Monday 30 April 2012

KL Book Fair 2012

Anda sudah mengunjungi KLIBF 2012 yang sedang berlangsung sekarang sehingga 6 Mei 2012 di PWTC? Satu acara yang tidak patut dilepaskan.

Sementelah ada rakan yang bertugas di sini, maka saya pun mengambil kesempatan untuk menghadiri acara besar yang sentiasa ditunggu-tunggu saban tahun. Sungguh kali ini sambutan memang luar biasa. Manusia pelbagai peringkat usia berbondong-bondong dengan tujuan masing-masing. Untuk pelajar sekolah mereka mendapat lebih diskaun, sesuatu yang amat mengujakan. Bagi pegawai pustakaan atau kedai-kedai buku mereka mencari stok baru dengan membuat 'listing' atau pre-order. Bagi individu, terpulang pada citarasa masing-masing, pelbagai genre buku tersedia untuk anda. Hanya sediakan ongkosnya!

Ini bukan kali pertama saya ke pesta buku, malah pernah mengusung Abang ke sini. Tapi, pengalaman kali ini amat menarik. Bagi penerbit besar seperti Karangkraf dan PTS, mereka menempati dewan Dato' Onn (kalau tak silap) di bahagian bawah. Saya cuba masuk ke dalam kedua-dua tempat ini, tetapi lautan manusia menyekat pergerakan saya. Saya mengalah sementelah suasana yang amat tidak menyelesakan. Namun saya amat mengagumi ibu bapa yang muda belia yang sanggup membawa anak kecil dan bayi ke tempat 'crowded' seperti ini. Tahniah!

Bagi ibu bapa anda perlu bersedia kerana bukan hanya buku yang dijual di sini. Terdapat beberapa gerai yang menjual bahan pendidikan anak-anak seperti CD, kamus elektronik dan pelbagai kaedah pembelajaran yang canggih manggih. Saya bukan anti tetapi rimas kerana sering dikerumuni oleh promoter-promoter yang kebanyakannya terlalu agresif. Hilang mood saya untuk menjengah-jengah dari satu booth ke satu booth.

Walaupun begitu, saya sempat membeli beberapa buku yang pada saya amat menarik, tetapi mungkin tidak pada orang lain. Lain padang lain belalang...

Jangan lupa singgah di booth 3278, sesuatu yang lain dari yang lain menanti anda!
Selamat berkunjung!

Thursday 26 April 2012

Cinta Baru - Suri Hazel

Saya ada kegilaan baru. Ini semua dek penangan blog. Sejak menceburi dunia blogging ni, saya berkenalan dan mengenali ramai kawan dan kenalan baru, semuanya di alam maya.

Lately, passion saya kepada dunia masak memasak menunjukkan graf peningkatan yang drastik. Hehehe.. Ini semua dek kerana boleh dikatakan hari-hari saya buka 'tudung saji' tukang-tukang masak blogger seperti K Nor Secubit Garam, K Sha tebaborr, K. Yatie, Cikgu Amie (sekadar menyebut beberapa nama). Semuanya memberi inspirasi dan membuka dimensi baru bagi saya.

Semoga memberi manfaat pada semua yang sudi singgah. Lebih penting, ianya catatan peribadi untuk anak cucu suatu hari nanti. Kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi pada kita di masa hadapan...

Saya mendapat inspirasi dan ilmu yang berguna melalui blogger2 masakan ini, jadi itu yang ingin saya kongsi. Maka, dengan itu lahirlah cinta baru saya. Nak tau? Klik SINI


Restoran Haji Bahari

Suatu hari, suami mendapat jemputan untuk menghadiri kenduri kesyukuran dari salah seorang jemaah surau. Rupanya beliau baru membuka kedai makan. Memandangkan jemputan kenduri tidak dapat kami penuhi atas sebab-sebab tertentu, kami meluangkan masa ke kedai beliau baru-baru ini.

Kedai makan beliau dikenali sebagai Restoran Haji Bahari, terletak di Sri Gombak. Bagi graduan Taman Ilmu & Budi, restoran ini terletak di jalan masuk ke Wira Tomyam...:) Senang je nak cari.

Dibuka setiap hari dari jam 11 pg - 1200 t/mlm. Hari minggu (sabtu & ahad) buka malam sahaja
Untuk ala-carte menu Ala China & Western. Untuk siang hari, disediakan pelbagai menu masakan Melayu antaranya Patin Gulai Tempoyak

Nasi Daging Lada Hitam

While Hubby pilih menu Chinese food, saya cuba Chicken Chop, hanya RM7.90
Orange juice - pilihan yang sangat berbaloi. Sedap, dah lama saya tak rasa jus oren yang sedap macam nie..
Personal comments:-
Food - saya hanya mencuba dua menu di atas sahaja, tapi untuk Chinese food tu sedap bagi saya. Untuk Chicken chop, biasa2 je.. Looking forward to try the Malay food...

