Wednesday 30 November 2022

Kuih Lapis Pelangi

Baru 3-4 hari lepas ternampak resepi Kuih Lapis Pelangi ni. Walaupun nampak menarik, idok ler rajin nak membuatnya. 

Tapi, dah rezeki... Ada pula jiran hantar ke rumah :D 

Terima kasihlah Cik Leha ๐Ÿค—

Rasanya macam kuih lapis biasa juga, cuma warnanya meriah. Seronok tengok kreativiti orang sekarang kan. Ummi ok ja, boleh terima pembaharuan, sementelah rasanya tetap sama. Cuma, kalau arwah Tok masih ada, mesti dia rasa kagum dan pelik kot :D Selalu kuih lapis warna putih & pink/merah je

Tuesday 29 November 2022

Angah ~ UPKK 2022



Gara-gara PRU15 yang ditetapkan pada 19 Nov 2022, maka UPKK yang sepatutnya dilaksanakan bermula 14/11 dianjakkan ke 28/11. Dan dek kerana 28/11 cuti peristiwa yang diberikan oleh PM ke-10, makanya 29 Nov baru UPKK bermula. Asyik tunda-tunda, mood pun ke laut :( Paling risau jika anak jatuh sakit.  Lagi satu, bila anak-anak ambil peperiksaan penting, mak-mak depalah yang terlebih stress & super nervous! Anak-anak chill je :D 

Tarikh baru subjek Ulum Syariah 5/12. Hikmahnya dapatlah study lagi sebab masa trial ramai dapat B subjek ni termasuk Angah. 

Lagi pula, pindaan tarikh ni dapat memberi ruang Angah recovery dari demam selsemanya tu. Alhamdulillah hari ni bersemangat nak masuk dewan exam. 

Usaha akhir pihak sekolah untuk pastikan kecemerlangan anak-anak SRAI. Sejak 2 minggu lepas lagi sebenarnya murid T5 guna jadual anjal; sebelah pagi belajar akademik, sebelah petang ulangkaji UPKK. 

Masa Abang UPKK (2019) setiap pagi Ummi ke sekolah untuk sertai majlis bacaan Yasin dan solat hajat serta hantarkan lunch untuk dia. Tapi, sejak Covid ni, parents dah tak boleh masuk ke sekolah. Untuk menjaga kesihatan dan keselamatan para pelajar. Ini pun ada classmate Angah tak dapat sit for exam today. Tarikh ulangan tak silap Ummi 12/12 nanti. Dah cuti sekolah masa tu. Moga dipermudahkan urusan bagi yang terlibat ๐Ÿคฒ

Ummi Walid dan seluruh keluarga doakan Angah dan semua kawan-kawan yang menduduki UPKK tahun ni diberi kesihatan yang baik, tenang & terang hati menjawab serta beroleh kejayaan cemerlang aamin ๐Ÿคฒ

Bittaufiq wannajah semua! 






Sunday 27 November 2022

Jalan-jalan @Aeon Keramat

Cuti extra hujung minggu ni dan cukup korum tapi tak boleh kemana-mana walaupun Mula tu kemain bersemangat  nak panjat Genting. Sebabnya Angah ada Perkampungan UPKK pada Sabtu dan tuition last untuk UPKK. Khamis & Jumaat di tak ke sekolah, demam dan selsema. Selain terikat dengan jadual tersebut, nak jaga juga kesihatan dia. Esok UPKK, doakan Angah ye semua. Mudah-mudahan dapat 8A juga ๐Ÿคฒ 

Boring terperap di rumah petang semalam keluar jugalah... Ke Aeon Keramat. Shopping sikit, makan sikit jadilah... The boys ikut Walid, beli souvenir World Cup di Al Ikhsan. Gegirls ikut Ummi masuk Eco Shop. 

Sementara tunggu azan Maghrib, makan dan lepak dulu di food court. 

Sebenarnya Ummi nak cari dimsum tapi bila nampak sushi, terbeli sushi pulak ๐Ÿ˜… 

Kuew Tiau Goreng Seafood. 
So-so je...

