Friday 31 March 2017

Bubur Lambuk K.Jee



Semalam kita puasa... 
Elok je kita on rice cooker masak nasi utk anak2 Mak cakap teringin nak makan nasi lembik (bubur nasi). 

So petang tu kita buatlah bubur lambuk resepi K. Jee (Fauziah Samad). Dah 2x buat, alhamdulillah sedap. Suka resepi2 k.jee sebab main campak-campak je. Resepi sukat2 kita tak berapa rajin... Hehe...

First time buat kita dulu kita guna telur masin but buat semalam w/out telur masin. Sebab takde... Kita tambah garam dalam 2 sudu kecik. Dua-dua version sedap. 

Tq k jee :)

Kita takde pressure cooker, but my trusted rice cooker ada dual functions; rice & porridge cooking. Untuk secawan beras tu kita letak 5 cawan air, set rice cooker kita function porridge. Once dah lembut, dalam 1/2 jam gitu, kita tukar balik ke function rice cooking dan tambah lagi 2-3 cawan air dan santan. Then perisakan.

Cukup2 je secawan beras tu. Next time kena masak lebih sikitlah sebab Adik sorang pun dah 2 mangkuk dia pulun :p

Tengah sedap berbuka jiran sebelah hulur pulak mee sepinggan. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak dak?


Wednesday 29 March 2017

Mail Mee Rebus, Melawati



Masa kita kecik2 dulu, bila dapat kiriman duit dari Abang kita yang kerja di bandar, Pak akan ke pekan Kupang, beli mee rebus dan mee goreng. This was considered a special and luxury treat for us once a month. Biasanya Pak beli 2 bungkus je, serba satu. Balik rumah kami akan makan beramai-ramai. Rasa seronok sangat dapat makan mee yang sedap tu. Pernah juga bila balik kampung try cari kedai tu tapi tak jumpa, or dah moved kot. Since then I long for this delicious mee but couldn't find one until one day...

Tn Hj, my 2nd boss invited us for lunch at Mail Mee Rebus di food court melawati. I was curious what is so special about this place and its food in particular until I tasted the mee. Omai, it tasted soooooo good and i can attest that this is authentic from Penang.  Yes! Finally I found a place for a very delicious mee, which almost taste the same with the mee that i usually ate during my childhood. If Pak is still alive, I would bring him here. Tsk tsk... 


You should try both but personally I prefer mee rebus. Sedapnya lahai kuah dia yang pedas2 manis tu. And rencahnya sangatlah mewah; tauhu, cucur, telur, taugeh semua ada. Dengan harga serendah Rm4 sepinggan sangat berbaloi, in term of quality & quantity. They have special menus too; rojak/pasemboq, mee sotong, paru etc., with extra charge of course. 


Gerainya pun bersih. The cook pun pakai face mask time masak. Kebersihan terjamin, insha Allah. 


Buka every day except Friday kot, until 4pm kalau tak silap. Sila terjah :)

Monday 27 March 2017

Cars Kitchen SS13, Subang



Bila dimaklumkan tempat farewell hubby dekat Cars Kitchen ni, I had no idea where it is. Never heard about it before.  Tried to 'google' but still no clue. Apatah lagi area subang ceq memang fail! #pasrah. 

And pagi tu baru tahu warna tema biru. Ah sudah! Kita takde baju biru except kurung & jubah huhu. Since event petang (hi-tea), pagi tu sempatlah naik turun 2-3 butik kat prima tu tapi takde yang berkenan. #pasarahlagisekali :) tak wajib pun pakai biru tapi saja nak seronok2. 

Keluar je tol Subang, terus kita on Waze. Biaq dia ja tunjukkan jalan sebab kita tak tau kan... Memang tricky tempatnya especially bagi yang tak biasa dgn area sini. Dah sampai pun we were like puzzled. Tempat ni adjacent to a gym, car wash & workshop (at the back) that's why namanya Cars Kitchen ! But no worries, takde pulak nampak lecak etc sbb car wash tu is very neat & tidy. Kereta pun nampaknya semua hebat2. I guess it is a car spa instead of car wash shop. Forgive me as I didn't pay attention to this matter because I was focused on getting into the air-conditioning room reserved for us :p it was very hot that day. 

It was a nice room decorated with colorful balloons. Kanak2 memang super happy lah kan. Pandai organizer ambik hati. Mak ayah pun senanglah hati nak makan & borak. The setting inside ala2 kantin/warung with bangku panjang & meja kayu disusun and few tables jugak. There are washrooms too. Kat luar is non-aircond section. 






