Showing posts with label Covid-19. Show all posts
Showing posts with label Covid-19. Show all posts

Wednesday, 13 April 2022

11 Ramadhan ~ Welcome Home Abang 🤗

11 Ramadhan 1443 (Rabu)

1 Ramadhan hantar dia balik ke asrama dengan perasaan bercampur-baur. Paling ketara of course sedih sebab first day puasa kan... Semalam, 11 Ramadhan (13/4) Abang kembali ke rumah. Sekolah ditutup sebab ada kes positif Covid yang agak membimbangkan. 

Lepas Zohor semua murid diwajibkan buat ujian. Yang -ve balik rumah, yang +ve dikuarantin di sekolah. Moga dengan tindakan ni rantaian dapat diputuskan. 

Sekolah-sekolah berasrama lain pun dengar-dengar dah ada kes. Dah lebih seminggu anak-anak ni bercampur-gaul di asrama, tak mustahil boleh berjangkit jika ada yang +ve Covid. Kata Abang, first case di sekolah dia start pada hari ke-6. 
Syafakumullah 🤲🤲🤲

PdPR semula ... 14/4-29/4

Menu Sahur
Nasi Putih
Lauk berbuka 11 Ramadhan

Menu Berbuka
Nasi Putih
Asam Pedas Ikan Tenggiri
Telur Masin
Sayur Campur
Gulai Campur (daging, limpa, paru & hati)
Karipap Sardin
Bubur Lambuk Atuk Man
Roti John - Bazar
Murtabak - Bazar
Kuey Teow Goreng - Bazar

Makanan banyak, tapi Abang ada takpe :p 

Gulai Campur Cik Leha bagi... Ummi baru dok fikir nak beli paru, limpa, hati dsbnya untuk raya ni. Nak masak gulai serai lengkuas ni (nama lain bagi lauk ni) tapi Cik Leha dah bagi dulu. Alhamdulillah 🌹 
Cara nak masaknya macam buat kari tapi masukkan sekali serai & lengkuas yang ditumbuk halus sebagai penambah rencah. Dulu-dulu kami makan lemang/ketupat cicah gulai ni la. Belum kenal rendang lagi zaman tu :)

Walid dapat dari ofis.


Friday, 1 April 2022

Angah ~ Kontak Rapat

Hidup bersama Covid ni banyak ketidaktentuan dan ujian :( Baru 4 hari back to school, kena kuarantin (25/3-31/3) sebab ada 2 orang rakan sekelas +ve Covid. 

Pihak sekolah minta semua murid buat RTK dan submit result kepada sekolah. Alhamdulillah Angah -ve. Risau sebab salah seorang yang +ve tu duduk belakang dia. 

Sepanjang kuarantin ada diberi tugasan melalui GC. Selebihnya 'ber-huha' di rumah. Paling banyak bergaduh dengan Abang 😬

Kakak pun pernah kena kuarantin sebab kontak rapat juga, seminggu sebelum cuti sekolah hari tu. Tapi masa tu tiada PdPR, sebab penggiliran.  

Test malam tadi pun -ve, alhamdulillah. Moga kami sekeluarga (dan kita semua) terus dilindungi dari wabak ini, aamin. 

Alhamdulillah hari ni kembali ke sekolah. Ada majlis penyampaian watikah pengawas sekolah, pengawas PSS, SPBT dan PRS. Baju Melayu putih seragam hari Jumaat belum sempat dirasmikan lagi :D Minggu lepas kuarantin, minggu ni ada majlis, kena pakai uniform PRS. 


Tuesday, 1 March 2022

Geng Main Kena Kuarantin

Mula tu Fa-Za kena kuarantin sebab ada kes di sekolahnya. Bila dia kuarantin, kakaknya Mel pun kuarantin sama la...  Mati kutu jugalah anak4 sebab tak cukup korum nak main.

Tak sampai seminggu Kakak pula jadi kontak rapat, classmate dia +ve Covid. W/pun Kakak sihat/tiada gejala (alhamdulillah), lagi 3 orang pun Ummi kuarantinkan juga. Lebih kepada tidak bercampur dengan kawan-kawan lain. Kalau main depan rumah pun sesama depa je. Hampir 10 hari juga Ummi 'pisahkan' depa dari kawan-kawan. 

Hari pertama mencabar sungguh! Sekejap sekejap ada kawan cari, ajak main 😇 Ialah, depa 4 orang, half of the gang memang terasa ketidakcukupan ahlinya haha .. . Geng Padang, Adam pun cari juga. 