As usual, sizzling food di sini tak mengecewakan. Tapi itulah, dah lama tak dine in sini, harga makanan semuanya dah naik rupanya. Nak buat macamana kan, itulah hakikatnya sekarang ni, serba-serbi mahal :( 

Breakfast @ Ramly Bistro

Lepas hantar Angah tuition, terus kami ke Walid Ramly Bistro, breakfast dulu sebelum ke Ramly Halal Mart. 


Ummi makan Roti Sarang Burung bersama kari ayam. Walid pula pilih roti sardin & kari kambing. Adik pulak minta keropok lekor dan nugget ayam. Kakak tak ikut, Abang ada temankan di rumah. Gara-gara ketiadaan air di asrama, semua pelajar dibenarkan balik. 

Usai bersarapan, kami ke Ramly Halal Mart Batu Muda. Ingatkan ada telur papan, tak ada juga rupanya:( 

Hari tu Mama Cella ada tinggalkan komen, katanya ikan salmon di Ramly Halal Mart yang beliau pergi tak sama harganya dengan yang Ummi goreng tempohari. 

Jadi, Ummi pun snap gambar kali ni :D 

Harga per kilo seperti di atas ๐Ÿ‘†

Tapi, setiap pek tu beratnya tak sampai sekilo pun. Cuma kali ni harganya lebih mahal, hampir RM30/pek. Takde yang <RM20 macam hari tu. Mungkin rezeki kamilah hari tu :) 

Esok cuti, nak ke mana? 




 

Saturday 26 November 2022

Kongsi Telur ๐Ÿ˜‚

Jiran kami, Cik Naz mesej nak beli sardin, kalau Ummi ada stok. Hahaha Ummi rasa kelakar sangat :D Sebab teringat zaman kecik-kecik dulu arwah Tok dan Maklang Di selalu buat begini. Tapi, bukan beli sebaliknya pinjam dulu. 

Kadang Tok kehabisan garam, pergi pinjam di rumah Maklang Di. Bila Maklang Di keputusan bekalan gula contohnya, dia datang meminjam dari Tok. Zaman tu kebanyakannya berjalan kaki ke sana ke sini, jadi bila emergency tu minta dengan jiran sebelah lagi cepat. Zaman sekarang beli online pun boleh. 

Sambutan birthday di rumah Cik Naz malam tadi. 
Thank you for having us. 

Kata Cik Naz malas nak ke kedai sebab cuaca panas sangat. Aisyah pulak demam. Ummi faham sebab Ummi pun dalam situasi sama; Adik demam. Malaslah nak usung ke kedai. Dan Ummi faham sangat bila kita lapar, tapi tak boleh keluar rumah ๐Ÿ˜‚ Masa ni memang mengharap sangat jika tiba-tiba jiran offer makanan ke, lalu depan rumah nak ke kedai ke haha ... 

Sardin takde, tapi telur adalah 10 biji. Offer 5 biji kat Cik Naz. Ikutkan dia nak beli semua. Eh, tak boleh...telur barang rare sekarang ni :D 

Tapi kata kawan di utara, telur dah muncul semula di kedai-kedai sebelah sana. Hopefully di Sri Gombak ni pun samalah. 



  

Thursday 24 November 2022

Pokok Durian Belanda

Buah Durian Belanda bukanlah buah favorite Ummi terutama di zaman kanak-kanak dulu. Sekali dua saja rasanya Ummi jamah. Tapi, bila dah dewasa ni banyak pula pendedahan yang Ummi dapat tentang kegunaan dan khasiat buah dan daun pokok ni. Jadi, mula timbul minat nak tanam pokok durian Belanda ni. 

Nenek Rizqi: Elok tanam pokok ni, boleh elak gangguan...
Mak Bee: Amik daun dia, letak dalam beras tak berkutu... 

