Showing posts with label LGK. Show all posts
Showing posts with label LGK. Show all posts

Thursday, 16 July 2026

Bermalam @ Ixora Hotel Penang (Perai)

Ramai pula salah faham tentang Roro tu ye, ada yang ingat tong roro letak sampah tu hihi ... 

Dalam entry sebelum ni (awal tahun hari tu) Ummi dah terangkan apa itu Roro sebenarnya.  Tapi itulah, salah sendiri juga. Sambung cerita selepas ½ tahun, manalah orang tak confused. Ummi sendiri pun dah ingat² lupa ceritanya 🫣

Dari Kuala Perlis tu, kami tak singgah Jitra dah. Terus shoot ke Penang. Kami dah booking bilik di Ixora Hotel Penang yang letaknya di Perai. 

Bukan pengalaman pertama kami di hotel ni. Malah pernah stay di sini hampir 2 minggu ikut Walid outstation sampaikan penjual nasi lemak di belakang hotel pun dah kenal muka kami 😁
Masa tu Abang darjah 5. Lama dah ... 
Jadi Ummi memang tak boleh recall secara specific tentang hotel ni. 

Bilik triple.
Ini je yang available...

Bilik air selesa cuma kurang berkenan sebab shower dan toilet separate. In between ada vanity area terbuka which means no pintu. Kurang selesa di situ. Basah la area tu kalau kita nak berwudhuk ke.  Lagi satu toilet pun takde handheld bidet. Tak suka betul la kalau toilet jenis gini. Susah nak beristinjak properly (my personal opinion & preference 🙏🏻) 

Dinner tapau je. Tapi tak lalu nak makan dah. Lepas mandi semua nampak bantal je. Rasa pun so-so je, jadi tidur lebih 'sedap' :D 

Pemandangan waktu Subuh esok paginya.
Jalan masih lengang. Siang nanti penuh kenderaan di jalan utama ni. 

Esok pagi, lepas checked out kami terus cari nasi. Brunch, sebelum memulakan perjalanan balik ke Gombak. 

Wednesday, 15 July 2026

Pengalaman Naik Roro dari Langkawi ke Jeti Kuala Perlis


Lama betul ambil masa nak sambung cerita pengalaman kami menggunakan khidmat roro pergi dan balik dari Langkawi. 

Untuk balik, kami pilih Wantas Roro. Sesuai dengan itinerary kami, sebab last day di Langkawi ni kami nak berjimbaan lagi. 

Pengalaman Naik RORO dari Jeti Tanjung Lembong, Langkawi ke Jeti Kuala Perlis 
Provider: Wantas RORO 
Tambang: RM 321 I 1 buah MPV + 6 orang penumpang 

Sampai di Langkawi Port (Jeti Tanjung Lembong) kami diminta ke pejabat Wantas Roro dulu untuk urusan dokumentasi. 

Keadaan di JTL lebih tersusun dan professional pengurusannya. Setiap provider Roro ada pejabat sendiri, fasiliti lengkap dan tersusun. 

Dokumen dah selesai. 

Dapat sticker untuk dilekatkan di dashboard kereta. For easy identification I guessed

Beratur untuk pemeriksaan kastam.
Langkawi kan pulau bebas cukai. Barang yang dibeli tu kalau untuk kegunaan sendiri takde masalah (ada had). Kalau untuk berniaga kenalah isytihar. Kisahnya Tok Umi berhajat nak kirim 20 helai kain batik Langkawi. Tapi Ummi tak berani nak belikan, takut kantoi 🤭 

Berdebor sementara nak lepas abam kastam ni 😅

Alhamdulillah lepas tanpa halangan.
Depa suruh buka boot kereta dan tengok gitu² je. Sekilas pandang pun tahu, kami memang pergi bercuti. Orang dan beg sama banyak haha... 

Dekat JTL ni semuanya sistematik. Kenderaan beratur ikut lane yang disediakan. Ada staff yang bertugas menyusun kenderaan (bagi arahan untuk kita park dekat mana) one by one

Motorcycles on one side... 

Lama juga menunggu feri sampai jadi sempatlah Walid ke tandas dsbnya. Nak dijadikan cerita, terjumpa Hj Bro di sini. Beliau ada event sempena New Year, sambut pelancong yang sampai ke Langkawi that day

Sedih nak tinggal Langkawi 😌

Roro sampai dah... 