Sampai dah terbelit dengan belon si Fariz ni :)

The menu includes; nasi lemak bungkus, laksa, fettuccine carbonara, fried spaghetti, roti jala, pisang goreng cheese & choc, kuih cara manis, egg tarts and hot & cold drinks. Food sedap sangat especially pisang goreng tu memang layan. Sambil borak sambil mengunyah, sedar2 dah habis :p kita rasa semua except laksa sebab masih pantang, tunggu Adik setahun dulu. Roti jala kita terlupa nak jamah. Since food tu banyak berlebih, pakat tapau bawak balik. All in all memang best and comfortable atmosphere. 

We enjoyed the moment very much. Again from the bottom of our heart, thank you for the memories.

Credit

Saturday 25 March 2017

Farewell "Mr Kita Buat Dia"


His working philosophy is "kita buat dia". He applied this philosophy in his daily routines and encouraged his teammates/colleagues to always believe that there is always a way out (solution) to a problem/issue. If option A fail, then you have options B to Z to choose from. Everything is manageable and do not simply give up. 

He has been working for the company for more than 6 years and finally called it a day. This is the second farewell they have had for him. In 2013 he was transferred to another department and based in Shah Alam. After 3 months, he was recalled back to the head office. This time he leaves the company for good. 

He established a strong friendship not only  with his colleagues but their families too. He and his family turned up at almost every events; family days, weddings, iftar sessions, raya gathering, majlis aqiqah etc. 

Quoting his superior farewell speech, "ini bukan pilihan yang tidak tepat utk dia dan keluarga" boosted his morale and confirmed his choice. He has been aiming to work in this industry and when the opportunity came, he accepted the offer to broaden his career and to provide a better life for his family. Insha Allah.

The moments spent with this great and supportive IAD family are truly appreciated. He and his family are honored and thankful for being a part of this family. It was a wonderful experience knowing each and everyone of them. 

Judging from the reaction, well wishes and gift presented to him yesterday, I can conclude that he is well-liked, respected and loved by many. May Allah bless him always, ease his days and shower him with guidance,  love and support at his new place. 

 From his colleagues



From Atiq & Atiqah. 
You two should see his super happy and grateful face when he saw the gift. Thank you very much for giving this precious gift, for making his wish a dream comes true. And thank you for making my life harder; I need to think of other gift for his upcoming birthday :p 

Share boleh? Hahaha...


Last but not least, from his best buddy, Akmal he got a Kedah jersey. Fabulous!
He was touched because he knew how much sacrifice his buddy made in giving him this jersey. 


Adik pun dapat jugak.
Again, tq atiq & atiqah.



All the best "Mr Kita Buat Dia"!
And if you are wondering, " Mr Kita Buat Dia " is none other than my beloved hubby:)

Keep us in your prayer and see you again when we see you :)

Credit


Friday 24 March 2017

Koleksi jet tempur katanya...



Since he was 3-4 years old he started playing with Lego. Asal dapat result exam elok je mesti minta lego as a reward. Masa Umi Walid pegi mekah hari tu pun dia minta Lego jugak. Gigih Umi Walid cari, jumpa jugaklah dekat kedai BinDawood sebelah masjidil haram tu. 20 riyal, that time. Ini pun ikut Walid pi market nak bodek Lego la tu :p

Kalau nak dikira memang dah berkotak-kotak kami beli kan dia Lego ni, tapi tu lah ada yang dah hilang pun. Sepah sana sini. Banyak juga yg kena sapu dengan umi :p

But, I always impress with his ability to assemble these tiny things. Imaginasi dia memang tinggi. Kalau suruh Umi buat memang menegak je jadinya, buat rumah memanjang. Tapi dia pandai reka macam2. Tak rugi beli kan dia mainan ni, trigger his creativity & imagination. 

Sempena LIMA 2017 ni, kita tampilkan koleksi kapal tempur ciptaan Abang :) inilah kerja dia sepanjang school holiday ni.







Ada separuh tin lagi ni belum assemble. Habuan adik2 main. Tapi selalunya depa akan suruh (baca:kacau) Abang jugak lah assemble untuk depa. Time cuti sekolah macam ni Umi pun biar je main puas2. Hari sekolah kadang tak sempat pun. 


Main elok2 ye Abang!

Thursday 23 March 2017

Murah rezeki...



Semalam kita masak sup kaki ayam, ayam masak halia dan goreng ikan keli utk dinner. Sambal ikan bilis lauk siangnya ada sikit lagi. Cukuplah tu. Janji ada sup, seleralah anak2 especially Kakak makan. Satu lagi favorite dia telur. 