Bila berjiran  dengan senior citizens :p 

Jadi, bila diberi benih oleh Aunty Farah Ummi terima dengan senang hati. Alhamdulillah salah satu dari pokok-pokok tersebut dah berbunga ๐Ÿคฉ

Seronoknya alahai bila berbunga ni. Terasa berbaloi penat lelah bela dia. Penatlah sangat ๐Ÿ˜† Bukan apa, hari tu pokok ni 'menguning", Ummi sangka dah tak dapat diselamatkan. Alhamdulillah panjang umurnya, dan dah berbunga sekarang. 

Setakat ni ada 3-4 kuntum bunganya. 

Jirannya, pokok betik dalam pasu ni pun tengah rancak berbunga...

Mudah-mudahan kali ni ada rezeki nak merasa dan berbagi rezeki dengan jiran-jiran. 

Sepokok lagi Ummi tanam dalam tayar terpakai, sebelum alihkan pokok yang dah berbunga tu ke tanah lagi. Tapi, pembesarannya lebih lambat berbanding yang satu lagi. Takpa, everything has its own pace. #tiber :D 

Happy gardening! 

Wednesday 23 November 2022

Queen ~ Bearing Rosak

"Kuat betul bunyi kereta Ummi" tegur Abang. Sebelum ni Ummi dah perasan, Angah & Kakak selaku penumpang setia kereta Ummi pun ada juga komplen. Ummi ingatkan bunyi enijn, tak pun ekzos... Dua tu je yang Ummi tau menghasilkan bunyi bila kereta bergerak ๐Ÿคญ

Bila Walid check, katanya bunyi tayar. Pulak! 

Macam biasa, bawa ke Barisan Yakin. Rupanya bearing belakang rosak. 

Inilah rupanya bearing. Nak tau lanjut pasal fungsi/tanda bearing rosak boleh baca sini : PRIHATIN SPANCO. Selain bunyi berdengung macam yang Queen  alami, ada juga tanda-tanda lain yang menunjukkan bearing rosak. 

Disinilah kedudukan bearing tu. 

Tukar terus dua-dua bearing belakang ni. Kos sekitar RM575*, termasuk balancing & alignment. (*Tulis sini utk rekod). 

Alhamdulillah now kereta Ummi dah tak berdengung :) 

Tuesday 22 November 2022

World Cup 2022

Siapa layan World Cup kali ni? Sokong team mana? 

Ummi of course-lah support England ๐Ÿ˜Ž Satu lagi team pilihan ialah Perancis. Underdog teams pula Ummi pilih Belgium dan Korea Selatan w/pun Walid kata "tak kuat"... No hal bagi Ummi sebab kalau team underdog ni perform, vibes dia jadi lain. Asyik- asyik Brazil, Argentina je kan... 


Walaupun ada team pilihan, tapi mana-mana game yang best dan awal siarannya, layan juga. 

First game England vs Iran hari tu semangat Ummi tengok game tu, walaupun tengok 1st half je :p Anak3 sekolah Umminya yang kena tidur awal haha ... Menang besar England malam tu, 6-2. 

Agaknya siapa juara kali ni ye? 

#kurang sihat, nanti dah ok Ummi blogwalking ye. 

Monday 21 November 2022

Spot Check Denggi

Dua orang pegawai Pusat Kesihatan Daerah (PKD) datang ke rumah. Dikhabarkan ada kes denggi di kejiranan kami jadi depa nak buat pemeriksaan untuk pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di sekitar rumah kami. 

Kebetulan ada baldi berisi air, Ummi rendam pokok lengkuas dan lemon yang baru dicabut di belakang rumah. Belum sempat tanam di luar rumah. Takde jentik-jentik tapi pegawai tu pesan suruh letak ubat jentik-jentik nanti. 

Depa juga minta izin nak tengok bilik air bawah. Ummi bagi sebab bukan kesorangan masa tu. Depa checked baldi/tong air (jika ada) dan tanya juga toilet tersumbat @ tidak, flush berfungsi ke... 

Then proceed to dapur, periksa tray mesin penapis air, tray rak pinggan dan officer tu tanya juga sama ada sinki tersumbat @ tidak, sambil suruh Ummi tunjuk bawah sinki. 