Ada nombor tempat duduk. 
Ummi tanya penumpang sorang tu, katanya boleh je free seating sebab feri tak penuh. Okay la, selesa sikit. Kerusi tegak sikit. 

Legging agak sempit...

Tapi deck luas.
Duduk luar ni best boleh tengok pemandangan.


Masa atas feri ni juga tiba² line phone Ummi detect signal negara jiran. Tiba² waktu dekat phone jadi awal sejam 😅
Jam di phone 1753. Jam di tangan 1653 :) 

Nampak daratan... Nampak macam dah dekat, tapi Roro ni perlahan ye. Especially Wantas ni sebab ferinya besar. Bila besar, muatan lebih banyak jadi lebih berat juga. 

Boring dan lapar pulak... Beli burger ni... Tak ingat dah berapa harganya :)

Adik dah bersimpuh atas kerusi :) 

Alhamdulillah selamat sampai di Jeti Kuala Perlis sekitar jam 7.30 mlm. Satu lagi pengalaman yang baru yang menarik untuk kami.  












Thursday, 5 February 2026

Pengalaman Naik RORO ke Langkawi Pt 1

Biasanya orang ke Langkawi naik feri penumpang atau kapal terbang. Alhamdulillah Ummi dan Walid dah merasa kedua² perkhidmatan ni. Jadi untuk kali ketiga ke Langkawi, kami pilih khidmat RORO. 

Apa itu RORO? 

Kaedahnya macam naik feri ke Penang, dulu². Naik feri bersama kenderaan kita. Dalam perjalanan tu boleh keluar dari kereta dan nikmati pemandangan laut. Cuma, nak ke Langkawi naik RORO ni lebih kurang 2 jam ½ juga untuk satu hala. Kalau feri Penang tu sekejap je kan, sebab jarak antara tanah besar dan pulau dekat. 

Jom la Ummi nak kongsi pengalaman kami sekeluarga menggunakan khidmat RORO (Rolls on/Rolls off) untuk ke Langkawi tempohari. Kami pilih khidmat RORO kerana;

1. Untuk merasa pengalaman baru
2. Selesa 
- tak perlu usung beg naik turun feri 
-  tak perlu keluar dari the comfort of our own car (bebas nak makan minum, tidur baring dan bawa banyak barang) 
- boleh shopping banyak² 
3. Mudah sebab tak perlu sewa kereta
 - tak perlu ambil dan hantar semula kereta sewa
- isi minyak masuk tank kereta sendiri :) 
- lebih jimat sebab sewa MPV (utk 4H3M - trip kami) lebih mahal dari tambang pergi balik guna RORO 

Bagi Ummi, guna khidmat RORO ni sesuai untuk keluarga besar atau pun keluarga yang ada anak² kecil. Kalau nak pergi berdua, bertiga tu mungkin naik feri penumpang lebih berbaloi. Sewa kereta kecil/sedan pun dah cukup. Macam kami 6 beranak MPV-lah pilihan yang sesuai dan selesa. Lagi satu, pengalaman tu yang mahal. 

Ada 3 syarikat yang menyediakan perkhidmatan RORO ke Langkawi; 

1. Langkawi RORO 
2. Langkawi Auto 
3. Wantas RORO 

RORO akan turun di Jeti Tanjung Lembong, bukan di Jeti Kuah. 

Jadual perjalanan ni bergantung juga pada cuaca juga. Kami pilih perjalanan perang, sebab slot sebelah pagi semuanya dah sold out

Semua booking secara online

Survey dulu harga dan waktu perjalanan. Nak naik RORO ni digalakkan berada 1-1 ½ jam awal dari waktu berlepas. RORO ni bukan hanya bawa penumpang bersama kenderaan, tapi ada juga seat untuk penumpang sahaja. Kadang tiket feri penumpang dah sold out, jadi alternatifnya naik RORO. Cuma, tempoh perjalanan lebih panjang. RORO tak boleh laju, sebab berat muatannya; orang, kenderaan.. 

Pengalaman Naik RORO dari Kuala Perlis ke Jeti Tanjung Lembong, Langkawi 
Provider: Langkawi RORO 
Tambang: RM 332 I 1 buah MPV + 6 orang penumpang 

Di Jeti Kuala Perlis (JKP), ikut tanda arah Terminal Ketibaan/RORO ( warna kuning). 

