Thursday 28 February 2019

'Halalkan ilmunya cikgu'


Awal bulan hari tu, Ust Wan; guru kelas Abang tahun lepas berhijrah ke sekolah lain. Dapat kebaikan pangkat alhamdulillah. Muda-muda lagi dah jadi PK.

Ust Wan ni guru disiplin dulu. Abang 
memang takut dengan Ust Wan. Kalau dia terlebih nakal, Ummi cakap nak report ke Ust Wan memang taubatlah dia hihi... Tapi itulah, walaupun dia takut (lebih tepat hormat) tapi sedih sungguh dia bila Ust Wan tukar sekolah.

Belum pun reda, tup-tup dapat pula perkhabaran Muallim pula mengundurkan diri. Anak2 memang dah tentu sedih. Muallim ni sangat disenangi oleh semua peringkat murid. Cikgu favourite gitu. Abang menangis semalam time perpisahan dengan Muallim. Ummi pun terkesan juga sebab Muallim dan Ust Wan ni guru 'core' tahap 2. Tahun ni kan Abang exam UPKK. Bila 'hilang' dua guru yang berwibawa dan sangat komited macam ustaz berdua ni timbul juga rasa bimbang di hati :( bukanlah guru-guru lain tak bagus, alhamdulillah semuanya bagus cuma jika ada Ust Wan dan Muallim pastinya memberi nilai tambah tersendiri. Tapi apa daya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan :(

Bukan Abang (dan Angah) je kehilangan cikgu, Kakak pun sama. Cg Za yang baru setahun berkhidmat di sekolah Kakak dah resigned. Cg Za ni walaupun tak sepenuh masa ajar Kakak tapi disenangi ramai sebab perwatakannya yang ceria. Juga satu-satunya cikgu di sekolah Kakak yang ada kereta. Dapatlah anak2 murid menumpang kereta cikgu ke padang untuk latihan sukan hihi... Time Kakak ujian setara pun Cg Za jemput balik ke sekolah. Apapun kami happy untuk Cg Za sebab beliau dapat kerja government. She left for a better future insha Allah. 


All the best untuk cikgu-cikgu semua 
πŸ’πŸ’πŸ’
Jazakallahu khairan kathira.

Wednesday 27 February 2019

Kerang Bakar Bersambal


Resepi #7/2019 
Kerang Bakar Bersambal 


Bila dah cuci kerang tu bersih elok, teringin pula nak makan kerang bakar. Apa lagi Google-lah cara nak bakar kerang haha... Bukan tak tahu, cuma cari je kot-kot ada cara yang best untuk jadikannya lebih sedap chewah!

Jumpa resepi best di di dapur kak ita masam manis teringin pula nak mencuba. Selalu Ummi makan kerang bakar plain je. Ini kerang bakar bersambal. Kebetulan dalam peti ais dah ada pes sambal tumis lagi senang kerja Ummi.


Terima kasih kak ita atas perkongsian ilmunya ye πŸ’


Semalam kerang tu Ummi bakar 200°C tapi kering sangat. Next time Ummi nak set 180°C and lesser time maybe 15 minutes je kot supaya juicy sikit kerang tu. Apapun ikut oven masing-masing ye.

Hasilnya;
 
Sambal kena banyak lagi ni. 

Alhamdulillah sedap walaupun needs some adjustment next time. Yang penting anak2 suka, that's matter.

Cubalah πŸ€—

Tuesday 26 February 2019

Cara Bersihkan Kerang🐚🐚🐚


Emoji kerang takde, kita letak siput je kat tajuk tu, boleh?

Tadi Ummi pergi supermarket nampak ada kerang siap timbang, rm6 sebungkus. Sekilo ada kot. Kerang kecik2, kegemaran Ummi. Ummi beli sebungkus. 


