Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Saturday, 17 October 2026

Wedding @ Chucasa Janda Baik Pahang

Kenduri kedua pada 10.10.2026. 


Dari Pondok Warga Emas Yayasan Al Muhammadiah, Kuala Selangor kami bergerak merentas negeri ke Janda Baik, Pahang. Cik Leha and the geng kami tinggalkan. 

"Takpe, balik kami tau. Nak mai tadi ja kami tak berapa reti"  
:D 
 
Lagi pula mereka ada jemputan di Batu Muda. 

Jemputan kedua ni dari Tn Hj Azman. 

Dress code tetamu berdasarkan warna yang diberi. Digalakkan pakai baju warna-warna di atas. Ini first time kami attend wedding yang ditetapkan (digalakkan) pakai warna tertentu.   

Baju dan tudung Ummi. 
Memang ada dalam koleksi pakaian warna ni jadi kita follow saja, menghormati permintaan tuan rumah. 

Berpusing-pusing Maps bawa kami. Last-last sampai di Roundabout Kecik di SG, tepi MRR2.
Maps sebut Bulatan Keris apa tah... Kami sebut roundabout paling kecik di dunia ja... Langkah dengan kaki pun lepas kot roundabout ni 😂

Masuk MRR2 hujan lebat sangatttt... Tapi sekejap je. Risau juga takut traffic slow tapi alhamdulillah smooth saja hingga ke Janda Baik. 

Kena masuk jalan sempit dan curam. Risau kereta sangkut huhu... 

Nun di atas sana lokasi majlis.
Tapi jangan risau, ada buggy disediakan. 
Tapi Ya Allah, laju yakmat staff dia bawak. Risau tercampak keluar dari buggy 🫣

Tampak klasik bila nama pengantin ditulis pada selendang nipis ber-lace ni. Ditiup angin, terbuai lembut selendang ni. Kita pun ikut terasa asyik melihatnya. 

Melangkah ke dewan majlis, terpukau tengok dekorasinya. Memang lawa tempat ni. Dewannya dewan terbuka tapi sangat selesa. Sejuk je tempat ni, tak rasa bahang pun. 


Chandelier cantik... 
Ummi suka tengok chandelier tapi takat tengok je kot. Nak letak di rumah tak rajin nak buang habuknya 🤭

Semuanya cantik dan elegant.

Kenduri di Kuala Selangor tadi kami makan nasi minyak. Kenduri kedua ni menunya lauk kampung. Siap ada ulam petai! 
Nak ambil tak ambil petai ni berbelah bagi juga tapi ambil jugalah. Pandai-pandailah cover mulut tu kan 🫣😁

Close up...
Ada umbut kelapa masak lemak putih, ulam peria katak rebus, petai dan kacang botor. Sambal belacannya pun sedap sungguh 👍🏻
Lauk lain; ayam goreng berempah, daging salai bersama pucuk ubi dan black fungus. Sambal jawa pun ada. Tak rugi la mai jauh-jauh haha ... Tak lupa juga kami hulurkan pujian tentang lauk pauk yang sedap ni kepada tuan rumah. 

Souvenir untuk tetamu, fresh flower! 
Suka sangatlah Ummi. 
Kali pertama juga kami dapat bunga di majlis kahwin. Perkahwinan ni memang dirancang dengan teliti dan sebaiknya supaya setiap tetamu yang datang pulang bersama kenangan yang manis. 

Gerammmm ! 

Pilihan Ummi, carnation dan gerbera. 

Lawa 😍

Sampai di  rumah letak dalam gelas kaca. 
Dah seminggu bunganya masih cantik dipandang 💕

Cantik betullah carnation ni...tak pernah beli bunga ni, tak sangka menawan sangat dia ni... 

Selain bunga, dapat juga cenderahati lain iaitu kipas tangan dan tasbih. Alhamdulillah terima kasih banyak atas jemputan. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 
















Friday, 16 October 2026

Wedding @ Kompleks Pondok Warga Emas, Yayasan Muhammadiah Kg Kuantan, Kuala Selangor

Cerita kenduri 10.10.26 tempohari. 

Kenduri pertama, kami raikan jemputan Tn Hj Azhar. Teruja betul bila dapat jemputan dari Tn Hj Azhar ke majlis perkahwinan anakanda tunggalnya. Teruja sebab kenduri ni berlangsung di Pondok Warga Emas, Yayasan Muhammadiah, Kg Kuantan Kuala Selangor. Mendengar perkataan pondok tu yang buat Ummi teruja. 

