Wednesday 30 December 2020

Planner 2021 ~ Tanda mata untuk cikgu ❤️

Tahun ni tiada majlis perpisahan mahupun majlis graduasi untuk Abang dan rakan-rakan T6-nya. Jadi, peluang berjumpa guru-guru sewaktu pemulangan buku teks tempohari kami ambil peluang untuk bertemu guru-guru.

Inilah hadiah Abang untuk guru-guru SRAI sebagai tanda terima kasih dan hadiah perpisahan juga. 


Planner 2021 ni Ummi tempah dari Hayyan Creative (hayyancreative.com) milik Abe, rakan lama Ummi & Walid. Urusan hanya melalui WhatsApp. Senang berurusan dengan member sendiri. Ummi hantar gambar dan beri gambaran idea yang Ummi nak, kemudian designer-nya contact Ummi untuk approval. 

Alhamdulillah Abe & team berjaya merealisasikan kehendak kami. Walaupun ada sikit 'drama' sebab tersalah faham tapi semuanya berjaya disiapkan sebelum hari terakhir Abang ke SRAI.

Bolehlah usha website Hayyan Creative. Pelbagai souvenir dan printing job yang ditawarkan oleh Hayyan Creative. 

Tahun lepas kami beli planner Abe dari Shoppee tapi tahun ni katanya belum ready lagi sebab depa, sibuk nak pindah office. Bukan setakat printing business tapi Abe ni nak buka Muslim mart pula. Moga usaha Abe dipermudahkan أمين

Jom kita sama-sama sokong usaha anak muda kita 💪 

Tuesday 29 December 2020

Kafe Gulawe, Sri Gombak

Puas juga pusing sana, pusing sini sekitar Sri Gombak tu nak cari kedai makan yang dah buka untuk sarapan. Jam baru sekitar 7.15 pagi. Kedai favourite di food court tutup pula hari Ahad. Restoran Nur baru separuh pintu dibuka. Maknanya belum ready untuk terima pelanggan. Pilihan yang ada restoran mamak. Jadi, jomlah ke Thaqwa. Ada juga nasi lemak bungkus. Bila travel Ummi suka ambil makanan berat. Kenyang perut suka hati kekdahnya. 

Tapi, dah tertulis rezeki kami hari tu di Kafe Gulawe yang letaknya di hujung jalan. Kat sini memang menu sarapannya nasi belaka; nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dsbnya. Menu pantai timur. 

Ingat tak Kafe My31 Kueh dulu tu? Dah tukar owner rupanya. Sebelum Kafe Gulawe ni ambil alih, namanya Kafe Ikan Singgang. Kami ada ke sini Februari lepas. Tak buat entry pun sebab konsepnya sama dengan My31 Kueh. 

Ini susun atur Kafe Ikan Singgang dulu... 


In fact, Kafe Gulawe ni masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyajikan hidangan pantai timur. Cuma, susun atur berubah sikit. Ummi suka owner kafe yang ni, ramah dan mesra. 

Sekarang nasi & kuih susun di luar kafe. Kat dalam tu ada nasi lemak & nasi kerabu dari dapur kafe sendiri.
Nasi-nasi ni dibawa dari Kelantan setiap hari. Kata owner, pukul 12 t/mlm dibawa dari Kelantan, around 6 am sampai KL. Dihantar dengan van. Van tu kemudian dipandu ke Johor pula untuk deliver ke sana. "Every day without fail" katanya. 

Harga setiap bungkus nasi ni RM6. 

Nasi minyak ayam pilihan Ummi. 

Tingkap kayu tu legend. 

Ada set menu nasi putih juga... 

Nanti bolehlah cuba nasi putih pula. Tengok harganya not bad. 

Senang-senang singgahlah ye. Buka awal kafe ni. 

Monday 28 December 2020

Nasi Kalut Jitra Mai, Jalan Ampang

Ada 2 sebab kenapa kami hunting Nasi Kalut Jitra ni. Satu sebab review yang diberikan oleh pasangan Azad Jasmin & Eira Syazira 'sangat menyelerakan'. Tau sajalah Azad tu 'kelolo' (kelakar) orangnya. Reason kedua of course sebab ada nama Jitra haha.. "Ada ka kedai nasi kalut ni kat Jitra, B? Tang mana?" Entah, tak besa dengaq nama pun. Jawab Walid, anak jati Jitra haha...Tak kisahlah, janji 'naik nama' Jitra.