Balik rumah haruslah bersihkan kerang tu kan... Biasanya Ummi akan masukkan dalam singki dan gosok/tonyoh/uli kerang tu sampai hilang segala kotoran yang zahir. Yang batin tak nampak, dalam kulit 😝

Tapi kali ni Ummi nak try tips yang dikongsikan oleh Sirap Limau dari Pn Shida Rahman. Dikongsikan 10 cara untuk bersihkan kerang supaya putih melepak dengan menggunakan beberapa bahan dapur;

1. Serai
Tumbuk beberapa batang serai dan rendam bersama kerang. Gosok dengan tangan. Biarkan 10 minit dan toskan.

2. Pelepah pisang
Gosokkan kerang dengan pelepah dan sedikit daun pisang.

3. Daun Ubi Kayu
Gaul dan ramas dengan daun ubi kayu.

4. Daun betik
Sama seperti #3 cuma gunakan daun betik. Ummi pun try cara ni tadi. Memang bersih. Kalau di kampung, atau ada pokok senduduk di tepi rumah, boleh juga digunakan daunnya untuk bersihkan kerang ni. Method sama seperti daun ubi kayu atau daun betik.


5. Hampas kelapa
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan 1-2 jam. Bilas dan toskan.

6. Bawang putih
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk. 

7. Air beras
Rendam kerang dengan air beras. 

8. Asam keping
Rendam kerang dengan asam keping lebih kurang 1/2 jam.

9. Garam
Rendam kerang dengan garam. 

10. Serbuk kunyit
Rendam kerang bersama air kunyit selama 16 minit. Tak sure kenapa 16 minit tapi Ummi ikut juga. 


Kiranya tadi Ummi combined cara #4 dan #10. Memang puashati dengan hasilnya πŸ‘πŸ‘πŸ‘


P/S: jangan lupa selawat ye masa bilas kerang tu πŸ€—

Sunday 24 February 2019

Sepagi di FRIM


Semalam kelab bola Abang, AFC ada friendly match dengan Akademi Merah Kuning di padang FRIM. Macam biasalah walaupun Abang sorang je yang terlibat tapi kami turun 'satu battalion' bagi support kat Abang :D


Penyokong setia Abang 


Gaya apa ntah la. Pakat boring tunggu Abang hihi 

Guess whose shoes are these?

Everyone was having a good time. Perlawanan pun seimbang between the clubs. Kecuali team u8 (under 8) yang kalah, Team u10 dan u12 dua-dua draw. Seronok depa main tengah panas tu. Abang pun dapat main tapi tak puashati sebab main 5 minit je katanya. Biasalah, coach buat rotation supaya each and every player got a chance to play.
Sementara menunggu Abang habis game, Ummi layan badminton kat tepi padang dengan anak-anak yang lain. Seronoklah dekat FRIM ni sebab tempat luas. Tak terganggu pun dengan joggers or cyclers sebab masing-masing ada space to enjoy our own activities. Parking space pun banyak. 


Habis game around 11, kami terus ke sungai/air terjun dalam FRIM tu. First time for the kids mandi sungai. There were soooooooo excited. Sampaikan Kakak tanya "ini nak panggil apa Ummi/Walid? Laut ke...." 🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️
Budak bandar sungguh mek sorang ni. Ini sungai lah anak ooi...

Salah Ummi Walid juga, tak pernah bawa depa mandi sungai or air terjun hihi... Padahal kampung Ummi tu tak jauh pun dari one of the famous air terjun kat kedah nun. Tapi sebab pernah ada kes kencing tikus di situ and few other places (sungai or air terjun), we both are quite reluctant nak bawak kids mandi tempat-tempat macam ni. Semalam pun bawak baju spare just for them. Tapi tak sangka pulak Walid pun teringin nak mandi juga. Next time ye B. Ummi pun teringin juga nak sebenarnya haha... 


Apa2 hal isi perut dulu ye bang? 

Definitely they enjoyed it very much. Dah puas berendam, pakat kejar anak ikan pula. Mujur ada plastic cups, bolehlah depa berseronok cuba tangkap anak2 ikan tu. 


