Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Saturday, 10 October 2026

Jemputan Kenduri 10.10

Ramai yang buat majlis pada 10.10.2026 ni kan... 

Tahniah YB Syed Saddiq & Bella! 
Syukur, ke jinjang pelamin juga mereka berdua alhamdulillah.

Berbalik kepada jemputan kami terima, tak dapatlah nak penuhi semuanya. 

Anak buah Ummi ni lambat hantar jemputan. Kalau dapat jemputan awal boleh la pergi kot. Tak pernah lagi ke rumah baru depa. Alang-alang kalau ke sana boleh singgah jumpa Makcik. Takpelah, takde rezeki kali ni. 


Berdua denganmu pasti lebih baik konsepnya hari ni 😁
Anak³ tak nak ikut jadi Ummi Walid berdua saja. 

Salah satu jemputan ni ada color code untuk tetamu jadi kami cuba ikut tema yang ditetapkan. Selalu keluarga pengantin je pakai warna sedondon ikut tema kan, kali ni tetamu pun digalakkan pakai warna yang diberi. Ada beberapa pilihan, tidaklah sampai kita rasa susah nak ikut temanya.

Teh ais bekal dalam perjalanan.
Walid keluar beli lauk dulu untuk anak³. Singgah la Nasi Kandar Stadium, the newest mamak restaurant di SG ni. Kami kira tadi dah ada 12 restoran mamak di SG ni. Kemain suka erk orang SG dengan mamak 🤭

Lauknya Walid beli ayam BC. Outlet buka pukul 9 pg, kata staff BC. Biasanya ayam ni pukul 9.30 dah ada la yang siap. 

Pukul 10.15 macam tu kami keluar rumah, pukul 4.00 ptg baru sampai rumah semula. Macam pi kerja kata Walid :D 

# Cerita kenduri entry asing In Sha Allah.

Sunday, 13 September 2026

Nasi Ambeng @ Kenduri Hj Omar

Khamis malam Jumaat Walid bawa balik nasi ambeng dari surau. Tn Hj Omar adakan kenduri kesyukuran, bertemu jodoh semula di usia emas. 

Rakan-rakan Geng Dapur Surau yang bergotong-royong memasak juadah istimewa ni. Kata Walid, ada juga acara merenjis air mawar untuk pengantin dan ucapan aluan/tahniah dari Penyelaras DUN. Bukan kaleng-kaleng majlis Tn Hj Omar ni. 

Lauknya ada kari kambing, sambal tempe, sambal kelapa dan mee goreng. Biasa ada lauk ayam kicap kan nasi ambeng ni? Kari kambing tu pengganti ayam kicaplah agaknya. Rasanya ini kali pertama Ummi makan nasi ambeng lauk kambing. Majlis istimewa, lauk pun istimewa. 

Selain nasi ambeng, ada juga goodies bag berisi bunga telur dan sekotak tisu. 

Alhamdulillah tahniah Tn Hj Omar dan isteri. Baarakallahu lakuma 🤲🏻

Friday, 11 September 2026

Kenduri Kesyukuran Uncle Ron


Dari kenduri di rumah Ustaz Afieq, kami bergerak ke Rawang pula. 

Ada jemputan kenduri kesyukuran dari kenalan Ummi Walid, Uncle Ron. Majlis mula pukul 3 ptg. Banyak masa untuk kami bergerak dari Felda Gedangsa ke Rawang. 

Bye Felda Gedangsa... 
Sebelum masuk highway semula, kami singgah toilet break dan solat di surau Plaza Tol Behrang. Kami ikut highway PLUS. 

Sampai di Tol Rawang sekitar jam 2.45 ptg. Big boss napped kejap sebab nak terus ke rumah kenduri pun masih awal. Nampak pula Cik Mon ni. Mujur dia tak datang ke kereta 😅

Lokasi majlis kedua di Saujana Rawang. Pertama kali juga sampai ke sini. 

Khemah warna strawberry matcha gitewww 
🩷💚

Kenduri kesyukuran ni rupanya sebab anak tuan rumah nak berangkat ke Morocco, sambung belajar. Sebaya Abang, SPM 2025. Pandai budaknya, dapat few offers termasuk dari Al Azhar. Tapi lebih berminat dengan offer KPT, ke Morocco. Alhamdulillah tumpang gembira dengan berita dan cerita yang dikongsi oleh Uncle Ron. Sukses selalu hendaknya 🤲🏻 

Ummi dan Walid je turun kereta. Anak³ kekenyangan dan ada yang nak tidur jadi biarkan dalam kereta. Parkir dekat² rumah kenduri je. 

Ummi ambil bihun goreng dan pulut kuning + rendang ayam pencen. Sedaplah pulak, rugi ambil sikit. Dah la nak kena share pulak dengan Walid 🤭

Walid ambil mee kari. Banyak betul aksesorinya. 

