Wednesday 26 April 2017

Village Hotel Baling



Kami sekeluarga menginap di hotel ni sewaktu pulang berhari raya di kampung tahun lepas. Dah nak raya balik baru up cerita pasal hotel ni. Terlepas pandang kot... Manalah tahu ada yang sedang berkira-kira nak ke pekan Baling (baca: Berlin :p) boleh lah buat rujukan. 

Tahun lepas Mak kita raya dengan Abang kita kat kl. Tapi kita turn raya di Baling so balik jugaklah raya di kampung. Dua tahun berturut2 sebelum tu dah raya di kampung hubby. Rumah pusaka tinggalan Pak pun dah uzur dan terbiar, tak berani jugak kita nak singgah bermalam. That's why we stayed at the hotel. 

Memandangkan ini kali pertama kita check in di hotel bajet, I was a bit skeptical about the hotel and its facilities. Siap bawak towel sorang satu, just in case the hotel tak provide towel. Itu belum lagi cerita bawak iron sekali :) nak rayakan mesti touch up baju elok2. Tak caya tengok gambaq bawah ni. Bang-aji kita tengah touch up sampinnya. 


Actually there is another hotel kat pekan Baling ni... kita pun dah 2x stay but tak memuaskan especially tang service tu. Once, time raya jugak, hotel takde air. They should install water tank la kan since tahu water pressure low especially time high occupancy macam raya kan. Rasa not worth of money pula bila basic amenities macam tu pun takde kan...

But I was impressed with Village Hotel ni. Everything is in good condition. Bilik selesa even tak besar sangat. Bilik air bersih... Yang paling best receptionist dia friendly and very helpful. Dua malam kita stay hari tu. Kalau balik Baling rasanya sini lah kita akan stay. Family room yg kita duduk tu rm120/nite. Ada satu katil queen dan satu katil single. Itu rate last year lah... Tak sure kalau ada kenaikan. 



Antara facilities yang disediakan. Towel pun ada ye :) iron pun bole request kalau nak. 



Hotel ni terletak di Batu 42, belakang Pasaraya Billion. Kalau dari SP atau Parit Panjang jumpa Batu 42 dulu baru pekan Baling.  Yang best depan hotel tu ada bazar Ramadhan. Katanya kat sini lebih meriah dari bazar lama di pekan Baling. Kita pun dah lama tak balik Berlin ni tak tahulah betul ke tidak. Tapi malam raya tu sempat lah lagi lah kita menyoping. Ala depan hotel je pun. Memang meriah baq hang! Anak2 pun suka sebab tak pernah dibawa ke tempat2 macam tu. Barang2 memang murahlah kan kalau nak compare dgn kl ni. 

Next time kalau balik kampung kita stay hotel ni lagi rasanya. Selesa utk kami sekeluarga, alhamdulillah. 




Monday 24 April 2017

Cerita long weekend...


Long weekend ni kami tak kemana pun. Nak pergi 'ukur shopping mall' pun rasa segan pulak, maklumlah hujung bulan hikhik... Duduk mereput kat rumah je la hehe... 

Percubaan pertama buat kek minyak dengan Angah. Kejadiannya tak berapa menjadi. Kena try lagi sekali baru boleh tayang kat blog. 



Sabtu malam tu kita dinner dekat kebun Tn Kasim. Menu simple je; sambal sardin, sayur petola, ikan pekasam & sambal dan ulam. Makan bertambah kita. Maklumlah suasana santai dalam kebun dgn angin sepoi2 bahasa memang best. Dessert kita makan coklat import from London, brought by k.Farah's sisters. Abang siap tapau masuk dalam poket baju melayu lagi :D 

Balik tu kita layan movie "The Impossible". Anak2 semua terlena depan TV, konon nak teman Umi tengok movie.  Padahal TV yang tengok depa. 



Pagi ahad kita ajak Angah  tolong kemas bahagian depan rumah. Pokok serai wangi tu dah merimba jadi elok kita kemaskan. Mak pun biasalah, ikut sama exercise. Pokok ubi kayu pun kita trim bagi kemas sikit. Nampak lapanglah sikit. Hari ni kita alih pokok limau nipis dari belakang ke depan ni. Pokok limau kasturi yang kita alih sebelum ni nampaknya dah tumbuh elok. Tak sabar tunggu berbuah.