Nampak ada bilik air tak jauh pun dari sini. Senanglah nak bersihkan diri or tukar pakaian. Gerai makan pun dekat je. Tapi next time datang, Ummi nak bawa bekal. Lagi best kalau pikinik kat sini. 

Jom! 

Thursday 21 February 2019

Bday Iman Harith ~ white & yellow theme 🎈🎈🎈



Kisah 2 minggu lepas...
Excited nak ke majlis aqiqah & 2nd bday Iman Harith ni sebab first time berpeluang berjumpa dengan family office mates Walid (now ex-officemates) . I knew a few of his colleagues  but not their family as we never met during his tenure at Syarikat D. Sebab tak pernah jumpa, Ummi tersilap salam tuan rumah! Ingatkan mama IH rupanya bukan 🀦‍♀️what a blunder!


Warna temanya putih dan kuning. Memang outstanding combination, nice. 

First round. 

2nd round. 

3rd round, 4th round dah tak ingat makan apa. Banyak sangat food alhamdulillah memang kenyang. Semuanya sedap2 pulak tu. Alhamdulillah. Dok teringat lagi ni jeli kelapa yang nyaman di tekak tempohari. 



Menepati tema πŸ˜„
Kami sekeluarga pun taknak kalah dengan kuih apam tu haha... Kuning juga walaupun bukan kuning/putih tapi kuning/denim. Sekali sekala ikut tema seronok juga. Sebab semua pun ada baju kuning, kita pakai je. Jersi Abang pakai tu sebenarnya Walid punya. Elok pulak dia pakai, cuma labuh sikit la. Oklah, asalkan warna kuning. 


Didoakan agar Iman Harith jadi anak yang soleh, penyejuk mata ibu ayah aamiin. 


Tuesday 19 February 2019

It's farewell...again!


Yes, you hear it right peeps!
Barely 2 years berkhidmat di Syarikat D Walid finally called it a day. Ada rezeki di tempat lain alhamdulillah. 


Walaupun singkat, rasanya banyak perkara baru dan pengalaman yang Walid dapat. 
Pahit manis, baik buruk itu adalah asam garam dalam hidup. Antara yang manis untuk dikenang pastinya tugasan luar negara yang membawa Walid ke Perth, Carmen (Mexico) dan Mumbai. 

A day before hari last, Ummi masak nasi minyak dengan gulai ayam untuk office mates Walid. Dah lama Walid berhajat nak buat makan-makan untuk depa. Sebelum tu dah buat farewell sekali dgn interns. Ini informal, pot luck style. Ada yang bawa lasagna, tauhu begedil dll. On the last day pun ada makan-makan lagi. Office ke kedai makan tak tahulah tempat kerja walid ni 🀭

Food preparation started at night.
Esok pagi bangun tumis ja. 

Nasi minyak, gulai ayam & acar timun. 

For us. 

For him. 

Moga yang di hadapan lebih baik untuk kami sekeluarga aamiin. 
All the best B πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Monday 18 February 2019

Sambal Hitam Express


Resepi #6/2019
Sambal Hitam Express 

Apa saja resepi yang express; mudah tapi sedap memang Ummi suka hehe... Kali ni buah belimbing buluh yang Angah bawa balik dari surau hari tu Ummi buat sambal hitam versi express. Mula tu dia taknak makan sebab pelik agaknya buah belimbing tu dibuat sambal but then bila dah try terus digaulnya nasi sepinggan makan dengan sambal tu je. Tau pun sedap 😝 


Dulu masa Ummi kerja, Geng Lipeh (Kuala Lipis, Pahang); KJ dan AS suka sungguh bercerita tentang keenakan Sambal Hitam Pahang. Bahan penting semestilah buah belimbing buluh. Teringin benar Ummi nak merasa. Tapi KJ kata buah belimbing tu perlu direbus dahulu sekitar 3-4 jam Ummi terfikir mesti renyah proses membuatnya. Fikir dalam hati memang tak buatlah sendiri kalau begitu punya lama hihi...

