Showing posts with label Venue. Show all posts
Showing posts with label Venue. Show all posts

Thursday, 11 July 2024

Arena Sukan Kuala Lumpur, Setapak

Abang ada game bola. Mula tu depa set nak lawan dengan team sekolah lain di Cheras, tapi tukar venue sebab Cheras tu jauh dari tempat tinggal masing² agaknya. PIC kemudian booked padang di Arena Sukan Kuala Lumpur. First time Ummi pun tahu kewujudan tempat ni. 

Lokasinya berhadapan Balai Bomba Setapak.

Tempat ni nampak baru, lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk disewa; badminton court, futsal court, netball court malah ada swimming pool. Entry fee untuk swimming pool RM12/person/hour kalau tak silap. Jogging track pun ada. Setiap kemudahan ni dikenakan bayaran pada kadar tertentu. 

Padang bola boleh sewa satu padang atau separuh padang. Separuh padang ni utk budak² la kot. Geng Abang sewa the whole padang, 2 jam pulak tu. Very ambitious haha... Tup² team lawan tarik diri, tak cukup orang. Main sesama sendiri je la, ngam² 20 orang plus 2 orang pemain import; Angah dan adik kpd kawan Abang sorang lagi. 

But bola baru, beli sehari sebelum di Coneli Sports Sri Gombak. Semangat ye anak² Ummi :) Harga RM99.80 sepasang, pakai duit raya depa. Lega Ummi 🤭

Proper ye tempat ni, ada sekuriti. Toilet, shower semua lengkap. Cafe pun ada kata Walid.

Yang tengah tu macam Coach 😁

Enjoy yourselves kids 💪

Arena Sukan Kuala Lumpur 
210, Jalan Ayer Jerneh, 
Mukim, Setapak, 
53200 Kuala Lumpur
No Tel: 03 4023 3003
Dibuka jam 7.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari. 

Saturday, 7 September 2019

Bersantai dan minum petang di Kolej Height Utara


Petangnya kami ke Kolej Height Utara untuk bersantai. Di sini ada sebuah club house lengkap dengan kolam renang, kafe, taman permainan kanak-kanak juga gymnasium. Kecuali gymnasium, kemudahan lain boleh digunakan oleh orang awam juga, tidak terhad kepada penghuni KHU sahaja.


Di kolam renang tersebut, kemudahan shower, bilik persalinan juga tandas disediakan. Malah, surau juga ada di sini. Sayangnya Ummi dapati kemudahan yang ada tidak diselenggara dengan baik. Bilik air pun tidak berlampu! Mentol terbakar tapi tidak diganti agaknya. Dari segi keselamatan agak membimbangkan terutamanya bagi kanak-kanak perempuan dan wanita yang berseorangan ke bilik air. Begitu juga persekitaran club house... Dengan facilities yang lengkap, sayang jika ianya dibiarkan tanpa penyelenggaraan yang rapi. 



Dalam ni gelap... 

Patutnya ada air terjun buatan tapi dah tak berfungsi :(

Tapi kanak-kanak riang ni bukan kisah pun. Yang depa tau, mandi pool...mandi pool...mandi pool :) They enjoyed themselves so much. Kolam pun cetek (kids pool) jadi Adik pun boleh masuk kolam sendiri. Walid monitor di tepi kolam sahaja. Ummi lepak je

Lepas mandi haruslah lapar. Terus kami ke kafe (Kolej Height Utara Cafe) untuk minum-minum. Dijamu nasi goreng dan ayam goreng oleh maklong. Karipap dan jagung rebus yang kami bawa pun yilek! Ingatkan anak-anak je lapar,  rupanya mak ayah pun tumpang sekaki. 

Teh tarik tu pergh... 😋



Orang Utara nak buat wedding kat sini silakan 🤗 kalau night event, cantik tempat ni. Parking pun luas sangat, sesuailah untuk wedding, dinner events etc. 

Menu harian. 


Alhamdulillah satu petang yang penuh dengan moment indah. Tq family ❤️❤️❤️

Thursday, 15 August 2019

Cerita makan-makan dan Sup Tulang Noxxa


Isnin petang selepas Asar kawan-kawan Walid mula tiba. Dua orang datang bersama keluarga manakala seorang datang sendirian. Selain mereka, kami juga menjemput keluarga Zahra dan Aisyah. Acara makan kecil-kecilan sahaja.