B balik from work beli roti canai 3 keping. Kita potong kecil2 kongsi makan ramai2.

Balik dari surau lepas maghrib tu Abang & Angah bawak balik pulut kuning & rendang ayam. Alhamdulillah rezeki lagi...

Kenyang sungguh kami makan malam tadi. Sampai berlebih2 makanannya. Hari ni Umi tak payah masak lauk, masak nasi je. Lega :p

Tuesday 21 March 2017

Happy 6th Birthday Angah!



This cheeky boy turns 6 yesterday. Makin menjadi-jadi karenah dan keletah dia. Anak no 2 lah katakan... Kadang2 sweet kadang2 grumpy :(


Kek beli dekat Bakeri Ria, sebelah balai polis melawati. Suka beli kek kat sini sebab kedai Muslim. Sedap pulak tu. 

We had birthday treat at Sudu & Knife. Kali ni dinner so dapatlah try western food depa. Sedap and worth for money. Portion besar, bukan takat kenyang tapi sengkak he he... Harga standard lah around RM13-14 for main menu; chicken chop, chicken grill etc.


Alhamdulillah we enjoyed the moment. 

May you grow as a healthy, good and excellent son, kind and generous to your siblings and helpful & respectful to your parents always. We love you to the moon and back! 

Wedding #01/17 ~ Resepsi Anak Makcik Abang



Wedding pertama yang kita attend tahun ni. Tuan rumahnya nama k.zana, suaminya abg man. Tapi kami suami isteri refer k.zana ni sbg "Makcik Abang" sebab masa sekolah Pasti dulu hari2 Abang singgah di gerai k.zana utk beli breakfast. 

Meriah kendurinya; ramai tetamu, makanan sedap dan pelbagai. Yang paling best door gift dapat bunga telor. Kita suka betoi kalau pergi wedding dapat bunga telor. Nak nak bunga pahar yg selalunya cantik2 tu... Tapi orang sekarang suka bagi door gift macam2 kan. Yelah zaman dah berubah kan...


Selamat pengantin baru utk mempelai. Moga kekal hingga ke syurga.



Saturday 18 March 2017

Kg Baru boleh?


Credit

Cuti sekolah dah start. Anak2 ni asyik dok ajak balik kampung tapi ada kekangan. Dah tu kita bawak gi kg baru je, ziarah pak long depa. Kampung jugak tu kan...

Dah lama tak pergi rumah pak long depa (Abang kita), since Mak dah balik kampung. Kat kg baru ni taulah kan sesak, nak parking susah. Tapi kami kalau gi sini dapat parking ala valet parking gitu. Rasa macam VIP sebab boleh parking keta depan rumah Abang.  Tapi time siang je lah. Kalau malam jangan kata tetamu, tuan rumah pun kena park keta kat luar. Kedai makan depan rumah Abang buka belah makan! 

Tadi, elok je kita turun kereta dan alihkan papan notis 'no parking' depan jalan masuk ke rumah Abang tu, ada sorang mamat ni  tegur kita;

Dia : Kak, jangan parking situ, satgi tuan rumah (Abang kita) marah

Kita:  ni rumah Abang saya

Dia: ye ke? Maaf ye Kak... Tak pernah nampak sebelum ni

Kita: takpe...memang dah lama tak datang pun :) 

Elok je hubby park, driver lorry ice pulak tegur, bagi tau suruh ubah takut tuan rumah bising. Mesti Abang kita dah pernah sound depa ni he he... Tapi memang tak boleh biar pun, sebab kadang2 tu ada je block jalan masuk ke rumah Abang tu. Kalau ada emergency memang susahlah. Kadang tu depa takde lah park betul2 di lorong masuk tu, tapi separuh badan @ suku badan keta tu block jalan Abang tu. Taulah kg baru tu, sempit. Jalan masuk rumah muat2 satu keta je. 

Balik dari rumah Abang, kami trapped dalam traffic jam. Dari perkuburan batu muda nak ke exit sri gombak tu dalam 1 km je kot, tapi 1/2 jam jugak kami stuck. Dah la lapaq. Mengantuk pun ye jugak. Makan cukup, tidur cukup entah apa yg tak kena tak tau lah. Maybe aliran trafik yg too slow kot. Otw ke kg baru tadi dah nampak trafik menghala ke pantai Timur sesak di tol Gombak tu, tapi tu lah terlupa nak ikut Greenwood, jalan lama. 

Khabarnya aloq setaq dah jadi macam Korea sekarang, musim pokok tecoma berbunga. Cantikkan? 

Credit

Credit
Drive carefully ye...



