Anak sulong buah hati kesayangan kami ni sedang berjuang... Berjuang untuk masa depannya. Sebagai ibu bapa, kami cuba untuk bagi yang terbaik untuk Abang dari segala segi.
Setiap minggu yang Abang tak boleh PB, kami akan melawat Abang, bagi moral support 💪🏻 Setiap kali datang tu Ummi masaklah apa² juadah untuk Abang. Ada rezeki lebih, ajak sekali kawan²-nya. Memandangkan masih ada mood raya, Ummi masaklah makanan tema hari raya 😆
Minggu lepas masak Soto Nasi, minggu ni Ummi masak Pulut Kuning, Kari Ayam dan Roti Jala.
Kari Ayam ni Ummi guna dlm 1½ ekor ayam. Minta tukang potong tu cincang siap² sebab nak buah kuah roti jala. Regu sekali la dengan pulut kuning tu.
Roti Jala ni tak halus, entah apa kena dgn botol/acuan roti jala Ummi ni, hujung² baru nak cantik elok roti jalanya plus Ummi pun tak pandai sangat nak 'menjala' sebenarnya 🤭Tapi, roti jalanya lembut, I like...
Resepi Ummi ambil dari Cookpad. Terima kasih banyak empunya resepi, menjadi sangat 🌹
Bahan²:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk kunyit / pewarna kuning
1 sudu teh garam halus
2 cawan air
1 cawan santan - Ummi guna 1 pek santan segitiga Kara + air sikit
2 1/2 sudu makan minyak masak
1 biji telur
Cara Penyediaannya:
1. Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, atau pewarna kuning dan garam halus. Gaul
sebati, ketepikan
2. Dalam bekas lain, campurkan 2 cawan air, santan, minyak masak dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam tepung tadi
3. Kemudian, kisar dengan blender /mixer hingga tiada tepung berketul².
4. Tapiskan. Masukkan ke dalam botol/acuan roti jala.
5. Panaskan kuali dan sapukan minyak sikit. Bila kuali panas, bolehlah mula 'menjala' ikut kreativiti masing². Masak guna api kecil, tak perlu terbalikkan. Angkat dan gulung/lipat roti jala yang dah masak.
Alhamdulillah seronok tengok Abang dan kawan² makan ❤️
![]() |
Credit: SPM A+ Miracle Good luck Haziq & Batch 07 Semoga semuanya beroleh kejayaan cemerlang hendaknya 🤲🏻 |
Uncle tak kisah roti jala tu halus ke tak.... Yang penting msuk perut!
ReplyDeleteHaha betul tu Uncle 😁
DeleteHuntungnya si Abang
ReplyDeleteKesian la Wak, tak dapat beraya sangat kali ni... Itu yg kita bawa juadah raya bagi dia makan hehe
DeleteSedapnya semua menu yang Ummi sediakan. Semoga abang bersemangat selepas menjamu selera!
ReplyDeleteMemang semangat sokmo Abang tu... Semangat makan airtangan Ummi ahak 😆
DeleteSemoga Abang bersemangat untuk menjawab soalan-soalan SPM dengan cemerlang.
ReplyDeleteAamin aamin aamin Ya Mujib 🤲🏻
Deletewehh sapalah tak sayang anak, tapi adakan makcik., hehe
ReplyDeletealhamdulillah syukur
Haha... Kucing pun sayang anak dia kan Wak hehe
DeleteMacam-macam ummi masak.. roti jala kalau dah sedap, lembut jadi lempeng pun tak apa 😁
ReplyDeleteTu la dok fikir camtu juga... Susah² sangat lempengkan aje :D
DeleteRoti jala tu yang penting lembut sedap, rupa tak kisah. Masa Raya hari tu, mak kata roti jala macam tak cukup so kita terus lempeng kan aje. Laku keras jugak.
ReplyDeleteYa Kak... Pastu terfikir juga kalau tak jadi juga, kita lempengkan aje aha
Deletewaaahhhhhhh seronok Abg. mcm-mcm kongsi rezeki ibu buatkan hehehe
ReplyDeleteRoti jala Akk tak sehalus dan secantik roti jala Ana ☺️
Deletekalau lah kita dekat, boleh Ana tumpang sekaki berbagi mkanan jugak tiap kali PH pegi jumpa Abg hehehe
ReplyDeleteAkak setuju 200% haha...
DeleteTak pernah buat roti jala ni PH. Kagum yang buat roti jala ni. Tak apa....janji rasa tu ada ya PH.
ReplyDeleteIbu ayah akan berkorban untuk anak-anaknya.....
Ingatkan PH je jarang buat roti jala, rupanya Ezna langsung tak pernah buat ye... Kiranya PH advance la sikit ye haha 😆
DeleteAll the best utk ur son dan anak2 kita semua..aamiin
ReplyDeleteBegitulah hendaknya utk semua anak², beroleh yg terbaik hendaknya 🤲🏻
Deletesemoga dipermudahkanNya buat putera sulung PH dalam perjuangan masa depannya dan berolah kejayaan cemerlang, aamiin
ReplyDeleteAamin... Pengalaman sulong utk kami juga Kak Ana, itu yg nervous hehe
DeleteAll the best buat pejuang SPM, semoga dapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan ibu bapa.
ReplyDeleteSalam kenal warga Blogger... Jemput singgah di teratak yang tidak seberapa.
Aamin terima kasih Tuan
DeleteAlhamdulillah...seronok abang dan kawan2
ReplyDeleteAlhamdulillah... Bolehlah release stress dgn makan2 haha
DeleteRajin PH, macam² masak untuk abang. Haritu saya pun ada terfikir nak menjala, tapi kari ayam pun guna setengah ekor ayam je. Cepat je habis kari. 😁
ReplyDeleteSy masak banyak sebab nak regu dgn pulut kuning sekali
DeleteRoti jala termasuk fav saya juga. Tp tak pernah buat sendiri. Selama ini selalu pesan dari teman yg memang jualan 😁
ReplyDeleteKadang teringin airtangan sendiri dan mood rajin ada, jadi buat juga sendiri. Bila malas gitu, beli aja hihi
DeleteLamanya x makan roti jala...hari tu ada sebut..tapi mcm biasa la x reti buat...hahahaha
ReplyDeleteOrder je SA... Ramai org buat niaga roti jala skrg ni...
Delete