Warung Nasi Kalut Jitra Mai ni letaknya berhadapan dengan Yahala Restaurant Jalan Ampang. Tak tau? Hospital Glenneagles tau? Hah, depan tu lah... Ada parking lot besaq seberang jalan tu, di situlah warungnya. Ummi sebut warung sebab ianya bukan kedai yang proper. Just a makeshift tent, macam khemah kenduri. Sanbil makan tu feeling macam makan kenduri juga sebab dah lama tak makan kenduri ahaks!

Pilihan air; sirap, oren, teh o ais dan limau ais. Jangan dok pi gatai minta ayaq laici ka, jus epal ka... Satgi kena hawin dengan nana tu naya ja 😂

Selain nasi kalut, ada juga gerai menjual otak-otak & sata dan jus mangga. Jus mangga ni Ummi recommend, memang padu. 

Nasi kalut ni sebenarnya nasi kuning Kedah style digandingkan bersama kuah campur dan telur rebus. Ini asasnya. Untuk lebih sedap, pilihlah lauk kegemaran masing-masing seperti ayam goreng, sotong, daging, telur ikan dll. Jangan lupa tambah sekali bendi rebus dan telur masin. Padu baq hang! In short, macam nasi kandar juga. Awat nama nasi kalut? Sebab bila nampak lauknya kita jadi kalut nak itu nak ini. Sebab semuanya nampak sedap! 

Lepas tu, masa makan pun kalut juga. Sebab panas lit-lit, dengan pedas kuahnya lagi... Kalut cari ayaq! 

Lauk sotong. 


Lauk ayam. 

Nasi kalut ayam goreng ni sedap sangat. Ayam pun besar. Memang puashati makan. 


Lauk daging. 


Pasembor pun sedap juga. 

Tapi sedap ya amat nasi kalut ni di tekak kami. Terus tak jadi nak pi Penang cari nasi kandaq. Puas hati sangat makan nasi kalut ni. 

Licin 😂

Selain di Jalan Ampang, ada juga kedainya di Shah Alam. Orang Shah Alam pi try test tengok naa... 

Ok, yang best dan mudah makan di sini nasi kalut yang kita order tu dibungkus semuanya walaupun kita nak makan di situ. 

Lepas makan nanti, masukkan bungkusan tu dalam plastik dan terus buang ke dalam tong sampah besar yang disediakan. Pinggan rojak, air minuman semuanya guna bekas plastik pakai buang sahaja. Mudah dan lebih selamat rasanya di musim pandemik ni. 

Sedapkan Adik? Nanti kita repeat 😊





Sunday 27 December 2020

Xmas 2020 ~ Ini KL kita punya

Lengang je jalan di KL ni hujung minggu ni. Ramai yang travel; balik kampung dan pergi bercuti. Maklumlah ambil cuti 4 hari dapat 10 hari. Tak ke untung?
Jumaat tu just stay at home, bagi peluang orang Pantai Timur balik kampung dulu. Biasanya Sri Gombak jammed juga kalau cuti panjang begini sebab limpahan kereta menuju ke Plaza Tol Gombak. Lagipun malam sebelum tu kan Abg Anas dirawat di HKL. Siang tu pakat qadha tidur :D 

Sabtu baru kami keluar, pusing-pusing KL. 


Destinasi pertama, KL East Mall yang baru dibuka berhampiran Taman Melati. Sekarang ni parking complimentary lagi hingga Februari depan. Kami window shopping je. Tak reti Ummi nak shopping mall besar macam ni. Inipun sebab Walid masuk kedai Decathlon. Nampak orang agak ramai dalam Decathlon tu, Ummi tak bagi anak-anak masuk. Jadi, kami  just berlegar-legar di luar je tengok Xmas decor. 

Sekejap je di sini, dalam 1/2 jam je kot. Then, kami ke Aeon Wangsa Maju. Cari seluar untuk Abang. Di Aeon Keramat kanak-kanak bawah 12 tak dibenarkan masuk masa kami pergi dalam 2 minggu lepas tapi di Aeon Wangsa Maju ni boleh. Cuma, kami bergilir masuk. Mula-mula Walid & the boys. Then Ummi dengan Kakak. 

Rezeki Ummi jumpa blaus Scarlet murah, RM20 ringgit je. Clearance sale... Walaupun murah tapi material kain elok, baju pun labuh. 

