Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Friday, 23 October 2026

Rezeki Goodies, Makanan & Minuman

Goodies dari majlis kahwin makcik bestie Adik, Syirah. Majlisnya di Terengganu, tiada jemputan pun untuk kami tapi Syirah bawa balik goodies untuk kawan-kawan rapatnya. Ada senduk plastik, set sudu garfu dan jajan serta tisu. 

Abang beli burger crispy. Harga RM4 je tapi sedap burgernya. Ayam pun besar. Dalam mangkuk Mamee Chef Lontong, dia simpan untuk Ummi berbuka. 

Kali ni Ummi hidang ikan bekok bersama cili dan bawang, seperti yang dicadang/diajar oleh kawan-kawan blogger. Limau je takde. Ternyata lebih sedap. 

Abang bawa balik dari surau. Ada jemaah sedekahkan serai dan buah amra (kedondong). 

Buah amra Ummi hiris dan tabur serbuk asam. Sedap, masam-masam manis. 

Roti bakar kaya Walid beli. 
Ummi potong 4 setiap ketul tu. Ummi makan 1 potong je. Kenyang, banyak makanan malam tu alhamdulillah. 

Sambal sardin. Makan tengahari dan malam tak habis juga. Rumah ni Ummi je peminat sardin. Abang makanlah juga. Walid tak berapa. Esok pagi tu Ummi goreng nasi + sardin.

Nak masak kuah buttermilk, cili pulak habis. Keluar rumah, intai-intai ada 2 biji cili dalam pasu. Boleh la dari takde kan? 

Suka Apam Balik tebal macam ni, baru puas makan. Beli di jambatan, otw ke sekolah Adik. 

Happy Birthday Ifah 21/10 🎈
Classmate Adik bagi Dubai Chewy cookie ni. Ummi first time  rasa, sedap juga rupanya. 

Loaded Potato ni sedap 👍🏻 
Walid beli. 

Rezeki di pagar rumah :) 
Cg Jas sangkut seplastik bunga kantan dan beberapa biji limau nipis. Alhamdulillah tq Cg. 

Cakoi dan jemput-jemput bawang.
Abang bawa balik dari surau juga.
Macam-macam yang jemaah surau kami ni sedekahkan... 

Ni menu pagi tadi. Dari surau juga. 
Lepas solat Subuh, Abang ambil sebekas. 

Alhamdulillah.
Mewah selalu hendaknya rezeki mereka semua 🤲🏻 



Friday, 2 October 2026

Cerita Selasa

Sejak kerajaan perkenalkan BDR (Bekerja dari Rumah) ni Ummi perasan bilangan kereta di atas jalan raya berkurang secara signifikan, khususnya di kawasan tempat tinggal kami. Sebelum ni kalau nak keluar rumah sekitar pukul 7.30 - 8.30 pg tu memang 'makan roti dgn jem la' :p

Selasa pagi Ummi keluar isi minyak. Alhamdulillah trafik clear, takde sangkut- sangkut. Selesai isi minyak, Ummi pergi market. Nak tambah bekalan lauk basah. Tapi itulah kalau ke pasar weekdays, tak banyak pilihan ikan dan seafood. Nak meriah kena pergi hujung minggu. Singgah juga Giant nak beli sayur dan barang kering. Kunci kereta tak bagi kerjasama, jadi terus keluar dari parking Giant. Kalau ditekan-tekan nanti berbunyi alarm-nya non stop, jadi baiklah Ummi beralah. 

Sebelum balik singgah Thaqwa sekejap, teringin roti sardin depa. Dekat sini kunci kereta Ummi bagi kerjasama, jadi bolehlah turun dari kereta. 
Selek :p

Balik makan di rumah, segan nak dine in sorang-sorang di kedai mamak sebab pekerja dia mostly lelaki. Kalau Jemuju Kasih, AK Cafe atau DeFaza okay je makan sorang sebab staff dia perempuan belaka. Adalah sorang dua lelaki; tukang bancuh air atau taukenya. 

Teh ais Thaqwa sedap 👍🏻
Tak tahulah berapa harga teh ais ni sebab jumlah keseluruhan (termasuk roti sardin) RM10.40. Mahal sikitlah tapi sedap. Jangan mahal tapi tak sedap. 7 keturunan tak habis cerita nanti 🤭

Sebelum balik rumah, ke makam bonda dulu. Bawa bersama hati yang tengah serabut dan berduka atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah. 


