Adik selesai MPT4 hari Rabu minggu lepas, Ummi bawa ke You Mart & Cafe.
Sementara tunggu staff siapkan order, duduklah sekejap dalam kafe ni. Takde pelanggan lain. Kafe ni biasa penuh time budak-budak sekolah habis kelas atau lunch break hari Jumaat.
Take away, malas nak makan di sini.
Walid pun dah nak sampai dah, dari Utara.
Ummi order;
Air float x1
Oden w Megi x1
Ramen w chicken popcorn x1
Total: RM30.++
Basic w/out megi RM9.90 tak silap. Add on megi tambah lagi singgit tak silap. Resit dah buang pulak, tak boleh nak semak.
Dekat SG ni takde A&W, jarang sangatlah dapat minum float depa. Apapun alhamdulillah syukur atas rezeki pemberian-Nya.
Oh ya Adik beli juga keychain bentuk bunga, ada cermin sekali. Nak bagi hadiah utk Azra, yang birthday-nya awal bulan hari tu. Selain f&b, ada jugalah benda-benda cute yang kedai ni jual. Biasalah, port budak-budak sekolah, diorang suka cute stuff gini kan...