Thursday 16 March 2017

Kain Batik aka Batik Sarong




Aih, pasal kain batik pun nak buat entry ke? Hahaha... Malas dah nak buat entry serius2, kita santai2 cerita simple2 cukuplah kan... 

Kita suka pakai kain batik especially time confinement (of course la kan?) and bila miss P visits every month :p satu lagi bila balik rumah mentua :) sarung je kain batik untuk cover seluar tidur ke track  suit yg dah worn out but still comfy he he...

Time delivered kat Abang dulu, kita checked out hospital tu pun pakai kain batik. Nerd je time tu padahal nak pakai skirt or pants pun boleh.  Kita sorang je pakai kain batik, orang lain kemain bergaya lagi hikhik... Maklumlah orang kampung, dah macam kebiasaan pakai kain batik je lepas bersalin. Tapi lepas tu, bila bersalin kat adik2 dia, mak bergaya nak! Modern mom gitu :p

Masa duduk di hostel, 'every time of the month' time tido mesti hampar kain batik atas cadar putih. Takut bocor ma! 

Kenangan paling best masa tunggu result SPM. Setiap hari pakai kain batik sedondon dengan warna T-shirt. Baju biru, kain batik biru. Pastu sapu laman sambil nyanyi2 kecil. Takleh nyanyi kuat, anak dara pingitanlah kata kan (wink). Sampai la pun kita suka pakai kain batik sedondon dengan warna baju tau. 


Tips nak bagi kain batik tu kekal elok warnanya, terbalikkan setiap kali sidai (bahagian dalam yg kena cahaya matahari). Barulah nampak elok dan baru sentiasa kain tu. 

Jumuah mubarakah! 

Tuesday 14 March 2017

Cerita Biskut & Cucu Baru :)



Tak tahulah kat tempat lain panggil apa, tapi orang kampung kita panggil "biskut". Sedap buat minum petang, cicah dgn teh o. Dulu-dulu arwah Pak kalau beli satu plastik besar. Makan 2-3 ketul ikat plastik kemas2, sangkut di alang dapur :) kadang2 bila boring cicah air teh, Mak akan kukur kelapa, gaul dengan garam & gula sikit kita cicah dgn biskut ni. Macam makan ubi kayu tu. Time kita mabuk pregnant, Mak buat air gula lepas tu rendam biskut ni 1-2 ketul bagi kita makan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Sekarang ni sebungkus macam kat atas tu dah dua ringgit lebih. Adalah kot 10 ketul, campur dengan yang patah-patah :( 
Angah suka betul biskut ni. Kalau Tok dia ada, mesti petang2 suruh beli kat babu roti. 

Semalam juga kita dapat cucu saudara baru, yang ke-11. Maknya kena c-zer sebab baby besaq sangat, 4.04kg you! Hang makan apa Ti sampai besaq sangat baby tu :p

Moga baby dan semua zuriat keturunan Tok & Tok Wan dipelihara imannya, , soleh solehah hendaknya serta berjaya semuanya. Aamiin.

Yang pasti, tahun ni Toksu kena sedia duit raya lebih! 

Monday 13 March 2017

Spicy Korean Fried Chicken



Satu-satunya cerita Korea yang Umi tengok hanyalah Running Man. Itupun kalau anak2 tak tengok citer kartun. Gelak sakan Umi tengok gelagat depa tu; spontan, hilarious and sometimes cam innocent je kan. Uda lainlah, makan tidoq, siang malam semuanya citer Korea ja. 

Tapi terpandang ayam masak Korea kat blog Kak Hainom terliurlah pulak. Anak kak hainom salut ayam tu dgn oat, memang kenalah sbb Umi pun nak habiskan oat yg ada tu. Beli dulu kononnya nak diet, bekfes oat pagi2.  Tapi belum pukul 10, dah selongkar periuk cari nasik sejuk!

Resepinya Umi ambil dari blog resepi citarasawan. Terima kasih ye tuan tanah, juga anak kak hainom yg bagi inspirasi.  Mudah dan cepat je nak buat. Sedap pulak tu. 

Walid suka, Umi suka, anak2 pun suka. Alhamdulillah. 

Sunday 12 March 2017

Mali's Corner



Dah lama tak pekena char kuew tiau dekat Mali's Corner ni. Semalam pergi la minum petang. 