Pasu pokok tu pun diangkatnya, ditilik-tilik ada tak jentik-jentik dalam mangkuk alas tu. Details juga pemeriksaannya. Alhamdulillah tak kena saman :D 

Rajin-rajinlah periksa dan bersihkan tempat-tempat ni ๐Ÿ‘†

Dapat ubat jentik-jentik. 
Depa balik terus Ummi pi letak dalam baldi pokok lengkuas tu ๐Ÿ˜†

Sunday 20 November 2022

Nasi Lemak Bunga Telang


Beberapa malam lepas, Angah bawa balik Nasi Lemak Bunga Telang ni dari surau lepas Isyak. Esok tu baru makan, buat sarapan sebab malamnya dah dinner. 

Maksu rajin juga buat Nasi Lemak Bunga Telang ni. Ummi belum pernah buat tapi makan tu dah beberapa kali juga. Rasanya macam nasi lemak biasa juga, sebab bunga telang ni takde rasa, digunakan sebagai pewarna semulajadi. Macam nasi kerabu juga. 

Dah ada yang komersilkan... Produk unik sebegini mudah dapat perhatian. 

Pokok telang Maklong baru mula berbunga ๐Ÿคฉ

Macam-macam makanan yang dihasilkan dari bunga telang sekarang ni kan .. Hari tu Ummi jumpa resepi buah Melaka biru (guna bunga telang sbg pewarna). Kongsi resepi dengan biras2, masing-masing maleh nak buat walaupun nampak menggoda :D 

Terima kasih kepada yang memberi. Moga bertambah luas rezekinya ๐Ÿคฒ.


Friday 18 November 2022

GE15 ~ Selamat Mengundi

Meriah nampaknya sambutan pilihanraya kali ni. Macam sambut raya pulak ๐Ÿ˜… 

Adik excited nampak bendera banyak di kiri kanan jalan... Anak kawan Ummi di Kedah siap tanya ibunya "mana bendera Kedah dgn bendera Malaysia Ibu?" Hahaha... 

Manifesto ni diselit di pagar rumah kami. Adik jugalah yang rajin baca ๐Ÿ˜… 

T-shirt Keluarga Malaysia. Jiran bagi, petugas PDM rupanya dia. Rajin depa suami isteri jadi volunteer; sumbang tenaga dan masa untuk parti.

Tak kisahlah siapa pun pilihan kita, bersikap matang dan usah terlalu taksub. Jangan kerana berbeda pendapat dan pilihan, terputus silaturrahim. 

Untuk; 
Abg Wadi - P054 
Kak Fadh - P047
Dato' Muni - P006 

All the best untuk kalian! 
Moga ada rezeki kalian dipilih sebagai YB. 

Orang Gombak pilih siapa?



Selamat mengundi semua ❌!


Wednesday 16 November 2022

Rambutan & Belalang

Rambutan
Selalu juga nampak birthday girl Kak Amie makan buah rambutan. Boleh tahan juga harganya di LD nun.. 

Rambutan fresh ni dari Kuala Kangsar. Terima kasih YB! Bukan Yang Berhormat, tapi Yang Berkebun; Kak Minah yang sejak.suaminya pencen ni, rajin benor balik Kuale. Tengok kebun. Seronokkan ada kebun/dusun ni. 

Belalang

Snap gambar Pak Belalang ni, kusyuk makan daun ubi keledek Ummi, sebelum Ummi cabut semuanya. Bukan apa, sejak kebelakangan ni ada jiran-jiran ternampak ๐Ÿชฑ. JPAM pun dan 2-3 kali datang, belum berjaya tangkap. Jadi, Ummi kemaskan sikit depan pagar ni. Pokok keledek ni pun tumbuh sendiri, dari sisa kompos agaknya. Memang rimbun sangat. Tapi tak rajin pulak nak petik buat sayur :( 




Tuesday 15 November 2022

Petua Nasi Lembik Jadi Elok


Tak ingat baca kat mana ntah, pasal petua ni. Baca sekadar untuk ambil tahu. 

