Friday 28 September 2012

Al Fatihah untuk Wa

Kali terakhir saya bertemu beliau ketika Eid yang lalu. Kami menziarahi beliau yang ketika itu sakitnya 'agak berat' sebelum pulang ke ibukota. Seingat saya selepas pemergian Wa Lah, isterinya Wa Roni mula murung. Setelah diduga pelbagai sakit seperti stroke, depression ditambah usia yang makin meningkat mencecah 80 tahun, Wa pergi menemui pencipta-Nya, selang sebulan dengan  pemergian Pak Ngah Dan.

Bermakna 1 Syawal tempohari adalah pertemuan terakhir saya dengan arwah dan P.Ngah Dan.Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Al-fatihah untuk Wa...

Tuesday 25 September 2012

Homemade Dadih


Hari ni nak berkongsi resepi homemade dadih yang resepinya saya warisi dari mak mertua kesayangan.

Resepi: Homemade Dadih Umi
Sumber:Puan Hazel

Bahan-bahan
15 gm agar-agar
15 cawan / 3 liter air
2 cawan gula
3 cawan / 350 gm susu tepung Dutch Lady (guna Nespray pun bole)
3 cawan air panas
Secubit garam

Caranya:-
  1. Masak agar-agar  bersama air
  2. Masukkan gula bila agar-agar hancur
  3. Dalam masa yang sama, campurkan susu tepung & air panas ke dalam blender. Blend sebentar - untuk mengadunkan susu dan air sekata
  4. Tambahkan ke dalam periuk tadi dan kacau sebentar agar sebati. Jangan biarkan sehingga mendidih
  5. Tutup api
  6. Sediakan bekas kecil dan tuang agar-agar ke dalam bekas tersebut. 
  7. Simpankan semalaman dan sedia dimakan!
Pesanan penaja:- Bancuhan ini akan menghasilkan 50 bekas kecil seperti gambar di atas.

Petua Hari Ini - Menghaluskan Kulit Kaki
 Hancurkan sedikit gambir dan campurkan dengan air ramasan daun sirih. Sapukan pada tumit 2x sehari. Lakukan secara kerap.



Tuesday 18 September 2012

Open Houses Eid 2012

Orang dah ke bulan, saya baru nak upload gambar-gambar raya. Memang tunggu Syawal berlabuh pun sebab nak kumpul gambar dulu.. inilah akan jadi kenangan bila dah tua-tua nanti....hikhik..


Raya tahun ni B & me dua-dua kena mouth infection. Jadinya inilah ubat yang Doc bagi. Seminggu lebih jugak kami tak boleh nak makan dengan sempurna sebab ulser di lidah, gusi & langit-langit. Ubat yang Doc bagi ni memang mujarab.

Suka sangat pic nie, sweet & cute. Pic ni taken kat rumah K.Wan sempena open house & bday party doter dia. TQ K. Wan for the invite,  sampai jugak saya ke Bukit Indah.

Keluarga besar certians - Abang, Hanan, Yusuf, Che Kiah, Haziq, K.Yong & Chah tengah kusyuk tengok ikan yang tak seberapa ekor dalam kolam 'besar' Ibu Izah

Baked macaroni - before went into oven, perfectly arranged and prepared. But when it came out from the oven, it turned to be makaroni goreng! Amazing kan? haahahaha... len kali buat ikut resepi, ini nak bajet pandai kan dah x jadi... hehehehe

Last day Syawal surau buat open house, sempatlah singgah sebelum ke rumah Uncle Shy. Nyaris-nyaris tertinggal handphone kat sini sebab asyik sgt snap gambar sana sini!

Suka sangat pic nie. Very lovely maklumlah shot by pro photographer, Pn Isma cayang. Ini masa kat rumah bos, saya makan banyak sebab baru elok dari sakit mulut. Sanggup skip 1 hari puasa 6 demi open house bos nie

Laksa yang saya hanya mampu pandang, tak mampu nak makan. Ini masa jamuan ofis. Tapi tahun ni jamuan raya ofis tak meriah sebab jemputan tak ramai kot, buat internal je. Photographer pun masih cuti raya lagi...:)

Homemade dadih resepi ibu mertuaku. Ini untuk jamuan pot-luck certians. Nanti free2 leh share resepi

Opal yang botak! Pic taken kat rumah Habib, 1 Zulkaedah. Orang dah habis raya dia buat lagi open house. Takpe Bib, janji akak kenyang. Rasa nak tapau pun ada gak esp the fried chicken. 

Live nashid performance @ Hana's wedding. B dah start demam masa nie but kami penuhi juga jemputan Hana nun jauh di utagha tanah air.

See? Tuan rumah bergambo ngan Norman KRU. Tak jeles pun.. kalau Anuar Zain confirm cek jeles!

