Showing posts with label 2026. Show all posts
Showing posts with label 2026. Show all posts

Saturday, 13 June 2026

Photodump Week 23, 2026

Repeat
Kali ni Ummi sendiri singgah beli. Depa meniaga setiap hari katanya. Tapi, Ummi biasa nampak hari Jumaat je. 

Makin lasak budak berdua ni 😇

Lama dah tak ke Thaqwa. 
Balik market ajak Walid breakfast sini. 

Greenwood, 6.45 pagi 9 Jun.

Hijau dan manis belaka kuih Walid beli kali ni :D 

Buah setoi/setol/sentul dan rambutan pemberian Cik Leha. Buah setoi tu sedap cicah dengan kicap + gula. Dulu favorite, sekarang tak pasti... Gigi sensitive dengan buah² masam gini. Tapi buah ni ada yang manis esp setoi kahwin (baka hybrid). 

Pemandangan waktu pagi, Masjid Al Shariff.


 

Friday, 5 June 2026

Photodump Week 22, 2026

Bunga Kemboja Putih berhampiran rumah Ustaz Mohd Rozie ni menarik perhatian Ummi. Lalu, kita abadikan di blog untuk simpanan. 

Musim kuinin agaknya sekarang. Selepas Cik Azie, Uncle Alam pula bagi kuinin. Alhamdulillah. 

Kemboja Cina di halaman kembali berbunga setelah sekian lama. Sayang pokok ni, pemberian Tok Ayah. 

Kek Batik airtangan Angah dan Kakak.
Depa nak makan depa buat sendiri. Ummi cuma tolong beli barang. Lega 😁




Saturday, 30 May 2026

Photodump Week 21, 2026

Spotted Belalang Kunyit masa belek² pokok. 

Terkejut tengok Kakak pakai baju sukan hijau (dia rumah kuning). Rupanya untuk sambutan Hari Guru tempohari setiap form pakai baju ikut warna name tag. Pinjam meminjam dan bertukar² baju dengan form lainlah nampaknya :) 

Alhamdulillah selesai UPSA Adik. Boleh bercuti dan beraya dengan tenang 😁

Joined bacaan Yasin anjuran Biro Kebajikan alumni batch Ummi. 

Breakfast berdua dengan Walid di Tu Dok Ko ... 

Yeay cuti sekolah!
Balik kampung kejap 3D2N awal cuti sekolah ni. 

Otw balik KL, singgah Dhia Cotton
Walid beli kurta, Ummi beli jubah. 

Khemah agihan daging korban disediakan di tapak parkir Giant SG ni. Korban ni sumbangan Giant ni la. Agihan berdasarkan kupon, yang diberi kepada pihak Masjid Al Khairiyyah untuk diagihkan. Masa solat Jumaat 22/5 tu ada dimaklumkan kepada para jemaah tentang urusan ni.






 

Saturday, 23 May 2026

Photodump Week 20, 2026

Melayan nostalgia sambil bersarapan ☺️
Dulu tingkap bilik Ummi di rumah kampung gini la. Tingkap kayu yang boleh dibuka kiri dan kanan. Paling best waktu hujan, duduk tepi tingkap tengok air hujan membasahi bumi. Btw, ni di Restoran Jemuju Kasih, Sri Gombak je :D 

Apam kampung. 
Ini pun membangkitkan nostalgia juga. Apam kampung antara kuih yang Tok selalu masak untuk sarapan. Kelapa patut dikukur sendiri, guna pengukur kelapa. 

Pagi² makan nasi putih. 
Kisahnya Ummi dan Abang singgah dekat satu kedai ni, awal pagi. Ingatkan ada nasi lemak, rupanya baru tengah masak. Ada rice cooker atas meja lauk, angkat penutup nampak nasi lemak tengah mendidih. Pilihan yang ada, nasi putih. Onz...

Walid bawa balik daging masak hitam 😋

Meeting KSIB 16/5. Ummi pakai baju tak ikut tema, sebab lepas meeting terus ke Kajang, makan kenduri di Alam Maya. Nak pakai baju hijau yang sesuai untuk kenduri tu, Ummi dah pakai masa kenduri Pn Halina last year. Dan mujur tak ulang tayang baju tu, sebab tuan rumah pun pakai warna hijau (sage green ) untuk wedding anaknya kali ni 😁

My outfit of the day 💜🤍

Bunga Semarak Api, meriah berbunga dan berguguran di atas rumput. Cantik menghiasi tempat letak kereta tetamu Alam Maya. 

Sijil pertama Kakak sebagai Pengawas Sekolah, selesai kursus kempimpinan. 








Friday, 15 May 2026

Photodump Week 19, 2026

Lebah dan bunga.
Ziarah kubur Tok dengan Abang lepas balik pasar. 

