Tuesday 31 January 2023

Bye Uncle Mi & Fam

Page 31, 2023

Tirai Januari ditutup dengan sedikit kesedihan. Jiran kami, Uncle Mi sekeluarga berpindah hari ni. Ummi dah maklum mereka sekeluarga akan berpindah cuma bila tiba harinya tetap juga rasa sedih. 

Kenangan dari Aunty Shar... 
Dua beranak ni tidur atas tu sampai tak nak bangun :D 

Untuk Ummi, Aunty Shar tinggalkan 2 naskhah Al Quran terjemahan...

Selamat berkelana dan semoga dipermudahkan segala urusan 💐

Pokok Cili

Alhamdulillah syukur akhirnya pokok cili yang Ummi tanam dah berbuah. Orang lain senang je tanam cili tapi Ummi ni baru kali pertama berjaya jaga pokok ni hingga berbuah. Ada sekali tu dah keluar bunga bagai tapi tiba-tiba mati kena serang dengan bena putih. Frust betul masa tu sampaikan tak lagi berhajat nak tanam cili haha...

Yang ini asalnya dalam pasu, berkongsi dengan pokok Bayam Brazil kot. Ummi tak semai pun cuma tumbuh dari biji-biji cili yang Ummi kumpulkan bersama kulit bawang dsbnya yang dimasukkan ke dalam air basuhan beras. Air basuhan beras ni la buat siram pokok-pokok Ummi. 

Ummi alih ke tanah depan rumah. Alhamdulillah membesar dengan suburnya. Meriah berbunga 🤩

Pokok lengkuas belakang rumah pun dah dipindahkan ke depan. Alhamdulillah dah keluar tunas baru. Daun serai wangi tu kepunyaan Nenek Rizqi. Rimbun melepasi longkang. 

Betik Ummi juga rancak berbunga dan berbuah alhamdulillah. Harap kali ni tidak lagi layu di hujung mekar :p

Pokok terung ni pun kembali sihat. Hari tu kena serangan ulat kot, habis berlubang daun-daunnya. 

Gunting buang daun-daun rosak tu ..

Pokok temu pauh pun dah membiak, syukur... 

Pokok kunyit pun rajin berpucuk... 

Daun jenis besar. Ummi semai lagi untuk stok raya nanti :) Kalau hidup, dalam polibeg tu nak bagi Mak Bee. 

Yang baru munculkan diri tu anak pokok peria katak.

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah 🤲

 

Sunday 29 January 2023

Cara Sedapkan Keropok Lekor Frozen

Setiap kali balik kampungnya di Kuala Terengganu, Mak Bee selalu bawa balik keropok lekor sebagai buah tangan. Ummi pula selalu belikan beliau rempah cap O, kegemarannya.  Walaupun keropok lekor atau rempah tu boleh beli di sini tapi bila dibawa dari kampung tu rasa lagi istimewa :) 

Pesan Mak Bee, " Kepok ni nak sedak rebus mmula... Boh air dalam piyok, beri didih dulu.. pahtu boh kepok tu. Bila timbul tu angkat. Toh dulu, pastu goreng" 

Pekat tau loghat Ganu Mak Bee ni 😁 

Ok, mula-mula panaskan air dalam periuk. Bila air dah mendidih, masukkan keropok lekor. 

Bila keropok dah timbul (terapung), angkat dan toskan. 

Kembang elok jadinya. Petua ni akan menjadikan keropok lekor kembali gebu dan sedap seperti baru dibeli. Kadang tu bila simpan lama even dalam freezer rasanya jadi tak sedap dan adakalanya masam kan... Cuba buat begini ye...

Sedap! 

Friday 27 January 2023

Dinner Bday Abang @ Richiamo Coffee

Kenal Richiamo Coffee ni thru program JJCM di TV3. Teruja nak cuba sebab rangkaian kedai kopi ni milik bumiputera, yang menghidangkan makanan ala Melayu walaupun cafe hipster gitewww ... Ada set masak lemak, asam pedas... Eh biar betul... Jadi kita mesti terjah :D

Menu mixed Western dan Malay food...

Spaghetti Carbonara pilihan Adik.

Aglio Olio for Ummi...

Spaghetti Bolognese ni untuk Abang...

Surprisingly Kakak cuma nak nugget & chicken popcorns je :) 

Nasi lemak ayam pilihan Angah. Portion besar 👍

Last but not least, set nasi + ayam masak kicap untuk Walid. 

Complete with sambal belacan dan ikan kering. 

Bagi kami food sangat sedap, service cepat dan teratur and ambience sangat selesa. If you are looking for a good place to hang out in Prima Sri Gombak, Richiamo Coffee is one of the best places. Highly recommended. Dari segi harga, standard -lah cafe-cafe sebegini. Tapi, berbaloi dengan rasa dan keselesaan tempat ni. Dinner kami ni around RM120-130. 

