Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, 25 October 2026

Hajat

Kak Aida (anak saudara pupu) Ummi minta tolong aturkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk suaminya yang sedang dirawat di Hospital Selayang. Kanser yang semakin merebak :( 

Walid tolong booking slot dengan SU Surau manakala Ummi pula in charge makanan sebab Kak Aida berhajat nak sedekah makanan sekali. Last minute juga ni ... Rabu baru nak order, majlisnya Khamis malam Jumaat. Syukur ada Cik Mila, senang kerja Ummi. 

Kami order bihun goreng. 
Solat hajat dan bacaan Yasin ni dibuat selepas solat Maghrib. Acik Mila hantar terus ke surau. 

Sedap bihun Cik Mila ni. 

Syukur, Hj Azhar pun buat kenduri juga (tahlil & kesyukuran) jadi banyaklah makanan untuk para jemaah malam tu. 

Alhamdulillah selesai dah majlisnya. Semoga Allah memudahkan urusan Kak Aida sekeluarga dan diberi kesembuhan dan kemudahan rawatan utk suaminya. Anak sulong Kak Aida sebaya Kakak, baru F1. Nombor dua dan bongsu masih sekolah rendah. Single income depa ni. Ni suaminya dah tak boleh bekerja, beratlah dari segi kewangan tu. 

Mohon doakan ye kawan-kawan. 

Tuesday, 9 June 2026

Cucu Saudara Mai Melawat

Sabtu makan kenduri di Kajang dan Bandar Seri Putra. Ahad pula makan kenduri di Cheras dan Shah Alam. Jadi, Isnin tu ingat nak rehat dan lepak di rumah je. Makan pun Ummi cadang nak masak nasi dan lauk simple² je la. Nak rilek² je... 

Breakfast berdua dengan Walid, di Batu 10. 

Anak² diberi tugasan untuk kemas wardrobe masing². Berplastik hasilnya; nak hand down, nak donate dan nak buang. Nanti ada program kutipan pakaian boleh terus hantar ke sana. 

Menjelang tengahari, anak saudara Ummi Abg Anas called nak datang rumah. Kacau daun betullah haha... Terpaksalah maksunya masak lebih ๐Ÿ˜‚

Fa, cucu saudara Ummi ni dah 2 tahun usianya. Suka main dengan Adik dan Kakak, tapi takut tengok Paklong Fawwaz :D 
Abang tak usik dia pun, tapi dia tak nak pandang Abang. Siap tutup muka haha... 

Ni je Ummi sempat masak. Nak defrost ayam pun ambil masa. Jadi, Walid beli ayam Baker's Cottage 2 ekor. Ada juga sup daging korban, dapatlah depa rasa juga daging korban hari tu. Alhamdulillah si kecik tu pun makan banyak. Mamanya suap nasi kuah sup dan ayam. 

Nanti mai lagi rumah Toksu tau ๐Ÿค—

Thursday, 28 May 2026

Selamat Pengantin Baru Faridz & Fyna

Pengantin lelaki dua pupu Ummi. Ayahnya Wan Cik sepupu arwah Tok Wan. Masa beraya di rumah WC tahun lepas, dah dimaklumkan kepada kami untuk kosongkan jadual dan balik kampung makan kenduri. Kami pun apalagi, memang looking forward to this kenduri, wpun masa ni belum ada tarikh kenduri. 

"Bulan 5,  tang cuti sekolah tu", kata WC.  

Akhirnya majlis ditetapkan pada 23 Mei. Inilah yang membawa kami balik kampung sekejap hujung minggu lepas. 

Sehari sebelum majlis dan sebelah pagi hari kenduri, orang² kampung Ummi bergotong-royong membuat persiapan dan memasak. Istilah yang sering disebut ialah 'masak pakat'. 

Penuh pinggan... 
Balas dendam, lama tak makan kenduri di kampung Ummi ☺️
WC tumbangkan seekor lembu untuk kenduri ni. Faridz anak pertama kahwin wpun ada 2 orang abang dan seorang kakak. Rezeki dia diraikan secara besar-besaran begini. 

Menu signature di majlis kenduri di Baling semestinya Gulai Batang Pisang. Batang pisang merujuk kepada umbut pisang. Ada ikan tamban masin, regu yang ngam dengan GBP. 

Sambal belacan dan ulam wajib juga...
Ummi ambil daun cekur, terung ceweng (terung pipit) dan pucuk ubi rebus serta umbut tepus. Umbut tepus (dalam bulatan) ni memang kegemaran orang² kampung Ummi. Pokok tepus biasa tumbuh liar di dusun/kebun kami. Nak ambil umbutnya, kena cabut pokoknya. Pokoknya akan² pokok kantan. Ini kali pertama Ummi makan umbut tepus, wpun sedari kecil Ummi tengok Tok dan Tok Wan makan nasi berulamkan umbut tepus. Sedap rupanya umbut tepus rebus ni. 