Si Lili ni nak juga main... Mula tu dah balik, Ummi cakap tak boleh main dengan Adik... Kejap je baliknya, datang semula 🤦 Sudahnya sorang dalam pagar, sorang di luar #jagajarak Mujur hari kedua onwards dia dah tak datang, faham agaknya sebab kenapa tak boleh main sama-sama buat sementara waktu :) 

Sekarang ni turn dia & Adim pula kena kuarantin. Ada ahli keluarga depa +ve Covid juga. Moga diberi kesembuhan buat Kak Yaya 🤲

Sekarang Covid dah berada dimana-manakan... Ahli keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran ada je dengar dijangkiti Covid-19 ni. Mudah-mudahan Allah angkat dan hapuskan terus wabak ni dari muka bumi aamin. Sebagai ikhtiar, kita teruslah jaga SOP dan banyakkan berdoa dan kembali kepada-Nya. Mudah-mudahan Allah angkat dan hapuskan terus wabak ni dari muka bumi aamin.





Friday, 10 December 2021

Sambutan Hari Kanak-Kanak SRAI

Kalau tahun-tahun sebelum Covid ni, bulan 12 kira last sekolah. Masuk tahun baru dah naik darjah. Tapi, kali ni berbeza. Selepas cuti sekolah bulan 12 ni, sesi persekolahan dilanjutkan hingga bulan Feb 2022. Bulan Mac 2022 baru naik darjah. 


Walaubagaimanapun, semalam 10/21, SRAI ada buat sambutan dan jamuan sikit sebagai penutup sesi persekolahan tahun ni. Sambutan dan jamuan dalam kelas masing-masing saja. Belajar macam biasa, jamuan waktu rehat. Tema Kerjaya Impian. 

 Kapten Hanif & Leftenan Zana 🥰

Kakak pakai baju SUKPA 2019. Angah Ummi beli T-shirt di Giant, RM8, warna green army dan track bottom celoreng RM15, di Pasaraya Canggih. Setel. Walaupun bukan kerjaya impian depa tapi guna pakai je apa yang ada dan mur-mur :D Baju seluar Angah tu boleh buat basahan lepas ni... 

Semalam pun tak ramai yang mengikut tema... Pakai baju Melayu, baju kurung je. Yang tak datang pun ramai hihi.. 

Tapi, bab jamuan meriah! Limpahan rezeki tu sampai ke rumah :D 

Dari kelas Angah...

Dari kelas Kakak...

Alhamdulillah kami pun tumpang kenyang :)

Cantik hand sanitizer casing ni. Suka Kakak...

Selamat bercuti! 

Tuesday, 30 November 2021

Pengalaman Ambil Suntikan Vaksin 3rd Dose aka Booster

Cerita ambil 1st & 2nd dose belum up, tup-tup terus ke cerita booster 😅

Berdasarkan kriteria umur > 40 tahun (kalau dibundarkan masih 40 ye :p) dan penerima 2 dos lengkap Sinovac melebihi 3 bulan makanya Ummi dan Walid dapat notifikasi di MySejahtera dan SMS untuk ambil booster shot. Mentang-mentang ramai yang skip booster shot ni (ikut kata Abah KJ), cepat pula kami dapat tarikh ye. Nak dapatkan dos 1&2 hari tu, lima bulan menunggu :( 

Kami berdua ambil dos 1&2 pada hari yang sama tapi untuk booster ni Walid dapat tarikh dulu. Ummi lek-lek-lu kekdahnya. Dalam hati, kalau ada kesan sampingan teruk, Ummi nak hold dulu ambik booster ni. Tup-tup MySejahtera update tarikh suntikan Ummi awal 3 hari dari Walid 😬

Mixed feeling this time, maybe sebab pergi sorang kot. Pastu akan dapat vaksin Pfizer, which is different from the first two doses, risau tindakbalas badan macamana kan... 

Temujanji di Poliklinik Shah, Sri Gombak je. Itu yang Ummi pergi sorang-sorang je. Dekat, rugi pula kalau Walid ambil cuti nak temankan. Walid pula di sebuah klinik di Selayang. 

Prosesnya sangat cepat sebab borang dan kad  vaksin (yang baru) nurse dah isikan. Kita cuma tandatangan je. Lebih kurang 15 minit setel semua. 

Kesannya...

