Saturday 28 October 2017

Kakak turns 4!



Rasa dah lama kakak ni 4 tahun. Tapi semalam baru genap 4 tahun sebenarnya. Baby hujung tahun lah katakan.  Bila ditanya cita-cita dia sekarang, dia nak jadi princess 👑👑👑. Good luck ye kakak hehe... 

Semalam Walid belanja makan di Pizza Hut. The kids were expecting a treat at the regular KFC but this time we opted for pizza. Asyik KFC je sekali sekala kita tukaq selera. 



Boleh tahan mahal juga pizza ni ye. Dah lama tak makan, sekali terkejut jugak tengok bil order air Pepsi extra segelas rm6.30 😕. Apapun thanks ye Walid. Next time kita makan lagi ye 😉

Wajah-wajah kesayangan hamba 


Bila tanya cita-cita dia sekarang, dia nak jadi princess 👑👑👑 

Happy birthday my sweet little princes!
Be a good daughter ye sayang. 

'Jahatkan' depa ni... 😉


Inilah yang Umi kata 'jahat'; 



Actually ada lagi sale sana sini tapi dua ni memang kami pergi 😆

Yang sale Anakku tu Umi dah pi usha tapi tak beli apa2 lagi. Macam tak percaya dgn diri sendiri, boleh keluar dewan tu tanpa beli apa2 hehe... Ada few things Umi dah aim tapi later on la Umi beli. Umi pi first day hari tu memang ramai sangat orang. Hari gaji kot. Nak memilih pun kurang selesa. Weekdays nanti Umi boleh pegi. 


Berkenan dengan kasut2 ni. Tengok lah kalau ada rezeki anak2.




Yang sale Clark's tu Walid la yang excited lebih. Memang tengah cari kasut pun. Walid pi dengan anak2 je. Umi tunggu Abg Aqim datang hantaq Tok. 





Hall belum buka tapi punyalah ramai orang dah que. Once dah buka depa release batch by batch to manage the crowd. Luckily Walid managed to squeeze in. Itu pun tak berapa selesa nak memilih. Since today dah masuk 2nd day stock tak banyak yang tinggal. Yang less than rm100 mostly sold out earlier. Berbaloi juga bila pegi sale macam ni sebab harga memang murah banyak. Ikut kata Walid item paling mahal pun rm250. Kira murahlah kot untuk kasut Clark's.




That's why I said depa ni jahat. They made us poorer by few hundred ringgit 😉


Kalau ada yang berminat, moh kita. Sempat lagi ni.

Tuesday 24 October 2017

Tak pregnant pun cuma...


All the pregnancy symptoms were there; nausea, dizziness, loss of appetite and sleepy. Not to mention laziness 😊.  Plus a troubled tummy. And cramped leg. And together they knocked me down for 2 days. All I did was lying on the bed, tried to sleep and relieve all the pain in my body. Did they work? NO! Because Adik would come to me every time she saw me on the bed and request to be breastfed 😕 I need to push her away for a few times. Kesian Adik. 

It started that night when Adik was having difficulty to sleep. She got an upset tummy I guess. She kept bf from night to dawn to sooth herself. Though her eyes were closed but her mouth keep sucking 😇 it deprived me of a good sleep that night and the outcome was terrible. I felt miserable the next morning.

After sending angah to school, I slept until 10 am and when I woke up my stomach was already 'masuk angin'. I took a spoon or two of nasi goreng and feel like vomiting. Dush! I really don't like this feeling honestly. Lapaq gila tapi takleh makan 😢 

That night I just took an apple for dinner. Such a big achievement if I were on diet 😁 hubby cook nasi goreng for him and the kids because I didn't feel like cooking. The same feeling I felt eveytime I was pregnant in the first trimester. Not only no cooking but I dare not enter the kithchen. Busuk bawang! Hahaha... 

The pain of hungry (it is painful guys), sleepy, nausea and perut berkeroncong continue until yesterday.  But slowly I recovered. I put an aromatherapy oil around my neck and had a good 20-minute sleep before Adik woke me up again 😕 but alhamdulillah though it was short, but I feel better and fresher. I guess the culprit behind this miserable episode was lack of sleep. If I were to blame anyone it must be Adik 😁



And today, to make up for the two-day loss of appetite I treated myself with a pack of nasi lemak with sambal paru. Ohsem!. 


Thursday 19 October 2017

Cuti deepavali...