Sebelum tu breakfast di warung roti canai kari kambing dekat² SMK Hillcrest tu. 

Beli nasi bungkus, lauk Minang. Nama restoran unik, Restoran Denyutan Lidah. Mungkin masakan dia pedas² kot. Tapi bagi Ummi level pedas dia tolerable. Pedas yang sedap, bukan menyengat. Ummi ambil lauk perut tebal dan telur masin. Perut tebal tu ada panggil perut tuala atau babat. 

Mekar lagi 🩷

Yang ni pun lawa, walaupun belum kembang. 
As long as bunga, semuanya lawa bagi Ummi. 

Masak siap² sebelum keluar menyupir. 
Once kerja dapur dah siap, baru hati tenang. 

Ada burung hinggap di pokok Ummi. Teruja! 

Pertama kali tengok t-shirt BBM ni, ceria betul. Macam baju skuad bola Kedah :) 
Kakak la ni ahli BBM. Malas nak masuk unit beruniform lain sbb dia tak minat berkawad. BBM ni lebih kepada volunteerism

Western style breakfast at home. 




Saturday, 9 May 2026

Photodump Week 18, 2026

Pistol Kertas 
Adik ada presentation untuk subjek PJPK. Dia kena sediakan pistol. Syukur ada Abang, Abang la tolong buatkan. Harapkan Ummi, sampai sekarang nak buat kapal terbang kertas atau sampan kertas pun fail 🙈 

Cikgu cakap boleh dapat TP6 presentation depa. Selain prop, masa presentation depa guna soundtrack Polis Evo, minta Cg tolong buka dekat YouTube (kelas ada smart TV). Tak terfikir Ummi budak² ni punya idea tau... Dok bayangkan presentation biasa² je. Itu yang dapat extra mark kot. Anyway, good job Adik & team. 

Breakfast di Jemuju Kasih dengan Abang 

Siblings reunited ❤️



















Ada dorm mate Kakak pergi Vietnam, school trip bawa balik ole² untuk kawan² sebilik. 

Mama Anis bagi Kakak duit raya. Cantik sampul rayanya, dari Caring Pharmacy. Di hujung sampul ada tulis nama pelukis; Danial Kushairi. 

Donut Susu
Jumaat Abang pergi gerai tutup (cuti agaknya). Sabtu pergi dah habis. Ahad donut ni sampai depan rumah, melalui Rizki. Alhamdulillah rezeki Kakak yang teringin sangat. 

Geng Main beribadah dengan Kak Iqa di pagi minggu. 





Friday, 1 May 2026

Photodump Week 17, 2026

Wajar dipuji usaha pihak sekolah Abang di mana transit untuk kanak² berusia 2 tahun ke atas disediakan secara percuma semasa Majlis Pengiktirafan Murid Cemerlang. Adik kami tinggalkan di sini sementara Ummi Walid masuk dewan (hanya 2 orang ahli keluarga penerima anugerah dibenarkan masuk dewan). Macam² aktiviti dilaksanakan seperti tayangan filem Upin Ipin, games dsbnya. 

Dinner @ Nas Bistro. 
Tak reti betul nak order makanan kalau makan di luar. Asyik² nasi goreng kampung telur dadar 😁

Arca bunga pulak 😅 
Nampak senang tapi boleh bikin stress bila tolong Adik siapkan tugasan PSV ni. Tonton video vs buat lain ye. Nampak senang tapi nak lekat cawan² kertas tu dekat bekas plastik tu boleh bergaduh la 😬

Uncle Husin tuai hasil kebun depan rumah. Dapatlah merasa  Pisang Tanduk Goreng airtangan Aunty Sofea. Manis pisangnya. 

Asyik kena buli je anak remaja Ummi sorang ni. Kejap berdarah ekor, kejap mata pulak kena cakar. Area ni banyak kucing jantan, masing² nak tunjuk hero. Sian Cheeky, dia paling muda asyik kena je la huhu... 



Saturday, 25 April 2026

Photodump Week 16, 2026

Hujan lebat petang Rabu. 2 jam pergi balik ambil Adik habis Gerko. Paling lama stucked di Greenwood. Berapa kali lampu hijau pun tak lepas :( 

Teaser dulu... 
Banyak entry nak up, kena ikut turn :) 

Bunga Lego by Adik. Cute juga 

Tea time! 

Minggu ni juga iaitu pada 15 & 16/4 Peah selamat bersalin :) Seekor lahir hari Rabu, seekor lagi hari Khamis. Boleh ye gitu... Gambar kittens tak snapped lagi sebab Peah sembunyi dekat stor. Adik je dibenarkan melawat haha...