Showing posts with label Anak2. Show all posts
Showing posts with label Anak2. Show all posts

Sunday, 11 October 2026

Back to Asrama & Kekal PDPR


Muncung makcik sorang tu, tengah sedap tidur dapat tahu kena balik asrama 😁

Request nak tapau ayam gepuk bawa balik asrama.
Walid pun dengan mek sorang ni memang cepat cair, layan je. Btw lawa betul beg tapau Pak Gembus ni. Kakak kata 50 sen je harga beg ni. 

Kotaknya pun design sama. Lawa warna oren ni, menyerlah.

Otw balik rumah, hujan lebat sangatttt! 
Time jerebu ni, syukur sangat bila hujan tu. Mudah-mudahan dapat kurangkan jerebu. 

Kakak Angah dah selamat balik asrama, status pengoperasian sekolah Adik belum tahu lagi masa ni. 

Ikutkan dari hantaran YB Menteri KPM ni, tutup lagi sekolah Adik. Tapi tetap kena tunggu pengumuman JAIS untuk kepastian. 

Okay, sahih. Sekolah Adik PDPR pada 12/10. 

Inilah rupa ayam masak bawang yang Ummi masak untuk lunch tu. Since Angah Kakak dah balik asrama, cukuplah lauk ni untuk kami bertiga. Walid top up dengan telur dadar. 


Eloklah begini.
Minggu depan UASA.
Asyik balik rumah aje, tak berapa tersusun jadual belajarnya. 


Ahad yang Gawat & Gamat

Ahad ni gamat dan gawat 🫣

Pagi, Ummi bagi tugasan;
Angah ~ ikut Walid pergi pasar
Kakak ~ masak nasi goreng utk sarapan 
Adik ~ tolong Ummi sidai baju dan uruskan kucing 

Sedap nasi goreng Kakak masak. 
Makan dengan baki ayam BC semalam. 
Jadilah, untuk sarapan kami. 

Siang sayur jerrrrr... 
Lepas tu sayur tu masuk kuali sendiri  :p 

Konon nak share step by step cara buat Ayam Masak Bawang (menu hari ni). Sempat ambil gambar time goreng bawang dan ayam je 😅
Start menumis tu, tak sempat dah aih nak snap gambar huhu ... Lauk dah siap masak pun tak ambil gambar. Penat dan dapur pun berkecah dah dek minyak menumis dan menggoreng ayam tu. 

Basically resepi Ayam Masak Bawang ni;
1. Hiris dan goreng bawang besar hingga layu dan sedikit garing 
2. Goreng ayam yang telah dilumur garam dan kunyit hingga masak (tak perlu garing)
3. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. 
4. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, serai dititik daun pandan dan daun kari hingga naik bau.
5. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau
6. Masukkan serbuk cili, serbuk kari daging dan serbuk jintan manis bersama air secukupnya untuk bagi rempah masak dan pecah minyak. Nak sedap, bagi pecah minyak 2-3 kali. 
7. Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit kicap. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata 
8. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka 
9. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul sebati. Adjust rasanya dan tutup api. Siap! 

Masak tu bajet untuk makan malam sekali. Entahlah macam tak berapa cukup je nak bawa ke malam nanti :) 

Sambil tu, ikuti juga perkembangan pengoperasian sekolah ni. Nak teruskan PDPR ke macamana... 


Bak kata mantan Pengerusi KSIB F3, pukul 2.45 ptg baru nak dapat tahu status. Kalau rumah dekat okaylah, kalau rumah jauh jenuh nak bergegas hantar anak balik ke asrama. Jujurnya Ummi dah set PDPR ni sepanjang minggu ni. Penat bergegas ke sekolah Jumaat lepas pun belum hilang huhu....penat tu bukan apa, benda ad hoc. Kalau tahu awal, lain cerita. Bila ad hoc ni banyaklah hal lain jadi tertangguh, terbantut dsbnya. 

Apapun kita harap dan doakan yang terbaik. 



Saturday, 10 October 2026

PDPR Day 1

9/10 PDPR hari pertama. 
Berapa lama akan berlangsung pun tak pasti sebab perkara jerebu ni di luar kawalan kitalah kan. 

Berasaskan pengalaman zaman PKP dulu, PDPR bukan lagi suatu yang luar biasa. Kita pun sejak pandemic itu dah biasa dengan Google Meet, Google Classroom dsbnya. Jadi tidaklah perlu ambil masa untuk sesuaikan diri. 

Kakak banyak guna Google Classroom (GC). Guru-guru bagi tugasan di GC, manakala murid siapkan latihan/tugasan dan hantar juga melalui GC. 

Angah banyak latihan guna buku aktiviti. Ada juga kuiz dan kelas online petang Jumaat tu. 

Adik banyak tugasan cikgu share dalam group WA kelas. Jadi, mak ayah lah perantara sebab Adik dan kawan-kawan sekelasnya tak semua ada phone sendiri. Kiranya kali ni Ummi hanya monitor Adik sebab Angah dan Kakak dah boleh berdikari. Angah ada phone sendiri. Kakak walaupun takde phone sendiri tugasannya di GC. Lebih banyak guna laptop. 