Sama macam kenduri Ustaz Afieq tadi, di sini pun makanannya mewah dengan pelbagai pilihan. Tapai daun pisang tu memang terbaiklah. Ummi ambil kuih bingka ubi, kuih cara, kek pisang dan coq badak. Tapi tak jumpa badak dalam tu :p 

Ada sup kambing. Tak ambil roti, regunya. Kami cuma hirup sup sebab perut dah penuh. 
Kambing golek sedang disiapkan. Takpe, sup kambing ni pun dah cukup enak. 2x hirup sup sedap hari ni. Masa di rumah Ustaz Afieq hirup sup tulang, di sini hirup sup kambing pula. Rezeki Allah bagi hari ni alhamdulillah. 

Jambu potong dan serbuk asam boi. 
Last dah ni kami makan... Tak leh nak masuk dah. 

Terima kasih banyak Uncle Ron jemput kami. Semoga dipermudahkan urusan anakanda hendaknya 🤲🏻 


Thursday, 18 June 2026

Kenduri Kesyukuran Acik Mila


Seronok bila dapat jemputan ke kenduri doa selamat dan kesyukuran sempena masuk rumah baru dari Acik Mila. Kenduri korban sekali katanya. 

Rasmi baju beli di Dhia Cotton raya puasa hari tu.

AM sekarang dah jadi tauke katering alhamdulillah. AM ni memang masak sedap, esp laksa dia memang tak boleh move on 😆

Menu daging rebus, ayam goreng dan ayaq asam 😋
Menu begini memang popular di Kedah terutamanya bila buat kenduri korban. Daging tu rebus dengan serai, lengkuas dan beberapa bahan lain. Beza dengan sup daging, yang  letak sup bunjut dsbnya. Air asam tu biasanya letak kerisek, memang ngam sangat cicah dengan daging rebus ni.

Perut rebus pun ada.
Dapat menu nostalgia (daging dan perut rebus ni favorite Ummi dan Tok Wan) gini memang makan tak toleh kiri kanan dah :D 

Kuih muih beraneka jenis. Sedap² semuanya. 
Cucoq udang kuah kacang tu pun menu kesukaan orang Kedah. Macam² kuih lagi ada, tapi Ummi ambil apa yang teringin je. Ini pun kongsi berdua dengan Walid. 

Alhamdulillah terima kasih banyak AM jemput kami. 

Monday, 8 June 2026

Aqiqah Baby Nadine

Dari Forest Valley Cheras, kami ke Shah Alam pula. Tujuannya nak raikan jemputan majlis aqiqah Baby Nadine (BN). 

Nama baby ni sama dengan nama Adik. Ejaan lain, tapi bunyi sama. Tapi itulah, Kakak Nadeen tak ikut, kalau tak boleh jumpa Adik Nadine :D 

Ikutkan dah kenyang makan kenduri di Cheras tu, tapi ambil juga nasi. Tapi sikit je la... Ada lauk kambing, ayam dan ulam-ulaman. Lauk pauk Atok dan Nenek BN masak sendiri. Airtangan orang tua² ni mestilah sedap, rugi tak jamah. Lagipun, rezeki jangan ditolak ☺️

Tetamu belah petang ni kawan² ibu ayah BN. 
Kaum keluarga dan jiran² dijemput datang sebelah tengahari. Majlis di rumah keluarga ibu BN. 

Ada coffee station, Walid ambil secawan. Ummi minum air kosong je. Dah pekena kopi di kenduri adik Aunty Atiq tadi. 

 Kami dah berkira² nak minta diri, Nenek BN suruh tunggu sekejap, tengah goreng pisang katanya. Dah sengkak dah ni 😅
Tapi sedap pisang goreng ni, siap ada sambal kicap. Makan panas² pulak kan memang layan la... 

Cenderahati...
Tqsm ibu ayah Nadine for the invitation and warm hospitality 💖 

Semoga Nadine membesar dgn baik, sentiasa dlm lindungan-Nya dan sihat selalu 🤲🏻

Alhamdulillah untuk hujung minggu 30 & 31 Mei kami berjaya penuhi semua jemputan. Kelebihan bila tak balik kampung long weekend, dapatlah makan kenduri banyak² 😁






Monday, 4 May 2026

Kenduri @ 2 Mei

Ikutkan ada 4 jemputan kenduri pada tarikh 2 Mei 2026. Dua di Lembah Klang, dua lagi kena rentas negeri. Long weekend, ramai yang buat majlis 

Jemputan pertama, kami ke rumah Cik Atul. Asalnya Abang yang sekelas dengan anak CA, M. Lama² Ummi pulak jadi kawan dengan CA. Sama² joined netball team masa Kejohanan Sukan Piala YDP tahun lepas. Anak² dah habis SPM pun masih keep in touch. 

Jamuan start pukul 3. Ummi ambil food lite² je; bihun goreng Singapore, roti & mushroom soup dan coq badak sebijik. Kek pisang dan kek marble wajib la Ummi ambil sbb Ummi penggemar kek² gini. 

Kurma Ajwa untuk dinikmati oleh tetamu. CA sekeluarga baru balik umrah, hujung Mac tempohari. Alhamdulillah dapat juga merasa. 