Adik jadi banker, jangan main2 😁

Salam jumaat 😃

Cuti deepavali kelmarin kami tak kemana pun. Maksu depa siap pi piknik ni Pantai Merdeka. Kami tunggu orang mai 'beraya' kat rumah je hehe... Aida, cucu saudara Tok ada datang ziarah Tok. Dah dia datang lunch time Umi jamulah nasi. Lauk simple je; ayam masak lemak, sayur campur, ikan keli & ulam sambal belacan. Pakat makan bertambah-tambah hah... 

Tok order kek dengan menantu Tn Kasim. Belanja cucu2 dia. Sedap sangat choc moist cake airtangan As ni. 

Abang & co pun seronok lah dapat kawan dgn anak2 Aida, ammar & ayyad. Riuh rendah meriah dengan budak2. 

Semalam pula pakcik mai ambik Tok. Nak bawa berubat, nak try alternative treatment. Tak sanggup nak tengok Tok buat dialysis atas faktor umurnya yg dah nak masuk 80 tu. Moga Tok diberi kesembuhan. Aamiin. 

Kerepek nangka buah tangan dari Makcik. Touched down from Bali terus ke Gombak. Sakan pi bercuti :) 

Tujuh bulan Tok tinggal dengan kami. Rasa lost jugaklah bila masuk bilik Tok takde orang 😢 rasa sebak je. Umi siap cium baju & kain batik Tok haha... 

Baru sehari dah rindu huhu...


Tuesday 17 October 2017

Resepi ~ Bubur Asyura Kedah



Salam selasa 😃

Salah satu tradisi orang kampung Umi, juga di sesetengah tempat akan buat bubur asyura bila masuk 10 Muharram. Kadang tu bergotong royong kacau bubur asyura ni di masjid atau surau. Kadang tu gilir2 tolong mengacau. Kalau hari ni tok buat bubur asyura, jiran2 terdekat pakat mai tolong kacau. Esok pulak bila turn orang lain, tok pula tolong kacau. Biasanya buat tu dalam kuantiti yang agak banyak, kacau dalam kawah sebab tu perlu ramai orang yg menolong sebab bila masak bubur asyura ni tak boleh berhenti mengacaunya. Nanti berkerak di bahagian bawahnya. 

Kalau di kampung Umi ada 2 jenis bubur asyura yg selalu dibuat; jenis lemak atau manis. Arwah tok wan suka yg lemak, makan cicah dengan gula. Umi pula suka yg manis. 

Umi pun 10 muharram hari tu kacau jugak lah bubur asyura. Resepi Umi pinjam dari K. Yati cahaya hidupku. Tok takde simpan resepi, semua main agak2, main campak2 ja. Susah sikitlah bagi 1st timer macam Umi ni 😊

Kita post kat sini ye k.yati cayang. Untuk rujukan juga perkongsian. Moga akak beroleh pahala berterusan insha Allah. 

Credit : K. Yati Cahaya Hidupku.

Cuma bila Umi masak tu, tidaklah straightforward method nya. Kena tambah air juga bila adunan tu start berketul-ketul atau meletop-letop. Takut tepung tak cukup masak nanti cepat basi kata tok. Rahsianya kalau adunan tu kering, tambahlah air hihi... Satu lagi tip pakai kuali besar ye, supaya senang nak mengacau dan nak adjust tambah air dan bahan2 macam keledek, jagung dsbnya. 


Alhamdulillah berjaya juga Umi masak bubur asyura ni. 

Inilah hasil kerja keras mengacau bubur non-stop sejam lebih 😁

Dapatlah 2 bwkas kecik ni. 

Bulan muharram masih berbaki lagi 4-5 hari, cepat2 lah cuba ye resepi k.yati ni. 

Saturday 14 October 2017

PSNSciFest 2017



Semalam Walid bawak anak2 ke Pusat Sains Negara. Ada event Science Festival 2017 sempena penganjuran National Innovation & Creative Economy (NICE 2017).  Boleh rujuk SINI untuk maklumat lanjut. Program ni bermula 12/10 dan akan berakhir esok, pukul 9-6. 

Robot tempur tu memang kegilaan Abang. Selalu tengok show Battlebots  kat TV tu. Dapatlah tengok semalam. 

Bagi yang ada anak2 especially yang minat sains & technology this is a good platform for them to learn, explore and gain valuable knowledge. Very insightful event. 