Ditakdirkan malam kelmarin tanak pulut dalam rice cooker baru tu, lembik pulak jadinya. Teringatlah pulak petua yang dibaca tu, jadi Ummi cubalah...

Ambil sekeping roti, letak atas nasi/pulut tu. Biarkan seketika, biaq roti buat kerja dia :p

After few minutes, tadaaa....

Alhamdulillah, pulut tu jadi elok. Lebihan air diserap oleh roti tu. 

Pulut tanak bersama ikan pekasam dan kelapa parut. Walah! Untuk anak3, depa makan dengan ayam goreng AF. 

Ikan pekasam tu Tok Umi kirim kepada Paksu. Macam-macam kirimannya; ikan sepat masin, ikan talang masin, asam jawa, serbuk kunyit homemade, asam keping... Alhamdulillah, rezeki. 

Singgah market pagi tadi, beli nangka muda sepeket. Balik rumah terus buat masak lemak+ ikan talang masin tu.  

Petua yang dikongsi ni applicable untuk nasi juga ye. Bolehlah cuba kalau tiba-tiba nasi yang kita masak tu terlebih air :D  

Lastly, minta maaf tak sempat blogwalking, sibuk berkempen! Berkempen (baca: mengemas) dalam rumah, luar rumah, atas rumah, bawah rumah... It drains out my energy :( 


Monday 14 November 2022

Bila LRT Buat Hal

Alhamdulillah perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah beroperasi semula hari ni (14/11) selepas ditutup sementara sejak 8/11. 

Pada hari kejadian 8/11 tu, Walid antara yang terlibat. Dengan penuh semangat nak balik awal hari tu, sampai di KL Sentral sekitar jam 6.00, dikejutkan dengan notis di bawah...

Ingatkan sekejap saja, jadi Walid decided untuk balik selepas solat Maghrib. Sementara tu window shopping dulu dalam Nu Sentral katanya. Ummi suruh naik Grab. Check harga masa ni RM51. 

Habis solat semua, barulah tahu memang takkan ada train malam tu. Barulah gelabah ๐Ÿ˜… Nak dapat Grab pun bukan senang ye. Hujan pulak. Jalan dah sesak.sana-sini. Ummi di rumah pun mati kutu :( Akhirnya dapat juga Grab, harga slightly lower RM 49 kot. Alhamdulillah selamat sampai di rumah. Ada yang terpaksa jalan kaki malam tu kan... Sampai 26km pun ada khabarnya :(

Esoknya dengan penuh semangat nak keluar mencari rezeki untuk keluarga, dapat pula info; 

Syukurlah boleh ke ofis satu lagi, sebab kebetulan ada meeting dengan boss sana. Seharian di Shah Alam. 

Masuk hari ke-3, Ummi pun terlibat angkara pemberhentian sementara perkhidmatan LRT ni. Ummi kena hantar kids ke sekolah sebab Walid nak drive ke ofis. Kalau hantar depa dulu, makan jem lah jawabnya nanti. 

Eh, awal pulak sampainya! Gelap gelita lagi dah sampai. Guna khidmat valet parking dekat sini. Duit lagi :( 

Hari ke-4 pun samalah... Walid berkereta ke ofis, Ummi pula hantar Angah & Kakak ke sekolah. 

Begitulah ceritanya... betapa LRT ni sangat penting bagi warga kota. Bila jadi macam ni, huru-hara Lembah Klang. Justeru itu, pihak bertanggungjawab perlu sentiasa pastikan LRT dan semua komponen pengangkutan awam kita berada pada tahap terbaik pada setiap masa. Kita tak tahu betapa struggle-nya bila kejadian sebegini terjadi. 

Dulu, Ummi masa praktikal di sebuah institusi kewangan di tengah ibu kota pun setiap hari naik LRT. Memang memudahkan walaupun waktu balik kerja macam sardin dalam tin ๐Ÿคญ Berebut-rebut, bersesak-sesak tu normallah hihi ... 