Kalau datang sini tak sah jika tak order nasi lemak ayam and of course their signature dish, char kuew tiau. Air semestinya limau suam/ais lah as we used to do during our uni days. But since B made the order, everyone got syrup ice. Fair and square gitu :)

Now they occupied 2 lots kat ground floor tu. One side utk kuew tiau and the other side utk nasi lemak dan air. So semalam kena beratur 3 tempatlah utk order 3 menu termasuk air. Luckily hubby did the job :)

Tempatnya dah selesa sekarang, luas. Even surau and restrooms pun ada but I still miss the old place, dekat Tar College dulu tu. Makan bawah pokok je tapi best. Tak sure masih ada atau tak gerai kat situ. 

Now we have more options for food; ada laksa, nasi ayam, kepok lekor and nasi air. Tak try pun semalam...

Sepinggan RM6

Nasi lemak telur RM3

Ayam goreng RM4/seketul




Alhamdulillah kenyang even makan kongsi2 je. Tapi, balik rumah haruslah masak nasi jugak. Pukul 10 tu pakat selongkar dapur cari nasi ayam ala beriani menu alam Umi yang sedap tu :p

Saturday 11 March 2017

Nasi Ayam ala Beriani Menu Alam



Umi suka tengok rancangan Menu Alam yang dihoskan oleh Nabil Salleh di TV Alhijrah. Resepi yang diketengahkan mudah dan unik. Yang bestnya, beliau suka masuk ke kampung2 untuk mendapatkan resepi tempatan sambil2 'membawa' penonton ke tempat penghasilan sesuatu produk makanan. Hari tu ditunjukkan proses membuat gula kabung. Allahu... Struggle rupanya nak menadah nira dari pokoknya, kena panjat tangga, cantas  pelepah yg berisi nira, tadah bekas untuk menahan titisan nira tersebut serta balut tempat yg dicantas agar tiada serangga/habuk jatuh ke dalamnya... Rumit kerjanya. Lepas ni memang Umi tak komplen lah jika harganya mahal. Memang berbaloi dgn kerjanya yang rumit. 

Actually Umi tak tau nak namakan resepi ni sebab sdr nabil demo hari tu guna daging kambing dan dinamakan menu ni "nasi kambing". Since Umi guna ayam, by right Umi patut letak nasi ayam. Tapi ianya bukan seperti nasi ayam yang kita semua tahu. Ala2 nasi arab atau nasi beriani gitu.

Bahan-bahan ni Umi agak2 sendiri dan tambah sendiri sebab hos tak bagi specific measurement pun. Cuba Umi duplicate teknik penyediaannya serta bahan yg digunakan ikut kesesuaian. Ikutkan chef guna minyak zaitun utk menumis tapi Umi takde. Terung pun Umi guna terung panjang instead of terung pipit seperti chef guna sbb tak biasa makan terung pipit tu. Buat ulam atau sambal pernahlah.

Jomlah kita try. 

Bahan-bahan;
1. Ayam ~ separuh @ 10-12 ketul
2. Garam
3. Kunyit
4. 2 s/b serbuk ketumbar
5. 1 s/b serbuk jintan 
6. 1 ulas bawang merah ~ hiris
7. 1 labu bawang putih
8. 1 inci halia ~ hiris
9. 1-2 sudu butter
10. Terung panjang ~ dadukan
11. 2 biji cili merah @ cili solok 
12. Sedikit minyak masak
13. 2 cawan beras ~ bersih dan toskan
14. Stock ayam ~ 2 cawan air + satu ketul kiub ayam + sepasang kaki ayam
15. 3-4 s/b rempah perapan / rempah beriani. 
16. Minyak zaitun
17. Sedikit daun sup

Cara-caranya;
1. Perap ayam bersama garam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan, rempah perapan dan sedikit minyak zaitun. 
2. Panaskan sedikit minyak dan butter.
3. Tumis bawang merah hingga garing. Keluarkan.
4. Masukkan bawang putih. Goreng keperangan. Keluarkan.
5. Masukkan ayam yang telah diperap. Umi perap dalam 1/2 jam.  Goreng kira-kira 10 minit atau hingga kering air atau layu. Tutup api.
5. Masukkan beras, halia, stock ayam,  cili merah dan terung juga bawang2 yg telah digoreng tadi. Gaul rata.
Tambah air secukupnya. Umi ukur guna ruas jari :) 


Masak nasi seperti biasa (rice-cooker).

Bila nasi dah masak, gemburkan dgn senduk. Potong daun sup kira2 2 inci dan masukkan ke dalam nasi. Biar dalam 5 minit, tutup suis. Lama2 kan berkerak pula nasi. 

Umi gandingkan dengan dalca dan air asam kerisik. Umi kalau makan nasi berperisa/berempah macam ni, cepat muak. Bila ada rasa masam & pedas tu 'baru cara' :) 

Alhamdulillah sedap kata depa :p