Friday, 24 June 2022

Rezeki Hari Jumaat

Alhamdulillah, sedari malam tadi rezeki bertandang tanpa diduga ☺️

Tn Bashir buat kenduri naik haji. Lauk kambing you ... 

Tengahari tadi Aunty Farah singgah hantar sotong & fries. Dia tengah clear-kan kitchen sebab nak buat renovation. 

Barang-barang kering pun ada ... 

Jiran-jiran lain bila nak renovate kitchen? Hahaha...

Petang tadi pula dapat sebekas bubur kacang dari Cik Leha. Alhamdulillah mencurah-curah umpama hujan lebat di Shah Alam lepas Jumaat tadi. Shah Alam sebab Walid ke sana hari ni :p Gombak tak hujan, sekadar gerimis mengundang je. 

Happy weekend everyone ✌️




Thursday, 23 June 2022

Hasil Mesyuarat Tingkap ๐Ÿคญ

Petang kelmarin Adim bagitau maknya nak ajak berbual. Ummi pula baru sampai di rumah, stuck dalam traffic jam di Greenwood tu. Biasalah, hari Rabu ada Koko, keluar sekolah lambat. Kenyanglah 'makan jem' :D 

This is Greenwood. 
Saja share dengan kawan-kawan yang belum pernah sampai di sini :D 

Jadi, pagi semalam baru ada peluang nak berborak. Topik? Ala, sembang mak-mak... Pasal kucing, pokok, hujan dsbnya... Memang sembang kosong je sebab dah lama tak berborak. Kebetulan Cik Leha pun baru balik dari despatched barang, singgah juga berborak.

Cik Ana (mak Adim) beli jiwa Ummi dengan nasi lemak haha ... 

Sambil sembang-sembang Cik Ana belek-belek pokok-pokok Ummi. 

" Pucuk labu ni buat masak lemak sedap ni.."
" Pucuk ubi ni campur pucuk keledek ni rebus buat ulam pun sedap..."
Padi ni masak dah ni ... Ambillah, boleh buat bubur ..."

Elok je depa 2 balik... Ting! Ummi dapat idea ๐Ÿ’ก

Petik pucuk ubi, pucuk kadok, pucuk belalai gajah, bunga betik secoet dan daun kunyit. Bunga betik tu teringin nak buat tumis pedas macam Mamacella, tapi sikit sangat bunganya. 

Tadaa ...


Inilah hasil mesyuarat tingkap pagi semalam hihi ... 

Alhamdulillah, dapat merasa sorang sikit. 





Wednesday, 22 June 2022

Abang ~ Sambutan Hari Raya

Nampak sangat Ummi sedang bersihkan phone gallery kan :p 

Sebelum transfer gambar, Ummi share sini kenangan tersebut. Terima kasih pada guru kelas, Ust AH dan guru halaqah Abg, Ust AR yang sudi berkongsi gambar. 

Majlis ni diadakan pada 22 Syawal|22 Mei 2022. Genap 2 bulan baru up story ni ๐Ÿ˜‚

Seperti tahun sudah, Ummi allocated sikit duit raya dengan niat sedekah untuk anak11 Halaqah Ust AR dan anak3 Ustaz sendiri. Ambil berkat doa anak-anak permata Al Quran ni, moga dipermudahkan urusan pelajaran & hafazan Abang dan beroleh berkah pada rezeki kami. 

Dalam program TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) di SBP/SMKA setiap murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dipanggil halaqah. Setiap halaqah diketuai oleh seorang guru yang akan membimbing anak-anak halaqah-nya dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ibaratnya keluarga kecil di sekolah. 

Alhamdulillah Abang dapat guru halaqah yang sangat baik dan sporting. Ustaz pun rajin adakan pelbagai aktiviti dengan anak11 halaqah-nya; sambut birthday, makan-makan, dsbnya... Nanti Ummi kongsikan ุงู†ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ 




Tuesday, 21 June 2022

Masak-Masak, Makan-Makan

Banyak betul gambar makanan dalam galeri phone Ummi ni. Simpan sini gambarnya sebagai kenangan... Kenangan apa pun tak tahulah ๐Ÿ˜‚

Bihun Tomyam
Bihunnya Ummi guna jenama PAMA. 

