Showing posts with label Walid. Show all posts
Showing posts with label Walid. Show all posts

Monday, 12 October 2026

Walid | Outstation

Walid ke Utara, Isnin-Rabu minggu lepas. Itu yang sempat breakfast berdua. Isnin tu traveling day jadi tak payah masuk ofis. 

Ada roundtable meeting rasanya. 
Goodies yang disediakan oleh tuan rumah. 
Ada lunch box, tumbler, shopping bags, note books, pen dan power bank. 

Ummi takde power bank, boleh la Ummi 'chop' yang ni. 


 Ada 4 charging port. Boleh guna simultaneously, mantap 👍🏻 

Alang-alang ke Utara tu balik sekejap ke kampung, ziarah family Jitra. Tok Umi tak sihat sekarang, kaki sakit. Tak boleh berjalan, kena duduk atas wheel chair. Jadi pergerakan terhadlah sikit. 

Tok Umi kirim asam jawa kepal ni untuk Ummi. 

iGlow ni minuman susu dalam sachet. Tok Umi jual produk ni. Kadang Ummi minum juga cuma taklah selalu. 

Miang Kham Tok Umi bagi juga. 
Dah seminggu dalam peti ais, tak makan pun lagi. Apa rasanya ye? 

Kuih ni Paklong bagi.
Bingka ubi dan yang hijau tu macam kuih seri muka, cuma bahagian bawahnya pulut hitam. Bahagian atas pula macam bengkang/bingka tapi lembik tak macam bahagian atas pulut seri muka yang lebih keras. 

Alhamdulillah macam-macam yang Walid bawa balik. Lebih penting, selamat pergi dan balik 🤲🏻






Tuesday, 15 September 2026

Pagi Senin

Senin = Isnin 
Kalau orang tua-tua di kampung Ummi, dema (loghat Baling dema, loghat Kedah depa) sebut seney/seneng. 

Masjid Besi Putrajaya 
Menjelang Subuh Walid dah sampai di masjid ni. Solat Subuh kemudian memulakan kerja lapangan di sana. 

Greenwood 
Tugas Ummi la hantar Adik ke sekolah hari ni. Alhamdulillah smooth perjalanan pergi balik. 

Abang ada Speaking Test pagi ni juga. Patutnya Sabtu lepas tapi salah seorang ahli group tak sihat, terpaksa tangguh ke hari ni. Dekat sana ramai tak sihat. Influenza. Ada yang kena kuarantin. Risau betul sebab dah nak final exam awal bulan depan. Sekejap je Abang belajar, dah nak habis Sem 1. Kita yang tengok ni rasa sekejap tapi yang menghadap tu rasa lama kot 🤭


Friday, 14 August 2026

Breakfast w Him ❣️

Walid cuti hari ni, ada program di SRAI. 

Program 8.30 pagi, belum pukul 7 kami dah sampai. Sebabnya Adik sekolah seperti biasa. Kena datang awal, Adik bertugas hari ni. SRAI ni perhimpunan mingguan setiap pagi Jumaat. Nak balik dulu pun tak berbaloi sebab kalau keluar semula nanti confirm jalan jammed. 

Mujur ada warung nasi lemak berhampiran. 
Apa² pun jom isi perut dulu...

Kami order roti kosong 1, roti telur 1. Roti kosong tu untuk Ummi, tapi waiter tu ingat untuk sorang makan kot, dia hidang sekali. 

Mungkin dia nampak ada sepinggan nasi lemak lauk sardin depan Ummi. Sebenarnya order roti kosong tu sebab nak rasa. Sedap roti dan kuahnya. Roti canai Melayu; manis² sikit rotinya. Yang tebar roti tu perempuan. Jarang jumpa tapi ada je kan orang perempuan pun mahir tebar roti canai. 

Nasi Lemak ni banyak nasinya. Makan sorang separuh la, baru adil dan saksama :D 

Lama juga lepak di kedai ni. Jumpa pula parents Aleesa, panjanglah sembangnya. 




Sunday, 28 June 2026

Buah Tangan dari Johor & Padang

Walid outstation ke Johor awal bulan hari tu. Ada roundtable meeting. 
Seperti biasa, kalau outstation adalah buah tangan yang dibawa pulang. 

Kali ni tuan rumah bagi hadiah bantal leher Ogawa. 

Canggih bantal leher ni, boleh cucuk MP3/handphone untuk dengar muzik. 
Disediakan sekali dengan cable biru tu untuk connect ke phone/MP3. Anak⁴ pandailah godek², explore. Ummi ni guna bantal as a bantal la, buat tidur. Takdelah nak dengar lagu ke apa. Tapi, benda dan ada kita manfaatkan saja. Berjalan² la bantal ni atas kereta masa hantar Abang ke Asasi tempohari. Kejap Abang pinjam, kejap Adik, kejap Kakak. 

Selain tu ada note pad, pen dan set straw besi ke chopsticks...lupa, terus simpan je. 

