Showing posts with label KLMJ. Show all posts
Showing posts with label KLMJ. Show all posts

Thursday, 1 May 2025

KLMJ #2

Macam biasalah bila mengemas, Ummi suka mengulit kenangan. Itu yang suka kemas sorang², boleh layan perasaan sambil² mengemas. 

Ummi bukan saja kemas beranda tapi juga sorting baju untuk program pengumpulan baju di Masjid Ar Rahimah Greenwood last week.  

Ada satu storage box tu barangan/pakaian anak⁴ masa baby ... Kali ni baru ada kekuatan nak 'berpisah' dengan barang² ni... Sebelum ni kemas, simpan balik dah berapa kali dah 🤭

Mittens & booties yang belum guna ni Ummi let go. Yang warna hijau tu  baju kurung dari kain sari. Kainnya Walid beli di Mumbai. 

Lemek/lapik tidur Abang. Yang ni Ummi belum kuat untuk lepaskan. Besar sangat maknanya kehadiran Abang dalam hidup kami, selepas 5 tahun menunggu zuriat 🥹 
Of course la kehadiran anak³ lain pun setiap seorang tu membawa makna yg sangat besar dalam hidup Ummi Walid. Lemek ni memang keempat⁴ anak guna sebab sangat sentimental nilainya bagi Ummi. 

Dress Adik pakai masa kenduri aqiqah dia. Dress ni Makngah Fiza hadiahkan... 
Anak singa tu sibuk je, orang mengemas dia pun nak mengemas (baca: mengacau) haha... 

Barut baby 🤩
Yang sebelah tu bengkung moden, sangat mrmbantu ye esp bagi yang C-zer. Nak pakai senang, ada strap. 

Tali dan casing luggage bag masa gi haji. 
Jubah putih Ummi pakai masa wuquf manakala yang merah ni Ummi beli di Mina. 20 riyal je rasanya. Jubah biasa je, buat salin² di sana. 

Jubah untuk Kakak. Untuk Ummi pun ada, kiranya sedondon la kami 2 beranak. Beli di Madinah jubah ni. 

Ummi gi haji umur dia genap 10 bulan, hari berangkat tu. Kami balik haji, dia dah 11 bulan ½, dah mula nak bertatih. Allahu Akbar, bila ingat balik memang syahduuuu, auto mata berair ☺️

Dah penat mengemas dan penat melayan kenangan pi la beli kopi sat...

 Kitanya old school wakkkkk, beli 
Kopi Ais Mamak jer ... :D 

Sudi² baca: KLMJ #1 🤗




Tuesday, 28 January 2025

KLMJ #1

Projek kemas² diteruskan...

Kali ni kemas bilik gegirls pulak. Jumpa pulak pelbagai khazanah yang disimpan bertahun². Marilah kita mengimbau kenangan ye... 

Buku Yuran PASTI Angah. 

Masa bersalinkan Kakak lama sikit dalam wad, kuning dia tinggi. 

Barang² kraftangan Ummi. Dulu suka buat bunga telur dan hantaran. Kalau ada kawan² rapat/saudara terdekat kahwin, Ummi suka hadiahkan bunga telur. Hantaran tak pandai sangat tapi pernah buat untuk majlis tunang dan nikah Pakcik. Majlis sendiri of course la kan :) 

Cenderahati majlis kahwin Ummi Walid ❤️

Bil letrik tahun 2012 . 
Best kan bil bawah RM100 je masa ni. Sekarang jangan harap le... 

Abang pernah masuk football academy dulu. Lepas PKP, akademi ni pun dah ditutup. 

Kad Yuran Makan SRAI milik Abang. 

Abang ditawar masuk kelas Aulad Huffaz di sekolah. 

Cg Murni antara guru hafazan Abang yang terawal, selain Cg Sue & Cg Lin di PASTI. PASTI pun ada silibus hafazan 👍🏻 Sebagai persediaan Abang utk ke SMKA TMUA, Abang berguru dgn Ust Anep. Ustaz datang rumah, habis kelas depa pakat main game haha.... Ustaz pun muda lagi time tu 😁

Resit PASTI Kakak. 
Tahun ni yuran dah naik RM130. 

Plan Lantai Maktab 86, sewaktu wukuf di Arafah. Sebagai Sahabat TH, kami dapat plan ni untuk rujukan dlm membantu jemaah semaktab. Di Arafah ni Ummi okay sebab kawasan tak lah besar sangat, tapi di Mina pening juga nak baca plan ni. Paling cekap Hjh Amalina. Jika ada jemaah tersesat, HA lah tukang hantar balik ke khemah. 

Ni khazanah Walid.
Banyak training materials dlm tu, Ummi pun tak tau nak guna ke tak lagi tu. Biar tuannya la kemaskan cuti CNY ni. 

Banyak lagilah projek kemas² Ummi nak buat. Rasa seronok declutter ni, rasa lapang je minda dan jiwa :D