Saturday, 5 April 2025

Recap ~ Week 13, 2025

Week 12 ✅
Week 13: 26/3-1/4/2025

26/3 Abang wakil rumah Biru untuk acara Tazkirah Spontan. Dapat RM5, saguhati tempat keempat :D 

27/3 Takde apa yang menarik. Dah hujung puasa ni sibuk packing baju nak balik raya. 

Walid beli hadiah birthday untuk Angah. Dia requested nak wallet jadi belikan apa yang dia nak. 

29/3 Memulakan perjalanan ke kampung tercinta. Tapi transit dulu di Ipoh. Driver-nya Walid sorang je, tak larat juga nak direct terus ke Baling. Gombak ke Ipoh pun dah 6 jam. Nak sambung ke Baling maybe 4-5 jam lagi kot sebab musim raya ni biasanya aliran trafik jadi berganda tempohnya. Ummi tak pandai bawa kereta Walid, plus tak berani nak drive jauh². Jadi co-pilot je :D 

30/3 Alhamdulillah trafik lancar dari Ipoh ke Baling. Berehat dulu di Masjid Al Ridzuan, masjid daerah Baling ni sementara nak tunggu masuk waktu Zohor. 

31/3 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H! 
Nostalgia pulak gambar ni ☺️ 
2013 Angah baru 2 tahun, jalan terkedek² lagi haha... Ummi pula tengah pregnant-kan Kakak masa raya tahun ni. 
2025 ni dia pulak jalan depan Walid :) 

1/4 Raya kedua makan kenduri Tok Imam then balik Jitra pula. 
Agar² Kering ni favorite Ummi. Dulu arwah Nenek (nenek Walid, mak Tok Umi) pun suka jamu Agar² Kering ni time raya. Tak silap arwah Nenek buat sendiri. 







23 comments:

  1. Padat aktivitinya..
    Salam Aidilfitri buat puan sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. agar2 kering tu fav mr hubby! ari tu kami ada beli jugak masa singgah kat pasar payang (ganu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun suka... Kadang ralit je makan lepas satu, satu hehe

      Delete
  3. waahhh cantiklah wallet angah tu! tahun ni ana tak sempat nak buat agar-agar kering hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pandai pulak Walid dia pilih, Akk pun berkenan :D
      Ana pandai ye buat? Terbaiklah 👍🏻

      Delete
  4. Rumah kaklong Cie pun ada agar2 kering tu tapi versi panjang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jumpa versi panjang tu. Kurus sikit tak silap Akk bentuknya tu

      Delete
  5. Habis dah ya seminggu... akan masuk minggu yang baru pula huhu..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya Masjid Putih ni PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau datang ke Baling, singgahlah Ezna 🤗 Cantik, berlatarbelakangkan Gunung Baling.
      Ada menara jam dibina sempena kemerdekaan negara juga Di perkarangan masjid ni. Alhamdulillah fasiliti juga terjaga elok.

      Delete
  7. Skrg ni susah dah jumpa agar² kering ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu satu kuih tradisi mula hilang dari radar kan :(

      Delete
  8. Selamat hari raya aidilfitri buat Puan Hazel sekeluarga. Maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  9. Haritu kyra ada suggest utk recreate photo tapi bila sampai masa terlupa pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini tak planned pun... Dok belek² gambar Raya, ternampak foto ni. Korek balik foto lama, jumpa yg lebih kurang itu yg tepek sini :D

      Delete
  10. Time raya selalu lupa nak rojer rojer ajak PH mai Pendang...
    Kalau tak ..memeng sedang elok masak-masak untuk raya ke2 tak pi mana sbb kawan saya & kawan Cella mai beraya

    ReplyDelete
  11. Time raya selalu lupa nak rojer rojer ajak PH mai Pendang...
    Kalau tak ..memeng sedang elok masak-masak untuk raya ke2 tak pi mana sbb kawan saya & kawan Cella mai beraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, awat la tak hello² haha...
      Nak balik Jitra Raya kedua tu, nmpk banyak kereta keluar di Exit Pendang tu, pakat pi rumah MC paaaa :p

      Delete
  12. Saya pernah makan agar2 kering itu 😄👍. Sedaap. Cocok buat mengunyah Jika sedang road trip

    ReplyDelete
  13. Saya tak jumpa agar-agar kering ni tahun ni. Aduh... lama tak makan. Teringat zaman raya masa kecik-kecik.

    ReplyDelete