers lover🌹🌷🤩❤️

    ReplyDelete
  6. Pokok bunga telang tu mmg cepat membiak...nnt dia dah besar x terkawal...

    ReplyDelete
  7. Seronok bila tengok bunga-bunga ni. Planning jugak ni nak tanam bunga-bunga keliling rumah.

    ReplyDelete
  8. Akknya pokok bunga telang pernah berbunga lebat... tp sayang sudah gone sbb x terjaga huhu

    ReplyDelete
  9. Rasanya, bunga raya senang juga hidup. Kena rajin siram juga la.

    ReplyDelete
  10. Memang risau dibuatnya kalau pokok-pokok bunga kita tak bersiram bila tak ada kat rumah lama kan. Seronok bila dah berbunga tu.

    ReplyDelete
  11. Mini sunflower tu chamomile tak PH?. Kalau chamomile boleh dibuat minum sebagai teh. Banyak juga kegunaan bunga ni.

    ReplyDelete
  12. Cantik mekar bunga semua tu.

    ReplyDelete
  13. waduhh meriahnyaa bungaaaa!

    *rasanya yg buka guna fon tak blh klik lah kat blog ana :(

    ReplyDelete
  14. Bunga raya senang je jaga PH, siram je...arwah MP pun suka bunga raya..ada putih, kuning dan merah...masa zaman arwah kuat dulu la...la ni dah mati semua pokok

    ReplyDelete