Sebelum kita ke majlis perkahwinan ni, Ummi nak coret sikit kisah tentang pondok pengajian atau ringkasnya pondok. Warga Baling seusia Ummi pasti kenal akan institusi pondok ni. Di daerah Baling banyak pondok pengajian yang yang diasaskan oleh para ulamak. Antaranya yang terkenal termasuklah Pondok Lanai, Pondok Kg Pisang dan Pondok Sg Limau. Arwah ibu saudara Ummi; Tok Ngah Pah dan Tok Long Selamah pernah tinggal di pondok di usia emas mereka iaitu setelah kematian Chey Hussin dan Chey Saleh, suami masing-masing. Pondok mereka memang berupa pondoklah ketika itu iaitu rumah kecil dari papan dan beratap zink. Rutin mereka setiap hari ialah mengikuti kelas agama, mengaji Al Quran, solat berjemaah dsbnya. Seingat Ummi sewaktu Tok Long dan Tok Ngah tinggal di pondok, belum ada bekalan eletrik di tempat mereka. Hanya bertemankan pelita minyak tanah. Ummi tak ingat sangat berapa lama Tok Long dan Tok Ngah tinggal di pondok. 

Tapi Ummi pernah ke pondok tempat Tok Long dan Tok Ngah tinggal sewaktu Ummi menyiapkan tugasan di universiti. Waktu ni pondok mereka sudah berubah wajah. Tiada lagi pondok papan tetapi diganti dengan bata dan simen. Tok Long dan Tok Ngah pun dah lama pergi tak kembali masa ni. Yang tinggal hanya kenangan indah bersama kedua mereka yang Ummi sayangi. 

Kembali kepada tahun 2026 😊


Pengantin perempuan warga Thailand. Sewaktu majlis nikah dan kenduri belah pengantin perempuan ada juga jemaah surau yang dijemput mengiringi keluarga pengantin lelaki. Tak salah 2 van yang turut serta. Almaklumlah pengantin lelaki ni anak tunggal Hj Azhar dan Kak Nor, ramailah yang ingin meraikan hari bahagianya. 

Suasana jerebu pada 10.10.26. 

Terserempak dengan kereta Cik Leha berhampiran Templer, masuk LATAR dia bagi isyarat ajak berkonvoi. Cik Ana yang bersama Cik Leha pun texted Ummi minta slow sikit depa nak ikut belakang hehe... 
Maka, berkonvoi la kami 2 kereta ke majlis ni. 

Hujan! 
Ni dah keluar dari LATAR. Lebat juga hujannya alhamdulillah. 

Sampai dah alhamdulillah. 
Luas dan lapang kawasan pondok ni. Pondok modern katanya. Nanti kita tinjau ye ... 

Jom isi perut dulu... 

Sedap sungguhlah nasi kenduri ni... Tengok gambar pun terbayang-bayang lagi keenakannya terutama ayam tu. Macam ayam bakar tapi lembut juicy sangat. 


Walid ambilkan juga kue tiau dan kuih muih. Ada cucur badak dan kuih seri muka. Kek gulung, apam balik, aiskrim Malaysia macam-macam lagilah makanannya. Hah ada juga goreng pisang dan keledek goreng panas-panas. Ummi dok jeling tu piring goreng pisang Cik Ana haha ... 

Selesai makan tu kami bertegur sapa dengan jiran-jiran dan jemaah surau yang lain, sebelum minta diri untuk ke kenduri kedua. 

Sambil-sambil tu tinjau kawasan sekitar sebab menarik kompleks pondok ni. Pondok ni konsepnya moden; dari segi fasiliti, design dan suasana tempat ni sendiri. 

Kafe di kawasan pondok ni...
Lawakan... 
Untuk majlis hari ni kafe tutup. Semua warga pondok makan kenduri. 

Barisan rumah moden ala cottage yang dipanggil pondok moden. Cantik, baru dan selesa nampaknya. Jauh cantik dari yang Ummi bayangkan, berdasarkan pengalaman ke pondok sebelum ni. Setiap rumah di kompleks pondok ni dilengkapi aircond ye ... Ada pondok ni yang diwakafkan, ada yang sewa bulanan. 