Adik paling banyak tugasan hari pertama PDPR ni. Semangat cikgu² Adik 👍🏻

Alhamdulillah untuk hari pertama ni semuanya berjalan lancar. 

Thursday, 8 October 2026

Sekolah Tutup Dek Jerebu

Kecoh la malam tadi di group WA sekolah anak³ pasal penutupan sekolah ni. 

Mula-mula kenyataan YB Menteri KPM dikongsikan oleh ibu bapa yang nak tahu status penutupan sekolah ni. Ada yang menekan-nekan, ada yang chill-chill je. Iyelah yang bekerja tu nak kena fikir kebajikan (makan minum, babysitting dsbnya) anak-anak sekiranya sekolah tutup. Nak plan/ambil cuti pula bagi yang anaknya di asrama. Macam-macam la kena fikir dan atur agar semua urusan berjalan lancar.

Kenyataan dari JPNS. 
Tapi SRAI kena tunggu pengesahan JAIS dulu. 


Kenyataan media JPWKL. 

Akhirnya sekitar jam 9 mlm JAIS sahkan semua sekolah di bawah pentadbirannya ditutup bermula 9 Oktober 2026. 

Anak-anak asrama pun sekolah tutup juga.
Maka, hari ni bermulalah PDPR. 


Tenang Ummi tenang 🤭 





Sunday, 6 September 2026

Last Day Cuti Sekolah

Jumaat takde mood sebab masalah tak boleh up komen tu. Sabtu semalam seharian di luar rumah, keluar daerah yang jaraknya >100km sehala dan hari ni Ahad anak² nak balik ke asrama. Sebab semalam tak sempat ke pasar, hari ni ke pasar dulu stock up barang basah untuk stok seminggu. Angah tolong basuh ayam 2 ekor, Ummi pula bersihkan yang selebihnya iaitu ikan-ikan dan kerang. Berus kerang seekor demi seekor itu yang lama tu.  Kemudian masak untuk makan tengahari. Selesai semua rasa macam kejung pinggang 😅


Yang anak² asrama berdua tu pun hari ni nak balik asrama, barulah kalut nak siapkan tugasan. Sorang sibuk tebuk botol plastik nak buat bekas semai benih untuk tugasan geografi, sorang lagi tak habis² edit video. Kali ni tugasan Bahasa Perancis pulak. Laptop Ummi dia guna, phone Ummi pun kadang dia pinjam jadi itu yang Ummi tak sempat nak blog walking juga. Si bongsu tu rasanya malam nanti baru homework dia menjelma 🫣

Done membebel 😆

Sarapan roti canai sedap di Kg Laksamana balik dari pasar pagi tadi. Kongsi berdua sebab nak rasa je.  

Kedai takde orang tapi pekerja semua sibuk. Ramai pelanggan order atas talian, tak menang tangan tengok para pekerja siapkan order. Abang² rider pun 4-5 orang dok menunggu order siap. Kata tukang kira, cuti sekolah ni parents yang kerja banyak order food untuk anak-anak di rumah. Oh begitu... 

Kedai masakan Pantai Timur... Awal pagi dah ada lauk, sebab ada yang pilih makan nasi putih (nasi berlauk). 

Walid pun ambil nasi berlauk...
Ummi pilih nasi goreng lauk Hati ayam dan telur masin. Nak makan nasi lemak, tengah masak. Lagi 5 minit katanya. Masak untuk  second round la kot sebab tengok lauk dan aksesori nasi lemak dah terhidang atas meja. 

Tauke kedai :p
Geram tengok puntung rokok tu. Ramai yang masih tak alert dengan larangan merokok di kedai makan/tempat awam 😬

By the time of writing, dah selamat hantar dak² asrama balik ke sarang ilmu. 

Dah selesai hantar semua balik ke asrama, ingatkan Ummi dah boleh bertenang. Check semula barang, Angah tertinggal baju Melayu pulak! Perkara paling ditakuti oleh mak-mak BATHI ni la... BATHI = Barang Apa Tertinggal Hari Ini. 

Tapi dia tenang je; "Takpa nanti Angah pinjam la baju kawan"  

Semudah itu dia cari solusi 🤷🏻




Friday, 22 May 2026

Hari Guru 2026


Untuk anak² asrama, Ummi order dengan KSIB je. Depa buat jualan untuk isi tabung SPM. Bagus sungguh inisiatif begini. Elok sangat support sebab dana kecemerlangan SPM ni perlukan jumlah yang besar, berdasarkan pengalaman Abang ambil SPM tahun lepas. 
Masa hari sambutan, Angah bagitau hadiah² Ummi tempah dah diserahkan kepada guru² terlibat. 

Ini pula inisiatif pihak PSS, jualan direct kepada pelajar. Kalau dibuka untuk tempahan awal macam KSIB buat tu alangkah bagusnya. Parents terus bank in je duit. Jualan direct gini mungkin pelajar tak cukup duit nak beli wpun hadiahnya serendah RM5. 

