Wednesday, 2 April 2025

2 Syawal 1446H

2 Syawal I Selasa

Ummi & gegirls masih tema hijau untuk raya ke-2. 

Sebelum keluar beraya kami sarapan dulu di homestay. Abang buat mi segera Korea (apa nama ntah) dan Kakak goreng nugget. Walid ke pekan cari nasi lemak. Nak beli roti canai que panjang di setiap kedai yang disinggahi tu. Raya kedua kedai makan dah mula buka, dan orang pun mula cari sarapan di luar. 

Gunung Baling dari kejauhan. 
Kami ke homestay Kak Ti, rupanya Makngah dah balik ke rumahnya. Singgah la di sini sekejap jumpa cucu⁶ saudara Ummi. Lagi 2 dah balik Terengganu, manakala 3 lagi di rumah mereka di Kupang. 

Maksu Nadeen dan Makcik Balqis layan anak² sepupu depa. Kecik² dah ada anak sedara sebab age gap Ummi dan Makngah 18 tahun :D 

Erina 11 y/o
Erissa 8 y/o 
Yusoff 2 y/o
Ecah 6 y/o
Aisy 4 y/o
Amanda 1 y/o 

Toksu tulis sini supaya tak lupa hihi... 
Ada lagi 5 org tak ingat sangat dah umur berapa 😇 

Dari homestay ni kami bergerak ke rumah Makngah. Makan ketupat lagi 😋

Kemudian balik ke homestay, checked out dan balik ke kampung Ummi sekali lagi. 

Makan kenduri Tok Imam! 
Juadah tradisi, Gulai Batang Pisang semestinya ada dalam menu. Tak sah la kenduri di Baling takde GBP ni. 

Rumah kenduri di tepi sawah. 
Hujung jalan ni ada rumah kawan Ummi. Kecik² dulu selalu ke rumahnya, tonton kartun He-man Master of the Universe dan Toriton kot nama kartun satu lagi tu. Best kampung depa, ada bendang dan dusun buah²an yang menghijau. 

Pakat nak OOTD, Ummi layannnn :D 

Dari Baling kami balik ke Jitra pula. Nampak dari kejauhan ialah Gunung Jerai, gunung tertinggi di Kedah. 

Selepas >2 jam, sampailah ke kampung Walid pula. 

Terus beraya di rumah Maksu, alang² dia hosted kakaknya terus jemput kami sekali. Maksu jamu nasi putih dan lauk pauk antaranya kerabu epal hijau. Sedap! 

Sebelah malam, aktiviti wajib i.e. main bunga api dengan sepupu⁷ Jitra. 










22 comments:

  1. Alhamdulillah.. Selamat hari raya PH dan family.. Maaf salah silap dalam berkomen ya... Seronok bila dapat balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHRMZB ye Linda :D
      Balik kampung bila² masa pun seronok hihi

      Delete
  2. Wahhh.. kita baru sampai Kedah malam tadi. PH dah sampai Jitra rupanya.

    ReplyDelete
  3. Cie pun tema hijau raya ke2. Repeat je tema tahun lepas.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya PH..maaf zahir batin
    seronoknya balik kg..meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHRMZB MA 🤗
      Alhamdulillah masih diberi rezeki beraya dgn mak ayah mertua :)

      Delete
  5. ooi.. kampung walid kat Jitra.
    Senanglah sekali jalan.

    ReplyDelete
  6. Kerabu epal hijau?. Menariknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Ezna...
      My biras ni pandai buat kerabu, kalau I buat maybe tak sesedap ni la kot haha...

      Delete
  7. Issh kerabu apel itu pasti sedaaap 🤤🤤🤤👍❤️. Terbayang segarnya apel hijau dibuat kerabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap but kena slice thinly, otherwise masam and kena balance semua rasa baru mantol :D

      Delete
  8. Sedapnya kerabu epal...lama x buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA pandai buat ye? PH tak pandai sangat buat kerabu huhu

      Delete
  9. Saya dulu pun tengok He-man. Sheera pun. Ultraman pun. Hehe.. Toriton, saya dah lupa. :D
    Pertama kali tengok kerabu epal hijau.
    Best la, kampung di Kedah. Pemandangan hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah ada geng haha...
      Toriton tu yg dalam laut tu... PH pun tak ingat ikan ke apa Nath haha ...
      Alhamdulillah kampung kami masih hijau ☺️

      Delete
  10. Tahun 2005-2006 selalu sgt aih kami ke Jitra ni sbb adik belajar kat poli.

    ReplyDelete