Day 1 ~ there's a growing pain dekat tempat yang dicucuk but overall okay

Day 2 ~ makin sakit dekat tangan.  Contohnya nak buka/tutup pintu kereta tu sakitlah, tapi kalau diam je tak sakit pun  tangan tu. Badan pula rasa lemau, serba tak kena. Bila duduk rasa nak baring, bila baring tak selesa juga. Menjelang petang pula start demam. Pakej pulak dengan diarrhea anak-beranak huhu ... Malam tu telan Panadol dulu sebelum tidur.

Day 3 ~ Demam on off jadi pagi tu. Mampu juga gagahkan diri untuk pergi ambil hadiah anniversary. Balik tu sambung demam balik 😂😂😂

Day 4 ~ everything goes back to normal alhamdulillah

Walid punya process lagi simple...  Tak sampai sepuluh minit dah keluar dari klinik. Jangan kata takde langsung side effects, photo booth pun takde haha... 

Alhamdulillah, selesai tiga dos. Ini sekadar ikhtiar;  yang menentukan sakit, sihat, sembuh mahupun ajal tetap di tangan Yang Maha Esa. Moga kita sentiasa dalam rahmat-Nya aamin. 



Monday, 13 September 2021

Cabaran PdPR

Credit source. 

Yeah, cuti sekolah! Bukan anak-anak je happy, Ummi terlebih lagi 😅 Stress tau PdPR ni :(  

Anak-anak Ummi contohnya, dah mula menunjukkan rasa bosan ber-PdPR :( Walaupun kita dah sediakan segala kelengkapan utk belajar; hand phone, laptop, printer, data Internet tapi semua tu tak dapat gantikan keseronokan depa belajar face to face dengan cikgu, bergaul dgn kawan-kawan sekolah dan keseronokan berada dalam persekitaran sekolah. 

Sedikit coretan kenangan antara cabaran-cabaran  yang dilalui dalam mengharungi PdPR sebelum cuti sekolah kali ni...

Blackout during exam. Sudahlah exam online, letrik takde pulak. Adalah beberapa classmates Angah terlibat ni masa exam RBT Jumaat lepas. 

Earphone/headphone rosak, putus tali, sebelah telinga dengar, sebelah tidak. Tahun ni saja dah 2-3 kali beli pulak tu! Kelas pula serentak, tak dapatlah nak share atau pinjam meminjam sesama depa.

Handphone ternganga! Bateri kembung :( Lunyailah hand phone lama Ummi ni pakat guna. Then tukar guna phone lama Walid. Tiba-tiba dalam bulan lepas, tak boleh charge pula. Charging port rosak agaknya. Dedicated phone untuk PdPR penting terutamanya bagi Abang sbb everyday  Ustaz call untuk tasmik hafazan. 

Keyboard laptop ni pun rosak. Kena pakai external keyboard. Hari-hari kena 'ketuk' dengan budak-budak ni 😇

Kerusi patah guys! Paling kurang 3 jam setiap sesi PdPR Kakak & her brothers. Tak mustahil garden chair ni boleh patah bila silih berganti anak-anak Ummi duduk. Duduk pulak ada yang kaki naik, lutut naik sama atas kerusi, congket sana, jongket sini.. Boring! 

Walau apapun cabarannya, Ummi selalu ingatkan anak-anak  cabaran sikit sebanyak tu hadaplah. Ada orang jauh lebih susah lagi sebab tu kena selalu bersyukur. Caranya? Kena belajar rajin-rajin 🤗 

Ini dari segi material, dari segi mental tak usah cakap. Ingatkan bulan 12 ni dah habis sekolah untuk tahun ni. Kelmarin MK Pendidikan umumkan sesi persekolahan tahun 2022 akan bermula pada bulan Mac. Sekarang ni cikgu-cikgu tengah kejar masa nak habiskan silibus, tup-tup extend ke tahun depan pulak sesi persekolahan tahun ni :(  

Tapi itulah, zaman pandemik. Hati kena kental. Mental kena kuat sebab banyak ketidaktentuan dan perubahan polisi/keputusan berlaku dari masa ke semasa. Harapnya suku pertama tahun depan tu Covid dah reda, situasi selamat untuk murid-murid kembali ke sekolah. Jika terpaksa berterusan PdPR Ummi rasa ramai yang akan give up. Murid, guru, ibu bapa serta mana-mana pihak yang terlibat dengan PdPR ni pasti faham tekanan dan cabaran yang dihadapi ni. 

