Tuesday 30 October 2018

Happy 5th Birthday Kakak 💝💝💝



Alahai...sekejap je dah genap 5 tahun usia Kakak. Kakak anak yang sangat baik, alhamdulillah. Only Allah knows how much I love you Kakak 😘😘😘

Buatlah small celebration untuk kami sekeluarga je. Takde invite sesapa pun. 

Kek pun strawberry mini cake je from Pistachio's. Official birthday cake dia dah order. Jumaat ni bawak ke sekolah. Ikutkan nak celebrate isnin tapi Cikgu minta bawa jumaat sebab anak2 Pasti tengah exam. 

Umi masak carbonara. 

Tok belanja sate kajang. 

Anggur, her favorite fruit.


KFC wajib ada. Memang kami reserved KFC (and other fast food) during special occasions macam ni je. Seronok tengok muka masing-masing excited & happy dapat makan KFC sekali sekala. Indirectly they would know that this is a special day/occasion being celebrated.  

Kakak cuma minta color pencil dan pencil baru je from Walid & Umi respectively sebab this week dia final exam. Sweet je kan... 

We love u so much Kakak 💝💝💝


Monday 29 October 2018

"Pah, butang baju abang mana Pah" 😇😇😇


Kisahnya Walid dok mencari cufflink baju dia. 

Mana cufflink Walid ye?
Umi nampak tak cufflink Walid?
Kat mana ye simpan cufflink Walid tu...? 

Itulah antara dialog Walid since beberapa hari lepas. Mula tu Umi malas nak layan sebab bukan umi yang simpan haha...tapi dah hari-hari disebutnya macam Abang Jamil tanya Pah kat mana butang baju melayu dia, terpaksalah Umi cari juga. Boring dengar soklan sama je hari-hari haha...

Sekejap kalau Umi cari mesti jumpa :D



Kiranya salah satu function Umi kat rumah ni jadi 'kaunter pertanyaan'  😂😂😂

Umi, nampak tak bola Abang?
Umi, mana buku iqra' Angah?
Umi, beg Kakak tadi kat sini. Pergi mana ye?
Umi, air Milo Adik mana? (Padahal ada je atas meja tu grr...)
😇😇😇 

Apapun Umi sangat bahagia berbakti untuk orang-orang tersayang. I'm blessed. Thank you Allah.

Credit source. 

Thursday 25 October 2018

Bubur Asyura Kedah



Untuk pengetahuan, bubur asyura ni sinonim dengan kedatangan bulan Muharram. Umi pun tak pasti apa kaitannya bubur asyura dengan bulan Muharram tapi ianya seolah tradisi bagi orang kampung Umi untuk kacau bubur asyura bila tiba bulan Muharram. 

Tradisi mengacau bubur asyura ni masih diteruskan dan dilalukan secara gotong royong di kampung Umi. Biasanya jiran-jiran berpakat untuk buat bubur asyura ni dengan sama-sama menyumbang duit atau membeli sendiri keperluan yang ditetapkan. Ada juga yang buat bubur asyura ni secara individual tapi still semangat tolong menolong tu Ada. Contohnya A nak buat bubur asyura secara individual, B akan datang tolong kacau. Bila tiba giliran B, A pula akan datang tolong. Biasanya bubur asyura ni dimasak di dalam kawah atau kuali besar. Sementelah nak menunggu buburnya kering kena sentiasa dikacau. Sebab itu perlukan bantuan jiran tetangga. Kaedahnya seperti mengacau dodol. 

Ikutkan Umi tak berhajat pun nak buat bubur asyura ni tapi bila Tok request Umi buat je lah. Guna periuk Noxxa je. Tak sampai sejam dah boleh makan. Senang kerja Umi itu yang rajin nak buat tu. Umi ikut resepi dan ajaran Kak Noor Sajian Dapur Bonda minus all the kacangs - masukkan apa yang ada je... Next year kalau buat Umi nak kueangkan gula, too sweet for me. Maybe 1/2 or 3/4 gula putih dah cukup plus 1 ketul gula nisse. Umi tak guna gula kabung, takde stock. 