Di pek dalam bentuk kepingan, macam mee segera. Senang nak masak/makan. Digoreng pun sedap bihunnya, jenis halus. 

Kari Ikan Tongkol @ Gulai Ikan Kayu dalam versi Baling :) 

Pasta Goreng
Ummi guna pasta angel hair. 

Sambal Jawa
Ummi cuba resepi yang pernah dikongsi oleh arwah Siti Sarah. 

Ayam Panggang Rosemary
Resepi by Cikgu Amie.

Nasi Lemak di hujung minggu. 

Ini kategori tak masak, tapi makan :D 

Nenek Rizqi bagi kek birthday. Birthday Rizqi kot. Esoklah tanya :) 

Nasi goreng rendang limpa. Sesekali teringin nak makan hati@limpa, beli yang dah siap masak aje. Walid dan anak4 kurang gemar. 

Makan tosai di Nas Bistro. Mamak-ing di malam minggu. 

Ini baru edisi I, banyak lagi gambaq :p 

Selamat Berangkat Hjh Cikbi

Alhamdulillah, telah berangkat petang semalam 20/6 Hjh Cikbi & pasangannya ke tanah suci Mekah. Kalau Hjh Maya rakan rapat Ummi di uni, Cikbi pula bekas rakan sekerja Ummi dulu. Masa Ummi balik dari bercuti di Penang tahun 2006 kot, baru dia maklumkan dia resigned, sebab taknak kacau Ummi bercuti :p Baik orangnya... Tak ingat dia dapat offer mana masa tu, tapi lepas tu Cikbi dapat tawaran KPLI. W/pun berpisah jarak, ukhuwah kami kekal hingga hari ini. 

Malam semalam mereka mendaftar masuk di Movenpick KLIA. 

Pagi semalam pula kumpulan mereka diraikan dalam majlis yang dihadiri oleh SPB Raja Permaisuri Agong. 

Teringat perjalanan haji kami 8 tahun lepas, juga direzekikan layanan VVIP apabila diserikan dengan kehadiran adinda Sultan Kedah. 

Rezeki Cikbi...

Sabtu lepas kami sekeluarga memenuhi jemputan majlis bacaan Yasin, tahlil dan kenduri kesyukuran mereka di Masjid Al Iman, Kemensah Heights. Turut sama Hjh Nat, juga ex-officemate Ummi. Ditakdirkan depa Dua jadi roommate di maktab perguruan dulu. Pi mai pi mai tang tu :D 

[Terima kasih Cikbi utk gambar3 ni ๐Ÿ‘†]

Pertama kali kami ke sini. Cantik sangat masjid ni...

Hujan lebat mencurah-curah. Hujan rahmat harapnya...

Ruang solat sebelah dalam, berhawa dingin. Di luar ni macam anjung/serambi. Seronok lepak di luar ni. Sejuk sebab hujan lebat. 

Jamuan Nasi Daging Utara. Sedap baq hang la di tekak orang Kedah ni ...

Ikutkan hati, nak bersembang lama lagi. Banyak cerita yang nak dikongsi, tapi masa tak mengizinkan. Apapun doa Akak sentiasa mengiringi Cikbi. Moga Cikbi juga diterima sebagai'tetamu yang istimewa' ๐Ÿคฒ


Sunday, 19 June 2022

Tugasan Sains ~ Kura-kura

Simpan sini sebagai kenangan... 

Setiap murid diberi tugasan untuk membina replika haiwan dan membuat presentation tentang ciri-ciri haiwan tersebut. 