Kiranya sekarang ni kalau nak shopping memang sesuai. Sebab banyak offer especially kalau nak cari baju untuk girls. Masa pergi Aeon Keramat hari tu Ummi borong baju jenama Goggles untuk Kakak 2-3 lai. Baju lengan panjang, sepuluh ringgit je sehelai. Kali ni pun ada juga, macam-macam jenama. Harga dalam 15-20 ringgit. 

Sekarang ni request baju lengan panjang je Kakak ni...

Di sini pun sekejap je sebab perut dah lapar :D 

Terus pecut ke sini... Viral sekarang Nasi Kalut Jitra ni. Nabil dah review, Azad Jasmin & Eira Syazira pun dan buat review... Ummi pun nak juga 🤭

Next entry kita story ye... 

Dari situ, singgah sini pula. Maklumlah jalan lengang, suka-suki je nak singgah mana-mana. 

Singgah cuci mata je lah sini. Konon nak beli T-shirt-lah Walid tu... Tapi harga semuanya >100. Baik bagi Ummi, 5 lai blaus Ummi boleh beli haha... 

Itulah cerita cuti Xmas kami... Baru permulaan je tu. Ada lagi cerita lanjut. Tunggu... 



Friday 25 December 2020

SRAI* Dalam Kenangan I


Isnin, 21 Disember 2020 Ummi bawa Abang ke sekolahnya, SRAI* untuk pulangkan buku teks. Sekolah buka sehingga 23 Disember saja. Itupun untuk murid t6 sahaja. 
Teruja sebab hampir 2 bulan tidak bersua dengan guru-guru dan rakan-rakan sejak PKPB di Lembah Klang Oktober lepas. Sedih pun ada juga sebab hari terakhir ke sekolah rendah :( Lepas ni kalau datang ke sekolah pun sebagai bekas pelajar... 

Check point pertama. Kena lepas GB dulu haha...  Alhamdulillah takde tunggakan. Dapat refund lagi untuk Program Kecemerlangan UPSR & PSRA dan yuran kelas tambahan UPSR & PSRA yang sempat dijalankan sekitar 3 bulan sahaja. 

Sebagai tanda perpisahan dan terima kasih kami juga sediakan cenderahati untuk guru-guru. Tapi, tak ramai guru yang hadir; hanya pentadbir sekolah, guru-guru T6, guru SPBT dan kakitangan sokongan. Jadi, cenderahati yang tak dapat diagihkan kami serahkan kepada kerani sekolah untuk diberikan kepada guru-guru.


Lama juga di sekolah sebab Abang nak lepak, borak-borak kejap dengan kawan-kawan. Pakat main game pulak tu. Ummi pun sama, jumpa geng... Lepas ni tak jumpa dah Cik Ayu, Cik Rena & Cik Mala. Anak masing-masing dah takde bersekolah di situ.

Geng 6 Intelek. 


Beza saiz Abang & Haziq 😅


Gelagat anak-anak awal remaja 




Bersama Dalili, rakan dari Pasti hingga ke SRAI 


Ada rezeki Fakhry dapat masuk KYS 💪


Cenderahati dari guru-guru kelas... 


Sayang cikgu ❤️


Alhamdulillah selesai satu bab. 

Bersiaran dari HKL

Di sinilah Ummi malam tadi... Dari lepas Maghrib hingga pukul 1 lebih. Semuanya gara-gara Abg Anas dikejarkan ke hospital akibat muntah berlebihan hingga lembik dan cramp kaki tangan. Mujurlah ada kudrat, buka selak pintu dan panggil jiran. Terus jiran hubungi ambulans dan dibawa ke HKL.

Sampai di Jabatan Kecemasan HKL punyalah ramai orang. Sepatutnya satu pesakit, satu waris tapi dah namanya kecemasan, pasti semua cemas. Semua nak datang teman, tengok kalau boleh. Puas juga Ummi bertanya dari satu kaunter ke satu kaunter untuk locate Abg Anas. Dia nak bercakap pun lemah sangat, tak tahu pun dia di bahagian mana. Akhirnya jumpalah dia... Terjelepok atas wheelchair. He looked very weak to the extent that i hardly recognised him at the first stage. Rupanya Ummi dah lintas depan dia pun di main entrance tapi sebab nampak that person's condition was very bad, i didn't notice him. Lagipun Ummi tengah gelabah, panik, risau... I was the only family member yang ada  last night. Walid and the kids were around that area tapi tunggu dalam kereta. Abg Aqim dah sampai ke Penang, otw balik kampung. Meanwhile Abg Aiman was already at kampung. Anak isteri Abg Anas memang di kampung. Sementara nak tunggu Abg Aqim patah balik ke KL, Ummi teman Abg Anas. Mujur jiran tadi dan manager tempat kerjanya pun ada, tunggu sampai semuanya selesai.