Menu utama bihun sup Kedah style. Ummi masak sup daging korban dan celur mee dan bihun. Rencah lain cuma daun sup, daun bawang, tauhu goreng dan bawang goreng. Sos merah Ummi tak sempat buat. Cuma sediakan sos cili dan sos cili Thai. Selain tu Ummi masak Nasi Tumis Pandan, sambal tumis bawang, ikan bilis dan telur rebus. Timun lupa nak potong! Agak kalut sedikit petang tu jadi saja yang tertinggal :(

Sup Tulang Noxxa Style 


Untuk sup daging/tulang tu Ummi rebus dalam Noxxa PC selama 35 minit. Kemudian Ummi panaskan minyak dalam periuk lain dan tumis bawang, halia serta rempah ratus. Sengaja Ummi tak masak terus dalam Noxxa sebab Ummi tidak mahu kuah yang terlalu berlemak dan berminyak dengan air rebusan daging/tulang tersebut. Nisbah air dan air rebusan daging yang Ummi gunakan ialah 3:1. Ummi letak air banyak-banyak untuk dapatkan kuah yang cair. Jangan lupa masukkan sup bunjut. Untuk perisa, Ummi letak 2-3 ketul kiub lembu. Bila kuah sup dah sesedap rasa, Ummi masukkan semula ke dalam Noxxa. Sebelum tu Ummi keluarkan daging dan baki air rebusan. Yang tinggal dalam Noxxa hanya tulang 'gear box', bahagian yang Walid dapat sebagai petugas korban. Kemudian daging yang direbus tadi Ummi hiris kecil dan top-up dalam kuah bila perlu. Sengaja Ummi buat begitu untuk mengelakkan daging terlalu empuk bila periuk Noxxa dibiarkan dalam mode 'keep warm'.

Persembahan pidato dari Adik Nadeen 😁


Seronok Ummi bila melihat tetamu berselera menjamah hidangan yang disediakan walaupun semuanya serba sederhana. Apa daya, waktu persiapan agak singkat, ini sahaja yang mampu kami sediakan. Kalau ikutkan hati, Ummi nak tempah kuih dan sebagainya tapi sebab 'last minute' takut menyusahkan orang pula. Musim raya masing-masing ada hal... 

Terima kasih kepada semua yang hadir. Ada rezeki kita jumpa lagi naa...

Sunday, 31 March 2019

Birthday party Anneesa' & Aieesya yang 'terlajak laris'


Saban tahun ibu Anneesa' jemput kami ke birthday party anaknya. Tapi ada je halangannya. Tahun ni alhamdulillah ada kesempatan.


Majlis kali ni diadakan di Aliff Syukri Prestige Palace di Bandar Sri Damansara.

Meriah tapi santai majlisnya. Birthday party kan, ramailah kanak-kanak Ribena. It's their show ahaks! Yang bestnya event dalam building, parents boleh lepak makan minum sembang-sembang tanpa ada adegan kejar mengejar anak 😆 nak lari ke main ke dalam bangunan je. Selamat. Plus ada pula clown-cum-emcee yang handle majlis. Kejap dia ajak nyanyi, kejap menari. Seronoklah anak-anak. Mak ayah lagi seronok :D 

The decor; 






The food;


The party; 


Dah namanya buat di premise Dato' Sri Aliff Syukri, haruslah tuan tanah pun ada. Tall, fair and handsome orangnya. Ikutkan tak nak kacau Dato' tapi anak-anak especially Abang dengan Kakak teringin benar nak bergambar dengan Dato'. Jelas riak kecewa di wajah depa bila Ummi ajak balik terus. Tapi Dato' sporting je bila diajak bergambar walaupun muka ada sikit serious 😅 


Datin Sri pun humble je orangnya. Ummi bersalam je dengan DS, segan pula nak ajak bergambar hihi... 
 
Venue ni sebenarnya showroom. Ada certain areas were cordoned off. Tapi Ummi nampak ada pelamin cantik di hujung dewan. Maybe this space is for rental too. Sesuai untuk small and intimate events like this birthday party. 