Ambience - moderately decorated.

Sekian, jumpa lagi.


Sunday 22 April 2012

Cerita Hujung Minggu

Nak makan nasi minyak? Sekarang tidak perlu tunggu cuti sekolah untuk menghadiri jemputan kahwin. Asalkan hujung minggu, mesti orang berkenduri kendara. Sungguh makmur hidup di Malaysia. 

Saya sempat memenuhi jemputan seorang ahli kariah untuk menghadiri kenduri kahwin anak perempuan beliau yang diadakan di Dewan Beringin. Enak sungguh lauk pauk yang di hidangkan. Katerer untuk hari tersebut ialah Sri Angsana Caterer. Saya bagi promosi percuma sebab "tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata", memang sedap masakan dia. 

Selamat Pengantin Baru! Cantek pelamin awak...:)
Kami agak rushing hari itu, kerana bercadang untuk bergegas ke PPUM, melawat rakan yang ditahan di sana kerana mengalami tekanan darah tinggi sewaktu mengandung. Jam sudah menunjukkan 1.30 ptg, jadi hasrat terpaksa ditunda kerana waktu melawat berakhir jam 2 ptg. Jadi, kami ambil keputusan untuk ke MPH, sementelah tarikh penebusan voucher buku 1M akan berakhir 30 April ini.

Inilah hasilnya... Ikutkan saya dah set rule, tak akan beli buku baru selagi buku yang ada belum khatam, tapi sebab Mr Hubby dah offer RM100 dari voucher tersebut, maka saya pun 'terpaksalah' beli.. Konon! 

Tak sabar nak 'berkenalan' dengan Tan Sri Ainuddin Wahid
Tup-tup semalam kawan SMS bagitau isterinya dah selamat bersalin. Congrats Schaiff & Laila di atas kelahiran Schaiff Jr. Tak sempat Untie pegi tengok, baby dah 'keluar' dulu ye.. x sabar nak jumpa Untie la tu...:)

Wednesday 18 April 2012

Khazanah dari Kampung

Masih dalam mood balik kampung, so I'm totally overjoyed. Nak update blog pun cam xde idea, bukan xde benda nak share tapi banyak sangat... hahaha... Sekali sekala balik kampung memang mengujakan. Rasa segala macam khazanah nak di bawa balik,especialy the herbs and ulam bagai yang tumbuh melata dan subur merimbun. Everything grows abundantly and anytime nak guna, petik je.

Sementelah anak-anak terlalu ralit & kusyuk bermain di laman, saya pun ada project tersendiri. Merayau-rayau dalam kawasan rumah Mak and memetik apa yang patut sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke KL. 

Lets the pics do the talking noh...

Pokok palas (daun ketupat) - arwah Papa tanam pokok nie. Anytime rasa nak makan ketupat, petik je.. dah pokok depan rumah je kan, x payah susah2 cari kat pasar tani

Daun kunyit.. tanam dalam tayar terpakai je..

Daun Sirih - senang nak pinang anak dara orang, daun sirih dah ade senang nak buat sirih junjung...:)

Terung Belanda - kecik2 dulu ambik terung ni buat peluru senapang kayu, thrilled betul zaman kanak-kanak ku

Bunga Kantan - 'pewangi' dalam masakan. Erm, tetiba rasa nak makan nasi goreng bunga kantan plak...:)

Terung Kuning - boleh dimakan begitu saja sebagai ulam

Pokok Salang - daunnya boleh direbus sebagai ulam atau masak lemak putih

Daun Samak - pucuk samak biasa digunakan oleh orang kampung untuk dimakan bersama laksa atau nasi ulam Kedah style

Belimbing Besi - makan gitu je la kan..

Pokok Kesum - daun wajib untuk laksa, asam pedas dsbnya.. Saya suka hiris nipis dan masukkan dalam air asam / kicap pedas sebab aromanya sungguh osem
Sekian, terima kasih...:)

Thursday 12 April 2012

Cerita Cencaru Bakar

Semalam tengok Cik A post dalam FB dia, Ikan Cencaru Bakar. Tup2 teringin pulak nak masak menu ni sementelah kat rumah ada ikan cencaru. Takkan nak minta resipi plak kan, simple je menu nie.. Nantikan nampak sangat saya ni 'pandai' masak memasak...:)

Tapi biasalah, kalau dah rajin sangat tu, saya google gak. Almaklum lah, sekarang zaman maklumat di hujung jari. Kemudahan dah ada, gunakan je la kan. 