Memandangkan di rumah ada mangkuk polisterin, Ummi cadangkan Angah buat replika kura-kura. Dia pun setuju .. Pilih yang senang dan bahan yang available di rumah. Sebabnya walaupun tugasan anak, Ummi nak kena tolong dan pantau. Kalau tak, jadi biskut Marie pulak kura-kura ni :p  

Mula-mula Ummi suruh dia warnakan mangkuk polisterin tu dengan water color. Kemudian Ummi tolong buatkan kaki, tangan dan ekor kura-kura dengan manila card. Untuk kepala, guna aluminium foil dan bulatkan. Ambil pen dan lukis muka dan mata. Siap!

Share sini, mana tahu ada ibu-ibu yang nak cari idea. Untuk pengetahuan, tugasan-tugasan sekolah anak-anak sangat mencabar sekarang ni. Nak tak nak, parents kena bantu/guide. 

Bagus ada tugasan sebegini, melatih kreativiti murid dan membina keyakinan diri untuk buat presentation. Selain tu, tugasan secara berkumpulan juga sering cikgu-cikgu bagi. 

Baru minggu lepas Angah kena hantar buku skrap Sejarah. Sebelum tu buat group presentation subjek Feqah, tak silap Ummi. Rileks je dia kena buat presentation. Ummi dulu tak lenalah kalau esoknya nak kena present! 


Saturday, 18 June 2022

Cenderahati dari Langkawi

Tok Umi & Tok Ayah dapat tiket ke Langkawi, selepas hit sales target. Tok Umi ni aktif berniaga w/pun dah 7-series :D Pesara guru, dah biasa aktif dari muda. Bila dah pencen Tok Umi tetap aktif.

Walaupun dah biasa ke Langkawi tapi Tok Umi tetap nak join group trip yang dianjurkan pihak syarikat. BtwTok Umi jual produk kesihatan. 

Kiriman ni sampai beberapa hari lepas...

Tak sah pergi Langkawi tak bawa balik coklat sebagai buah tangan kan? Khusus untuk Ummi dapat sudip Tefal 2 batang. Bila nak rasmi tak tahulah. Sebab Ummi ni jenis selagi yang  ada tu boleh digunakan, Ummi akan guna dan simpan yang baru ni. Apapun syukur atas pemberian. 

Ikut kata Tok Umi, trip ni seronok sebab banyak aktiviti. Salah satunya mereka dibawa ke satu extreme park. Ada few photos yang Tok Umi shared antaranya main ATV dengan Tok Ayah. Itu ok lagi, ada satu video tu Tok Umi joined zip bike activity, kayuh basikal atas tali tu. Seram Ummi tengok ๐Ÿ˜… Kalau suruh Ummi pun belum tentu Ummi mampu. Gayat! 

Sebelum puasa hari tu dapat tiket ke Pulau Redang. Tok Umi & Tok Ayah ikut ber-snorkeling. 

Dapat T-shirt sorang satu. Ummi dapat kaftan. 

Seronok tengok my PIL, ke sana sini berdua, menggunakan nikmat sihat dan kelapangan masa yang ada bukan sahaja untuk menikmati hidup, tapi juga dalam menyediakan bekal untuk ke sana. Puasa sunat sama-sama, pergi mengaji pondok sama-sama... Moga Tok Ayah dan Tok Umi sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kelapangan dan kemudahan dalam segala urusan.

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุจู†ุนู…ุชู‡ ุชุชู… ุงู„ุตุงู„ุญุงุช ๐Ÿ’š



Thursday, 16 June 2022

Cadar Sabella


Hari tu Sabella ada buat promotion, off RM20 untuk beberapa items terpilih. Tak perlu minimum order. Terus Ummi tertarik dengan set cadar yang ada offer tu. 

Lawakan? 

Ini offer-nya. 