Kawasan sekitar juga dihias dengan pelbagai pokok bunga dan tumbuhan hijau. 

Bunga-bunga pun subur dan mekar berkembang... Agaknya tanah ni berkat kot, saban hari tanahnya disirami dengan amal ibadat, zikir dan alunan bacaan Al Quran oleh warganya. 

Belum berpenghuni. 
Ini bangunan baru siap dibina. Meter letrik pun belum dipasang. 

Pelan pembangunan Pondok Warga Emas Yayasan Al Muhammadiah. 

Terserempak dengan rombongan pengantin sewaktu keluar dari kompleks ni. Tak sempat nak tunggu mereka, kami perlu merentas negeri ke kenduri kedua. 

Apapun alhamdulillah satu kenangan manis untuk kami. Terima kasih banyak Tn Hj Azhar dan keluarga atas jemputan. Seronok dapat turut sama meraikan majlis. 

Selamat Pengantin Baru Asyraf dan pasangan. Baarakallahu lakuma wa jama'a baina kuma fil khair 🤲🏻 







Wednesday, 30 September 2026

Wedding @ Amanda Wedding Hall, Star Avenue Subang Bestari

Ahad.
Makan kenduri lagi, alhamdulillah. 


Kali ini jemputan datang dari AJK Surau, Puan CR. Majlis diadakan di Amanda Wedding Hall, Star Avenue, Subang Bestari. 

Masa pergi dibawa oleh Google Maps ikut highway DASH kemudian keluar area Kwasa Damansara, u-turn berhampiran Bangunan KSWP. Punyalah jauh dibawa berpusing-pusing sedangkan kalau ikut MRR2, ambil simpang ke Kota Damansara lagi dekat. Masa balik kami ikut sini sebab bila nampak Bangunan KSWP tu familiar jugalah dengan kawasan ni. Takpelah kan, at least belajar ikut jalan baru :) 

Nak jumpa dewan ni pun berpusing-pusing juga sebab takde signage yang jelas. Star Avenue ni kan mall, besarlah juga. Nampak ada pekerja NSK tolak troli, Abangla tu kata tingkat ampat :D  
Kami pun tekan lift naik tingkat 4. Memang ada wedding hall di sini tapi bukan Amanda Wedding Hall. Syukurlah ada staff tunjukkan arah yang betul. Kena turun ke tingkat 2 katanya. Mujur ada lift berdekatan. 

Sampai akhirnya :) 

Cantik dewan ni .. 
Kami duduk semeja dengan saudara keluarga pengantin agaknya sebab baju warna pink sedondon dengan Pn CR sekeluarga. Nak ambik gambar pun segan sebab depa betul-betul depan Ummi. Nampak sipi-sipi sajalah meja makan beradap tu. Sebelahnya pelamin, pun tak ambil gambar. Puan CR jemput ambik gambar 360 (ada booth)  katanya, pun lupa nak jenguk ke situ. 

Susunan meja tak rapat sangat, selesa nak bergerak. Jemputan pun tak berapa ramai masa kami sampai ni. 

Nasi hujan panas? 
Ada lauk ayam masak merah dan daging masak hitam. Kemudian dalca dan papadom sebagai pelengkapnya. Yang kuning tu nenas masak lemak + ikan masin. Cedoklah seketul buat raso² wpun ambil nasi hujan panas. 

Tapai, kek batik coklat, dadih coklat, brownies dan kuih kaswi. 

Agar-agar merah
Orang Kedah sebut agaq-agaq, orang Baling generasi Tok sebut gak-gat :D 
Ambil sebab mengingatkan Ummi kepada kenduri di tempat kami dulu-dulu. Agar-agar merah ni la pencuci mulut waktu kenduri pada masa tu. 

Piring kuih Walid.
Kali ni Ummi share kuih dengan Adik. 

Laksa sedap! 

Laksa lover sedang menikmati laksa yang enak. Tak cukup suap dengan sudu, dia angkat mangkuk tu hirup kuah 😅

Sebelum balik, singgah ambil jajan.

Dia ambilkan Tam Tam 1 bungkus untuk Ummi sebab lately kami rajin layan keropok ni :)

Buah tangan dari keluarga pengantin. 
Suka Ummi dapat jajan lagi 😁

Terima kasih atas jemputan. 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