Everytime order kita ready, benda alah ni blinking & beeping. Jadi, walaupun self service, takde kes mixed up order. Dan ianya juga mengajar kita bersabar :p Tak perlu bangun pi kaunter tanya dah siap ke belum order-nya :D 

Dessert counter. 

Since it was Abang's birthday, beli satu slice rainbow cake, buat syarat :) Sebab sebelum tu dah potong kek kan...

Birthday Abang early Nov, means almost 3 months entry ni terperam 🤭

Richiamo Coffee Prima Sri Gombak
No G-89, Jalan Prima SG 3
Prima Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Bukan di Sri Gombak saja, banyak rangkaian Richiamo Coffee ni. Lepas ni macam nak try yang dalam UIA pulak. Jom! 

Thursday 26 January 2023

Al Fatihah ~ Adik Uncle Akmal

Page 26, 2023

Isnin 1 Rejab Walid sempat ziarah adik Uncle Akmal di CCU, Hospital Shah Alam. Kata Walid, adiknya boleh bercakap walaupun perlahan saja suaranya.  

Pagi semalam 3 Rejab, seluruh ahli keluarga diminta berkumpul sebelum beliau ditidurkan. Sepanjang hari khabarnya mereka sekeluarga berkampung di hospital menanti perkembangan beliau. Malam tadi, sekitar jam 11.55 malam beliau kembali kepada Yang Maha Esa, disaksikan seluruh ahli keluarga.  

Persinggahan terakhir sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 hari ini. 

Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲

Takziah buat seluruh keluarga. Mudah-mudahan diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. 



Wednesday 25 January 2023

Melawat Shiro & the Gang

Jiran lama, Cik Aida jemput ke rumahnya. Seronoklah geng main sebab dah lama tak jumpa Cik Aida. Bila Ummi cakap Shiro, Simba & Ichigo dah besar giler' sekarang ni diorang tak percaya 😁

Seeing is believing right? 

Paling besar si Shiro. Dekat sama besar dengan badan Adik. Sampaikan kena berdiet-lah kata Cik Aida. Takut sakit jantung! 

Buat bantal sedap ni :D 

Dah namanya geng main, mana-mana pun main ajelah kerja depa :D 

Cik Aida jamu nasi kerabu, mee kari dan pelbagai kuih-muih lagi. 

Nasi kerabu Cik Aida warna kuning :) 

Cik As bawa puding roti. Sedap sangat...

Cik Ana bawa tapai pulut. 

Ummi? Bawa perut je :p
Baru balik dari Penang, penat tak hilang lagi. Alasan haha... 

Terima kasih daun keladi ye Cik Aida. Nanti kami datang lagi :) 

Tuesday 24 January 2023

Masak-Masak, Makan-Makan CNY

Nak makan sedap-sedap, special-special sikit tunggu semua ada baru seronok. Takdelah rasa bersalah sangat dengan Abang yang duduk di asrama tu 😁

Roti Canai Banjir
Lepas ambil Abang, ambil Angah & Kakak di SRAI petang Rabu tu, bawa depa minum petang di restoran mamak.  

Malam tu kami dinner pulut durian je. Walid takde, tak payah masak nasi :p

Bentang tikar, dengan periuk sekali Ummi hidang haha... Konon-konon mengimbau kenangan makan pulut durian di dangau arwah Tok Wan dolu-dolu la... 

Balik solat Jumaat anakanda berdua bawa balik Nasi Kandaq nalaa... 

Buah tangan dari Walid from Kuantan. Sedap brownies ni...

Kaswi gediks dari Cik Ita Fun Run tu... Cuti sekolah ni adalah masa dia buat kuih ni. Kalau tak, busy jadi transporter budak2 sekolah. Alhamdulillah terubat rindu nak makan kaswi sedap ni. Untuk Ummi, Aunty Shaz, Cik Aida semua dia buatkan. Sudahlah free, siap hantar depan rumah pulak tu. Baik hati betul acik sorang ni. 

Untuk cuti CNY ni juga Ummi buat giliran memasak untuk anak4. Nak suruh belajar, masing-masing taknaklah kan, baru lepas exam. 