Sebab tu bila tiba cuti sekolah, lega sungguh rasanya. Kalau setiap bulan ada school break pun ok jugak YB Menteri. Seminggu pun jadilah. To break free from the stress, at least for a while. 


Monday, 16 August 2021

Al Fatihah ~ Datuk Seri Hj Ahmad Zaini Bin Othman


Pagi semalam dapat berita sedih... Salah seorang regular speaker yang banyak terlibat dalam program-program perbankan & kewangan Islam yang dianjurkan oleh syarikat tempat kerja Ummi dulu telah kembali kepada ke rahmatullah. 


Credit source. 

Mula kenal arwah as 'En Zaini, Ambank' then beliau menerajui AmIslamic. Kemudian beliau beralih angin ke MBSB. Antara jasa besar beliau ialah berjaya menggabungkan MBSB dan Asian Finance Bank sebagai full-fledged Islamic bank. Moga ianya diterima sebagai amal soleh dan beroleh ganjaran berterusan dari-Nya 🤲

In his younger days... 

Credit source. 

Arwah mudah didekati walaupun adakalanya nampak serius. Tapi, bila kita menyapa, beliau mudah tersenyum, ready smile. Senang bekerjasama dengan beliau. 

Doa Ummi agar arwah tenang di sana Ummi serta rohnya ditempatkan di kalangan para solihin aamin. 

Sedih bila recently ramai pula yang Ummi personally kenal dijemput pulang. Antaranya Ah C, mekanik & owner bengkel motorsikal di kejiranan kami. Ummi kenal nama je, tapi Walid & the boys kenal sangat dengan dia. Walid tu kalau takde kerja, pergi kedai Ah C lah ... service motorlah, tukar kusyenlah, isi angin tayarlah macam-macam... Bola kempis tak cukup angin pun pinjam pam Ah C. Tapi semua tu sebelum Covid lah. Bila dah PKP awal tahun ni, jarang-jaranglah bengkelnya dapat dibuka. Tapi, bila dah boleh buka tu kedainya tak buka juga. Tertanya-tanya juga kenapa...hinggalah minggu lepas baru dapat berita, rupanya Ah C dah meninggal (6/8/2021), kerana Covid juga :( Rapatnya hubungan Ah C dengan penduduk sini sampaikan berita pemergiaannya turut diwar-warkan dalam group surau. Orang baikkan... 

Take care everyone. 

 


Tuesday, 25 May 2021

Self Lockdown-lah

Menunggu-nunggu sebenarnya government isytihar PKP macam tahun lepas (PKP 1.0). Gerun tengok +ve cases yang mencapai 6k kes saban hari sejak kebelakangan ni. (Hari ni >7k). Kadar kematian juga tinggi setiap hari. 

Tapi, tidak seperti diharapkan. Kerajaan memilih untuk memperketatkan SOP PKP sedia ada. Selain memikirkan kesejahteraan rakyat kerajaan juga terpaksa memastikan sektor ekonomi berjalan. Jadi, sektor perniagaan dibenar beroperasi seperti biasa dalam waktu yang dihadkan. Yang banyak terkesan jika full lockdown ialah yang bergaji hari. Tak kerja, takde gaji. Sama juga dengan peniaga kecil yang jual nasi lemak, goreng pisang, burger tepi jalan dsbnya... Bila dengar nak lockdown jadi susah hati. Ini Ummi sembang sendiri dengan Neng, isteri Wak yang jual nasi lemak depan tu... Malah, Ciksu yang suaminya dibuang kerja akibat PKP tahun lepas juga opposed to the idea of full lockdown. Nak bangkit semula bukan senang. 

Tapi, dalam masa yang sama nyawa juga penting. Tambahan sekarang pelbagai varian baru muncul yang kebanyakan tiada simptom, dan sangat cepat ke arah membawa maut. Jadi, seboleh mungkin kita jagalah diri dan keluarga kita. Self (and family lockdown). 

Credit: Harian Metro


Moga dengan usaha kita yang sedikit (mengurangkan pergerakan kendiri) dapat membantu mrmutuskan rangkaian jangkitan. Kluster raya pun dah mula dikesan sebab ada juga yang degil balik kampung ziarah orang tua Aidilfitri tempohari. Kesian dan sedih baca kisah Pakcik ni. Umur-umur 70-an ni seusialah dengan Tok Umi Tok Ayah :( 


Tan Sri DG pun dah warning... Jadi, sama-samalah kita ambil tanggungjawab untuk membantu mengurangkan jangkitan wabak ini. 


