Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, 20 March 2026

Kisah & Menu 30 Ramadhan

Assalamualaikum Mak 🥹
Awal pagi ziarah pusara arwah Tok. Bersihkan kubur dan sedekahkan bacaan Yasin untuk Tok. 

Menu sahur caca-marba; tomyam ayam, tempe goreng tepung dan telur rebus. Nak habiskan stok barang dapur yang mudah rosak jadi kita masak je semua. 

Menu berbuka pun ala kadar je :) 

Anak #2 nak pakai baju Melayu lengkap bersamping untuk solat Jumaat. 
Ambil mood raya :D 

Terima kasih makcik² Aisyah bagi duit raya. 
Yang kuning tu sampul raya Maybank. Yang hijau tu CIMB. Dua² rekaan ni cantik. 

Mudah-mudahan Allah SWT terima puasa dan amal ibadat kita hendaknya dan 
ada rezeki kita semua bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun² mengarang 🤲🏻

Thursday, 19 March 2026

Kisah & Menu 29 Ramadhan

Misi menyelamatkan bahan² memasak yang masih berbaki. Semua ni Ummi bersihkan, keringkan kemudian masuk ke dalam ziplock bags sebelum disimpan dalam freezer. Lemon tu hiris nipis, nanti nak guna keluarkan slice by slice. 

Walid masih kerja (Khamis). Trafik sesak teruk, melimpah ke Sri Gombak ni. Sampai ofis 9.30 pg, pukul 1.30 ptg boss bagi balik utk sambut raya :) 

Sahur pagi tadi hanya panaskan lauk berbuka. 

Berbuka pula Ummi buat fish & chips. 
Sos tu Ummi letak mayonis + chopped onions + jus lemon + salt & pepper. 

Menu lain Mee goreng Abang Angah bawa balik dari surau. Swiss roll Angah beli. 

Takde nasi sebab kami keluar berbuka di luar. Kononnya esok raya, itu yang keluar tu ... 

Sekali, raya Sabtu daaaaaa... 
Kena terawih lagi, dan puasa lagi la kita hehe...

Kakak teka betul kali ni, Tan Sri pakai baju hijau 💚

The boys punya pilihan... 

Ummi ordered nasi goreng kampung. Makan ½ tapau separuh. Dah masuk Isyak, tak seronok pulak masih di kedai 😌
Gegirls ordered megi; sorang nak megi goreng, sorang nak megi rebus. 

Terima kasih Atok Hj Razak bagi duit raya untuk Abang Angah. Kain pelikat tu Atok kirimkan utk Tok Ayah. Dah berkawan dah dua² atok ni sebab Tok Ayah kalau datang sini mesti solat di surau. Itu yang berkenalan dgn Atok Hj Razak. Selalu bertukar hadiah pulak tu. 

Alhamdulillah. 












Wednesday, 18 March 2026

Kisah & Menu 28 Ramadhan


Ramai dah balik kampung kan... 

Tq Abg Hazim dan Uncle M for the duit raya. Semalam dapat sampul CIMB merah, hari ni hijau. Suka motif ala songket pucuk rebung tu 👍🏻

Menu sahur Ummi panaskan lauk pauk dan nasi beriani yang Walid bawa balik dari ofis. 

Untuk berbuka, Ummi masak sambal bilis kentang dan sayur bayam merah. Habis dah stok sayur. 

Rendang Daging by Cik Tah dan sambal paru Cik Ros. 

Bubur lambuk, cucur roti dan roti john by Angah. 

Shawarma Abg Hazim bagi 👍🏻

Moreh kue tiau goreng. 
Kalau raya Jumaat, ni kira last moreh la. Mudah-mudahan ada rezeki bertemu lagi dgn Ramadhan Al Mubarak di tahun² mendatang. 



Tuesday, 17 March 2026

Kisah & Menu 27 Ramadhan

Sekolah dapat cuti tambahan. Jadi kenalah jemput anak² di asrama. 

Tak Sri Gombak la kalau tak jammed :D 
Kereta menuju Tol Gombak makin meningkat. Walid balik kerja pun 'sangkut', trafik Taman Melati ke TG selow melow.

Ummi berbuka dengan anak⁴ je. Masak sup daging + lemak, cili kicap dan telur masin. Lauk sahur hari ni dendeng daging. 

Anak⁴ esp yang duduk asrama nak merasa pergi bazar Ramadhan. Balik Bazar masing² jinjing plastik seorang sebungkus :) 

Buah hati Ummi bawa balik nasi goreng (moreh). 

Lepas tu pakat main bunga api... 








Monday, 16 March 2026

Kisah & Menu 26 Ramadhan

Sebelum balik kampung sambut raya, selamatkan dulu bahan² memasak :) Macam kunyit ni kalau dibiar dalam peti ais seminggu, takut benyet. Jadi Ummi sejukbekukan ia. In Sha Allah panjanglah hayatnya. 

Menu sahur semalam Ummi panaskan asam pedas tetel yang Walid beli di Bazar. Gambar takde, lupa  nak ambil. 