Saya jumpa la satu resepi kat periukbelangazarin so saya pun try lah. Cuma saya tambah bawang besar dan tomato dalam sambal tu selain dari bahan-bahan yang zarin guna.

Inilah hasilnya kreativiti saya. Actually still rasa jeles ngan Cik A sebab ulam-ulaman dia lagi banyak, macam-macam daun ada.. tapi redha je lah, ini je yang ada dalam peti ais saya. Saya gandingkan dengan cabai kicap.

Jumpa lagi...

Wednesday 11 April 2012

Cuti Pertabalan SPB Yang DiPertuan Agong

Saya rasa seluruh rakyat Malaysia sangat gembira semalam kerana diberi cuti umum sempena pertabalan YDP Agong. Sekali sekala cuti di pertengahan minggu ni memang menyeronokkan.

SBP YDP Agong telah ditabalkan sebagai YDP Agong yang kelmarin. Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yakni Sultan Kedah telah dipilih sekali lagi untuk memegang tampuk pemerintahan negara. Sungguh unik kerana baginda adalah Sultan pertama dilantik sebagai YDP Agong untuk kali kedua. Perlantikan ini juga mencatat sejarah kerana diadakan di Istana Negara (Jln Duta) yang baru. Jika kali pertama Baginda dilantik sebagai YDP Agong, PM ketika itu ialah the late Tun Razak. Kini, PM Najib, anak Tun Razak. Unikkan? 

Berbalik kepada aktiviti keluarga, saya dan B sudah lama berjanji dengan Abang nak bawak dia naik train. Since dia tengok Tok Umi & Tok Ayah naik ETS itu hari, dia pun teringin nak naik train. Tak kisah la LRT ke, ERL ke komuter ke janji train macam Tok Umi naik.. hehehe

So, kami pun beli tiket dari 1st station ke last station (return). Mula-mula tu Abang cuak sangat, asyik dok peluk Umi je. Opal plak rilek je as usual. Habis jugaklah sepagi kami melayan karenah Abang dan Opal.

Train dah sampai, jom naik!
Balik rumah saya masak, resipi istimewa, yang saya ambik dari kawan maya yatiememories. Tq dear. Memang menjadi sampai berebut2 kami makan.. (nak menunjukkan betapa sedapnyalah masakan tu...:). 

Yummy yummy!
Untuk minum petang plak, saya bakar kek. Ini first time ni buat kek sepanjang lebih 30 tahun berkelana di bumi Allah ni. Berdebar takut tak jadi, since Abang pun dah letak harapan tinggi menggunung. Kejap2 tanya, Umi bila nak masak kek ni? Alhamdulillah, it turned out to be so marvelous for the 1st timer...:) Resepi? Sori, yang ini kek segera je, beli ngan ofis mate before raya lepas but only now have the courage to bake the cake.

Kek Marble yang saya gandingkan dengan ais krim vanilla, utk lebih yummy
Hopefully next time ada le lagi cuti tergempar cam nie, so boleh "main' masak-masak lagi.

Monday 9 April 2012

Karnival Harum 2012


Buka FB tadi ternampak iklan di link Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Jadi saya panjangkan untuk makluman sesiapa yang berminat dan berkelapangan.

Thursday 5 April 2012

Sisters' Circle 01/2012


Setelah sekian lama terhenti, hari ini our office's sisters' circle resumed semula. Walaupun kehadirannya memang boleh dikira dengan jari tetapi yang penting usaha.

Pengisiannya adalah tayangan CD kisah "Sebuah Kisah Cinta Yang Merentasi Zaman", pengkisahan tentang hari-hari terakhir Rasulullah SAW atau lebih tepatnya saat Rasulullah SAW menghadapi sakaratul maut. Pengkisahan dibuat oleh Ustaz Kamal Ashaari.


Semoga kasih sayang Rasulullah SAW terhadap kita sentiasa menjadi inspirasi kita untuk terus memperbaiki diri agar dapat bersama Baginda di sana.

Tuesday 3 April 2012

Pecal Istimewa


Minggu lepas saya janji nak buat special entry untuk kuah pecal yang saya dapat dari kenduri jiran saya tu. Last wiken saya pun hidangkan la hidangan lazat lagi berkhasiat nie.. "Memang tebaek!" kata B.

Subhanallah, dah lama saya tak menikmati pecal yang sebegini sedap. Mak bukan berangan nak, sebab kuah pecal tu memang sedap. My contribution cuma rebus kangkung & kacang panjang, then goreng tempe and potong sengkuang je. Jadi nyatalah kesedapan tu terletak pada kuah pecal tersebut.

