Saturday 27 September 2014

Salam Dari al-Haram



Hari ini genap sebulan kami berkelana meninggalkan segala yang menjadi kecintaan hati - anak2, keluarga, saudara mara, sahabat handai, harta benda, kerja dsbnya. Semuanya ditinggalkan buat sementara demi memenuhi jemputan Raja segala Raja, jemputan menjadi tetamu-Nya. Jemputan yang menjadi dambaan setiap insan yang mengaku dirinya beriman kepada Allah. 

Alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar dan mudah bagi kami. W/pun jemaah dari seluruh pelusuk alam semakin membanjiri, setiap tetamu-Nya mendapat layanan istimewa dari-Nya. Itu yang saya rasakan. Apa yang perlu, kita mohon terus dari-Nya, dari sekecil-kecil perkara apatah lagi hal yang besar. Di sini kita diajar erti pergantungan hanya kpd Dia. Dialah pemilik segala-Nya, sebaik-baik pengatur. 

Doakan kami diberi kesihatan yang baik, kemudahan dlm setiap urusan juga beroleh haji mabrur, impian setiap yang hadir di sini. Aminn.