Belah malam Ummi joined majlis bacaan Yasin ladies batch Ummi di uni. Ada kawan baru meninggal, ada yang anaknya masuk hospital dan ada yang tengah fighting cancer. Semoga Allah SWT kabulkan DOA dan hajat kami. 

Begitulah sehari dalam hidup Ummi pada 29.09.26. 

Saturday, 12 September 2026

Memborong @ Pasar Tani Taman Melawati

Tidaklah memborong sangat, sekadar beli lauk basah dan sayur-mayur untuk stok seminggu lebih kurang. Kadang stok yang dibeli bertahan lebih seminggu, kadang kurang. Bergantung kepada jumlah penghuni selain kerajinan Ummi masuk dapur 😁 

Pasar Tani Melawati dah tak semeriah dulu. Sebelum covid khemah jualan penuh dekat kawasan parkir ni. Sekarang khemah tinggal sebahagian saja. 

Hari ni beli; 
Ayam x2 RM 50.50
Udang galah longgok x1 bekas RM 19.00
Sotong longgok x1 bekas RM 19.00
Tenggiri x3 pcs 
Ikan sardin x15 pcs
Total udang, sotong, tenggiri dan ikan sardin RM 86.00. Tapi dapat diskaun seringgit sebab ikan sardin tu Ummi bagitau tak payah siang. 
Sayur-mayur RM 16.40
(kunyit, serai, lengkuas, sawi, terung panjang hijau, peria, keledek ungu) 
Ikan tamban masin RM 4.00

Uncle Gedek pernah komen dalam satu entry di blog Ummi katanya bangunan Melawati Mall ni inspirasi dari Bukit Tabur. Ummi tak perasan mulanya tapi bila UG cakap begitu Ummi pun mula perhati bentuk MM ni dan Bukit Tabur setiap kali lalu sini. 

Bukit Tabur. 
Sempat snapped gini je, kereta  sedang bergerak. Ada iraslah 👍🏻

The fact. 

Selain beli lauk pauk Ummi beli juga nasi lemak kukus x3 RM6 + lauk paru RM 5. Sayangnya, balik rumah konon nak makan tengahari tu lepas setel siang ayam/ikan tapi nasinya dah lembik dan berair. Adik kata dah berbau. Hidung Ummi tak bau pulak tapi tekstur nasi tu dah berubah la :( 


Mujur Ummi kukus drumsticks ni sambil masak nasi putih. Adalah lauk makan tengahari. Nasi putih tu masak untuk anabuls sebenarnya tapi kita extra kan kuantitinya. Dok fikir malam nanti kalau malas masak, boleh buat nasi goreng. Dah nasi lemaknya basi, nasi putih la pengganti makan tengahari. Nampak gaya kenalah masuk dapur juga malam nanti 😌


 Dari Melawati tu terus ke UK (Ulu Kelang, bukan United Kingdom 🤭) ambil cover note/insurance si Queen. Tea lady bagi 2 bungkus nasi lemak bungkus. Adalah juga rezeki makan nasi lemak hari ni :) 

Wednesday, 9 September 2026

Hujan, Jerebu, Hujan

Lepas Subuh Abang kongsi gambar ni ... 

Hujan lebat... 
Nak ke kelas pun tunggu reda sikit hujannya. 
Payung takde, baju hujan pun takde :(
Sudahnya bila hujan reda sikit redah jugalah hujan. Pakai sandal ke kelas hari ni, takut kasut basah katanya. Kelas sejam je, 8-9 pg. Sepatutnya ada lagi kelas selepas tu tapi lecturers ada program. Masih hujan, jadi terus ke library buat ulangkaji. 

Tengahari dia kirim gambar ni...
NDAT ke Abang? 
"Bukan, ada booth jual makanan depan library"  katanya.

Ini cerita Abang. 
Cerita Ummi pula... Keluar awal pagi atas suatu urusan. 

Jerebu teruk ye pagi ni!
KLCC, TRX, Merdeka 118, KL Tower semua 'hilang' :( 
Selalu kalau lalu sini, nampak bangunan² ikonik dari kejauhan. 

Matahari merah menyala tapi sinarannya tertutup dek jerebu tebal. 

