Tuesday, 22 April 2025

Meeting KSIB F5

Masa Mesyuarat PIBG bulan puasa hari tu, ditetapkan AJK PIBG setiap tingkatan secara automatik jadi Pengerusi KSIB tingkatan. Tahun sebelum² ni lantikan Pengerusi KSIB dibuat secara berasingan. 

Hujung minggu kelmarin diadakan Mesyuarat KSIB F5 yang pertama. Walid sorang je hadir ke sekolah, manakala Ummi pula joined secara atas talian. Bagus tahun ni depa buat secara hybrid. Dapat juga ikuti wpun sekadar mendengar dan memerhati. 

Tak sah la kalau meeting takde makan² kan... Bak kata MZ, acara makan² ni dah sebati dgn rakyat Malaysia, dah jadi budaya kita :) 

Sekolah sediakan Nasi Lemak untuk parents... 
Pastu ada potluck juga dari parents. Ummi cuma kirim tembikai je ... Banyak dah menu² lain; kuih muih, mi goreng, bihun goreng, roti jala, air balang dll. Buah takde orang bawa jadi Ummi pilih buah je la...


Ucapan aluan Tuan Pengetua Cemerlang. 
Tinggi juga sasaran yang Pengetua letakkan utk batch Abang ni. Khamis ni result SPM 2024 keluar. Kata Abang, kalau GPS Batch 07 ni cantik, target sekolah utk Batch 08 akan naik lagi (Batch 08 kena atasi Batch 07 maksudnya). Semoga dipermudahkan semuanya 🤲🏻

Banyak jugalah usul dan agenda yang dibincangkan termasuk lantikan AJK baru. Selain tu PK HEM pun ada sharing tarikh² penting SPM 2025. Takutnya Ummi tengok 😱

Antara ibu ayah yang hadir 👍🏻

Semoga Allah SWT berkati usaha semua pihak dan menganugerahkan kejayaan cemerlang buat anak² semua 🤲🏻 










9 comments:

  1. Anak PH belum SPM lagi kan?. Nak SPM tahun ni la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ezna, Batch 08 aka Batch Corona yg takde UPSR & PMR :)

      Delete
  2. Ramai jugak parents yang datang. Mesti persatuan bagus ni.

    ReplyDelete
  3. Saya pun sejak baca blog teman2 Malaysia memang salut lah ada banyaaak acara makan2 di setiap event. Bahkan hanya sekedar makan2 dengan team kantor.

    Karena kebiasaan di sini tak seperti itu. Apalagi di kantor dan sekolah. Di kantor ya kerjasama saja. Di sekolah anak2 saya, sampai skr pun saya tak merasakan lagi ada acara makan2 seperti ini walau saat lebaran. Begitu libur selesai, selesai juga idul Fitri vibe nya 😅

    ReplyDelete
  4. Bagus parent bagi kerjasama hadir mesyuarat PIBG...SA plak jarang pi..selalu wakilkan PZ je dulu sbb SA duk KL kan...selalu dapat notice dah lambat...x dan la nak apply cuti...tapi hari perjumpaan ibu bapa amik report card memang SA pi

    ReplyDelete
  5. Utk Kyra dia first batch sekolah yg akan seat for SPM. Doranglah yg kena set benchmark

    ReplyDelete
  6. Selesai dah ya mesy PIBG.. sekolah Wafi next week hari Rabu.

    ReplyDelete
  7. Masa anak2 sekolah dulu, pernah jugak la jadi ajk walaupun kurang nak sbb malas pergi meeting. Kalau cikgu minta tolong, kami rajin tapi yg malas, pergi meeting 😄

    ReplyDelete