Silap Umi tak ratakan permukaan bubur tu sebab tu menggerutu je permukaannya :( 

Alhamdulillah jadilah walaupun tak secantik bubur asyura Kak Noor tu. Umi ni amatur je hihi... Tapi rasanya sedap. Itu yang penting 😝 tak sangka pulak anak2 pun suka. Tahun depan Umi buat lagi ye :D 

Tuesday 23 October 2018

Warung Puteri, Sri Gombak



Warung Puteri ni terletak sebaris dengan Sudu & Knife Cafe aka Kafe Mesra Ria. Dibuka tahun lepas tapi that time hanya ada banner Nasi Kak Wok kat depan kedai. Sekarang dah ada signboard kedai. 

Bersih dan lapang kedainya.



First time makan dulu we were not keen to come again sebab the waiter tu tak berapa 'mesra alam' 😟 but our second visit proved that their services have been improved. 


Nasi Kak Wok, the signature dish. 


Served on wax paper so kena hati-hati sebab tak lapik dengan pinggan. Kalau lauk tu panas nasiblah haha... Food memang kita kena ambik sendiri cuma air je dihantar ke meja. Harga set basic rm6; lauk ayam/daging goreng kunyit, sambal lada & timun. Extra lauk/sayur means extra charge :p 

Untuk Umi; bihun Singapore & telur mata.


Adik makan mee...



Food bagi Umi sedap. Banyak choice; bihun, mee, nasi lemak selain Nasi Kak Wok. Kuih muih pun ada. Harga pun berpatutan. Yang kami makan diatas tu 👆 cuma rm15 termasuk minuman. 

Ada juga ayam bakar. Mesti sedap ni makan panas-panas. 

Abe baju neroh tu tengah bakka aye.
Betul ke loghat kelate Umi tu ? 😆

Jom kita! 

Monday 22 October 2018

When your bff is a beauty consultant , be like...


My beloved buddy paid a visit recently. She claimed that she is now a beauty consultant. Congrats dear! No wonder she looks more presentable these days haha... 


Of course as her bestie, I support her wholeheartedly; tadah muka untuk dia buat facial and make up. But since she is not a beautician, she can't touch my face. So I have to do the facial on my own 😁 i thought of pampering myself with the treatment but I was wrong haha.... she just gave the instructions and tips. Nonetheless I got a lot if tips and learnt a lot about beauty regime. 

 And guess what? I kinda like "make up" now 😅 kuat betul pengaruh rakan sebaya 😂 sebelum ni tak pernah kisah pun nak ber-make up tapi bila dah diajar cara yang betul (dan mudah) rasa macam bestlah pulak :p biasalah, Umi dengan my bestie ni memang saling bersaing (utk kebaikan & positivity). Kalau sorang buat, sorang lagi mesti nak buat jugak. Sorang beli barang ni, sorang lagi mesti nak beli juga. Terbawa-bawa dari uni days lagi. Mujoq kami tak berjiran. Kalau tak, lagi haru 😁

Selain support "muka" support lah jugak dari segi kewangan huhu... Bila dah tengok texture muka dia makin cantik, Umi pun taknak kalah :D bookinglah set ni. Dah kawtim semua dapatlah harga kasih sayang yang sangat awesome. Dengan extra free gift lagi...

Credit source. 

Then I realized I was too ambitious :D takut hangat-hangat tahi ayam je. Macam tak rajin pula nanti nak pakai krim siang malam, nak itu ini. Lagi satu kalau dah pakai kenalah konsistenkan nanti tak nampak kesannya pula kan. Produk ni katanya boleh tahan 6 bulan ke setahun ikut kerajinan dan konsistensi si pengguna. Based on my personal experience, pernah beli produk cenggini juga tapi awal2 je rajin pakai/guna/tepek itu ini. Lama-lama malas... Lastly, end up pakai pencuci muka je.