Esoknya baru texted dropshipper favorite, Ustzh A nak order satu set. Dah bagi details semua dan confirmed order, baru dua-dua perasan promotion tu hanya untuk semalam huwaaa... Harga promosi hanya RM59, harga biasanya kena + lagi RM20. Banyak beza tu kan... Takpelah, bukan rezeki nak dapat harga promosi tu. Even Ustzh offered untuk belanja RM20 tu, but I don't feels like taking the offer. Harga silaturrahim kami lebih mahal chewah ☺️ Silap Ummi juga sebenarnya lupa nak confirm-kan samada offer tu masih valid or not. Ustazah pun tak perasan. 

Masa cadar tu sampai takdelah excited sangat pun, merajuklah konon tak dapat harga promo tu haha... Tapi, bila dah pasang tu, eh, it worth the price-lah! Pillow cases pun dapat 4. Ummi ingat 2 je (tak perasan ada tulis di gambar atas tu).   Material memang best, bukan cotton nipis. Yang ini tebal tapi sejuk. 

Dapat juga 1 sarung bantal peluk (bolster). 

Kalau nak tahu, bolster ni milik arwah Tok Wan. Bantal panjang kami panggil. Satu-satunya barang peribadi Tok Wan yang masih Ummi miliki. Walaupun dah lebih 20 tahun Tok Wan meninggal, bantal ni masih ada dengan Ummi. Jadi pengubat rindu. 
Dari panjang standard size bolster sampai tinggal separuh sebab dah terkoyak dan sebahagian kekabu terkeluar, Ummi tetap simpan. Dengan izin-Nya, memang tak akan buang. 

Alhamdulillah puashati dengan belian kali ni. Sekarang ni nak cari set single pula. Ada ke Ustazah? 

 

Wednesday, 15 June 2022

Sedapnya Pajeri Nenas Tanpa Santan

Masakan pajeri memang kegemaran Ummi sebab dari kecil Ummi selalu makan pajeri nenas, terung dan sesekali pajeri rebung. Malah, Ummi pernah makan pajeri epal airtangan Cik Leha dan Ummi sendiri pernah masak pajeri buah amra (kedondong) selain pajeri nenas dan terung. Dan setiap kali masak pajeri ni Ummi letak santan. Sebab begitulah cara arwah Tok masak pajeri. 

Tapi, hari ni nak jimatkan penggunaan santan sebab dah buat ayam masak lemak, Ummi cuba-cuba cari resepi pajeri tanpa santan sebab pernah terpandang resepinya. 

Jumpalah perkongsian dari Kak Mas di Majalah Rasa. Nampaknya bahan-bahan dan caranya sama sahaja. Yang tak dimasukkan hanya santan. 

Resepi: Pajeri Nenas Tanpa Santan
Sumber: Majalah Rasa

Bahan-Bahan
1 biji nanas – saiz terpulang dan jangan terlalu ranum 
2 paket kecil rempah kari daging Babas –guna 3 s/b serbuk kari daging Rahman's 
Bawang merah saiz sederhana – dihiris / kisar halus 
2 ulas bawang putih saiz kecil – dihiris / dikisar
1 potong halia – dihiris / dikisar
1 tangkai daun kari
2 sudu makan gula perang @ ikut selera masing-masing - Ummi letak 3 s/b gula perang dan 1 s/k gula putih
 
* Ummi tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia. 

Cara-cara
1. Bersihkan nenas, potong ikut selera masing-masing -  Ummi suka potong kecil
2. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih, empat sekawan dan daun kari hingga naik bau
3. Masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan guna api sederhana. Tumis hingga pecah minyak.
# Untuk dapatkan kuah yang cantik, tumis sampai pecah minyak 3x. Maksudnya bila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali.
5. Kemudian masukkan udang kering.
6. Masukkan kerisik, garam dan gula perang. Jumlahnya terpulang pada selera masing-masing.
7. Akhir sekali baru masukkan nenas. Biar mereneh dan nenas mesra dengan rempah.
8. Rasa dulu, jika semuanya cukup manis masinnya, tutup api. Siap! 