Dapat door gifts best! 
Kicap tu bagi Haziq, dia nak bawa balik IPG :D 

Rumah kedua, rumah jiran. 
Kak A dijemput sebagai tetamu Allah, alhamdulillah. 

Ummi ambik capati + kari ayam. 
Sedap capati, tempah dengan kawan warga Pakistan kata Kak A. Patut la sedap. 

Dua lagi kenduri di Baling dan Taiping. 

Jemputan dari dua pupu Ummi (Kakcik @ Makngah Fizah for the kids) ke majlis perkahwinan 2 orang anakandanya di Dewan Tun, Baling. Belum rezeki dapat makan kenduri anak² Makngah Fizah sebab jemputan sebelum ni pun bukan time kami balik kampung. Tapi, Makngah (kakak Ummi) pergi rasanya. Boleh la jadi wakil keluarga. 


Ini pula jemputan dari keluarga Almarhum Edie, rakan uni ke majlis perkahwinan anakanda sulongnya. Yang ni wakilkan dekat Mommy Zya je la sementelah dia ada dekat sana. Ramai rakan rapat arwah dan keluarga hadir memenuhi jemputan ni alhamdulillah. 

Terima kasih semua atas undangan ❤️







Friday, 9 January 2026

Kenduri Terakhir 2025


Sabtu 27/12/2025 ni kami dapat 3 jemputan kenduri. Dua di Kedah, termasuk kenduri di rumah sepupu Ummi, Maklang Liza di Padang Serai dan kawan Walid di Jerlun. 

Walaubagaimanapun, kami memilih untuk menghadiri kenduri aqiqah cucunda Kak Fajar, di sini. Sebabnya kami tak balik kampung tarikh tu. 

Sedap betul lauk kenduri KF ni... Ada lauk ayam masak merah, kari kambing, sambal jawa dan pecal 😋

Lama tak makan pecal... Pantang jumpa lah, terus ceduk masuk pinggan. 

Bihun Sup Tulang ! Aduh, rasa macam menu raya belah Utara sana.... Masa ceduk kuah tu Ummi dapat tulang besar tapi segan pulak nak ambik yang tu. Tengah hirup bihun ni, nampak adik meja sebelah sedap je dok makan tulang tu. Rezeki dia la tu kan :) 

Penutupnya ambil cendol semangkuk dan buah²an ...


Yang baju merah tu suami KF, En Zul. 
Rasanya sup tulang tu masak sendiri. Nampak ada periuk besar dekat belakang tu, siap dengan tong gas. 

Tersengih kekenyangan anak soleh ni. Dia sorang je nak ikut, sebab nak makan sedap² katanya. Alhamdulillah, rezeki dia dapat makan nasi kenduri dan makanan sedap² ni...  

Cenderahati dari tuan rumah... 

Dalam botol tu tisu rupanya, manakala bag tu pula rekaannya ala² beg jenama minuman terkenal tu kan... 

Terima kasih banyak KF dan keluarga atas jemputan 🌹 

Ini pula jemputan dari Uncle Faizal, ex-ofismate Walid ke kenduri kahwin adik iparnya di Shah Alam. Pun tak dapat hadir, sebab kami balik kampung hari ni. 

Terima kasih semua atas jemputan. Yang tak dapat hadir tu, hanya kiriman DOA dari jauh dapat kami hulurkan. 

Friday, 26 December 2025

Kenduri Kesyukuran Cik Tah

Alhamdulillah rezeki hujung minggu lepas; Sabtu kenduri kahwin Uncle Akmal, Ahad pula Cik Tah jemput ke rumahnya. CT buat kenduri kesyukuran sempena anaknya Marwa dan sepupu²-nya khatam Al Quran dan si bongsu Mecca masuk jawi :D 
Orang sekarang tahu ke masuk jawi tu apa? Hehe... 

Pelamin yang cantik...
Untuk majlis Khatam Al Quran dan port bergambar. 

Selain lauk standard kenduri (ayam masak merah, dalca, papadom) ada juga masak lemak ikan masin + nenas, kerabu kacang botor + timun dan semestinya ikan masin. Ada juga kuih muih dan kek marble kesukaan Ummi. Semuanya sedap alhamdulillah. 

Cendol pun ada. 
Kena cedok cendol dan tambah sendiri air gula. Ummi ni tak pernah buat cendol. Tak reti nak bajet berapa banyak air gula nak kena letak. Itu yang pucat (dan tawar le) cendol Ummi 🤭 Tapi bila dah disesuaikan rasanya tu sedaplah. Hari pulak panas membahang, memang nikmatlah hirup cendol. 

Buah tangan dari tuan rumah. 

Vacuum Flask ni CT bagi special untuk Ummi je, bukan semua tetamu. Alhamdulillah orang memberi kita menerima :) 

Tak cukup dengan itu, CT tapaukan juga makanan. Jazakillah dear 😘

Thanks again for having us. 
Semoga dimewahkan rezeki selalu dan berkekalan ukhuwah kita hendaknya  🤲🏻