Tapi merasa jugaklah sambal hitam ni. Dah banyak kali pun makan. Tapi tak pernah terfikir nak buat sendiri pun sebab dah termakan kata-kata KJ haha.

Sehinggalah satu hari tu balik kampung... Tiba-tiba mak mentua cakap "satgi k.ngah tolong buat sambal hitam kat umi naa..." ketaq lutut ceq pikiaq nak kena dok dapoq 3-4 jam πŸ˜… 

Rupanya Tok Umi dapat resepi sambal hitam versi express dari kawan dia dari Pahang. Guna 4 bahan je; belimbing buluh, bawang merah, cili padi hijau dan ikan bilis. Semua ni disiang dan diblend kasar dan kering secara berasingan. Sukatan agak-agak je. Ummi guna chopper je. Kemudian tumis dalam minyak yang agak banyak sebab kita nak masak atas api lama, sehingga sambal bertukar kehitaman. Tapi tidak lah sampai 3-4 jam. Sekitar 40-45 minit je, depends pada kuantiti bahan-bahannya tu. Kalau banyak, lamalah sikit masa diambil untuk memasaknya. Nak perisakan, tambahlah gula dan garam secukupnya. Garam tu ala kadar jadilah sebab ikan bilis dah masin. 

Mula tumis, warna coklat

Lama kelamaan akan bertukar kehitaman.
Agak kering, boleh tutup api. 

Ini resepinya. 


Since buat di rumah Tok Umi hari tu Ummi cuma tukang kacau je, Ummi rujuk juga di Blog Tengku Butang untuk melihat sukatan bahan-bahan dan cara memasaknya. Ada sedikit perbezaan di mana beliau mengisar halus semua bahan dengan ikan bilis di goreng garing terlebih dahulu. Beliau juga menggunakan kicap sedangkan Tok Umi tidak. Tak kisah mana-mana cara pun, yang pasti inilah cara lebih mudah, cepat tapi tetap sedap untuk menikmati Sambal Hitam. Walaupun ianya tidaklah authentic mungkin, tetap mampu membangkitkan selera. 

Selamat mencuba!

Sunday 17 February 2019

Rezeki dari surau...


Macam-macam pula yang di bawa balik oleh anak2 dari surau sejak akhir-akhir ni. 
Kadang tu buah rambutan, Abang bawak balik 3 biji, Angah pun 3 biji. Semua untuk dikongsi dengan Ummi dan adik2 depa haha... Tapi peraturan Angah, Ummi kena makan yang Angah bawa balik. Yang Abang tak payah πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Hari tu Abang bawa balik 'ulam'. Uncle Alam bagi katanya. Seplastik daun selom. Memang tak larat nak makan mentah, Ummi buat kerabu. Laku keras instead of ulam mentah. 

Segar bugar daunnya 

Ini pula labu air. Pun Abang bawak balik. Katanya "Abang tak tau buah apa. Tapi Ummi ambik lah". Dari Uncle Alam juga. Ummi masak air je labu tu. Ummi dengan Tok je makan pun. Depa yang bawak balik tu tak makan pun :) 

Favourite Tok. 

Kadang tu ada juga makanan yang dah siap di masak. Last year almost every night ada food tapi mungkin dah takde peruntukan. Sebab tu agaknya Uncle Alam merangkap tukang masak surau dah lama tak masak.


Sedap sungguh nasi beriani ni.
Air tangan Shanas Catering dari Cheras.

Sebab sedap, Ummi bagi free promotion πŸ˜†

The latest, Angah hulur seplastik buah. "Ummi nanti tolong buat jus ye". Kemain confident je dia... Rupanya buah belimbing buluh. Mana ada orang buat jus Angah. Kita buat sambal hitamlah, lagi sedap. 