Abang, Angah & Kakak memang dah lama berada di rumah, sejak 7/5. Cuti straight dari raya hingga Jun nanti. Adik pula masih ke sekolah hinggalah jumaat lepas. Mulai minggu ni Ummi cutikan sementara memandangkan jumlah kes +ve yang sangat tinggi. Sekolah pun bagi pilihan untuk hantar atau tidak so we chose the latter. Bila semua dalam rumah, rasa lebih selamat. 

Ummi pun dah jarang ke kedai kecuali terdesak sangat. Itupun pilih kedai yang tak sesak dan patuh SOP. Bukan setakat pelanggan je yang kena patuh SOP tapi tuan kedai dan pekerjanya pun wajib patuh SOP juga. Pakai face mask dan sanitize tangan selalu. Depa lagilah berinteraksi dan berurusan dengan pelbagai jenis orang dan peringkat umur. 

Cuma yang membimbangkan Ummi, Walid masih perlu ke office, ikut giliran bertugas. Pergi ke office tu bukannya boleh nak terbang, kena naik public transport. Pastinya dalam perjalanan pergi balik tu terpaksa bertembung dengan pelbagai orang. Mohon dijauhkan-Nya dari segala musibah 🤲🤲🤲

 الله مستعان




Monday, 10 May 2021

Persiapan Raya ~ Baju Raya

Belum pun seminggu PKP 6 Daerah di Selangor, semalam PM umumkan pula PKP bagi seluruh negara bermula 12/5 - 7/6 2021. Nampaknya berkurung lagilah kita raya ni ye? Bila nak dapat berkebaya tak tahulah :p 

Walaupun raya hanya di rumah masing-masing, tetap juga nak pakai baju raya. Tahun ni Ummi beli baju ready-to-wear (RTW) di Aeon ja. Dah agak dari awal, raya ni tak boleh balik kampung juga sebab kes 3-4 angka saban hari. Jadi, tak perlulah nak glam sangat baju tu ye Ummi haha... 

Lepas hantar Abang ke asrama, terus melencong ke Aeon. Ubat hatilah kononnya, sedih Abang masuk asrama. Alasan! 

Koleksi baju kurung kanak-kanak...RM49 sepasang. Untuk dewasa RM79. 

Sedondonlah baju raya Ummi dengan Adik Kakak tahun ni. Baju raya Walid macam biasa tempah di Al Salam Tailor. Upah jahit baju Melayu moden RM140. Top up lagi sikit dah sama dengan baju kurung kami bertiga. Mahalkan upah jahit sekarang :( Baju Melayu Abang beli ready made di Jakel. Belum try lagi tu sejak dia balik dari asrama. Harap muatlah sebab Abang lost 7kg sebulan dok di asrama. Nanti Ummi citer rahsianya 🥰 Baju Melayu Angah pula beli di Haraman. Alhamdulillah setel bab baju raya. Songkok dan tudung pakai je yang dah ada. 

Adik tengah pilih bunga.

Nak tak nak semangat raya tu kena ada juga. Walaupun tahun ni tahun kedua tak sambut raya di perantauan. Walaupun Ummi ni dah takde mak ayah tapi mak ayah mertua masih ada. Saban tahun usia masing-masing makin meningkat, masihkah ada rezeki untuk bersama mereka di hari raya? Nangis tau tulis entry ni. Rindu sangat dengan depa. Terbayang bila Tok Ayah nampak Ummi di dapur, mesti tanya " buat kopi ka?". Fahamlah kita, Ayah minta dibuatkan kopi walaupun permintaannya berlapik. Perkara kecil sebeginilah yang melekat di hati sebenarnya 😭😭😭

Tapi, walaubagaimana sedih pun kita, yang di depan mata kita; anak/pasangan perlu diraikan. Jangan larut dalam kesedihan, kesian pada anak-anak yang gigih berpuasa sebulan sebab nak raya 😅 Raikanlah ikut cara dan kemampuan kita. 

Tak pernah-pernah pasang pelita dan lampu raya, tahun ni semangat Walid hias rumah 😆 Untuk anak-anak katanya...

Oklah, Ummi nak pi buat ketupat 3.0 pulak, seiring dengan PKP 3.0 :p

Thursday, 6 May 2021

PKP lagi 😔

Mula tu dah dengar ura-ura MCO 3.0 ni. Tapi, katanya palsu jadi legalah. Tup-tup
kelmarin dulu (Selasa) diumumkan PKP di 6 daerah di Selangor bermula hari ni 6/5 hingga 17/5/2021. Kelmarin pula diumumkan KL turut dikenakan PKP, lewat sehari dari Selangor. Moh la kita PKP berjemaah macam selalu 🤭

Tak adalah effect apa sangat pun sebenarnya tapi lebih kepada kelam-kabut, terutama hal berkaitan operasi sekolah.