Lepak-lepak makan aiskrim.


Lepas tu jalan2 dekat park tengok birds, butterflies dan fish. 




Pool ni Umi tak sure open for public ke free access ke macamana. Tapi my kids tak mandi le pun sebab tak bawak baju salin. Lagi pun takdenya Walid rajin nak kisahkan depa kalau depa nak mandi pun hehe... FYI, Umi tak ikut. Teman tok kat rumah. Tok tak berapa sihat, kejap OK kejap tak. 



Punyalah ramai orang serbu event ni sampai kan PSN advise public to take public transport. Ikut cakap Walid pun time nak balik tu berderet-deret orang park kereta tepi jalan. Kena menapak jauh le. 

So mommies bawaklah anak2 ke sini ye. Esokkan cuti sekolah 😊

Wednesday 11 October 2017

Kafe My31 Kueh Sri Gombak



Last week on Monday Walid cuti, nak pegi lunch dengan ex-officemates dia di CM. Sanggup tu ambik cuti nak jumpa kawan2 lama hihi...

So pagi tu Umi ajak Walid breakfast kat kafe ni. Kafe ni satu row dengan Thaqwa Sri Gombak, at the end lot. Berhadapan dengan kedai makan Seri Ayu yang famous dengan lauk pauk kampung tu.





Kafe ni menyediakan hidangan pantai timur; nasi tupe (tumpang), nasi air dingin, nasi kerabu, nasi dagang dll. Semuanya dah di pack siap2 seperti mana2 kedai makan/restoran di pantai timur. Dan food semuanya 'diimport' dari sana. Ada Umi nampak artikel dalam newspaper yang dibingkaikan tergantung di tepi meja cashier berbunyi "Nasi Tupe Naik Pesawat". Kalau tak silap, nasi baru sampai before noon so stock memang sentiasa ada especially untuk sesi petang. Kafe tutup pukul 5 ptg. 


Selain tu ada juga kuih muih pelbagai jenis. Dah namanya my31 kueh kan mesti banyak kueh. Yang bestnya semua kuih diletakkan dalam almari kaca, macam kat bakery tu. Ini baru style 😃 teringat masa Umi pegi Bandung dulu macam ni lah depa display kuih muih depa. Memang nampak menarik dan ada class gitu :) 

Ini pilihan Walid.


Umi malas nak makan nasi, order bihun sup. Ada option kalau kita taknak makan nasi antaranya bihun/mee sup @ soto.  




Yang ni roti titab. Famous dekat Kopitiam
Kita, KB.  Roti bakar sapu marjerin & kaya then pecahkan 1/2 boiled egg. Buat sendiri pun boleh 😉


Umi suka ambiance kat kafe ni, old school. Rasa macam duduk dekat kedai kopi dolu dolu je. Dengan meja & bangku kayu tu memang menggamit memori. Eh harga air dia rm1 je tau! Kecuali la ada yang order air hebat2 lainlah harganya. Takat teh O, teh tarik ke kopi ke secawan singgit je. 

Jom kita!

Tuesday 10 October 2017

School Trip ~ Zoo Negara



Tahun ni angah ke zoo lagi. Tahun lepas ke Mini Zoo @ KL Tower. Tahun ni ke zoo negara pula. Time Abang dulu asyiklah ke kilang, kilang roti dan kilang coklat 😀. 

Yuran penyertaan rm40, termasuk ticket, pengangkutan dan makan minum. Open untuk abang/kakak pelajar tapi Abang tak join pun. Walid tak bagi ponteng sekolah hehe... Bila dia tahu schoolmate dia, zul join marah je dia hehe... 

Pinjam word mama cahaya "banjir" hand phone semalam dengan gambaq depa pi zoo. Ada mommies joint sekali jadi beratuslah gambaq yang kami dapat. Thanks a lot mommies & cikgu2. Seronok tengok anak2 happy sungguh. 













Antara binatang-binatang yang ada di zoo negara;











Burung highway 😁
Petang2 kalau lalu MRR2 area melawati/ulu klang tu mesti nampak burung2 ni bertengggek atas tiang lampu. Tengok trafik lancar ke tidak 😂


Seriously Umi tak tahu pun di zoo negara ada kangaroos. Kesian Walid asyiklah kena perli je sebab punyalah jauh dia pergi sampai ke Perth cari kangaroo, angah pegi ulu kelang je dah jumpa kangaroo 😊