Tuesday 22 May 2012

Entry haru biru... team work


Pic: courtesy from Google
Kerja ini perlukan team work, kata seorang ketua kepada anak buahnya. Team work? Rasa nak termuntah aku dengar, getus seorang kakitangannya di dalam hati. 

Come on, don't talk about team work la Bos, if diri sendiri pun tak amalkan, sambung mamat tadi, juga di dalam hati. Bengkek sungguh dia bila diminta agar staff bersatu padu bekerjasama dalam menjalankan misi ini. Bukan dia tidak boleh memberi sumbangan, tetapi kenapa dia saja yang harus berkorban? Jika benar ketuanya seorang yang 'walk the talk' kenapa bosnya tidak mahu melalui 'perjalanan' yang jauh itu bersamanya? Kenapa bosnya memilih untuk mengikut jalan yang lebih mudah, sedang dia di suruh mengikut jalan yang lebih jauh lagi menyusahkan dan memenatkan?Atau hanya keran dia bos, hanya katanya sahaja yang betul? 

Pernah mengalami situasi begini? Anda di pihak lain dan ketua anda di pihak lagi satu? Saya percaya ia pernah berlaku walaupun berbeza situasi.

Harga diri atau ego kita akan tercabar sekiranya diminta berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak dan pilihan diri. Kita telah memberi pandangan dan pendapat namun atas sebab yang amat tidak munasabah cadangan dan permintaan kita ditolak. Natijahnya, kita terpaksa mengikut keputusan yang dipaksakan ke atas kita. 

Namun, sebagai orang yang beriman kita perlu yakin bahawa ada hikmah di sebalik yang berlaku. Sabar dah redha adalah jalan yang terbaik.

Thursday 17 May 2012

Hilangnya Doa Seorang Ibu


Allah menegur kita dalam pelbagai cara dan bentuk. Itu tanda kasih sayang-Nya pada kita. Cuma, bergantung kepada diri samaada kita melihat sesuatu yang terjadi sebagai teguran dari-Nya atau memandang negatif setiap yang terjadi pada diri. Juga sebagai cara untuk kita mengkoreksi kelemahan diri lalu membetulkan kesilapan dan bertaubat darinya.

Semalam saya menonton drama Hilangnya Doa Ibu, sungguh cerita itu menghibakan. Jika dilihat watak Angah lakonan Lisdawati seperti tiada yang tidak kena dengannya, dia seorang yang bersolat, menutup aurat dan perwatakannya seperti seorang yang baik. Malangnya, dia terlalu berkira dengan adik beradiknya dan sering juga mengungkit pemberiannya dan sumbangannya terhadap keluarga, kepada suaminya yang saya kira lebih rendah pendapatannya dari beliau. Terfikir saya, kadang-kadang rasa keogaan itu yang menyebabkan beliau bersikap begitu.Namun, saya kagum dengan watak suami yang di bawa oleh Roy Azman, sangat sabar dan tenang melayan karenah isterinya. Sentiasa dinasihati dengan baik dan lembut.

Merenung ke dalam diri, kadang-kadang terasa bayangan sisi hitam Angah berada dalam diri. Kita solat, berbuat baik pada ibu dan suami serta keluarga tapi kadang-kadang kita masih gagal menundukkan nafsu dalam diri. Masih ada ego ketika berdepan dengan ibu mahu pun suami, sedangkan merekalah pemegang kunci syurga untuk kita. Manfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang yang kita anak untuk menanam benih kebaikan kerana di akhirat nanti, dapat kita nikmati hasil tuaiannya. Dunia sebagai tempat kita bekerja keras sedangkan akhirat tempat untuk kita beristirehat selama-lamanya. Teruslah bermujahadah agar keegoaan dan nafsu yang menebal dalam diri dapat ditundukkan. 

Ya Allah, ampunkan diriku, aku hamba-Mu yang amat lemah, amat dhaif. Aku perlu kasih sayang Mu, petunjuk dah hidayah dari-Mu ya Allah untuk terus melangkah, memperbetulkan diri sebelum ajal menjemput. Amin...

Terima kasih atas tamparan kasih sayang Mu ya Allah! 


Sunday 13 May 2012

Mom & Me

Semalam kami sekeluarga ke pasar raya untuk membeli keperluan dapur. Suami melayan anak-anak sambil menyorong troli manakala saya dan mak melangsaikan urusan kami. Tup-tup berjalan membelek keperluan dapur, terpandang satu kaunter cantik, ada 3 cawan minuman disediakan di booth tersebut. Saya pun berjalan ke situ, nampak logo Nestle. Saya ambil satu cup & minum. Mak pun sama, ikut je apa saya buat. Then, datang seorang promoter. "Puan pregnant ke? Atau baru lepas bersalin?" Alamak, nampak macam orang pregnant ke aku nie? Dalam hati membebel la gak...:). Then, baru saya perasan yang saya minum tadi susu untuk preggy moms or BF moms. Nasib baik saya termasuk gak dalam kategori no 2 tu. Mak xtaulah kategori mana.. heehehe..