Yang bestnya Abang pun berebut nak kuah pecal ni. Tapi dia tak nak makan dengan nasi, nak makan dengan mee. Sib baek ada makaroni goreng untuk breakfast tadi masih ada, apalagi sungguh bersemangat Abang makan. 

Apalah yang lebih menggembirakan seorang ibu/isteri selain melihat suami dan anak-anaknya menikmati makanan yang disediakan dengan begitu berselera sekali...:)

Monday 2 April 2012

Ilmu Itu Luas

"Katakanlah (Muhammad) seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)" {Al Kahfi 18: 109}

Ilmu itu hadir dalam pelbagai rupa dan bentuk. Proses pembelajaran itu juga berterusan, sifat ilmu itu seperti air yang mengalir. Sentiasa jernih dan bersih dan memberi manfaat. 

Diberitakan juga orang yang berada dalam majlis ilmu itu laksana berada di taman syurga. Subhanallah... Seronokkan, dengan malaikat juga dikatakan mengibarkan sayapnya untuk menaungi orang-orang yang menghadiri majlis ilmu.

Saya sangat berbesar hati dan gembira berjaya menghadirkan diri (pastinya dengan ketentuan Allah) dalam dua majlis ilmu yang sangat istimewa. Jangan pandang ilmu itu hanya berbentuk akademik atau ilmu ukhrawi, tetapi pandang ilmu itu sebagai sesuatu yang amat luas, sejagat serta pelbagai.

Majlis Ilmu 1: Kursus Asas Fotografi Digital

Kursus intensif mengenai kefahaman teknikal fotografi digital.
Dengan kefahaman asas teknikal yang kukuh, anda akan dapat merealisasikan imaginasi fotografi anda dengan mudah.

Tarikh : 30 Mac 2012
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 pm
Yuran : Waived
Tempat: Bilik Meeting CE

Syarat : Bagi yang belum ada asas fotografi, juga mengalu-alukan peserta separa mahir.
Ada kamera bole bawa. Kamera akan disediakan bagi yang tiada.

Nota & Biskut disediakan! Eheheee..

Sila sahkan kehadiran anda sebelum jam 11pagi esok.

Pihak penganjur berhak untuk membatalkan / meminda program ini jika terdapat kesulitan.

Begitulah bunyi email yang dikirim oleh 'official photographer' CESB. Teruja! Sementelah saya memang minat dengan bidang fotografi maka berkobar-kobarlah semangat saya. Suatu pengisian yang sangat bermanfaat oleh Sdr Hasmi, the owner of underoneroof.com. 'Adik' saya ni seorang photographer pro, selalu ambil gambar orang kawen, event etc. So sangat excited untuk menimba ilmu dengan beliau. 

Rupanya dengan compact camera seperti milik saya tu juga boleh mengambil gambar yang power. X payahlah beli DSLR (ayat orang xde duit..:). Yang penting kita perlu memahami fungsi kamera, teknik dsbnya. Tapi 'masak' jugaklah kami petang tu, dengan shutter nya, aperture, ISO dll... complicated jugak rupanya...Namun, ianya satu pengisian yang berbaloi.

Siap dengan nota, TQ Mi

Pening kepala cek, rasa macam masuk kelas akademik plak...:)
Majlis Ilmu 1: Bengkel Penulisan Islami - Strategi Menulis Buku Umum dan Popular

Saya mendaftarkan diri untuk mengikuti bengkel di atas yang dianjurkan oleh FPSB. Kursus dikendalikan oleh Ust Pahrol Mohd Juoi. Beliau adalah penulis kegemaran saya, kerana karya beliau selalunya dekat dengan masyarakat. Beliau menyentuh hati pembaca dengan metafora dan analogi yang mudah, tepat dan ringkas, senang untuk difahami. 

Saya mengenali beliau lewat tulisannya di dalam majalah Anis. Kemudian, beliau bersama majalah Solusi, saya masih setia dengan karyanya. Kesempatan menadah ilmu dengan tokoh seperti beliau amat2 saya hargai. 

Penyampaian beliau yang bersahaja, diselang seli dengan tontonan video tidak membosankan langsung. Terasa seperti mendengar ceramah agama pun ia juga kerana beliau bijak mengadunkan penyampaiannya. Lenggok bahasa yang ringkas tetapi penuh bermakna amat mengesankan. 

Ustaz Pahrol sedang menyampaikan ilmunya
Semoga mutiara ilmu yang dikutip dapat digilap untuk manfaat sejagat. 

Jumpa lagi!