Mula tu sekolah dibuka katanya Khamis & Jumaat (hari ni). Dah keluar memo dari JAIS. Lepas cuti raya nanti baru ada PdPR seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan tempohari. Walaubagaimanapun minggu ni ramai ibu bapa sekolah Angah & Kakak dah cutikan anak masing-masing. SRA berhampiran sekolah Angah & Kakak ada kes +ve, murid Tahun 6. Anak-anak Ummi tetap ke sekolah seperti biasa. Cumanya Rabu tu Ummi dah standby, pesan bawa balik buku siap-siap. Angah angkut pokok neem dia
balik ke rumah. Senang nak jaga di rumah, walaupun Cikgu kata Acik Cleaner boleh tolong siramkan. Cikgu-cikgu pula selain bagi bahan-bahan PdPR, bagi duit raya siap-siap. Senang 😊

Petang kelmarin MB announced semua sekolah bawah KPM di Selangor tutup 2 hari. Keluar pula memo baru... Kesian cikgu-cikgu pun, kejap bagitau parents sekolah buka, kejap katup. Mujurlah sekarang semuanya di hujung jari. Sekejap je nak spread info. 

Maka semalam bermulalah PdPR Angah & Kakak, untuk Khamis & Jumaat. Pasti Adik pula dibuka seperti biasa. 

Sahur sebelum ke sekolah :p

Abang pula sekolah decided untuk stick to the original schedule for balik kampung. Cuma diawalkan dari pukul 2.45 ptg ke pukul 8 pagi untuk form 1.Standard semua SBP rasanya. Harapnya semua berjalan lancar. Sedih mengenangkan anak-anak yang berada di kawasan PKPD, tak dibenarkan balik beraya. Sekolah Sukan Bandar Penawar contohnya PKPD bermula hari ni. Allah, tak dapat bayangkan perasaan mereka...mesti dah  excited nak balik tiba-tiba kena PKPD 😭😭😭

Ikutkan bila Abang balik ni nak bawa berbuka di luar. Dah PKP ni, terpaksalah cancel booking untuk iftar di Ramly Bistro sebab dine in tak dibenarkan waktu PKP. Mujur belum bayar duit huhu... 

Plan nak staycation pun terpaksa ditangguhkan juga sebab tak boleh nak rentas daerah. Adalah hikmah semua ni kan... Kita sabar je lah... 






Tuesday, 2 February 2021

Pengalaman Buat IC & Sijil Kematian semasa PKP

Sekarang ni segala urusan berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kebanyakan agensi kerajaan lain semuanya melalui temujanji. Permohonan temujanji dibuat secara atas talian (online). Imunisasi Kakak tahun lepas beginilah prosedurnya. 

Berbalik kepada tajuk, temujanji pertama kami untuk buat IC Abang ialah pada 24/11, kira-kira seminggu selepas birthday dia, di JPN Melawati. Setiap pelanggan diberi masa 20 minit untuk berurusan. 
Cadangnya nak selit sekali buat sijil kematian Tok. Sehari sebelum temujanji, kami terima email dari pihak JPN Melawati memaklumkan pejabat mereka ditutup sementara. Pulak!

Terpaksa buat appointment baru (mujur online je). Yang kosong dan paling hampir 29/11 di UTC Sentul kalau tak silap. Di JPN Gombak memanjang penuh. Paling awal tarikh kami dapat ialah 2/1/2021. Dalam masa yang sama booking juga slot di JPN Jitra dan UTC Alor Setar sebab ikut plan kami akan berada di Kedah that time.

Akhirnya rezeki kami di UTC Alor Setar. Untuk buat IC Abang, Walid uruskan. Ikutkan appointment pukul 11 tapi kami sampai awal dan dibenarkan walk in sebab tak ramai orang. Untungnya buat IC di UTC boleh dapat pada hari yang sama. Lepas sejam, kita diminta datang semula untuk collect IC. 