Tapi honestly susu tu sedap sangat. Harga sekotak RM20 dan sekarang tengah promosi, so adalah beberapa offer menarik. Tapi saya tak beli pun..:). Promoter tu sempat hulurkan borang minta saya isi. Saya pun isi sambil cakap ngan dia, ada free gift tak? Dia cakap, bolehlah nanti saya bagi akak sample skit.. Saya suka budak ni, dia tak push kita, dia minta tolong & cakap elok2 je.. itu yang saya sanggup isi borang tu, lagipun produk Nestle, saya xde masalah. Lepas isi form, saya serah balik pada dia then dia bagi satu kotak susu tersebut yang berharga RM20. Dalam hati, nasib baik x beli, tapi bersyukur sangat untuk rezeki terpijak nie...:)


Semoga pregnant lagi, boleh minum susu nie hari-hari..:)
Tup-tup bunyi SMS masuk. Rupanya dari MIL, minta alamat email. Got something from the kids kat kampung. Bila cek email, rasa cam gugur jap jantung.. anak-anak buah kat kampung anta kad... tq sayang, m.ngah LOVE uols!!!!!!!!!!!!!!!

Pandai uols tulis ye...:)


Tuesday 8 May 2012

Darul Aman Golf & Country Club

Baru-baru ini kami sekeluarge termasuk mertua, biras dan ipar duai sempat bercuti di Darul Aman Golf & Country Club (DGCC). Kami menyewa sebuah chalet 3 bilik berhampiran swimming pool yang sungguh heaven. DGCC terletak di Bandar Darulaman, Jitra, Kedan Darul Aman.

Memandangkan saya KLgites maka tidak menjadi masalah kepada saya untuk berenang bebas dalam kolam renang yang saaaaaaaaaaangat cantek itu. Nak terjun ke menyelam ke xde sapa yang kenal ai pun. Biras-biras ai semua orang local, so demi menjaga reputasi mereka rela menjadi penonton.  Hahaha, rugi uollz.. 

Kalau tak kerana nak menjaga anak-anak yang ramai tu (termasuk anak-anak sedara) lagi lama rasanya nak berendam dalam kolam tu. Maklumlah, hanya saya dan sepupu je yang conquer kolam tu. Kebetulan guest tak berapa ramai masa tu agaknya. Ada satu group student dalam 50 orang tapi ada kursus agaknya, xde plak nampak diorang mandi manda dalam pool tu. Mungkin juga MIL sewa kolam ni khusus untuk we all kot. hehehe

Soo heaven! Berendam sampai tak mau naik. Lepaskan tekanan la konon..
Chalet 3-bilik dengan harga RM298 semalam.
Ruang tamu, dilengkapi tv, aircond dan sofa set
Begitu juga di kolam kanak-kanak. Hanya Abang dan sepupu sepapatnya sahaja yang conquer kolam tersebut. Sewaktu membawa Opal ke kolam, dia sungguh teruja, sampaikan nak terjun ke dalam kolam. Berani sungguh hero umi sorang nie ye..

Kids pool
Enjoy!



Sunday 6 May 2012

KL Book Fair 2012 2.0





Pertemuan antara dua sahabat yang terpisah dek masa dan suasana...
Macam sensasi je kan tajuk tu kan? saja suka suki menunjukkan kali ke 2 saya ke PBKL 2012 untuk tahun ini. 

Selepas balik hari tu, hati dok meronta-ronta nak pergi lagi sekali ke sana sebab  tak sempat melawat-lawat ke semua booth. Jadi, kesempatan menggantikan seorang staff untuk menjaga booth Jumaat lepas saya manfaatkan sebaik mungkin. Nampak pengurangan yang ketara jumlah pengunjung terutamanya para pelajar sekolah. Banyak ruang dan peluang terbuka untuk orang-orang dewasa menilik buku dengan jayanya...:) Bayangkan, hari Isnin lepas saya asyik berlanggar dengan kanak-kanak sekolah, sementelah saiz badan mereka amat kecil berbanding zaman sekolah saya dulu. Atau mungkin juga saya terlalu besar bagi mereka! hahaha.. 

Untuk versi 1.0 saya hanya sempat membeli buku dari 'jiran sebelah' sahaja. Kali ini langkah semakin panjang dan selesa. Boleh dikatakan semua booth saya jenguk dan sungguh berbaloi. Pelbagai buku dari pelbagai genre yang saya beli, dari buku masakan sehinggalah ke buku bergenre politik, autobiografi dan biografi. Kalau ikut hati banyak lagi yang hendak di beli.

Hanya RM2 untuk buku begini - hadiah untuk Abang dan Opal. Opal sungguh teruja dengan buku barunya. I like!
Namun terasa amat puas kerana berjaya memiliki buku idaman seperti Bukan Sekadar Resepi, yang amat-amat saya tunggu. Dapat pula dengan harga diskaun, semakin lebar le senyumnya. Saya sempat melihat kelibat K Norhashimah, editor Anis tapi tak sempat bergambar dengan beliau, memandangkan tiada kamera atau handphone waktu itu. Sempat juga melihat kelibat Ezam dan Dr Anuwar Ridhuan di main stage. Keadaan sungguh selesa hari itu.
Tarikan BSR sungguh kuat. Ini kali pertama saya membeli buku resepi, tapi pelaburan yang amat berbaloi dan mengiurkan. Buku Santapan keluaran DBP berharga RM49.90 dijual dengan harga RM10 sahaja. Rugi kau Kiah, x ke PBKL hari tu..:)
Kunjungan kali ini juga menemukan dengan sahabat yang datang jauh dari utara, terima kasih Mak Ngah atas ingatan tulus ikhlas dan kunjungan ke booth kami yang tidak seberapanya.. hanya air mineral saja mampu disajikan.. Hahahaha.. 

PBKL, jumpa lagi tahun depan, insha Allah.