Ikut kata Walid, buah tu dah dipek siap-siap. Semua orang boleh ambik. Alhamdulillah. Barang simple je kan, tapi boleh dijadikan sedekah. Ummi hari tu bawa balik buah rambai seguni dari kampung, tak terfikir pun nak bawa ke surau! Sudahnya membusuk je dalam guni tu :(

Ummi doakan murah rezeki bagi mereka yang suka bersedekah ni. Moga berlipat kali ganda hasil dan pahalanya.


Saturday 16 February 2019

Homemade Dadih ~ guna susu kotak je!


Resepi #5/2019
Dadih Susu Kotak 


Katanya cuaca panas sekarang ni akan berakhir penghujung Mac nanti. Allahu... Cuaca panas gini memang asyik terasa nak makan benda sejuk je kan. Apa kata mak-mak cuba buat dadih simple ni. Cuma guna susu kotak je. Nak guna yang plain boleh, perisa chocolate or strawberry pun boleh.

Resepi simple tapi sedap ni Ummi copy dari Dapur Sirap Limau yang dikongsikan oleh Pn Niswah Hasina. Thanks ye πŸ’


Ummi dapat 6 bekas plastic yang tinggi (standard cup dadih pasar malam) dan 13 cup plastic lebih kecil. Semua 19 bekas. Ikut resepi tu dapat 15 bekas. Lebih kurang, kira jadilah tu.

Dulu Ummi pernah share resepi homemade dadih dari dari Tok Umi, guna susu tepung. Tapi bila guna susu kotak ni lagi mudah dan murah. Yang pasti kedua-dua resepi menghasilkan dadih yang sedap.

Cuba tau!

Wednesday 13 February 2019

Bersantai di Kama Lodge, Taiping


Pergi ke Tepen ni cuma 2D1N tapi ceritanya meleret-leret, banyak episode macam Hikayat 1001 Malam :D saja nak mencoret segala kenangan untuk ditatap di kemudian hari. Lebih dari itu, untuk menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya.


Pagi sebelum berpisah ke destinasi masing-masing kami dijemput oleh 'tuan rumah' untuk bersarapan bersama di Kama Lodge, tempat penginapan mereka sekeluarga sepanjang di Taiping ni. Lokasinya berdekatan dengan Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping. Berhadapan Kama Lodge ni ada newly opened hotel, Grand Baron Hotel. Paklong AP & gang yang awalnya ditempatkan di sebuah homestay dipindahkan ke hotel ni sebab homestay yang disewa banyak tikus! I is jeles pulak sebab depa dok hotel baru haha... But we had a great stay at  Maxwell Inn, no doubt.



Lama juga nak menunggu makanan sebab semuanya ala-carte. Yang kesian kids lah sebab semuanya dah tak sabar nak terjun kolam. Syaratnya kena makan dulu baru boleh mandi pool haha...




Angah pulak asyik meronda dengan Maksu.


"Angah lagi tinggi dari keretalah Ummi!" 

Ummi pilih American breakfast untuk Kakak, roti canai dan nasi lemak untuk Ummi dan Walid. Nasi lemak ni dihidangkan bersama rendang ayam yang sangat sedap. Abang Angah entah apa depa order sebab Uda took charge of them. Nampak waiter tu hantar berpinggan-pinggan nasi lemak ke meja depa. Yang pasti Abang paling kenyang sebab yang lain makan ala kadar je, kalut nak terjun pool...dia rileks je perabih food depa πŸ˜†

Gambaq nasi lemak tak snap, lapaq. Terus ngap! 

Almost 11 barulah kami berpisah... 
Seperti biasa, berlakulah drama air mata setiap kali berpisah dengan Tok Ayah 😭😭😭 


Time Ummi Walid gi Mekah dulu khabarnya setiap malam Tok Ayah tidurkan dia. That's why she has a special bonding with Tok Ayah. Every time berpisah dengan Tok Ayah mesti cry. Padahal masa bersama Tok Ayah takde lah clingy pun. Macam-macamlah Kakak ni. But I know you are strong dear. Sensitive and manja sikit je tu 🀭

Nonetheless it was a beautiful morning spent with our lovely family members. 
Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Credit source.