6 Syawal (Sabtu) kami cuma bersantai di rumah. Perkara utama yang diuruskan semestinya kain baju khususnya pakaian sekolah anak² di asrama. Semalam pula mendung seharian terpaksalah juga bawa ke dryer.
Selain tu, masak memasaklah aktivitinya. Dah seminggu juga tak masak² di rumah sendiri, gian la pulak :D
Sebenarnya tak sabar nak masak isi kepah kering yang Ummi beli di Pasar Tani Kekal Changlun tu...
Isi kepah ni kena rendam sekejap. Bilas dan toskan bila isinya dah kembang. Ummi salin air 2x. Sambal tu masak macam sambal tumis sotong tapi ganti dengan isi kepah kering.
Regu dengan nasi lemak dan Rendang Nasib yang Ummi masak sebelum raya dulu. Pernah sekali makan Sambal Isi Kepah ni dulu, Maksu masak. Itu yang terus beli bila jumpa isi kepah kering ni. Penjual bagitau memang orang masak sambal isi kepah ni.
Rebus juga telur itik jeruk (telur masin) Tok Umi bagi ni. Telur masin ni helper Tok Umi buat sendiri.
Tunggu tenang² dulu baru Ummi nak buat projek ketupat palas.
Ada jemaah surau sedekah bunga kantan. Ummi basuh dan potong siap² then masuk freezer. Kalau mood rajin mai, bolehlah me-laksa.
Alhamdulillah.
Beruntung anak-anak punya ibu yang sentiasa prihatin terhadap keperluan sekolah mereka.
ReplyDeleteWah, ada daun palas segar!
Nanti share ye kalau dah jadi ketupat.
Linda tau makan ketupat ja
ReplyDelete. Nak buat tak reti.. Kikiki
Ketupat palas beli hat frozen je senang. Hihi. Tak reti nak buat. Dulu selalu la tolong mak lipat daun tu.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri PH.. Maaf Zahir dan Batin.. Teringat sambal sotong my mom bila tengok sampal isi kepah PH.. Selepas puasa ni LZ teringin sangat makan laksa. Sana-sini masih menu rendang dan nasi impit.. Nampak gaya kena buat sendiri..
ReplyDeletesaya suka la bunga kantan! biasanya saya hiris halus2 dan mkn dgn nasi (ala2 nasi kerabu), suka sgt bau dan rasa bunga kantan tu ;)
ReplyDeleteBaru start masak hari ahad 6 April sebab sebelum ni tak sihat dan open house + keluar. Alhamdulilah....hari ni masak nasi ayam.
ReplyDeleteSini selalu jumpa kepah frozen tu... tak berapa sedap
ReplyDeleteBaru semalam terfikir jugak, dah seminggu dapur x berasap.. hihi
ReplyDeleteYa Allah... sama.. saya pun bawa telur masin, biras buat sendiri. Bawa juga bunga kantan. belum frozenkan lagi... ingat nak buat laksa hujung minggu ni
ReplyDeleteWalaupun dok asrama tapi bila balik still lah mak-mak yang kena tengokkan pakaian sekolah anak-anak 😁. Bukan apa... mak is risau kot ada yang tertinggal nanti.
ReplyDeleteHiris nipis2 buat nasi goreng daging pun sedap bunga kantan tu PH
ReplyDeletewaahhh sedapnya kepah! wowwww daun palas segar! banyak ke tanam daun palas tu akak? tanam semai anak pokok daun palas ke camne tu? eksaited pulak nak tahu hehehe
ReplyDeleteTak pernah cuba..tapi nampak PH masak macam teringin nk try
ReplyDeleteDania pun ada mintak laksa...alahai..renyah nyer...tgok la kalau rajin
ReplyDeletePertama kali tahu tentang isi kepah kering ni. Sedapnya, buat sambal, lagi ada nasi lemak dan rendang. Fuh!
ReplyDeleteKepah itu kerang kan kak? Sedap memang dimasak sambal.
ReplyDeleteKalo bunga jantan, atau honje atau kecombrang sebutnya di sini, memang fav saya. Banyak gunanya.
Kalo saya suka utk sambal.
Kalo mama sering dimasak utk masakan khas Tapanuli , daun ubi tumbuk. Pakai kecombrang jadi wangi