Semalam kita gi masjid, dengar kuliah dhuha muslimat berkenaan isra' & mikraj. 


 Ustazah kat depan tengah ceramah, Adik lena sakan :)

Elok nak balik, pandai pulak dia bangun. Mata kiri bengkak kena gigit semut kot. 


Balik tu tengok hubby & co tengah cuci rumah. Sejuk mata ceq  :) 

Friday 21 April 2017

Cucoq Kembong :D



Sekarang ni selalu hujan petang2 kat tempat kita. Bukan hujan biasa2, ini dengan guruh kilat angin petir semua. Kadang tu kuyup jugaklah sementara nak masuk kereta hihi... Tapi ada dua benda yang kita suka sangat time hujan ni; tidoq dan makan :p 

Anak2 pun bangun je dari afternoon nap mesti cari food. Kalau Umi malas, depa makan biskut empat segi je la (crackers hup seng tu feveret). Angah panggil biskut kepala adudu (watak antagonist dlm boboiboy tu) sebab 4 segi macam kepala si adudu tu. Macam-macam...

Semalam Umi rajin, buat cucoq kembung atau nama manjanya coq kembung. Lagi senang nak sebut hikhik... Kat tempat lain panggil cucur manis kot... 

Senang je; ambik tepung gandum + baking powder + gula + susu pekat + garam + air. Gaul sebati pastu goreng je. Siap!


Tapau untuk Abang. Asal masuk keta je mesti tanya, Umi ada food tak? Sambil drive sambil gjgit cucoq ni layan jugak. Nak-nak pulak hujan lebat kat luar. Nak mengharung jam pun lega sikit sebab ada benda nak dimakan. Kadang tu bukannya lapar pun tapi rasa boring je kalau takde buat apa2. Baik makan, ada jugak aktiviti sampingan hahaha...

Eh hari ni panas ler... 

Wednesday 19 April 2017

Hohoho...basikal tua...




Ini basikal Abang. Beli masa umur dia 4-5 tahun. Basikal orang roda kat bawah, basikal dia roda kat atas :D

Semalam Umi angkat buang letak kat luar, rezeki sesape yang kutip. Pagi2 memang selalu nampak orang Rohingya tolak troli atau naik motor roda tiga tu kutip barang2 terbuang. Dah bertahun dok mereput dekat porch. Semalam baru kuat hati Umi angkat buang. Sentimental value konon, basikal pertama anak sulung :D

Ikutkan basikal ni elok lagi tapi kena repair lah kalau nak guna semula. Habis kena rongkah dgn Abang sampai kan roda pun dibukanya. Walid lah ni, dibaginya Abang satu set tool box buat main. Apalagi, kemain sukalah Abang. Bukak habis semua skru & nat, sampai terbarai basikal tu. Basikal Angah pun senasib gak :( 
bila kita suruh pasang balik dah masing2 tak tahu! 

Asalnya kita ingat nak jual dekat uncle paper lama tu. Tanya berapa mau angkat? Seringgit! 
Baik tak payah. 'Sedekah' je dekat orang Rohingya tu, dapat jugak dia jual. 

Basikal ni ada juga tragedinya. Abang pernah jatuh sampai 'terbang' ke dalam monsoon drain akibat gagal kawal basikal ni. Hari sabtu beli, hari ahad tu dia jatuh. Belum mahir handle basikal dan tak tau nak brek lagi. Sudahnya berjahitlah kepala Abang. 

Sekian, berakhirlah riwayat aku sebuah basikal :p

Monday 17 April 2017

KAMIL Zon Keramat 2017



Tahun ni Abang dapat mewakili sekolahnya ke Program Kemahiran Amali Islam (KAMIL) peringkat zon. Abang joint acara muhawarah (perbualan b.arab). 

Watak Abang sebagai orang Mesir, nak membeli buah dari Adam (penjual). Abang memang excited dari awal lagi nak join. Ajak kawan sana sini join sekali dgn dia. Siap approach parents kawan2 minta izin ajak anak depa pegi sesi ujibakat :D finally Abang pair dengan Adam. 



Abang pegi dgn rombongan sekolah naik bas. Ingatkan sempat lah tengok Abang beraksi, sampai je kat venue nampak Abang dgn Adam dah berjalan nak ke gerai2 jualan. Kami terlewat dalam 10 minit kot. Cepat pula acaranya bermula. Semuanya dijalankan secara serentak; nasyid, kalam jamaie, azan dll. 