Ku sangka jerebu hingga ke petang, rupanya hujan selepas Zohor. Ni dekat area Greenwood, seram tengok air bertakung tu... Masih trauma kalau hujan lebat area sini, takut banjir kilat macam few years ago. Tengah menunggu hujung² traffic light merah ni bertukar ke hijau tiba² petir menyambar! Dari merah, tukar ke kuning pulak 😅 Mujurlah sekejap je, sebelum hijau semula. Tapi traffic light lagi satu, depan Sifu Durian tu, padam terus. Ummi sempat la nampak hijaunya dan jalan. Kereta-kereta belakang macam pakat berhenti sebab tak sure la kot siapa patut jalan masa tu. 

Dekat sekolah macam biasa, air naiklah di sesetengah tempat kalau hujan lebat begini. Syukur Ummi sampai on time, belum jammed lagi dan air pun belum tinggi. Harapnya tak sampai banjirlah. Semoga dipermudahkan urusan semua dan hujan lebat ni dapat membersihkan udara. 

#Blog Ummi ada problem. Bloglist tak auto update jadi kena klik blog satu satu untuk tengok kalau ada entry terkini. Thus, ambil masa sikit dan slow blog walking 🙏🏻 

Friday, 28 August 2026

Triple J

Triple J = Jumaat, Jerebu, Jammed


Ummi nak balik ke Sri Gombak je, tapi terpaksa berkonvoi dengan kenderaan yang nak menghala ke Tol Gombak. Untuk makluman, esok cuti sekolah dah mula. Hari ni banyak pergerakan kenderaan sama ada nak balik kampung atau jemput anak di asrama, macam Ummi ni. 

Dari area PPAM tu lagi dah 'sangkut'. Dari sini sementara nak lepas kuil Batu Caves tu dekat sejam 😇

Apapun semoga dipermudahkan urusan semua. Hati² memandu, tak kiralah ke mana pun destinasinya. Long weekend kan... 


Berkaitan dengan jerebu pula, take care semua. Mata Ummi dah start gatal dan merah. Padahal bukan lama sangat berada di luar, sekadar menyapu porch, siram pokok dan keluar ambil Adik balik sekolah gitu ja. Tapi setiap kali keluar tu memang tak selesa rasanya. Umpama sedut asap, bukan udara :( 

. 

Thursday, 27 August 2026

Sayur Kegemaran

Ummi suka layan Sinar FM kalau dalam kereta. Sesuailah dengan umur kan, ahak 😆 

Topik petang masa slot Sarah Kamilla tentang sayur kegemaran. Sepanjang Ummi dengar tu ramai bagitahu suka kangkung goreng belacan. 

Ummi pula terfikirkan labu masak lemak + pucuk asin² (cekak manis) atau pun masak bening labu + bayam. Kiranya peminat labulah Ummi ni. Satu lagi Ummi suka sayur tauge. Tapi kedua-dua sayur ni kurang dapat sambutan di rumah ni.

Labu masak kicap. 
Tak buat masak lemak sebab 👇🏻

Dah buat masak lemak telur itik. 
Kan terlebih lemak pulak kalau dua-dua masak lemak :p

Apapun ikutkan semua sayur Ummi suka. Tak lengkap rasanya kalau makan tanpa sayur. Paling tidak ulam timun pun jadilah.  

Kawan² Ummi suka sayur apa ye? 

Saturday, 22 August 2026

Vibe Merdeka Sangatttt 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Selesai urusan di market, ajak Walid makan roti canai di Warung Man Black di Bolton. Owner warung, En Man memang patriotik orangnya 👍🏻 Saban tahun warungnya meriah dengan pelbagai jenis deko merdeka; bendera, poster di dalam dan luar warung. 

Tahun ni ada bunting juga 👍🏻

Dalam banyak² hiasan tu, poster² Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama hingga sekarang paling menarik perhatian Ummi. Lawa sangat. Ada beberapa orang kanak² pun dok perhati je posters ni. 

Order roti canai banjir satu... 
Share berdua 

Nasi goreng sorang sepinggan.

Good job En Man, semoga usaha begini dapat diteruskan di tahun² akan datang. Mungkin boleh jadi ikutan peniaga² lain juga. 