Macam-macam procedures Abg Anas kena lalui; blood test, x-ray, urine test... Lepas masuk air, masuk ubat tahan sakit... Alhamdulillah he looked better from time to time. Sepanjang rawatan/pemeriksaan ni dia atas wheelchair. Tak ditempatkan di katil pun. Memang kesian tengok... Beberapa kali terlentok atas tangan Ummi sebab tak larat sangat dan tak selesa nak berehat di atas wheelchair tu. Tapi itulah realitinya di hospital kerajaan. Dengan bilangan pesakit yang ramai, kemudahan jadi terhad. Walaupun begitu, Ummi salute dengan para petugas, semuanya komited dan cekap dalam menjalankan tugas. 

Alhamdulillah akhirnya Abg Anas discharged, selepas masuk 2 botol air dalam badan. Sebenarnya discharge bukan sebab rawatan dah selesai tapi ada problem dengan blood sample ke blood tester. Kalau nak repeat, kena tunggu lagi 4 jam. Memandangkan keadaan Abg Anas dah stabil, dia minta discharge. Tapi, hari ni kena ke KK untuk buat blood test semula.

Syukur sangat. Ummi pun dah mengantuk dan lapar sebenarnya. Elok sampai di Kg Baru, elok Abg Aqim sampai. Over to you Aqim 🤗

Sampai di rumah hampir pukul 2 pagi. Terus Ummi mandi. Pakaian semua Ummi masuk dalam bakul. Takut sebab sepanjang di hospital memang very minimal social distancing. Very crowded plus few selfish people yang tak reti jaga diri dan tak kisah pun nak SD. Geramnya. 

Moga Abg Anas sihat semula. Sebenarnya dia ada history gastrik. Sekarang ni busy week for hotels; Xmas and New year. Kerjanya sebagai chef memang sibuklah time sebegini. Mungkin dia skip makan, itu yang angin masuk perut. Apapun doakan Abg Anas ye 😊

Wednesday 23 December 2020

Resepi ~ Easy-Peasy Baked Potato

Dah lama teringin nak buat Baked Potato ni. Tapi tertangguh sebab ingatkan susah. Lepas tu konon nak beli russet potatoes baru nak cuba. Tapi, semalam tengok resepi di Says. com, nampak senang sangat. Pakai je kentang biasa. Kebetulan semua bahan ada, kita proceed je. Jom kita! 

Resepi: Baked Potato 
Sumber: Says. com
Credit: Cik Fainda Farihin Fainda Farihin

Bahan-bahan:

4 biji kentang
Bawang (dipotong dadu)
Isi ayam (dicincang)
Garam 
Sos
Lada putih
Keju keping

Cara-cara:

1. Basuh kentang. Potong menjadi dua. Rebuskan sehingga empuk. (HP 5 minit dalam Noxxa PC)
2. Angkat dan keluarkan isi kentang ke dalam bekas.

Jangan korek dalam sangat kulit kentang tu ye.. 

3. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
4. Kemudian, masukkan isi ayam. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. 


5. Seterusnya, campurkan isi ayam ke dalam kentang yang telah dilenyek.
6. Sumbat (sudukan) isi kentang ke dalam kulit kentang. Kemudian, susun atas loyang.

7. Letakkan sekeping keju keping. Kemudian, bakar pada suhu 200°C selama 10 minit. 

Keju Ummi potong dua. Sesuai dengan saiz kentang tu. 

Ummi bakar dalam air-fryer je.

Alhamdulillah menjadi... Cuma tak tahulah kenapa jadi warna coklat pulak cheese tu bila dah siap bakar. Takpelah janji rasanya sedap 🤭 Bukan Ummi yang kata, anak-anak dan suami yang kata sedap haha... Ala, resepi simple je semua orang boleh buat. Mengenyangkan tau! 

Selamat mencuba 🤗