Masak dengan pantauan dan tunjuk ajar Chef Ummi :p

Kari Ikan Jenahak (ke Senangin ?) hasil campurtangan Kakak. Tunggu cekap baru kita iktiraf sbg airtangan :)

Udang Masak Thai airtangan Abang. Abang boleh diharap asalkan diberi resepi. Cuma, slow dan teragak-agak sebab kurang pendedahan. Kena banyak latihan dan tugasan :) 

Tugasan Angah masak nasi, goreng ayam dan tolong Ummi masak lala tumis. First time dia masak nasi, dia teruja sungguh :) 

Adik tolong kacau masak lemak ketam ni. Meriah dengan daun kunyit, sebab petik belakang rumah. Cuba kalau beli, jimat je nak guna pun 😅 Cuma masak lemak tu kuah kurang pekat, tak cukup santan sebab market tutup. 

Then, Ummi ajar Adik masak nasi. Alhamdulillah dia cepat faham. Hari ni pun minta nak tolong masak nasi. Sedap nasi Adik masak 👍 Lepas ni boleh bergilir dengan Kakak masak nasi. 

Walaupun tak banyak mana depa tolong sebab masih dalam fasa belajar tapi terasa ringan tugas memasak ni bila ada yang menolong. Tak sabar tunggu cuti sekolah bulan depan... Ummi nak goyang kaki hikhik ...

Monday 23 January 2023

Playing Tourist in Bentong

Page 22, 2023

Macam tak complete pulak cuti panjang tapi tak kemana-mana dan 'terlibat' dengan kesesakan lalu-lintas yang sinonim dengan cuti umum dan cuti perayaan di negara kita :)
Takde tujuan apa pun ke Bentong, purely nak jalan-jalan santai. 

Kecil saja pekan Bentong ni tapi lengkap semuanya macam pekan Baling juga. Hotel Zamburger pun ada di sini. Bolehlah kalau nak bermalam, nampak baru juga hotelnya. 

Ummi tahu ke bangunan apa ni? 
Ummi faham tulisan dia?  

Tak, cuma Ummi nak vibes CNY jadi wajib bergambar ye anak4 :D 
Tapi, Ummi memang suka bangunan klasik macam ni. Since 1914 tu bangunan ni, more than 100 yrs. 

Bentong Walk

Takde apa pun di lorong ni, cuma di kebanyakan dinding bangunan ada mural yang menggambarkan budaya/aktiviti setempat.

Ada lukisan halia, tapi tak sempat snap sebab ambil gambar dari dalam kereta saja. Daerah Bentong terkenal dengan penghasilan halia yang dikatakan berkualiti tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat. 

Cantik sekolah ni. Sebelah kanan tu masih ada sebahagian bangunan kayu dikekalkan. Ada pintu kayu, klasik sangat. Mungkin dikekalkan sebagai simbol sejarah awal penubuhannya. 

Ramai juga orang walaupun cuti umum. Mungkin para perantau yang balik beraya. Malah, beberapa kedai makan milik kaum Cina juga dibuka. 

Selepas menjamu selera di medan selera di sini, kami kembali ke ibu kota. 

Jalan-jalan cuci mata di Aeon Keramat. Rezeki untuk Abang, jumpa kurta lelong RM10, kain cantik terus masuk troli :) 

Merasa juga 'makan jem' . Sikit lagi tu exit ke Sri Gombak. Beginilah nasib orang Gombak kalau ada cuti panjang. Highway sesak, jalan lama pun sesak. Mengamuk Cik Ita Fun Run, nak balik rumah dia di Batu 10 dari Selayang  dekat 2 jam 😂 
(Sori Kak, sy gelak ✌️😁) 


Ahlan Ya Rejab

Page 23, 2023

Ahlan Ya Rejab! 

Alhamdulillah hari ni masuk 1 Rejab 1444H. Cantik tarikhnya, jatuh pada hari Isnin. Selamat berbuka kepada yang berpuasa hari ni :)

Credit: Source 

Rejab dan Syaaban bulan untuk kita menyediakan diri menyambut Ramadhan. Mudah-mudahan ada rezeki kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang penuh berkat. 

Menjelang tengahari Mak Bee hulurkan sebekas pulut kuning & rendang ayam. Sempena 1 Rejab katanya. 

Petang tadi dapat lagi sebekas, asbab jiran sorang tu balik kampung. Mak Bee sedekah pada kami. Alhamdulillah rezeki. 

Sekotak limau mandarin ni Uncle Akmal bagi. Walid dan Abang ziarah adik Uncle Akmal di Hospital Shah Alam. Ujian untuknya, baru berusia awal 20-an diduga dengan masalah jantung, sejak September tahun lepas. Terpaksa tangguhkan dulu pengajian di sebuah universiti awam. 

Jakel yang terbakar hari tu :( 

Cendol pulut dan rojak pula Walid beli di Seksyen 16, Cendol Pak Akob. Bawa Uncle Akmal minum-minum sambil hantar dia balik rumah. Bagi sokongan emosi untuk dia. 

Alhamdulillah syukur selalu 🤲