So, Umi beli yang ni je. That purple cream suits my skin very well. Dah try hari tu.


The facial and make up sessions was very enjoyable. But the best part was the final part where we sat together over a cup of tea and talked about our family, friends and ourselves. Missed that moment already :(

For me. 

For her. 

Eh, ada lagi...sebelum balik sempat dia angkut sepasu pokok limau kasturi Umi haha... Everything and anything for you Fang 😘

Ini masa dia hantar barang. Tea & donut je. 

Orang kata, berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun terkena tempias wanginya. Harapnya bila berkawan dengan penjual Mary Kay ni, terkena jugaklah tempias cantiknya dak gitu?

Credit: Zayyan Hasan.
Please find her on FB  (Zayyan Hasan) for free facial & make up sessions or consultation. 

All the best Fang 💝💝💝


Saturday 20 October 2018

Bunga labu pulak!


Hari tu kita tengok bunga kangkung, hari ni kita tengok bunga labu pulak ye.



Semalam Umi dapat tengok bunga labu. Cantik bunganya. Kuning berseri. Dah lama tak tengok pokok labu berbunga, sejak dah jadi warga kotalah kononnya kan. Sekali nampak tadi excited lah Umi. Ikutkan nothing special pun bunga labu ni tapi memori yang hadir bila terpandang bunga ni yang menjadikan ianya sangat indah. Teringat desa tercinta dan segala kenangan zaman kanak-kanak dulu. Ajaibkan, walau sekecil bunga labu boleh mengingatkan kita akan asal usul. Betul lah orang cakap, jangan asyik memandang tingginya bulan, sekali sekala pandanglah rumput dibumi. Nescaya engkau tidak akan lupa diri.



Tak pastilah lekat ke tidak buahnya nanti tapi kembang jugaklah hati Umi bila pokoknya dah berbunga w/pun benihnya hanyalah benih campak-campak je. Ada rezeki dapatlah makan buahnya. 

Ini buah labu Umi beli di market semalam. Kecik comel je buahnya. First time Umi jumpa labu yang bersaiz mini macam ni. Belilah sebiji untuk rasa. Rasanya memang rasa labu hahaha... 


Thursday 18 October 2018

U Design Hotel, Temerloh.



Dari Dungun kami terus ke Temerloh. Malam tu kami bermalam di U Design Hotel, booked thru booking.com. Sekadar nak bermalam je, pilihlah hotel paling murah, rm98 je. Ikutkan Walid nak book family room tapi bagi Umi bilik deluxe ni pun dah OK. Asalkan ada proper bilik untuk tidur dan khidmat diri. 

Channel TV tak clear. Sakit hati je bukak 😁



Toiletries tak disediakan. Sila bawa sendiri ye kalau nak bermalam di sini.



Reception di tingkat satu.
Rezeki staff yang on duty malam tu. Dapat juga rasa keria viral Hj M. Kongsi rezeki dgn dia, panjangkan pahala untuk si pemberi. 

Bilik kami pula di tingkat dua. Lift takde tapi mujurlah barang tak banyak. Rakyat pun ramai, pakat bawak sorang sikit :) 

Terlindung pulak hotelnya dek pokok tu. Yang kuning tu confirm lah Mr Diy. 

Yang bestnya hotel ni bersebelahan dengan Mr DIY. Best Mr DIY kat sini, besar dan banyak barang. Lagi besar dari outlet Sri Gombak. Taulah kalau masuk kedai ni memang takdenya keluar tangan kosong je. Padahal bukan tak boleh beli di Gombak :D 

Belakang hotel pula Temerloh Mall. Shopping complex yang agak besar. Untuk makan minum, ada kedai mamak satu row dengan hotel ni. Kalau nak ke area food court tepi sungai pun tak jauh dari sini.

Ikutkan lokasi agak strategic cuma sebab hotelnya di tingkat satu dan takde lift pula, kurang markahlah di situ ✌ apapun kami tidoq lena makan tu :D 


Tuesday 16 October 2018

Iftar @ The Intercontinental Hotel, KL


(Another delayed post ✌)

It was during one of the Ramadhan nights. 