Curi-curi ambil gambar takut Pakcik Rela marah 😅

Manakala untuk sijil kematian hanya waris (menantu tak termasuk) dibenarkan buat permohonan. Jadi, Ummi lah yang berurusan dengan JPN. Tak susah pun... Tunjuk sahaja laporan polis, serahkan IC si mati dan salinan IC waris (kalau tak silap) kepada pegawai bertugas. Cuma dia tanya juga kenapa buat di Kedah? Hihi... Tapi takde masalah pun kita apply sijil mati tu di mana asalkan di JPN :p

Part sedih bila officer tu cakap "saya gunting ye IC ni (IC Tok)" Itu tandanya IC tu dah tak valid... Sebab pemegangnya dah tiada 😭😭😭 Waktu serahkan sijil mati officer tu ucap takziah. Touching Ummi. Semua ni pengalaman baru untuk Ummi. Tapi Ummi yakin Allah bagi semua ni bersebab.

Alhamdulillah selesai urusan yang tertangguh hampir 2 bulan. Inilah antara cabaran di zaman pandemik ni. Lega Ummi bila dah setel urusan JPN ni terutamanya sijil mati Tok tu. Ada beberapa urusan yang nak diselesaikan berkaitan hal ni. Moga semuanya terus dipermudahkan oleh-Nya. 


Tuesday, 12 January 2021

PKP 6 Negeri & Darurat


Belum sempat nak hadam akan pengumuman PKP untuk 6 negeri (PP, SDE, WP, Melaka, JDT & Sabah), tiba-tiba hari ni dikejutkan pula dengan pengisytiharan darurat yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Tapi, tiada apa yang perlu dirisaukan berkenaan darurat ni. Lebih kepada memberi kestabilan dari segi polirik, memberi fokus kepada usaha merawat dan mengekang pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

Hari tu Ummi lalu pekan Gerik yang lebih awal diisytiharkan darurat susulan kematian Ahli Parlimennya. Semuanya berjalan seperti biasa di pekan tersebut; tiada sekatan jalan raya, tiada curfew. Normal dalam norma baharu :) 

Ummi di market masa dengar pengumuman ni. See? Pukul 11 dekat market, very unusual for an early bird like me :) Tapi, itulah kali ni memang tak bersedia macam 1st PKP dulu. Kalut ke kedai stocked up barang dapur sampai beli segala macam yang tak perlu. Sampai sekarang tepung ubi, tepung pulut semua tak berusik pun. Gula merah yang timbang tu pun beli juga. Itu belum kira bila jumpa roti Gardenia, mee Numee... Berebut beli. 

Another reason is penat sebenarnya. Back to back travel. (story later, jangan speku :p). Jadi, untuk kali ni kita slow & steady je. Pergi kedai tadi pun memang sebab barang basah dah habis. Beli stok mingguan seperti biasa.

Jadi, bermula jam 12.01 t/malam ni (13 Jan 2021) 6 negeri ni akan dikenakan PKP. Alhamdulillah banyak perkara yang telah kami selesaikan sebelum PKP ni. Antara perkara yang dilarang semasa PKP termasuklah rentas negeri, rentas daerah, bergerak >10km dari rumah dan >2 orang dalam kenderaan dari rumah yang sama. Sekatan jalan raya akan diaktifkan semula untuk memastikan rakyat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Alhamdulillah syukur sempat buat semua ni;
- balik kampung (rentas negeri)
- beli buku di sekolah (now kedai buku sekolah ditutup semula kerana PKP)
- iv Walid (>10km radius) 
- ke sekolah baru Abang utk terima tawaran kemasukan (rentas daerah)
- attend wedding (>10km radius)
-iv MRSM Abang (rentas negeri)

Sekarang ni tak pastilah berapa lama PKP ni akan dikuatkuasakan. Tapi, berdasarkan pengalaman lepas, tempoh 2 minggu is not enough to flatten the curve. Kita tunggulah pengumuman kerajaan dari masa ke semasa. 

Cuma risau juga bab pelajaran anak-anak. Harapnya pihak sekolah lebih pro-aktif dalam menjalankan PdPC secara maya. Nak tak nak kita sebagai ibu bapa juga perlu bersedia untuk sama-sama memikul tanggungjawab bagi memastikan PdPC secara maya lancar. It takes two to tango. Anak-anak Ummi pun 20hb ni akan start homeschooling. Ummilah akan jadi cikgu, cikgu disiplin, cikgu besar semua Ummi bolot. Enough playing kids! Tahun ni lebih mencabar sebab dari awal kena belajar dari rumah berbanding tahun lepas. Ibu ayah cuma pantau dan sambung sikit2 silibus yang belum habis. Alhamdulillah buku aktiviti dah beli jadi boleh mula buat latihan. Buku teks online ada, bolehlah dijadikan rujukan. 