Hadiah Kakak untuk Ustazah halaqah. Alhamdulillah selamat tiba di tangan Ustazah. 

Adik pula ikutkan sambutan Hari Guru pada 23/5, sehari selepas selesai UPSA dan hari last sekolah sebelum mula cuti penggal. 

Tapi, ketetapan pihak JAIS, tak benarkan sambutan diadakan di peringkat sekolah. 

Tapi, Adik dah beli awal hadiah untuk cikgu² dia. Dia beli pen. Ummi tambah kopi 3-in-1 dan tasbih. 


Di pihak KSIB, kami collect duit untuk beli hadiah untuk cikgu², selain jamu makan dan beli kek. Tanda terima kasih atas jasa cikgu² yang tak pernah jemu mendidik anak² kami, sanggup korbankan masa dan tenaga untuk pastikan setiap program/pertandingan di semua peringkat dapat dijayakan dan macam² lagi pengorbanan guru, tak terhitung Jadi, kita raikan sebaiknya bila tiba hari istimewa untuk guru ni. 

Terima kasih cikgu! 

Saturday, 9 May 2026

Layan Oden di Kala Hujan Mencurah²


Cerita Jumaat kelmarin...
Dropped off Abang Angah di masjid untuk solat Jumaat. Malas nak balik rumah sebab hujan lebat. Kalau balik kena keluar semula, terpaksa hadap traffic jam lagi. Solusi mudah, tunggu saja depa selesai solat Jumaat sementelah hanya ±½ jam saja lagi solat Jumaat selesai. 

Port selesa, You Mart & Coffee.  

Tanpa megi, harganya RM8.90. Ummi minta megi, bayar extra RM1.90/sekeping (tak sure apa penjodoh bilangannya 🙏🏻)

Ouch, so hot! 
Adik cuti, sekolah jadi tuan rumah KAMIL Zon. Kelas, dewan, surau jadi tempat pertandingan dan persiapannya sedari Jumaat. 

Adik nak ramen. Cheese slice RM1/sekeping. Konsep macam FM tu la, nak add on apa² add la duit sekali. Gitewww :D 

Belum habis menikmati makanan kegemaran Gen Z ni, Angah call. Dah habis solat katanya. 

Hujan tak berhenti² sampai ke petang... 

Rajinkan diri buat cucur sayur lawan dengan teh o panas. Nikmatnya alhamdulillah. 

Cucur sayur; satukan hirisan bawang merah & cili merah, daun bayam, garam, serbuk kunyit sikit untuk warna dan tepung gandum sikit, beserta air peti ais. Tepung dan air sekadar untuk lekatkan semua bahan. Nak rangup, tambah sikit tepung jagung. Tepung beras pun boleh, tapi keras sikit. 

# Hujan berterusan hingga ke malam. 

Saturday, 18 April 2026

Jamuan Raya 2026

Sekali kan saja cerita jamuan raya anak³. 

Angah 

 SHRMZB dari Angah :) 

Jamuan raya tahun ni berkonsepkan gerai dan semuanya di satu tempat sahaja. Tahun lepas di kelas kalau tak salah Ummi. Setiap pelajar dapat kupon untuk ambil makanan tertentu seperti nasi minyak dan ayam Masywi. Ini untuk pastikan setiap pelajar dapatlah makanan utama ni. Makanan lain² tu tiada had, asalkan mampu makan dipersilakan. Kenyang seharian kata Angah 😁

Tahun ni banyak gambar Ustaz/Ustazah share. Gambar kelas ada, gambar batch pun ada. Yang takde gambar halaqah sebab guru halaqah ada urusan di luar sekolah. 

Kakak

Ada gambar dengan guru kelas kedua dan kawan² puteri je. Guru kelas pertama pun takde dalam gambar ni. Ada urusan di luar rasanya. 

Mak² bab teropong anak memang handallah kan? Nampak belakang pun boleh cam tu anak kita :D 
Mak² online kenal tak Kakak yang mana?  
😁

Kakak dapat duit raya dari sekolah, guru kelas Ustaz S ni dan guru pelatih masa sambutan raya hari tu. Sebelum balik raya, guru halaqah bagi duit raya juga. Yang best nya masa majlis ni nama Kakak dipanggil untuk lucky draw. Sayangnya, Kakak tengah makan di Dewan Makan, sayup² je dengar. Tak sempat nak cuci tangan dan lari ke tempat perhimpunan bila panggilan ketiga tamat. Bukan rezeki Kakak nak dapat duit raya RM50 😌

Adik 

Cantik poster ni 👍🏻

Adik (Darjah 4) kena bawa ayam goreng/ayam gunting. 

Awal pagi menggoreng ayam la kita... 

Nak pakai tema matcha-strawberry 💚🩷

Bersama rakan² selepas dan guru² kelas; Cg Aisyah & Cg Zainab. 

Makanan lebih yang dibawa balik. Cikgu memang suruh bawa bekas untuk tapau. 

Alhamdulillah selesai sudah jamuan raya. Syawal pun dah berlabuh, dengan pelbagai cerita manis.