Adik & Opal teruja main lampu pelita. Boleh diorang letak batu atas api tu bagi padam. Kesian tuan rumah susah hati dia dengan gelagat hero-hero nie... TQ Uncle Zul, nexy year kitorg datang lagi...:)








 

Thursday 13 September 2012

Will & Kate Stamp

Lucky me... nak kata fanatik collectible items tak jugak, tapi bila ada event-event special macam Diamond Jubilee of Queen E II saya excited plak nak dapatkan setem kenangan, yang dikeluarkan sempena lawatan Will & Kate. Dulu saya pernah beli setem hari pertama pertabalan Sultan Selangor, tapi dah tak ingat mana letaknya... 

Bagi yang berminat macam saya mesti excited, tapi kalau orang yang berminat tu, pandang gitunya.. tak nampak excitement di mata mereka.. macam ofismate saya, tunjuk kat depa, reaksi tu biasa je.. .hahahahah.. but to my surprise, En Hubby pun minat rupanya.. dia yang excited lebih, saya suh beli setem je, dia beli folder skali.. and there are very-very menawan. Kalau saya tahu cantik bebeno items tu, baik saya beli full set!

Mula-mula Hubby pangge, Ummi ni stamp tu. Letak je kat situ B, nanti ai tengok...

Lepas solat, saya ambil plastik tadi, bukak. Ini folder khas yang dikeluarkan utk Diamond Jubilee ni. Setem yang ktia beli boleh taruk dalam nie ye.. Alahai, terus jatuh hati - rasa menawan sangat benda nie..

Bahagian dalam folder, buka je nampak 2 stunning photos of Queen E.

The miniature, Will & Kate stamp and Queen E stamp on the folder

Setiap setem yang dibeli akan distamp with special cop, so to preserve its originality. Tapi naper cop kat muka Kate?????????????? Aduhai abang Pos nie...


Wednesday 12 September 2012

Paid Off..

Sekitar bulan Feb lepas saya agak bz menyediakan beberapa proposal untuk in-house training. Ada beberapa institusi yang request jadinya agak kelam kabut juga. Salah satu darinya ialah xxxx. Sebenarnya sejak 2-3 tahun lepas kami cuba menembusi 'bilik kebal' mereka, tapi tidak berjaya. Saya tukar strategi skit untuk tahun nie, makanya dengan izin Allah proposal kami terpilih untuk tahun nie.. Alhamdulillah, programnya pun telah selamat dijalankan. Payment? boleh tahan gak...:)

Berasap jugaklah nak compress semua topik untuk jadikan program ni 3-hari je..

The day!

Preparation the nite before event - tq team mate, uols memang tebaek!

Rezeki Allah tentukan tapi mengikut sunnatullahnya, kita memang perlu berusaha untuk mendapatkannya.. selamat berusaha!

Monday 10 September 2012

Kisah Ultraman

Melayan karenah anak-anak memang tidak pernah membosankan...

'Ultraman' sedang berbuai....

 Kisah 1
Abang: Ummi, nanti abang nak study kat Jepun
Ummi: Ok abang, set! Nanti ummi boleh pi melawat abang. Awat abang nak study kat sana?
Abang: kat sana ada Ultraman....
Hehhehe.. 

Kisah 2
Ummi: Abang, tu Ultraman Tiga la...
Abang: A'ah Ultraman dua pun ada empat pun ada... 
Ummi: Mana ada Bang, Ultraman Zero ngan Ultraman Tiga je ada.. 
Abang: Ada... (dengan penuh semangatnya)

Notakaki 1: Ultraman ada macam-macam nama rupanya - Dina, Mebius, Zero, Max, Taro macam-macam la... nampak cam sama je ... kalau raksasa tu macam-macam species la pernah nampak.. 

Notakaki 2: Jangan biarkan anak anda menonton Ultraman sendirian, kerana selain adegan ganas (ganas ke? Lawak kot...heheheh:) Ultraman melawan raksasa, kadang-kadang ada unsur tahyul yang keterlaluan dalam cerita nie.. saya pernah biarkan abang menonton Ultraman sendirian, tetiba saya dengar orang menyeru "syaitan, syaitan, syaitan". Saya jenguk dari dapur, rupanya ada adegan ala-ala puja syaitan sedang dilakukan oleh penduduk bumi..penduduk bumi tuh.. heheeh..  but luckily Abang tak tengok, sebab dia hanya fokus bila Ultraman keluar je, bila scene biasa dia main...





Wednesday 5 September 2012

Kenangan Raya Kedua 1433H

Selepas menziarahi Mak Lang dan Kak, kami singgah sebentar di rumah Mak. Plan asal nak bermalam, tapi memandangkan bekalan air terganggu sepanjang musim raya terpaksalah kami cari back up plan. Rumah mak nampak usang sekali, maklumlah dah lama ditinggalkan.