Pesanan Kak Mas: 
INFO: Empunya resipi masak dengan api yang perlahan, jadi kalau nak masak untuk makan tengahari, dalam kul 10 pagi tu sudah boleh mula masak pajeri ni. Sejam juga masa yang siambil, sebab nak pastikan rempah masak cantik. Harapnya resepi ini dapat membantu. Selamat mencuba. Doakan empunya resipi murah rezeki. Andai ada yang nak berniaga jual Pajeri Nanas, boleh cuba resipi ini.

Terima kasih Kak Mas atas perkongsian resepi ni. Didoakan agar rezeki Kak Mas sentiasa melimpah dan berkat aamin ๐ŸŒน

 Dah niat, kalau sedap ni nak bagi Cik Leha sebekas. Bukan apa, Ummi puasa jadi tak dapatlah nak rasa sedap ke tidak. Segan juga nak kongsi kalau tak sedap/tak jadi pajeri ni. Lepas berbuka, rasa sedap, secukup rasa alhamdulillah. Terus hantar runner bagi pada Cik Leha. 
Selera kami sama, selera orang kampung :) 

Selamat mencuba ๐Ÿค— 

Malaysia vs Bangladesh

Bersorak tak malam tadi? 
Rumah kami bergegar dengan gandingan sorakan Ummi & Walid ๐Ÿ˜‚

Untuk Kelayakan Piala Asia 2023 kali ni Ummi tonton ketiga-tiga perlawanan;

> Turkmenistan vs Malaysia (1-3)
> Malaysia vs Bahrain (1-2) 
~ berpeluh skuad Bahrain nak tundukkan Harimau Malaya 
~ game ni yang Stadium Bukit Jalil jadi bendang ๐Ÿคญ 
> Malaysia vs Bangladesh (4-1)

Berdasarkan kemenangan malam tadi, Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023, selepas 42 tahun. Bangga tau! Apatahlagi, Ummi jadi sebahagian dari sejarah chewah :p

Credit source. 

Result malam tadi ...

Tahniah..tahniah...tahniah! 

Bagi Ummi; 
Gol pertama: memberi keyakinan
Gol kedua: menambah semangat
Gol ketiga: mengukuhkan kedudukan
Gol keempat: mengesahkan tempat

Sejak-sejak Coach Kim Pan-Gon ambil-alih skuad negara ni nampaklah perubahan positif setakat ni. Harapnya momentum ni berterusan. 

Tahniah semua! 

Tuesday, 14 June 2022

Buffet Lunch @ Ramly Bistro

Akhirnya, hajat nak cuba buffet lunch di Ramly Bistro tertunai.

Sebelum hantar Abang balik ke asrama Ahad kelmarin (12/6), kami makan tengahari di sini. Sampai sekitar jam 1.30, reserved table dulu kemudian bagitau staff situ nak solat Zohor sekejap di Masjid Saidina Hamzah tu. 

Syukurlah kami buat reservation awal, sebab buffet lunch ni hanya setakat jam 2.00 ptg, w/pun di banner katanya hingga jam 3.00 ptg. Kiranya kami sekeluarga last group yang dapat  makan buffet ni, hari ni. Selepas pukul 2, buffet dibuka untuk staff. Nampaklah staff yang habis shift (agaknya) ambil makanan di buffet table tu. Yang baru sampai pula ambil giliran tugasan masing-masing. 

Menu sama je masa berbuka di sini Ramadhan lepas. Ada buah oren dan sejenis minuman sejuk dan air kosong. 

Dessert tak disediakan dalam pakej buffet jadi Ummi ordered aiskrim Vanilla  Bandung & Jagung. Harga setiap satu RM5.  

Dari segi rasa, layanan dan keselesaan memang terbaiklah bagi Ummi. Kalau ada sajian lauk-pauk kampung lagi wow pada Ummi :) Apapun alhamdulillah tercapai hajat berkongsi rezeki dengan suami dan anak4. 

Puashati kalau bawa Abang keluar makan. Semua dia makan :D 

Dah kenyang tu, jom Ummi hantaq balik asrama hehe ..


See you again Abang ๐Ÿ˜˜