Moga perkhidmatan yang telah menjangkau 20 tahun (ke lebih?) ni terus mampu berkhidmat dengan baik khususnya kepada warga kota. 


Sunday 13 November 2022

Nasi Goreng Chili Flakes & Grilled Salmon

Mampu update perihal makanan aje :D Penat sebenarnya mengemas rumah tak habis lagi. Panjang prosesnya sebab kami keluar dari rumah kerana terpaksa, tergesa-gesa dan tanpa perancangan. Ibarat nak menyusun semula kehidupan,  sedikit mengambil masa. Kadang-kadang Ummi kayuh laju-laju, kadang-kadang Ummi kayuh pelan-pelan :p
 
Berbalik kepada Nasi Goreng Chili Flakes, resepi ni mudah sangat. Nak yang mudah tapi sedap aje Ummi ni hihi .. 

Nampak biashe-biashe je tapi menyengat tau! 

Bahan-bahan cuma perlukan; nasi, bawang besar, telur, chili flakes (Ummi guna Domino's punya), kiub ikan bilis,sedikit gula untuk hatmonikan rasa pedas dan garam (jika perlu) serta sedikit minyak untuk menumis. Ummi campur sekali isi  ayam bakar (leftover). Kalau ada sawi pun sedap jugak dicampur dalam nasi goreng ni. 

Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga keperangan
2. Masukkan chili flakes dan tumis lagi hingga agak garing. Api perlahan ye, takut chili flakes hangus

3. Masukkan nasi, gaul sebati
4. Tambah garam dan gula secukupnya
5. Di tengah-tengah kuali, kais nasi ketepi dan masukkan telur. Biar telur sedikit keras dan gaul sebati semuanya. Tutup api. Siap! 

Untuk resepi lengkap, rujuk SINI. Terima kasih empunya resepi. 

Senang sangat buat nasi goreng ni. Rasanya lebih kurang nasi goreng cili kering, cuma tak perlu tumbuk cili, bawang dsbnya. 

Gandingkan dengan grilled salmon menjilat jarilah :D 
Marinade salmon tu dengan garam dan lada hitam serta sedikit minyak zaiton (minyak masak pun boleh) then panaskan pan. Letak minyak sikit atas pan tu. Letak ikan dan grill hingga masak. 

Hidang bersama hirisan lemon & carrot sagat 

Salmon tu Ummi beli di Ramly Halal Mart Batu Muda. Setakat ni paling murah Ummi jumpa salmon dekat sinilah. Satu pek dalam 4-5 slices harga dalam RM19. Ikut berat rasanya ikan salmon ni. 


Selamat mencuba ๐Ÿค—




Friday 11 November 2022

Makan Apa (1)

Ke laut betullah mood nak ber-blog ๐Ÿ˜” 

Cerita ringan-ringan je la ye ...

Combo Mini Western Set, beli dengan jiran. Ada Spaghetti Bolognese, baked macaroni, meatballs... Anak3 suka, next time boleh beli lagi. 

Nasi Lemak Kerang & Telur Mata. Kata Acik jual tu, bila susah sangat nak dapat telur, Acik guna telur ayam kampung. Lebih mahal, tapi itu aje yang ada. Sebut pasal telur ni, Uncle Apai yang buat biz bahulu pun merungut, susah nak dapat telur katanya :( 

Muruku & kuih raya dari Aunty. Bahulu orang kawin tu Cik Ana bagi. 

Nasi Dagang dari Cafe Jemuju Kasih. Sedap lagi ND Sri Toman. 

 Nasi Lemak Rendang Ayam di Faza Seafood, depan Giant Mini Sri Gombak. Makan sorang-sorang pun onz....

Nasi Lemak kenduri dari surau. Alhamdulillah rutin ke surau bersambung semula bila dah balik ke rumah sendiri. 

Roti Naan dengan Kari Kambing. 
Dating sambil mendobi baju :p

Lontong. 
Banyak betul pembantu Cik Zana letak, tak habis makan. 

Selamat berhujung minggu semua ๐Ÿค—