Langit nampak gelap, bila-bila masa sahaja hujan akan turun. Jadi, kami terus bergerak ke rumah P.Lang. Kalau dulu hanya berjalan kaki, tapi sekarang jalan kecil yang menghubungkan rumah kami telah dilitupi semak samun. Maklumlah, P.Lang sudah uzur, tak sempat nak menebas. Mak pula sudah tinggal secara bergilir dengan kami adik beradik.

Isteri P.Lang saya panggil  M.Teh - kedua-duanya sepupu Pak. Merekalah guru mengaji saya, mengajar saya Alif Ba Ta hingga saya berjaya khatam Quran. Selepas Maghrib saya berlari ke rumah P.Lang untuk mengaji, lepas Isyak sekali lagi berlari balik ke rumah. Rumahnya dekat saja, tapi memandangkan halaman rumah P.Lang dan rumah saya tidak setentang, makanya saya terpaksa melalui bahagian belakang rumah P.Lang dan melintasi sedikit hutan untuk sampai ke rumah. Gelap masa tu, bawa torch light je. Masa tu mana ada orang pasang lampu spot light depan rumah kan...sekali tu punyalah berlari, sampai je kat tangga rumah tersembam cium tanah.. kebetulan Pak ada tetamu pulak masa tu... hahaahah..ketika kisah hantu susu tengah hot, terpaksalah Pak datang menjemput sebab memang takut giler masa tu.. itu kenangan zaman kanak-kanak yang tak mungkin dilupakan...

Keuzuran M. Teh dan P.Lang makin ketara, maklumlah kudrat mereka semakin dimamah usia. Kami dipelawa minum, mulanya saya dan suami menolak. Kami tidak mahu menyusahkan keduanya. M.Teh sekarang lumpuh tangan kanannya akibat strok. Kami berborak-borak. Sekali lagi P.Lang mempelawa minum. Dek kerana kasihan, saya tolak dengan baik. Namun bila P.Lang sebut "ish, P.Lang tak sedap hati ni, anak penakan mai rumah tak makan minum" saya tidak mampu menolak lagi. Pasti mereka akan berkecil hati. Lalu saya beredar ke dapur menjerang air. P.Lang bisikkan pada saya "baru P.Lang lega, kalau tak P.Lang rasa tak seronok, tak jamu apa2 kat Na..." Dia saya lihat terbongkok-bongkok memasukkan kuih muih ke dalam pinggan. Sungguh terharu... baik sekali layanan P.Lang pada kami.

Saya juga menunjukkan kepada Abang dan Opal, ruang saya mengaji. W/pun mungkin mereka belum faham esp. Opal tapi harapan saya mereka menghargai dan menghormati  orang-orang yang pernah berbakti pada saya. Kami bergerak dari rumah P.Lang setelah lebih sejam di sana.

Sungguh saya amat menghargai pertemuan ini dan berharap agar pertemuan ini bukan kali yang terakhir...

Sunday 2 September 2012

Cerita 13 Syawal 1433H

Entry 2 Syawal terpaksa KIV dulu. Ada cerita lebih utama untuk saya catatkan di dalam diari maya ini. Semoga ianya kekal menjadi kenangan suatu masa kelak.

Di dalam entry sebelum ini, saya ada bercerita tentang ziarah hari raya. Salah satu rumah yang kami kunjungi ialah rumah Ngah Mah. Suami Ngah Mah kami panggil Pak Ngah Dan. Dikalangan sepupu-sepupu ayah, saya senang sekali dengan Pak Ngah - beliau ramah, suka bercerita dan approachable. Beliau juga seorang pelakon! Menjadi extra dalam drama Cinta Madinah. Dalam kunjungan raya tahun lepas, beliau galak sekali bercerita pengalamannya menjadi pelakon. Bila diusik tentang bayaran yang beliau terima, "uish, banyak! Pak Ngah ingat depa bayaq sekali take, tapi depa bayaq setiap angle muka kita hat depa guna tu!" Ceria sekali beliau. Beliau seorang pesawah, nampak masih muda dan gagah dalam usianya yang saya kira sudah mencecah lebih 60 tahun. 

Dalam kunjungan kali ini, beliau masih begitu - ceria dan ramah. Yang kelihatan agak letih dan uzur ialah Ngah Mah. Namun, di pagi Jumaat yang mulia (31 Ogos 2012), kami menerima SMS dari Umi "Pak Ngah Dan meninggal dunia pukul 1 tadi di HK....." Sungguh kami terkejut! Begitulah, bila sudah sampai masanya, tidak akan terlewat atau tercepat ajal kita. Doa saya agar arwah ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. 

Gambar kenangan Abang di samping sangkar burung peliharaan arwah

Yang pasti, kunjungan kami ke rumah Ngah Mah selepas ini akan menjadi lain... tidak akan ada lagi ketawa dan jenaka mesra arwah. Al Fatihah.