Rupanya depa guna buah-buahan betul utk situasi jual beli tadi. Habis acara, cikgu bagi buah durian suruh Abang makan dgn kawan2. Rezeki depa. Buah tu keciknya tapi anak2 pakat makan dlm 10 orang gitu, semua dapat merasa. Kebetulan kita dgn mama iman pakat bentang tikar sebelah menyebelah, kawan2 depa semua mai melepak sama. 

Abang dgn Adam dapat no 5. Pasangan saadah dgn anissa dapat naib johan utk kategori perempuan. Iman pun dapat no 2. Tahniah ye! Untuk Abang, I'm so proud of you, for your courage & confidence. 


Tuesday 11 April 2017

Spot Check!


Dah lama jugak tak buat spot check kat bilik Abang. Overall OK lah. Dia pun dah pandai dah maintain bilik dia w/pun ala kadar. Nak pasang cadar, lipat selimut semua dah passed. Tapi kengkadang tu bila semak je kita berleter jugak :p yang kelakarnya dia akan cakap, "ini yang Abang tak nak ada bilik sendiri ni, kena kemaslah, sapulah...". Amboi nak, Umi dulu berangan tau nak ada bilik sendiri masa kecik2. Maklumlah Tokwan orang susah. Rumah ala kadar je, bilik pun separated by almari & tirai je. Abang bertuah tau...

Semalam kita tolong kemas meja tulis & buku2 dia. Lepas exam so exam papers tu belum sempat filing. Dia main letak je atas meja. 

Macam2 jugaklah yang kita jumpa dalam laci dia ni...



Patutlah buku tulis tu asyik hilang je mukasuratnya. Dia buat 'orang bola'. 
Eh, ye ke Juan Mata pakai jersey no 45? Umi pun lupa. Since Ron angkat kaki from Old Trafford Umi pun dah kurang follow MU. I'm still mending my broken heart :p


Ini dari bf dia. Taktau lah bergaduh pasai apa sampai nak jumpa belakang sekolah :D

Sebut pasal spot check ni, masa kita duduk hostel dulu memang fobia kalau warden buat spot check. Even though kita takde simpan barang2 illegal pun cuak jugak. Kita nerd & naive that time, budak kampunglah katakan...

Kenangan paling win pasal spot check ni was about my friend, Elyz. Time tu kitorang dah kat main camp. Sekali warden buat spot check, dia punyalah gabra sebab dia ada mini TV. TV memang a big no la kan simpan kat dorm. Dia bawak lari TV tu sorok dalam baldi. Rupanya dalam baldi tu ada air! Terus jahanam TV tu. Huhu... Kelakar pulak bila ingat balik :)


Monday 10 April 2017

Snail hunting grr..grr...



Kita suka je gardening. Tapi ada satu masalah yg kita geram sangat i.e. snails. Ikutkan tak boleh nak tanam apa especially edible plants. Belum sempat kita makan, depa makan dulu. Tapi ada jugak pokok yg survived; peria katak, pokok kari, keladi, pandan. Agaknya pahit, pedas or gatal la kot daun2 tu. Tapi celah2 pelepah daun keladi tu pulak depa buat tempat bertelur! 

Tengok lah tu bukan sekor dua, satu opis agaknya pakat dok  meeting atas pokok cekur manis tu grr...

Tapi mujurlah depa tak kacau pokok bunga kita ni. 



Ada orang cakap tabur garam. Dah buat tapi they keep coming into my garden. Maybe sebelah tu longkang kot, tempat lembab sesuai utk dia bermastautin. Dah tabur ubat utk halau siput pun tak berapa berkesan. So this time kita kutip & buang. Dah dua hari start, hari ni tak nampak dah merayau kat tanah. Tapi ada jugak lah dalam pasu kosong yg kita terlangkupkan. Kena keep on hunting them. 

Favorite place Angah main lori tanah dia :D


Ini tanaman adik ipar kita. Geramnya tengok pokok kunyit yg merimba tu... Pucuk kunyit sedap buat ulam. Kobis bunga pun kemain subur nampak nya. I will have them in my garden soon, insha Allah. 

Thursday 6 April 2017

Laksa Kedah in da house :D



Lepas settle sidai kain semua, kita naik atas kacau Adik tido :) tengah syok gomol-gomol Adik, kakak bagitau, "Umi...paklong datang". 

