Monday, 21 April 2025

Jamuan Raya 5H

Credit: UP

Tema klasik agaknya... 
Backdrop kelas pun ala² klasik juga 👇🏻

Comel :) 

Untuk jamuan raya Abang, melimpah² betul rezeki anak² huffaz ni alhamdulillah. Parents masing² nak sponsor itu, sponsor ini, maybe sbb Abang dan kawan²-nya dah final year di sekolah, tahun ni last buat jamuan raya di sekolah. Pakat ambil peluang untuk raikan anak². PIBG dan sekolah sediakan makanan berat; nasi, sate, rendang dll... 

Ikutkan Ummi pun nak bagi makanan, tapi sebab dah banyak Ustaz cadangkan sponsor bekas makanan utk tapau. Elok sangatlah tu, boleh tapau makanan yang tak habis. 

Memang meriah dan kenyang la masing²... Dapat duit raya lagi... Ustaz kata kelas 5H ni jadi tumpuan hari tu, termasuk guru². Konsep raya diorang boleh saling ziarah menziarahi ke kelas² lain, bukan beraya dalam kelas masing² je. 


Abang dan kawan² halaqah. 
Tak cukup korum ni sebab Luth pergi MSSD. 

Setel dah jamuan raya anak² di asrama, Jumaat ni gegirls pula In Sha Allah. 


28 comments:

  1. Seronoklah boleh ziarah kelas-kelas lain.
    Alhamdulillah makanan banyak macam ziarah rumah terbuka.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.meriah betul menu.rezeki ur son tu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. meriah sungguh. tema pun nice sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai guna tema klasik tahun ni agaknya MA ye... Dekat gegirls pun ala² gini juga temanya

      Delete
  4. Salam Kenal dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Warga Blogger... jemput singgah di teratak saya yang tak seberapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal dan SHR juga tuan.
      Terima kasih sudi singgah di blog PH 👍🏻

      Delete
  5. Meriahnya... Ini tahun akhir kan, tahun depan tak jumpa lagi dah, kena berkunjung ke rumah2 pulak, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je rasa SK... Dah nak bawa haluan masing-masing dah lepas SPM nanti 🥺

      Delete
  6. waaahhh seronoknyaa parents masing2 nak sponsor.. yelah sbb final year dah ye.. rezeki Abg & kwn2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berlumba² kata orang hihi...
      Alhamdulillah rezeki anak² kami

      Delete
  7. Bagusnya, konsep ziarah menziarahi kelas lain. Mesti anak-anak seronok jamuan raya, ada makanan sedap-sedap. Sate pun ada, wow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih meriah la kan instead of jamuan utk kelas masing² je. Sy pun dok terbayang berapa seronoknya depa :,D

      Delete
  8. meriah kak ana tengok posting anak-anak dengan sambutan hari raya masing-masing, alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Kita pun tumpang seronok tengok anak² happy kak

      Delete
  9. Teringat masa sek rendah. Setiap kelas buat jamuan dan boleh kunjung mengunjung. Seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman Akk takde rasanya jamuan raya ni ... Kalau ada pun masa sekolah agama, tapi buat ramai²

      Delete
  10. Meriah tu PH. Moga memori terpahat dalam hati tahun akhir bersekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, moga jadi kenangan manis utk depa semua

      Delete
  11. Untung lah boleh ziarah kelas jiran. Dulu kami masing-masing beraya dalam kelas sendiri je. Segan pulak nak masuk kelas sebelah. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH lagilah rasa macam takde jamuan raya kot masa sekolah dulu hihi

      Delete
  12. Bagus juga cikgu menyarankan bawa bekas untuk tapau 👍👍. Jadi makanan yg sisa memang tak mubazir bisa dibawa oleh yg nak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, utk elakkan pembaziran. Lagi gurunya risau agaknya banyak sangat senarai makanan yg ingin disumbang oleh parents 😆

      Delete
  13. Seronok anak- anak bila ada majlis sambutan hari raya kan...berkongsi makanan dan cipta kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Kenangan tu yg akan diingat sampai bila² SA kan

      Delete
  14. Ammi pun semua anak2 dah selesai jamuan raya. Yg diasrama tak nampak gambar, yg sekolah rendah ni pulak nasiblah nakkkk bila guru kelas lelaki. Jenis tak kuasa dia nak ambik gamba haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, guru kelas Angah pun lelaki. Dgn muka tebal minta juga Ustaz tlg tlg share gambar haha... Mujur Ustaz layan hihi

      Delete