A, whom Walid met during a course invited us for an iftar at The Intercontinental Hotel, KL. Last time I came here was 5 years ago. Time Umi kerja dulu I would come to this hotel at least once a month, for work purpose. Dan biasanya I would plan my visit during lunch time or tea break 😜 makan dekat 5-star hotel, sapa taknak kan? Free pulak tu :D 


Actually every year A would invite Walid for iftar session. So nice of you A. Only this year we got the chance to meet him. Last year Walid was in Perth during Ramadhan and a year before I was on maternity confinement. A is a very friendly and nice guy. The kids love him so much. Apa taknya, A ambilkan ice-cream, drinks dsbnya and chatted with them like their own uncle :)

The scrumptious food; 



Elok pula duduk atas baby chair tu. Kalau kat rumah jangan harap :(

Food dekat Serena Brassiere ni memang Umi no complaint. Tak pernah tak sedap. 

Their surau. Might be the biggest surau dalam hotel in town. Memang besar dan selesa. Ikutkan nak terus sambung solat terawih kat sini je sebab selesa sangat.



Cantik lampu.

Thanks a lot A for the treat and your hospitality. It was a memorable meeting and one to be cherished. Hope to see you again 😆



Monday 15 October 2018

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) yang happening


Lepas checked out dari The Regency Waterfront kami terus ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) di Chendering. Tak jauh pun, lebih kurang 20 minit drive je. 


Bayaran masuk secara individu Umi tak pasti sebab kami ambik harga family pack, RM40 (2 adults & 2 kids) and top-up rm5 untuk Kakak. Adik free admission, as usual :)  

Dapat stokin sorang sepasang sebab nak masuk Dome Show kena pakai socks. 

First kami disarankan ke Dome Show yang akan bermula kira-kira 5 minit je lagi. Kalau terlepas show pukul 11.30 ni lambat pula nak tunggu utk next show. Dalam group ni hanya kami berenam dengan satu lagi family. Yang lainnya murid2 sekolah rendah dari Pulau Kerengga. Dalam tu ada bean bags, santailah budak2 ni bersandar. Show tu ditunjukkan akan kepentingan menjaga alam sekitar dan akibatnya nanti. Sound and visual sangat hebat sampaikan Umi pun rasa cuak juga. Bila ditunjukkan air laut, terasa macam ombak tu nak terpercik kena kita 😁 bila asteroid nak jatuh rasa macam nak tutup kepala dengan tangan haha...budak2 ni dah menjerit-jerit... Memang hebat slide show dia esp the special effect & audio yang mantap. 

Tiket masuk ke Dome Show. 

Then kami terus meneroka tempat ni. Anak2 memang sukalah dapat try macam-macam game/aktiviti. Sebenarnya Umi pun suka juga cuba game dalam ni :p sekali tu berjaya alihkan gelas plastic from point A to B guna chopsticks kemain excited sampaikan kena gelak dgn staff kat situ haha... Dah lama tak main benda2 ginikan...

Directory.





Sedar tak sedar dah 2 jam kami di situ. Tapi berbaloi sebab banyak exposure dan info yang anak2 dapat. Ikutkan depa taknak balik lagi tapi sebab perjalanan kami masih panjang, nak ke Temerloh pula maka mana yang sempat ajelah kami explore. Besar tempat ni. Ada 4 tingkat kalau tak salah. Tapi adalah kemudahan lift, cafe dsbnya. Parking pun luas. 


Luas kawasan pusat sains ni.
Kat luar ni panaslah sikit sebab tak banyak pokok. 

Craft activities. Kami terlewat sikit, tak dapat join session ni. Next session lambat lagi :( 



Jangan lupa bawa anak2 ke sini tau kalau ada kesempatan. Fun and entertaining yet informative visit 👍👍👍

That's the wrap for our  cuti-cuti Ganu2018. A wonderful trip for us and perhaps it benefits you too. Thanks for reading 😘