Tuesday 30 May 2023

Daging Masak Hitam (Resepi Che Nom)

Gambaq kelabu asap takleh bincang 😂

Tapi sedap dan menjadi hasil cubaan Daging Masak Hitam resepi Che Nom ni. Sebelum ni pernah masak lauk ni tapi resepi Che Nom ni paling menjadi setakat ni. 

1. Tumbuk halus bawang merah + bawang putih utih + halia 
2. Gaul daging yang telah dihiris (Ummi rebus dulu) bersama bahan tumbuk 👆 + serbuk ketumbar + serbuk jintan manis + serbuk jintan putih + kicap manis + sos tiram secukupnya. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. 
3. Panaskan minyak; tumis daun pandan + serai (dititik) + kulit kayu manis + buah pelaga + bunga cengkih + bunga lawang hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili garing 
5. Masukkan tomato yang dihiris kecil dan tumis hingga tomato layu. Boleh juga guna tomato puri.
6. Masukkan daging yang telah diperap tadi dan gaul sebati semuanya. 
7. Tambahkan kicap manis secukupnya. Bila dah sebati semuanya dan secukup, rasa tutup api. Siap!

Raya Qurban nanti bolehlah repeat menu ni :) 

Pulut Kuning dan Kari Ayam masa makan-makan di rumah raya ke-13 tempohari masih berbaki. Ummi simpan dalam freezer dan panaskan (kukus semula), alhamdulillah masih elok dan sedap rasanya. 

Kebetulan ada sambal ikan bilis, memang kena sangatlah makan dengan pulut kuning ni. Lauk Daging Masak Hitam ni pun sedap juga dimakan bersama pulut kuning. 

Resepi Daging Masak Hitam Che Nom klik: SINI 

Selamat mencuba 🤗

Monday 29 May 2023

Birthday Adik ke-7

She turned 7y/o last week. Tunggu Abang balik dari asrama Jumaat 26/5 tu baru celebrate. Beli kek, beli KFC, bagi hadiah kira celebrate la tu :D Kek Ummi beli dekat outlet Mamasab Sri Gombak. Boleh beli direct tanpa melalui agen rupanya. 

Berselera betul bday girl... Dah lama tak makan kepci :) 



Adik minta khemah untuk birthday present

Abang, Angah & Kakak tolong set up khemah untuk Adik..

Meanwhile I made a choc bouquet for her...

Lepas makan, dia naik atas and was so pleasantly surprised to see the khemah...

Terlompat-lompat dia tengok khemah tu... Memang dah lama juga dia request khemah ni... Malam-malam tidur dalam khemah sekarang ni :D 
 
Beli di Mr DIY je... Ada casing sekali, senang nak simpan @ bawa kemana-mana...


Untuk, Adik, Ummi Walid Abang Angah & Kakak doakan Adik sentiasa dalam lindungan & rahmat-Nya, sihat, ceria dan berjaya selalu 🤲 



Sunday 28 May 2023

Semak Arah Kiblat & Berianikan Diri :p

Hari kedua cuti sekolah...

Hari ni berlaku peristiwa Istiwa ' A'dzam (fenomena kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah). Alhamdulillah sempat juga anak² dan Walid semak arwah kiblat tadi. 

Back to tajuk 'Berianikan Diri' atas tu, kononnya raya hari tu nak masak nasi beriani. Tapi seminggu di kampung tempohari tak masak pun nasi beriani, follow menu Tok Umi je. Hari ni baru la masak, di rumah sendiri...

Guna perencah Nasi Beriani Adabi, warnanya coklat² sikit, compared to perencah Nasi Beriani Maggi. Yang tu warna kekuningan. Lauknya Ayam Bakar, Acar Timun, Papadom dan Dalca Sayur, yang Ummi bawa balik dari rumah Tok Tam raya hari tu. Simpan dalam freezer, elok lagi. Buat sekali koktail buah, semua ada ni menu special la sikit :)

Untuk dinner, Ummi masak tomyam. Then celur mee dan bihun.  Setel...

Syukur seadanya. 

# Telah kembali ke negeri abadi guru BI kami, Ms Suzana (Teacher - Tr) malam tadi (27/5). Sejak kebelakangan ni Dr Na-nu yang bertugas di hospital dimana Tr dirawat selalu update keadaan Tr dalam group WA sekolah kami. Sedikit sebanyak dapat juga tahu keadaan Tr w/pun tak berkesempatan ziarah. Didoakan agar arwah Tr ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲 

Makan Kenduri di UIA

Cuti sekolah dah mula... 

Hari pertama cuti sekolah kami dapat 2 jemputan ke majlis kenduri. Satu darinya diadakan di UIA. 

Selamat Pengantin Baru Asma' & Muiz 💝

Sebelum ni anak² ex-boss Ummi juga buat majlis perkahwinan di dewan ni. Jadi, kami pernahlah ke sini. 