Thursday, 6 August 2026

Pertama Kali Masuk Outlet Ninjaz

Anak³ remaja kami rajinlah nak menyinggah di kedai aksesori telefon, Ninjaz ni. Nak beli earphones la, nak tukar screen protector la... Di Prima SG ni ada satu outletnya, bersebelahan Celcomdigi. Dekat tingkat satu, letaknya Ustaz PC. (Harap MZ baca entry ni, sebab MZ ada tanya lokasi Ustaz PC ni.)

Kelmarin, turun dari Ustaz PC , Ummi masuklah dalam Ninjaz ni. Abang nak tukar screen protector untuk kesekian kalinya 😁
Selama ni Ummi ingat kedai ni jual peralatan berkaitan telefon je, rupanya banyak juga barang² lain... 

Ini kalau Adik ikut, maunya dia bawak balik seketul dua benda alah yang kiut miut ni... 

Toys pun ada...

Stationery super cute... 

Ummi berkenan dengan tote bag kain jeans ni. Harga pun affordable, RM12. . 

Travel accessories 

Lampu cantik dan unik.
Ada juga tumbler, kipas tangan macam² lagilah. Kedai pun kemas, barang teratur senang nak cari.

Of course la barang² keperluan dan aksesori telefon ada. Banyak pilihan dan Ummi tengok harga pun mampu milik. Ikut bajet, yang mahal ada, yang murah pun ada. 

Ummi dah aimed something nak beli as a birthday gift for someone. Tungguuuuuu... 

Wednesday, 22 July 2026

Beli Keladi China

Hari tu minta Kak Faiza tolong ajar cara siang/bersih keladi. Ummi suka makan keladi tapi tak reti nak siang/bersihkan keladi. Alhamdulillah KF dah buat tutorial caranya. Maceh Kak 🫰🏻

Bila baca komen tu ramai juga kawan² blogger yang seangkatan dengan Ummi 😉
Takpe kita belajar sama² :) 

Beli 5 ketul je, nak try dulu.
Dah lama geram tengok keladi tapi tak berani nak beli. Manalah tahu salah siang nanti gatal ke kan... Seketul tu dah berakar, asingkan. Takut nanti keladi ni tumbuh dalam perut pulak ahak 😆 

Alhamdulillah berkat tutorial KF tu, Ummi berjaya handle keladi ni. Ummi rebus je. Hajatnya nak makan dengan kelapa parut tapi terlebih masukkan garam masa rebus keladi. Masin pada tahap my tekak tak boleh terima. Masin phét (pahit) kata orang kampung Ummi, menggambarkan tahap masin yang keterlaluan. 

Tapi takpe, Ummi dah tahu cara siang keladi dan dah ada pengalaman rebus keladi. Lepas ni bolehlah Ummi beli lagi keladi tanpa risau gatal, tak tahu siang dsbnya. 

Sunday, 19 July 2026

Final World Cup 2026 I Viva España!

Yes, Sepanyol menang!

Game pukul 3 pg, tidaklah Ummi bangun. Bangun pukul 5 macam biasa. 
Sempatlah tengok hujung-hujung sebab pukul 5 tu perlawanan masih berlarutan. Gol kemenangan squad La Roja hadir melalui Fernan Torres (minit 90 + 3). 
 
Keluar bunga api bila search info di Google.
 I like :) 

Kali kedua Spain menang World Cup. 

Perjalanan Spain dan Argentina menuju final.
Spain pasukan yang kuat. Depa menang dengan Portugal di peringkat suku akhir dan kalahkan France di semi final. Spain juga Juara Euro 2024. Mereka kuat secara keseluruhan, bukan satu dua individu saja yang perform. 

Sergio Ramos, one of Spain's famous footballer. Lama tak nampak, tak cam dah. Power ni, main center-back. 
 
Individual awards pun Spain sapu bersih ...
Cobarsí tu muka macam Umair kan Abang? Hehe... 

Yamal 

Last WC untuk Messi rasanya. Dia 39 y/o this year, lagi 4 tahun (WC 2030) dah 43 y/o. Messi tak score in this match, jadi Mbappé la dapat Golden Boot award 👏🏻 
Ummi tak minat dua² ni, Ummi team Ronaldo forever gitewww. 

Congrats Spain 👏🏻👏🏻👏🏻
Viva España !