Park dulu kereta, carilah pejabat provider RORO kita untuk cop borang dan sahkan kehadiran kita. Proses di sini kurang teratur, berbanding di Jeti Tanjung Lembong. Untuk first timer macam kami ni memang kena rajin bertanya orang² di situ. Ingatkan RORO yang sampai menjelang pukul 6 tu, RORO Kami. Rupanya RORO lain, yang sepatutnya berlepas pukul 5.30 ptg, dari JKP. Delay ½ jam. Maknanya RORO kami pun akan delay juga. Pergerakan RORO ni pun kena ikut pasang surut air laut juga tak bolehlah nak salahkan depa. Lagi pula, ferinya tak boleh laju pun. 

Office Wantas. 
Ofis Langkawi RORO Walid tak ambil gambar. Lokasinya dekat parking lot bersebelahan masjid. 
Ofis depa semua dalam kabin gini je, bukan dalam bangunan.

Dibuk Services tu uruskan penghantaran kargo. Nak hantar motor ke semua boleh...
Van Gardenia tu baru turun dari RORO. Bersimpang siur dan sempit kawasan ni. Sebab tu kita kena alert dengan RORO kita. Ada kereta dah masuk dalam kawasan berlepas, kena U-turn semula sebab bukan RORO-nya. Ada pegawai² kastam juga dalam tu. 

Ingatkan RORO kami, rupanya bukan 😅

Sport cars ni pun naik RORO. Rupanya semua kereta yang berdaftar di Langkawi perlu berada di pulau tersebut pada setiap 31 Disember. Means, walaupun kereta ni dibawa keluar dari Langkawi, by 31st Dec tu kena ada di Langkawi semula. Nak bawa keluar semula ke tanah besar, 1 Jan onwards. Info ni driver van yang bawa kami ke jeti untuk aktiviti island hopping tu yang bagitau. Selain tu, tak silap Ummi , kereta plat Langkawi ni hanya dibenarkan berada di luar Langkawi untuk tempoh 3 bulan saja setiap tahun. Dulu, ada kawan asal dari Langkawi, pernah la naik kereta dia plate KV tu... 

Geng Motor tengah que.
Depa pun naik RORO, boleh bawa motor sekali. 


Finally, our turn
Kereta kami depan sekali, kiri.
Staff depa akan susun elok² bagi muat semua kenderaan. Nak keluar kereta kena mengiring badan sebab memang sempit. Nak buka pintu kereta pun kena hati² takut terlanggar kereta sebelah. 

Teringat kartun Popeye the Sailor Man:) 

Selesai parking kereta, naik tingkat atas. Ada kerusi, TV, tandas semua... Nak duduk dalam kereta pun boleh tapi boring la 2 jam lebih perjalanannya. 

Pemandangan dari tingkat atas.
Ada deck untuk tengok luar (laut).

Dah belayar... Cantik betul tengok matahari terbenam. Apatah lagi bila beards di laut. Tenang, damai, kagum semuanya bersatu. 

Tempat duduk penumpang. Selesa kerusinya. Free seating

Anakanda berempat  ❤️

Avengers: Infinity War. Apa² 
Avengers movies  Ummi suka. Tak boring la duduk layan movie ni... Anak⁴ pulak layan phone. Walid tour satu feri. Lepas tu tidur 😆

Adik layan megi cup. RM 6/cup tu. Ada juga jual minuman tapi harganya double la. Harga tengah laut :D 
Boleh je nak makan minum dalam RORO ni. Kami pun bawa juga jajan dan minuman.  Kemudahan tong sampah disediakan, sama² la kita jaga kebersihan.

Sebelum naik RORO ni kami makan ubat tahan muntah, takut mabuk laut. Tapi syukur takde rasa pening pun. Dan tak rasa pun dilambung ombak sebab RORO ni besar, tak goyang macam bot kecil. 

Selepas 2 jam, nampak dah Langkawi. Cuma, nak approach jeti tu ambil masa. Depa nak pasang tanjakan dsbnya... 

Adik mengintai dari lubang kapal... 

Nampak MAHA Tower dari kejauhan... 

Alhamdulilah selamat sampai di bumi Mahsuri sekitar jam 9.10 mlm. Dari Jeti Tanjung Lembong ni kami terus menuju ke Langkapuri Resort. 

All in, 3 jam jugalah termasuk delay awal² tadi tu. Nak susun kenderaan masuk dan keluar dari RORO pun ambil masa sebenarnya. Ini pengalaman pergi, balik nanti lain pula pengalamannya.