Showing posts with label Cats. Show all posts
Showing posts with label Cats. Show all posts

Thursday, 22 January 2026

Gelagat Bosses

Patutlah senyap, pakat lena rupanya 😁

Dua² ni stray cats, tapi most of the time memang duduk di rumah kami esp yang kecik tu. Namanya Kenit. Yang oren ni Cheeky. Time dia datang tu saiznya lebih kurang Kenit je. Sekarang dah sado :D 

Emon. 
Mula² Ummi tengok tidur dekat lantai je...

Tak lama kemudian, dia pun nak tidur atas tilam juga. Cadar tu dah la Ummi baru basuh, lepas Angah kembali ke asrama minggu lepas 😌

Waktu siang Walid takde bolehlah lepak dalam rumah. Malam² semua tidur luar kecuali big boss ni 👇🏻

Hat ni siang malam memang dalam rumah. Keluar sekejap je ambil angin segar :D 

Ni Peah, tengah dating dengan BK atas bumbung 😆
Peah memang kena duduk luar je, masuk rumah suka kacau dapur. Bukak periuk, curi lauk, jatuhkan pinggan mangkuk kepakaran dia la... Pening Ummi :) BK tu macam ada tuan, sebab tak pernah makan pun dekat rumah kami. 

Si Leo on off datangnya... Kalau lapar dia balik la sini. Si Kecik yang datang awal tahun lepas dah tak muncul.  Hampir 3 minggu dia duduk sini. Rasanya anak kucing Cik Nora tu... 







Thursday, 12 June 2025

Peah Demam

Runsing betullah kalau ada ahli keluarga sakit 😔 

Walaupun yang tak sihat tu anak bulus tapi tahap susah hati tu macam anak sendiri yang sakit. Si Peah ni terkelepet je Ahad lepas. Sabtu hari Raya Haji tu dia okay je, tup² jadi gini. Yang buat lebih risau dia ada baby, yang baru sebulan lebih umur depa. 

Isnin bawa dia gi klinik. 
Demam dan ada ulser dalam mulut. Tinggi suhunya 40.8. Nampak macam gejala Parvo 😥 Nak buat test Parvo RM80. Ummi minta Doc bagi ubat dulu, nak monitor tengok sehari dua dulu. Dapat antibiotics, ubat radang dan tambah selera. Semuanya pil. 

Anak² Peah menumpang kasih dekat Adik. Mak depa taknak layan, memang dia menjauhkan diri dari anak³ dia :(  Tapi elok juga sebab Doc pun minta asingkan. Sebab Parvo boleh berjangkit. 

Doc suruh bagi makan wet food jenis ni. 
Mujurlah ada dekat Hyper Pet tu. 3 botol RM10. 

Selasa Ummi singgah di klinik sekejap, minta Doc tolong bagi Peah makan ubat. Stressed betul bab bagi kucing makan ubat ni. Rabu, sebelum gegirls pergi sekolah sempatlah bantu Ummi bagi Peah makan ubat. Sebelah malam, tak berjaya pulak 😇 Dia dah makin sihat, kuatlah melawan pun.  Terpaksa hancurkan dan campur air then masukkan dlm syringe. Minum la sikit. 

Alhamdulillah hari ni Peah nampaknya dah slowly recovering. Dah ada appetite, dah nak bf anak³ semula dan back to her usual self alhamdulillah. 

Kos rawatan;
Isnin - RM83. 00 
Selasa - RM5. 00

Makan modal 🤭