Ni Walid singgah Petron. Beli beg World Cup dengan beg Petron ni. 

Last but not least, semestinya telur pindang kesukaan Ummi. Puas juga keluar masuk kedai di R& R Machap tu mencari telur ni kata Walid. 
Mujur jumpa, kalau tak majuk ah :p 


Ini pula buah tangan dari Padang, Indonesia pemberian Uncle Akmal. Kopi Luwak dan ada coklat bar dari Padang, yang keropok segera tu dari Ganu kite kot. Menarik packaging kopi luwak ni, ada gambar player bola Indonesia barangkali. Gambar player bola wanita bertudung pun ada, lupa nak snapped gambar. 
Tq Uncle Akmal. 
 



Monday, 11 May 2026

Walid | Debit Kad di Guna Tanpa Pengetahuan


Kisah di suatu pagi ... 

Balik dari surau lepas solat Subuh, Walid perasan ada notification (SMS) dari Bank X. Ada transaction dibuat sekitar jam 2 - 6 pg waktu kita, menggunakan debit card Walid. Tapi transaction dalam USD. Transaction 1st tu dekat Johnny's. Bila masa pulak Walid makan dekat Johnny's pukul 2 pagi. Pukul 2 pagi tu satu hal, makan di Johnny's pun tak pernah kami ni 🫣

Walaupun tak besar mana amount-nya dalam dollar, tapi bila convert ke ringgit ratusan juga jumlahnya. Jadi, tindakan segera diambil;

1. Call Bank X untuk block debit card tu > nanti ke mana² branch Bank X yang berdekatan untuk ganti kad debit

2. Buat report polis > kena attach dlm laporan kpd Bank X 
3. Send email to the bank w the police report > cc sekali BNM ( for their attention/ expedite the refund process etc)

Dalam email tu Walid requested the refund to be made within 7 working days and alhamdulillah as to date 2 dari 3 duit hilang dalam akaun tu Bank X dah ganti semula duit yang hilang tu. 1st transaction dekat Johnny's tu belum diganti lagi. Entah apa isunya, kena follow up lagi. 

Tak tahulah macamana orang tu buat kerja, hacked the system la kot sebab kad debit tu ada pada Walid. Risiko yang terpaksa kita hadap bila berurusan di atas talian I guess 🤷🏻

Hati² semua.  




Wednesday, 11 March 2026

Mesyuarat PIBG 2026

Meeting PIBG SMKA 

Ramai juga yang hadir 👍🏻

Hadirin dapat bubur lambuk Kg Baru style. Ustaz² yang mengacau bubur ni. Sedap dan mantap rasanya. Pelajar² pun dapat sorang sebekas. Minggu ni PB hari Sabtu, lepas meeting PIBG ni. 

Hari yang sama juga  berlangsung Mesyuarat PIBG SRAI. Tak pasti sekolah KPM macamana tapi SRAI kena buat Mesyuarat PIBG ni sebelum Mac setiap tahun, ketetapan JAIS. Tapi minggu tu memang banyak sekolah buat meeting PIBG sampai mak ayah terpaksa berbagi tugas. 

Alhamdulillah kehadiran ibu bapa memberangsangkan hasil kempen Tn YDP. Bulan puasa satu hal, hari Sabtu satu hal juga. Ramai yang ada hal.  

Rugi siapa tak hadir :p
Sejak tahun lepas rasanya diberi cenderamata produk Adabi ni untuk hadir ke Mesyuarat PIBG SRAI. Ummi suka je... 

Mek ni pun meeting juga... Buat online discussion nak siapkan tugasan Gerko. Canggih anak² sekarang. 

Thursday, 26 February 2026

PUSPAKOM Datang Rumah

Kisahnya motorsikal Walid tak boleh nak renew road tax sebab dah lebih 3 tahun road tax dan insurance tak diperbaharui. Start tak renew ni masa pkp rasanya. That time kan macam ada kelonggaran ke macamana entah, lupa dah.  Motor ni pun guna untuk ke surau atau kedai depan² ni je. Ke SG pun tak, sebab takde road tax tu kan. Sekarang, Abang dah ada lesen L untuk motor. Jadi motor tu nak bagi Abang gunalah. 

Untuk renew road tax motor yang dah > 3 thn tak diperbaharui ni, kena buat pemeriksaan PUSPAKOM dulu. Ada 2 cara;
1. Bawa kenderaan ke PUSPAKOM (walk in). Inspection charge: RM 20
2. Book khidmat PUSPAKOM mobile service. Service ni depa datang ke rumah. Cajnya RM120

Masalahnya, nak bawa motor ke PUSPAKOM motor tu takde road tax dan insurance. Kot jadi apa² tengah jalan atau ditahan polis ke, dah satu hal kan. Kalau ada Hilux ke boleh la angkut motor bawa ke PUSPAKOM. Adalah kawannya boleh tolong uruskan, tapi caj RM 300. Mungkin dia nak sewa kenderaan la kot dan caj upah bawa ke PUSPAKOM tu... 