Yang seronoknya, Ummi terjumpa anak dara ex-boss ni. Dekat 10 tahun kot tak jumpa, since Ummi berhenti kerja tu. Dulu umurnya sekitar 15 tahun, sekarang makin cantik bergaya, dah matang dan makin peramah. Bakal peguam Insha Allah 🤲

Buah tangan dari tuan rumah. 

Adik bergambar kenangan di depan backdrop sempena penganugerahan ijazah kehormat  Doktor Falsafah kepada DYMM SPB Yang diPertuan baru-baru ni. Dah 40 tahun rupanya UIA...

Majlis satu lagi kami tak dapat penuhi, bergegas ambil kereta Ummi yang di hantar service dan nak jemput Angah di tuition center. 

Sebelah pagi kami melawat Uncle Rohai, accident motor Khamis lepas. Mudah-mudahan diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya 🤲 Doa yang sama juga untuk K, kawan sekolah Abang yang akan menjalani operation esok kerana tulang selangka patah akibat terjatuh tangga. Katanya licin akibat terpijak air. 

Masa nak balik, terserempak dengan Datin Almy Nadia dengan anak³-nya dalam lif. Sempatlah bertegur sapa. Nak ajak selfie pun baby-nya meragam. Sajalah, nak jumpa artis tu nak juga share story haha....

Cuti kali ni dah ada beberapa aktiviti/ program yang Ummi dah susun untuk anak⁴. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar 🤲








Saturday 27 May 2023

KAMIL Peringkat Sekolah

Alhamdulillah rezeki Angah dan Kakak terpilih mewakili rumah sukan mereka, rumah 💙 untuk acara Syarahan B. Arab dan Nasyid Solo respectively

Pertandingan Isnin lepas, Khamis baru dapat result. Alhamdulillah, pulang bawa kemenangan ☺️

Angah berjaya memperbaiki kedudukan; tahun lepas tempat ke-3, tahun ni no 2 alhamdulillah. Rumah sukan lain pun hantar peserta yang sama juga. Johan dan tempat ke-4 masih orang yang sama, manakala Angah bertukar tempat dengan Zahin. 

Bersama semua peserta Syarahan B Arab. 

Kakak pula kali pertama join KAMIL. Alhamdulillah dapat Johan. Secara automatik terpilih untuk acara Nasyid Berkumpulan (peringkat zon) manakala Angah masuk audition Kalam Jamaie tapi gagal di saringan kedua. Tapi, ada rezeki masuk acara Solat Jenazah. 

Ummi okay je anak² aktif aktiviti sampingan sebegini tapi biarlah seimbang dengan pencapaian akademik. Kakak dah berlatih since Selasa, tapi semalam jumpa Cikgu untuk tarik diri. Waktu latihan banyak mengganggu jadual sekolah. Ada 2-3 orang cikgu yang sound dia sebab ponteng kelas. Ialah, latihan dari jam 11 pg  hingga habis waktu sekolah, memang banyaklah skip kelas :( 

Takpelah Kakak, takde rezeki nak wakil sekolah kali ni. 

Thursday 25 May 2023

Lauk² Kampung je ..

Sedap pulak nampak Tempe Belado yang Cik Ita masak. Tak berlengah, terus ke kedai cari tempe gak Ummi pun. 

Gambaq tak cukup cahaya, abaikan :D 
Ummi masukkan sekali terung pipit, meriah pulak berbuah pokok kedua tu. Sayang jika tak dipetik. 

Tempe Belado Cik Ita. 
Tempe Belado Ummi takde ikan bilis, lupa dah habis stok. Pergi kedai beli ini je;

Okay jugak harganya kan? 

Ummi selalu beli lauk stok untuk seminggu terus. Bila keputusan bekalan baru ke kedai runcit dekat rumah ni. 

Daun selom pun rancak berdaun, petik buat kerabu + kaki ayam. Cuma tersilap, hiris kasar-kasar sangat. Kalau halus-halus lagi sedap sebab daun selom ni struktur dia keras sikit. Sebab tu Ummi kurang gemar. Lagi suka ulam raja. 

Nun di Jitra, Maklong dah repeat Lawar Terung yang kami makan raya kedua hari tu. Ummi masih berhutang resepi ni dengan kawan-kawan, sorry belum sempat buat sendiri. Itu yang tak share lagi resepinya 😅. Better scroll dekat IG dulu kot, nak tunggu Ummi entah bila nak buat :)

Masak lauk² kampung simple² gini memang menawan seleralah kan... 
Bak kata SK, bocor periuk! 

Wednesday 24 May 2023

Mahal!

Beli T-shirt Pengakap Angah...

Lagi 10 sen cukup RM50! Sebab material (kain jersey) ke apa tak tahulah kenapa mahal sangat bagi Ummi. Kalau saiz Abang tu Ummi bolehlah terima. Tapi sebab dah pusing banyak kedai, kedai ni je yang ada belilah juga. Kesian Angah, dah lama minta baju ni. 

T-shirt PBSM Kakak ni, lengan panjang baru RM27.90. Ini kain cotton. 

