Friday, 4 April 2025

Nat Jitra & Pasar Tani Kekal Changloon

Nat = pasar pagi 

Nat Jitra 
Aktiviti wajib setiap kali balik Jitra, mesti Ummi ajak Walid pergi nat depan market Jitra. Seronok ada jual ulam² kampung, kuih-muih tradisional, tudung/pakaian murah²... 

Anak² pokok pun ada...

Tak ramai peniaga dan pengunjung sebab masih beraya agaknya. 

Comel lesung kayu ni. 
Orang buat somtam kan guna lesung jenis ni...

Daun palas 
Pun tak beli sebab Tok Ayah dah ambil di kebun utk menantu dia ni :D Last time balik kami beli di nat ni. Bila Tok Ayah tahu,  TA ambil siap² di kebun utk Ummi bawa balik ke SG. Tq Ayah 🤗

Ketupat Palas dah siap rebus. 
Harga ikut kilo, bukan sebiji². RM35/kg macam harga di Keyel jugalah kan...

Pasar Tani Kekal Changlun

Nampak ada nat ni masa pusing² dekat Changlun ni, masuk la sekejap tengok apa yang ada... Changlun ni ada yang eja Changloon. Tak kisahlah, janji bunyinya sama :D 

Inilah rupanya umbut pisang @ rias pisang, bahan utama dalam Gulai Batang Pisang yang terkenal di Kedah esp daerah Baling, Pendang, Kuala Nerang dan Sik. Ikutkan hati ni nak beli bawa balik ke SG, tapi takut rosak. Nak masak di Jitra, Tok Umi dah ada menunya. Plus banyakkkkk sangat stok makanan di rumah TU tu. 

Ada gerai jual hasil laut kering dari Tg Dawai. Dalam bulatan merah tu isi kepah kering. Ummi beli sepeket utk dimasak sambal. Beli juga cumi kering dan ikan kering. 

Suasana dalam nat...

Di luar bangunan, ada orang jual buah kuinin dan cili bulat ni. Beli juga sebab lama dah teringin nak rasa cili bulat ni plus buah kuinin pun lama dah tak jumpa. 3 biji 5 ringgit. Tok Kodiang kata mahai, sebab buah luar musim. 

Alhamdulillah. 



 











10 comments:

  1. Best tgk mcm2 variety brg kat psr nat

    ReplyDelete
  2. Sama, kalau balik Taiping.. P pasar malam, ada juai sayur2 kampung sekali.. Kita pun geram tengok serai gemok2.. Kikiki..

    ReplyDelete
  3. Akak pun beli ketupat palas utara frozen Rm35/kg
    Beli dari sana cukup lemaknya compared yang orang buat kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak. Cukup lemak mmg sedap 👍🏻

      Delete
  4. Seronoknya pi Nat or pasar tani...macam-macam hasil ada tu ha ..

    ReplyDelete
  5. Murahlah kuinin tu.. Sedap buat sambal..
    Ketupat palas tu harga ikut jens ke atau boleh campur..
    Cili bulat tu rasa apa ye.. Macam menarik ja rupa dia..

    ReplyDelete
  6. Ammi dok cari lesung kayu tu la nak bawa gi camping. Tak puas tau masak bila tak menumbuk ni huhu

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak makan gulai umbut pisang itu. Duluuuu sangat mama pernah masak. Tp memang agak susah dicari kan. Tak banyak yg menjual.

    Baru lihat bentuk daun Palas. Ketupat Palas ini saya belum pernah coba.

    ReplyDelete