Syukur, PUSPAKOM ada PUSPAKOM mobile service ni.  Buat booking online je. Nanti dia bagi slot dan kita terus buat bayaran. Cuma kena tunggu juga slot yang free tu. Bukan ikut tarikh kita, ikut tarikh diorg free. Tarikh yang Walid dapat 3 minggu rasanya dari tarikh buat booking. 

 Antara job scope team ni ialah inspect kereta² re-cond yang masuk Malaysia. Ni nak raya, makin banyak kerja diorang sebab orang nak beli kereta raya :D So kena ikut turn la... Bukan semua PUSPAKOM ada service ni. Hanya PUSPAKOM Padang Jawa Shah Alam yang ada mobile team ni. Cawangan Wangsa Maju dan Batu Caves (yg terdekat dgn kami) takde khidmat ni. 

Depa cover seluruh Lembah Klang. Kalau PUSPAKOM Wangsa Maju dan Batu Caves untuk walk in saja. Maksudnya kena bawa kenderaan ke tempat mereka untuk diperiksa. Untuk tempat²/negeri² lain boleh rujuk di website PUSPAKOM. 

Pemeriksaan sedang dibuat.
Owner kena tunjuk geran motor untuk depa check chassis number dsbnya. Alhamdulillah semuanya okay w  motor Walid ni. Once semuanya dah selesai, depa keluarkan report on the spot (online). 

Report ni valid untuk tempoh sebulan sahaja. Jadi kena cepat²lah print dan bawa ke JPJ untuk renew road tax dan insurance. 

Alhamdulillah Allah permudahkan. 

Monday, 16 February 2026

Kiriman dari Ofis


Ofis hantar fruit basket masa Walid MC seminggu minggu lepas. Cantik kombinasi warna bunga² tu. Fresh flowers ... 

Bukan roses, carnations rasanya. 

Buah-buahan premium... Semua manis² dan sedap

Tertarik dengan buah warna kuning ni... Rasanya ground cherry ni kan... 

Rasanya masam² manis

Alhamdulillah, tq team 🌹

Friday, 13 February 2026

Walid | Minor Surgery

Alhamdulillah minggu lepas Walid selamat menjalani minor surgery to remove a benjol di kepalanya. Benjol tu seakan bisul, tapi tak sakit dan tak bermata. Saiznya ± sebesar guli. Walaupun begitu, Doc suggested supaya dibuang. 

Daftar wad dulu.
Walid kena puasa bermula jam 12 tgh malam sebelumnya. 

Wad Ar Raudhah.
Rasanya Ummi pernah admitted di wad ni juga. 

Get ready untuk ke OT. Around 1130 gitu... 

Alhamdulillah everything went well 🤲🏻
Dalam benjol tu ada lendir. Sample dihantar ke lab untuk further test. 

Malam tu Walid kena warded jugalah, untuk Doc monitor apa yang patut. 

Mantap betul menu yang disajikan 😋

Ini Bubur Ayam for breakfast nx morning. 
Menu ni Abang yang pilih, sebab masa staff ambil order Walid masih dalam OT. Abang yang teman Walid sepanjang 2H1M di Pusrawi ni. Ummi uruskan Adik sekolah dsbnya. 

👍🏻

Lepas discharged tu Walid dapat MC seminggu. Tempat surgery tu still kena bandage, takut bila dibiar terbuka nanti kena infection. Selang sehari pula kena pergi dressing dekat klinik berdekatan. Syukurlah dekat Prima SG tu banyak klinik panel. 

Alhamdulillah as to date, luka semua dah kering. Hari ni jumpa Doc semula untuk follow up. Alhamdulillah syukur 3/4 jahitan dah buka benang, 1 more nx week. Result lab pun dah dapat, alhamdulillah clean. Punca benjol tu sekadar infection.  Syukur sangat² 🤲🏻





Monday, 9 February 2026

Gotong Royong 1H

Sabtu lepas Walid dan Abang menyumbang tenaga untuk cat kelas Kakak bersama 4-5 orang parents lain.


Cat dan peralatan mengecat Ustaz S, guru kelas Kakak dah sediakan. US pun tak dapat join, sebab terlibat dengan program Tahsin Solat untuk pelajar². Segala perbelanjaan ni hasil sumbangan parents 1H sendiri. 


Setelah setengah hari bertungkus lumus, inilah hasilnya...
Anak² 1H pilih warna ni ..depa nak tema LEBAH. Ustaz pun layankan aje :) 

Hari ni dah siap gantung tirai. US sendiri pasangkan. Ustaz sangat komited, jadi parents pun seronok nak membantu. 

Lapik meja lawa! 

Tadi Kakak call, katanya seronok tengok kelas dia dah lawa. 
Alhamdulillah 🤲🏻