Kita turun bawah, nampak Abang kita tengah siang ikan. " buat laksa dikna..." katanya. Kita pun terus ambik periuk, bersihkan ikan yang disiang tadi, rebus dgn garam dan masukkan 5-6 keping  asam keping. Sambil2 tu buka blog cikgu ani tengok resepi :) canggih tak canggih  zaman sekarang, everything is google-ble. Kita pernah buat laksa resepi cikgu ani ni. Memang sedap dan menjadi.

Kita copy disini ye cikgu, moga berpanjangan manfaatnya. 





Abang kita ni kalau teringin nak makan apa2 yang Mak masak dia datanglah rumah kita, siap dengan bahan-bahannya. Tapi semalam kita yg masak. Mak pun bukan larat sangat dah, it's time for me to take the driver's seat. Chewah! Semalam pun dia dah pakat dengan Mak nak buat ketupat kat rumah kita untuk raya nanti :)

Selain ikan & laksa mentah,  Abang kita bawak cili, bunga kantan, asam keping, limau kasturi & pucuk putat, ulam untuk Mak. Awat tak bawak belacan sekali bang! :p 

Dah siap semua, kita suruh Abang perisakan sebab kita dgn Mak puasa. Alhamdulillah sedap :) 


Wednesday 5 April 2017

Kenduri Birthday Iman



Iman ni classmate Abang, since darjah satu. Sabtu lepas mamanya jemput Abang & classmatesnya ke kenduri kesyukuran sempena birthday iman yg ke-9. Every year actually mama iman jemput ke majlis makan2 birthday iman ni tapi ada saja hal yg tak dapat dielakkan. Alhamdulillah tahun ni berkelapangan. 

Kami sampai tu clown tengah entertain budak2 so terus pakat bersilalah Abang & co. Umi Walid pulak terus cari nasi :p


Meriah majlisnya... Siap pasang khemah macam kenduri kawin dah hah :) makanan semuanya sedap2 belaka; nasi putih, daging masak hitam, ayam masak merah, mee kari, laksa, roti jala kuah durian, kek etc. Ikutkan nak makan semuanya tapi tak terdaya. Dah balik rumah teringat pulak kuah durian yang tak dan nak rasa tu :p cendol mowla pun sedap. 

Semalam,  on his actual birthday, mamanya buat surprise dekat kelas pulak. Makan kek lagilah Abang & kawan2 nya. Suka sangat dia dapat stationary set dari mama iman. Tqvm mama iman & family. Moga terus dimurahkan rezeki.


To iman;
May you become a good, healthy and successful son dear. Encem sokmo ye iman. 


Monday 3 April 2017

Pendaftaran SRAI kini dibuka...



Bermula 1 - 30 April pendaftaran untuk murid tahun 1 2018 mula dibuka di Sekolah Rendah Integrasi (SRAI). Borang boleh didapati di pejabat sekolah secara percuma tapi time hantar tu kena bayar rm15 for process/admin fee. Time Abang dulu rm10 je kalau tak silap :)


Salah satu kelebihan SRAI is sekolah satu sesi merangkumi subjek akademik (KPM) dan KAFA dari jam 7.30 pg. - 3.30 ptg. Abang pun dah tiga tahun bersekolah di SRAI dan kami memang puashati dgn prestasi dia jadi memang besar lah harapan agar Angah pun dapat satu sekolah dgn Abang. Bak kata Abang, " Abang pun nak adik Abang setaraf dengan Abang ".. Eei poyo je ayat Abang kan :p
Umi pun suka sebab senang nak uruskan depa nanti.


Sebelum ni tak perlu borang pengesahan pemastautin ni. Semalam hubby sempat berborak dgn nazir masjid, katanya sebab ramai sangat apply so depa buat saringan lebih ketat termasuk bagi keutamaan kepada parents warga Selangor juga pemastautin yg tinggal lebih 7 tahun di Selangor. Jika anda anak kariah sri Gombak, boleh hantar borang/dokumen yg diperlukan utk pengesahan ke pejabat masjid al khairiyah, nanti nazir masjid akan sign & cop borang. 


So borang utk Angah dah ada, tunggu nak dapat kan pengesahan dari pihak sepatutnya. Then hantar balik borang, tunggu panggilan utk ujian saringan then dapat result. Doakan ye semua.