Ikut info yang Ummi dapat, umbut tepus juga dikenali sebagai tuhau di Borneo. Boleh baca sini untuk info. 

Anak² Ummi kusyuk menikmati hidangan kenduri yang sangatttt lazat ni... 

Rumah WC ni tepi bendang. Dengan hijaunya, beranginnya memang nikmat sungguhlah kami menjamah makanan. 

Cantikkan kampung Ummi? 
Inilah 'padang permainan' Ummi dulu. Main dalam bendang, cari ikan, mengail, berkelah, main layang² atau sekadar melepak atas titi dengan kawan² terutamanya Maklang Ja. Paling utama, bendang ni lah tempat mak ayah kami cari rezeki. 

Buah tangan dari tuan rumah...
Pertama kali dapat mee segera wpun trend bagi mee segera as goodie ni bukan baru. Buku kecil himpunan DOA dari Al Quran tu semestinya paling berharga.  

My outfit of the day ๐Ÿงก๐Ÿค

Alhamdulillah terima kasih banyak Wan Cik dan Tok Cik sekeluarga serta seluruh keluarga besar di kampung atas jemputan dan layanan penuh mesra untuk kami sekeluarga ❤️

Selamat Pengantin Baru Faridz & Fyna.
Baarakallahu la kuma wa jama'a baina kuma fil khair ๐Ÿคฒ๐Ÿป 







Tuesday, 26 May 2026

Balik Kampung 3D2N

Balik kampung raya haji ❌
Balik kampung makan kenduri ✅

Cerita bergambar je la ye... 

Solat Asar @ Petronas Tapah

Bermalam di Sungai Dua, Penang

Siap, jom pi makan kenduri. 
Rancangannya nak ikut highway BKE, tapi Waze ajak ikut jalan dalam. Sis follow... 

Lalu kawasan sawah padi... Cantik dan tenang pemandangan kiri kanan jalan... Perjalanan kami menghala ke Kepala Batas/Bertam. 

Sampai tempat nama Lahar Yooi. 
Pernah dengar namanya tapi rasanya ini kali pertama Ummi sampai kawasan ni. Selain Lahar Yooi ada beberapa nama tempat lain lagi menarik kami lintasi; Padang Tonson, Kg Matahari Naik, Merbau Kudung, Permatang Manggis, Pokok Tampang... Sebab tu orang kata jauh berjalan luas pandangan kan... 

Tenangnya... 

Berdasarkan carian, pekan paling hampir dengan Permatang Manggis ialah pekan Penaga. Tercari² juga papan tanda, tak nampak apa² yang bertulis alamat kedai atau nama tempat ni. 

Tak silap ni stesen keretapi Tasek Gelugor

Kuil di Mayfield Estate, Tasek Gelugor. 

Terussss...

Welcome to Kedah ๐Ÿ’š๐Ÿ’›

Padang Serai pesat membangun, sampai Ummi pun dan tak berapa cam tempat ni. Dulu masa Ummi kecik Makngah tinggal di Padang Serai, kampung arwah Pakngah. Cuti sekolah Ummi selalu ke sini. Tapi zaman tu kiri kanan jalan penuh dengan pokok kelapa sawit. Anak panah merah tu bertulis Ekor Kuching. Walid cakap 1st time dia tahu ada nama tempat Ekor Kuching. Ish, tak cukup Kedah la Walid ni :p 

Singgah Petronas Padang Serai. 
Ummi beli asam ni, buat ubat tahan mengantuk. Cuaca panas lit-lit, nak buka mata pun susah. Dapat asam terus terjegil bijik mata ๐Ÿ˜† 

Finally, nampak signboard Baling :) 

Usai makan kenduri, balik Jitra pulak. 

Tok Umi jamu cucur, cicah kuah kacang marvelous. 

Malam ber-shell out pulak ๐Ÿ˜

Esoknya sebelum balik SG,  breakfast di Restoran Tok Keramat. Nampak ulam daun cekur, Ummi ambil buat makan dengan nasi goreng. Jarang jumpa daun cekur sekarang kat tempat kami. Dulu selalu beli di pasar tani Melawati, sekarang jarang pergi sana. 

Outfit of the day ๐Ÿ’™๐Ÿค
 Blaus Maklong bagi raya hari tu. Baru rasmi, biar pemberinya nampak kita pakai :D 

Bye Kedah ๐Ÿ˜˜

Tol Juru

Waiting area depan toilet/surau Petron Bukit Gantang. Bersih dan wangi tandas dan suraunya pun. 

Late lunch at lay-by Ladang Bukan. 
Lauk dan nasi tapau dari Restoran Tok Keramat. Tok Umi lanjerrrr... 

Tol Sg Buloh. 

Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kami balik kampung sekejap beberapa hari lepas. Cerita kenduri menyusul, In Sha Allah. 

Eid Mubarak semua ❤️



Wednesday, 6 May 2026

Harumanis dari Chuping

Ingatkan dua pupu Walid, Makngah Chah dah tak jadi datang ke rumah kami Ahad lepas. Sebab kami dah bagitahu nak keluar hantar anak² balik asrama. Tapi, sampai saja di rumah selepas hantar Haziq ke TGB, depa dah depan rumah! 

Ada hajat besar rupanya... 

MC nak berkongsi tuaian pertama mangga Harumanis yang ditanam depan rumahnya di Chuping, Perlis dengan kami. Terharunya ☺️Jauh betul datangnya tu... Katanya buah lebat walaupun pertama kali berbuah. 

MC dan Pakngah Bani datang KL naik bas.  Berapa kilo dibawa pun tak tau la sebab bukan untuk kami sahaja tapi untuk anaknya di Sg Besi, besan di Damansara, sepupu dan kawan di Shah Alam... Salute! 

Rezeki depa pula kek pisang dan karipap daging Ramly. Sedap, terasa daging dalam inti tu, bukan kentang semata. Please try. Gambar ni Ummi snapped lepas depa dah balik. Itu yang tak penuh pinggan tu, tinggal 4 ketul je. Kek pisang tu pula Ummi tergerak nak beli masa singgah beli bun untuk stok anak² asrama. Saja nak try jenama Mighty White ni. Too sweet for me, prefer kek pisang Samudera lagi.

About the Harumanis, manissssss sekali :D 
Terima kasih daun keladi MC ๐Ÿค—





Sunday, 5 April 2026

Open House Paklong AP @ 16 Syawal

Alhamdulillah gantung kuali, senduk segala dua hari berturut². Jemputan 16 Syawal; 

1. Rumah SU Surau, untuk Geng Surau
2. Rumah Paklong AP @ Kajang 

Cantik e-card jemputan SU Surau ๐Ÿ‘๐Ÿป
Walid pergi dengan Abang. Ummi tolong Adik siapkan tugasan Sejarah. Tugasan sekolah anak² sekarang ni, mencabar betul. Nak tak nak, parents kena ambil tahu dan bantu kadang tu. 

Waze bawa ikut Lebuhraya SPRINT. Ni dalam Terowong Penchala. Ikut je la ... Kami bukan direct dari SG, itu yang minta Waze tunjukkan jalan. 

Sampai rumah Paklong AP dah Asar. 
Terus cari nasi. Perut dah masuk angin huhu...

Pusingan kedua, bakso. 
Abang ambilkan untuk Ummi. Apa dia letak pun tak tau, pedas ya amat! Ummi ni kuat pedas, tapi yang ni pedas tak leh bincang. Dengan rasa lada hitam pada kuahnya, dengan pedas cili sikit lagi  baran Ummi haha ๐Ÿ˜‚ 

Kami datang dah hujung majlis, seronoklah bersembang. Kebetulan Toksu dan keluarga pun sampai time sama dengan kami, panjanglah sembangnya. 

Lurvvv sangat dengan sampul raya Yakult ni. Lawa sangat! 
Rekabentuk umpama sampul surat, beserta setem tapi sebenarnya sampul raya. Suka sampul raya yang ada elemen nostalgia begini, terimbau balik kenangan zaman dulu. Bagi Ummi raya ni bukan sekadar sambutan hari ini (present days), tapi ianya terbentuk dan dikukuhkan dengan memori dan kenangan kita pada masa lalu (past).  Itu yang menjadikan sambutan raya sesuatu yang sangat istimewa.

 




Wednesday, 1 April 2026

Breakfast Raya @ Rumah Maksu

Alhamdulillah 2 hari berturut² Paksu Maksu ajak breakfast di rumah depa. 

Kira beraya sekali la ni... 

Menu breakfast Raya ke-4, sebelum kami konvoi beraya di Kodiang . 
Sekarang belah sana wai wai noodle ni tengah popular kot. Itu hari baca post Mak Cella ada menu wai wai juga. Wai wai ni macam kue tiau tapi lebih halus. 

Menu lain nasi impit pandan, kuah lodeh dan sambal sotong kembang selain menu dalam pinggan ๐Ÿ‘†๐Ÿป

Raya ke-5 Maksu masak nasi butter, sate goreng, ayam masak merah.. Maklong buat sandwich dan Tok Umi goreng spiral pasta. Makngah bawak perut, as usual :p 

Tidaklah Ummi datang dengan tangan kosong, bawa juga buah tanganl. 

Ada ketupat jagung ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Special for Abang, kopi O by Maksu buat bekal dalam perjalanan. 
Rezeki anak⁴ Ummi, mak² penakan (mak saudara) semua baik², rajin melayan ❤️