Menu berbuka Ummi masak; talapia masak lemak, labu masak kicap, ayam goreng AF dan tauhu sumbat. Tauhu ni beli dekat Nasi Lemak 7E. 

Murtabak Pak Tam tu last la untuk Ramadhan kali ni. Pak Tam dah tutup kedai, nak balik kampung. Bubur Lambuk Atok Man tu tak pasti bila last day beroperasi. Atok kampung sini je... 

Moreh roti jala dan nasi ala² Arab, ayamnya dimasukkan sekali dalam nasi tu. Ada majlis khatam Quran surau, itu yang ada special menu tu... 

Alhamdulillah. 

Sunday, 15 March 2026

Kisah & Menu 25 Ramadhan

Their first duit raya, comes from Accountant Upahan, Uncle Shy.  Alhamdulillah rezeki anak⁴ 🤲🏻

Sahur enoki goreng tepung. 
Rupa 'out' macam selalu tapi rasa tetap ada :D 

Untuk berbuka Ummi cuma goreng sayur campur. 

Walid beli nasi beriani Amral. Ini set dia. RM 12/set.

Seawal jam 3 ptg ramai dah beratur untuk beli nasi beriani depa. Lalu keras :D 

Lauk² ni beli dekat peniaga nasi lemak 7E. Bulan² biasa depa meniaga depan berhampiran 7E, bulan puasa berniaga berhampiran Kepci. Makan sikit je selebihnya simpan untuk sahur. 

Customers depa multi racial. Chinese ramai, Indian pun ada. Even hari biasa pun Chinese ramai beli nasi lemak depa. 

Ummi beli karipap dan roti jala dari depa. Murtabak pulak macam biasa, contract sebulan dengan Pak Tam :p

Moreh cucur udang dan teh tarik. 

Alhamdulillah.




Saturday, 14 March 2026

Kisah & Menu 24 Ramadhan


Pandai betul kaki Ummi, dekat² nak raya minta kasut baru :) Sandal sedia ada tiba² tersengih (koyak). 

Walid bawa ke Aeon Keramat.
Alhamdulillah dapat sandal baru dan sampul raya Aeon. 

Menu sahur, sekadar panaskan baki lauk Iftar Perdana. 

Lauk berbuka; ikan talapia bakar, ayam masak kicap dan sayur bayam merah masak lemak + labu. 

Lama betul tak masak bayam merah. Sayur favorite arwah Tok dan Tok Wan ni ❤️

Ikan talapia Ummi beli yang dah siap perap. Saja nak try... Mungkin tak beli dah lepas ni; ikan lama dan berbau :( 

Moreh malam tadi bihun sup. Nampak simple hidangannya tapi sedap. 

Alhamdulillah. 






Iftar Perdana @ SMKA


Kami berbuka di sekolah Angah semalam. Jemputan terbuka untuk semua ibubapa dan ahli keluarga. Juadah berbuka sendirian berhad :) Untuk anak² pelajar makanan disediakan secara pek, jadi boleh ambil di dewan makan dan makan bersama keluarga. 

Meriah! 
Nasi goreng chicken chop bersama nugget dan black pepper sauce. Kuih muih ambil sendiri. Angah ambil semua jenis kuih untuk Ummi ☺️

Anak soleh Ummi ni setiap kali ada program di sekolah dia suka volunteer jaga trafik. Dah naik F3 ni makin banyak tugasan yang diamanahkan kepada F3. Ummi nampak juga kawan² rapat dia yang jadi tukang cedok air. Baguslah masing² main peranan bantu pihak sekolah. 

Penuh meja kami... 
Jom tengok Ummi masak/bawak apa... 

Tomyam ayam, udang + sotong goreng kunyit, popia crabstick, ulam + sambal belacan dan telur dadar. 

Murtabak wajib adalah kan, untuk Walid alas perut sebelum solat Maghrib. Nasi goreng Cik Zana bagi masa Abang ambil bubur lambuk Atok Man. Untuk air, beli air botol kemudian letak ais. Air kantin pun belilah juga, sebab kami makan di kantin. Support la depa jugak kan... 

Selain bawa makanan untuk makan sendiri, digalakkan juga untuk bawa makanan potluck. Ini lebih kepada nak kongsi rezeki dengan anak² yang parents tak boleh datang. Ummi bawa mee goreng. Masa pergi solat Maghrib tu, tak nampak dah bekas mee ni, tinggal senduk je depa letak dalam bekas lain. Harapnya dah habis la mee Ummi ni. 

Antara juadah potluck lain ...
Ada juga lori aiskrim. Adik teringin nak ambil tapi ramai sungguh yang beratur. Tak sanggup nak que ... 

Ambil laksa je... sedap 👍🏻 

Alhamdulillah program berjalan lancar. Cuaca pun elok. Risau takut hujan je, sebab ramai bentang tikar depan dewan sekolah. 

Program Iftar Perdana ni juga bersekali dengan majlis penutup program Ihya Ramadhan. Alhamdulillah selesai sudah semuanya dengan lancar.