To Anneesa' and Aieesya; 
Happy birthday 
Be good to your mom & dad
May your lives fill with love, joy and happiness always 🎈💝🎈

Thanks for having us 😘

Wednesday, 6 March 2019

Kedai Makan Sedap di Taman Melati


Dari stesen Taman Melati menuju je Terminal Putra, di selekoh bersebelahan Masjid Salahuddin Al Ayyubi disinilah letaknya kedai makan ni. Nama kedai? Maaf, Ummi dah pusing satu kedai sampai ke belakang tak nampak sign board kedai :(
Mungkin terhijab kot haha... 

Datang sini time lunch. Bersusun, berbaris lauk pauk aneka jenis. Lauk-lauk kampung... Ulam, ikan bakar, ayam Goreng, kerabu dll... Just name it, semua ada. Yang penting semuanya sedap-sedap belaka. 




Kedai luas, bersih dan selesa. Boleh makan dengan tenang sebab tak crowded. Tapi kami pergi time weekend, tak sure kalau weekdays kedai ni suasananya lagu mana :) 



Ini pinggan Abang dengan Walid. Ummi ambik ikan bakar dengan ulam je. Campur air manis 2, air mineral 2 total +-rm30. OK sangat kan? Angah dengan Kakak tak order makan or minum. Share je dengan Ummi Walid sebab masih kenyang. Air depa usung CoolBlog sorang satu. 



Tadi Ummi cakap Ummi round sampai ke belakang tak nampak nama kedai kan. Sebenarnya bukanlah ke belakang tu nak cari nama kedai, tapi temankan Kakak ke bilik air. Sambil-sambil tu jeling-jeling cari nama kedai. 

Cantik rupanya kat belakang ni....


Lovely orchid 😍

Ada proper surau... 

Bilik air yang bersih. Cuma untuk penambahbaikan, Ummi cadangkan di sediakan hose instead of gayung. Lebih mudah. 

Kedai makan tu...


Happy hunting!

Wednesday, 13 February 2019

Bersantai di Kama Lodge, Taiping


Pergi ke Tepen ni cuma 2D1N tapi ceritanya meleret-leret, banyak episode macam Hikayat 1001 Malam :D saja nak mencoret segala kenangan untuk ditatap di kemudian hari. Lebih dari itu, untuk menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya.


Pagi sebelum berpisah ke destinasi masing-masing kami dijemput oleh 'tuan rumah' untuk bersarapan bersama di Kama Lodge, tempat penginapan mereka sekeluarga sepanjang di Taiping ni. Lokasinya berdekatan dengan Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping. Berhadapan Kama Lodge ni ada newly opened hotel, Grand Baron Hotel. Paklong AP & gang yang awalnya ditempatkan di sebuah homestay dipindahkan ke hotel ni sebab homestay yang disewa banyak tikus! I is jeles pulak sebab depa dok hotel baru haha... But we had a great stay at  Maxwell Inn, no doubt.



Lama juga nak menunggu makanan sebab semuanya ala-carte. Yang kesian kids lah sebab semuanya dah tak sabar nak terjun kolam. Syaratnya kena makan dulu baru boleh mandi pool haha...




Angah pulak asyik meronda dengan Maksu.


"Angah lagi tinggi dari keretalah Ummi!" 

Ummi pilih American breakfast untuk Kakak, roti canai dan nasi lemak untuk Ummi dan Walid. Nasi lemak ni dihidangkan bersama rendang ayam yang sangat sedap. Abang Angah entah apa depa order sebab Uda took charge of them. Nampak waiter tu hantar berpinggan-pinggan nasi lemak ke meja depa. Yang pasti Abang paling kenyang sebab yang lain makan ala kadar je, kalut nak terjun pool...dia rileks je perabih food depa 😆

Gambaq nasi lemak tak snap, lapaq. Terus ngap! 

Almost 11 barulah kami berpisah... 
Seperti biasa, berlakulah drama air mata setiap kali berpisah dengan Tok Ayah 😭😭😭 


Time Ummi Walid gi Mekah dulu khabarnya setiap malam Tok Ayah tidurkan dia. That's why she has a special bonding with Tok Ayah. Every time berpisah dengan Tok Ayah mesti cry. Padahal masa bersama Tok Ayah takde lah clingy pun. Macam-macamlah Kakak ni. But I know you are strong dear. Sensitive and manja sikit je tu 🤭

Nonetheless it was a beautiful morning spent with our lovely family members. 
Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Credit source.