Untuk Abang, kena fikir cara lain. Mungkin esok Ummi keluar cari bahan untuk form 1 kot. Dia dah regi sekolah cuma sebab PKP secara tiba-tiba ni Ummi tak rasa sekolah pun bersedia untuk hal ni. Ada students masih belum buat pengesahan dan belum daftar. Kalau sekolah proceed je dengan pelajar yang dah daftar, elok juga. Cara lain, mungkin Ummi sambung semula online tuition dia. At least dia dah ada basic. Senang bila buka sekolah nanti. 

Apapun agar semuanya dipermudahkan untuk kita semua. انشاء الله ada hikmah atas semua yang berlaku ini. 

Tradisi sebelum PKP dilaksanakan...
Kali ni minum petang-cum-dinner. 

Stay safe everyone! 


Sunday, 6 December 2020

PKPB ~ Dilanjutkan tapi ada kelonggaran


Happy dengar pengumuman YB Menteri Kanan Keselamatan semalam yang mana dibenarkan untuk rentas daerah/negeri. Alhamdulillah syukur sampaikan tak peduli dah PKPB di Selangor dan KL ni dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020 🤭

Bukan apa, rasa free of mind sebab tak lagi tersekat nak kemana-mana. Tambahan pula bilangan penumpang dalam kenderaan juga dibenarkan ikut kapasiti sesuatu kenderaan. Tidak lagi terhad kepada 3 orang penumpang sahaja.

Walaubagaimanapun tidaklah bermakna kita dah bebas kemana-mana atau buat apa saja. Pastikan setiap masa kita jaga SOP, elakkan 3Cs dan amalkan 3Ws. Rata-rata di kalangan kita dah terbiasa/selesa dengan norma-norma baharu jadi teruskan menjaga diri & keluarga kita. Dengan usaha yang berterusan dan DOA berpanjangan kita dilindungi-Nya dari wabak ini, Insha Allah.

Ada 2-3 perkara yang kami teringin nak buat sebenarnya sejak hampir 2 bulan PKPB dilaksanakan di Lembah Klang. Top in the list of course nak balik kampung. Itulah yang ramai orang nak buatkan? Lagi satu, nak pergi bercuti. Tak jauh, dekat-dekat pun jadilah. A hotel staycation would be a good idea. Ada cadangan?

Lepas tu teringin nak makan di luar dengan anak-anak. Last time makan di luar sebelum PKPB bulan 10 hari tu. Dapat makan di kedai mamak pun jadilah. At least we feel a bit relieve and slowly feel that the situation is improving. 

Apapun jangan leka dan jangan seronok sangat kata orang Kedah. Teruskan perjuangan kita menentang musuh yang tak dapat dilihat ni. Teruskan #kitajagakita 💪💪💪


Tuesday, 24 November 2020

Hah Tepuk!

Inilah indoor game terbaru yang Walid beli untuk menghilangkan kebosanan anak-anak di musim PKP ni. Sebelum ni dah beli Saidina, Sahibba dan Carrom. Dah puas main orang kata.
Permainan bola tepuk ni favorite anak-anak esp boys. Pernah satu ketika, masa Abang darjah 3 kot habis buku tulis dikerjakan untuk buat 'orang bola' 😇

Bila dapat tahu ada orang jual set bola tepuk ni, terus Walid order. Berbulan jugalah tempoh menunggu sebab penjualnya (En Azmi, founder/owner AZ Bolatepuk) hanya melakukan business ini secara sambilan. Dan beliau tak ambil deposit. Ikut que tempahan kita. Bila siap, beliau akan maklumkan. Harga satu set RM50 (self pick up, area Damansara Damai).

Abang tempah team Kedah & JDT. Setiap set ada 2 team, lengkap dengan 'padang', tiang gol, bola (dibuat dengan aluminium foil, cute 😁) dan game instruction. Sellotape pun dia bagi. Complete! 

Kemas dan berkualiti hasil kerjanya 👍

Sekarang ni tengah 'gila' main bola tepuk-lah anak-anak Ummi. Sementelah Tok dah takde, Tok Umi & Tok Ayah pun dah balik Jitra dapatlah juga mengubat kesunyian. 

Jika ada yang berminat, boleh hubungi En Azmi. No tel ada kat gambar ni hah... 

Hah tepuk Abang!