Baju Kakak ni Ummi beli di kedai Canggih Prima Sri Gombak. Suka cari kelengkapan sekolah di sini; banyak pilihan, staff baik, kedai pun luas selesa. Tapi itulah, dari tahun lepas depa hanya ada stok T-shirt Pengakap yang lama je, yang kelabu tu. Itu yang terpaksa cari merata-rata tu. 

Alhamdulillah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk anak³ SRAI dah dapat awal April lepas. Memandangkan bulan puasa, tiada aktiviti PJPK atau Gerko, lepas raya ni baru membeli. Memang membantulah duit BAP ni, sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa. 

Balik Gerko semalam, Angah senyum²...

"Angah jadi Ketua Sekawan Ummi"

Alhamdulillah, ada juga berkat baju mahal tu haha... 




Tuesday 23 May 2023

AyahMan Strawberry, CH


Dari KEA FARM kami ke Kg Taman Sedia untuk memetik strawberry. Antara yang paling awal kami jumpa ialah AyahMan Strawberry. Di bahagian depan ialah kafe manakala di bahagian belakang pula kebun strawberry. 
Signature dish kat sini is Nasi Lemak Pandan Sambal Strawberry. 

Trademark di CH ni, laluan pejalan kaki berbumbungkan pokok² bunga... Redup, sejuk dan tenang je lalu bawah ni... 

Sebahagian meja makan diletakkan di bawah teduhan bunga-bungaan ni. Kalau buat event kat sini mesti letop! 

Memandangkan kafenya full house dan kami masih kekenyangan, kami terus masuk ke kebun strawberry. Masuk adalah percuma. Bakul kecil dan gunting disediakan di kaunter depan. 

Ya Allah, dah masak ranum buahnya! 
Dalam hati rasa beruntungnya kami datang ke sini, dapat petik strawberry yang fresh dan manis. Tertanya-tanya juga, yang ramai² dekat kafe tu datang untuk makan je ke? Strawberry dalam ni macam takde sapa sudi nak petik pun :D 

Ini baru betul kebun strawberry! 
Meriah sungguh buahnya...Masa singgah di Green View Garden pokok strawberry-nya hanya tinggal putik dan bunga :) 

Bersih dan terjaga kebunnya...

Bukti :p

Walaupun tergoda dengan kesegaran strawberry dalam ni tapi tidaklah banyak mana pun yang kami petik, sebab dah beli 2 pek besar di Kea Farm tadi. Masuk dalam kereta, yang baru dipetik ni habis licin, semuanya geram tengok buahnya yang ranum tu. 

Usai memetik strawberry dan bergambar dalam tu kami ke kaunter. Ada beberapa produk berasaskan strawberry yang dijual seperti jem, sambal strawberry dan kordial. Ummi beli sebotol kordial ni, sedap rupanya! Masa buat makan² raya hari tu habis sebotol kordial ni Ummi bancuh. Memang sedap 👍

Jika ada yang ke CH, cubalah usha produk ni. Jenama Cik Merah. Ummi hari tu beli botol kecik je, ingat nak buat raso² je, eh sedap la pulak. Patinya pekat dan rasa strawberry original, bukan sekadar perasa tambahan. 

Produk² lain termasuk scones... 

Alhamdulillah petik fresh strawberries

AyahMan Strawberry 
No. 44 Kampung Taman Sedia
Tanah Rata, 39000 CH
Pahang

Monday 22 May 2023

Majlis Muafakat SRAI & Mesyuarat PIBG SMKA

Sebelum beraya di Senawang Sabtu lepas tu, kami suami-isteri sempat berbagi tugas sebab hari yang sama ada 2 program sekolah  melibatkan Abang dan Angah. 

Walid joined Mesyuarat PIBG sekejap, manakala Ummi pula attended program SRAI untuk parents T5&T6, berkaitan dengan UPKK dan PSRA. 

Majlis secara maya, senang untuk kami merancang perjalanan. Ummi Meet dalam kereta, Walid masuk dewan sekolah Abang, depa meeting  fizikal.


Bulan depan start tuition PSRA anjuran sekolah. Chaiyok Angah 💪

Auto panic Umminya bila Ustazah share tarikh² penting termasuk tarikh peperikaaan PSRA nanti. 

Penutup majlis, bacaan Akujanji oleh KM, Amjad.

Selalunya murid² yang dapat 8A dalam UPKK tahun sebelumnya akan diraikan dengan pemberian hadiah dalam majlis ni. Tapi, sebab dibuat secara online, mungkin ada sesi lain untuk mereka. Mungkin sekolah tunggu dulu keputusan semakan keputusan UPKK. Dan semalam 22/5 yang buat semakan keputusan UPKK 2022 dah dapat keputusannya. Tahniah yang berjaya! 


Antaranya Umai, alhamdulillah. Ciksu minta pendapat nak buat semakan ke tidak jadi Ummi share pengalaman buat semakan keputusan UPKK Abang dulu. Ummi suruh dia buat, mana tahu ada rezeki Umai. Alhamdulillah berjaya. Ummi tumpang happy & syukur untuk mereka dan keluarga mereka :D