Thursday, 30 September 2021

Simcard Kena Terminate ๐Ÿ˜‡

Dapat simcard free masa tukar phone bulan 3 tempohari. Simcard free tapi kena bayar RM20 kot upfront. 

Abanglah guna no 013 ni, mostly untuk PdPR dia. Awal-awal tu rajinlah reload tapi bila pasang Unifi dah jarang top-up. Nak call/text banyak guna WhatsApp. Hari-hari Ustaz call untuk tasmik pun guna WA je. Jadi, tak ada masalah hinggalah semalam. 

Nak install MySejahtera dekat phone Abang. Nombor OTP dihantar ke SMS, tapi tak 'masuk-masuk' SMS-nya. Agaknya nombor kena block. Cubalah nak reload secara online, katanya invalid number. Bila call Call Center, betullah nombor tu dah di-terminate. Rupanya ada SMS sebelum ni yang ingatkan kami top up < 5/9. Tapi manalah nak perasan. Abang memang jarang check SMS. Sama juga dengan Ummi hehe...

Hand phone Abang beli bulan lepas.
Redmi RM379. Kongsi guna dengan adik-adik dia. 

Jadi, kami diminta ke Blue Cube terdekat untuk selesaikan masalah ni. Nombor 013 ni memang dah terminate katanya. Dia boleh request untuk  apply semula nombor tersebut, ambil masa dalam 2-3 hari. Baru nak senyum, dia cakap tapi tak boleh guna untuk prepaid lagi, kena tukar ke post paid. Pulak! Pakej paling murah RM98. Lepas few months, boleh downgrade sikit, pakej RM80 sebulan.Takde maknanya nak sign up untuk pakej ni. Yang ada ni pun dah rasa terbeban. Nak tambah lagi dekat 100 idaklah teman... Baki RM30.15 dalam tu pun burn gitu je :( 

So, kami decided untuk let go je nombor tu. Pilihan lebih murah, beli prepaid card baru, RM10 je. Tapi, depa ni pandai. Since we agreed to buy a prepaid card, dia offer pulak satu plan RM 28/sebulan. Dapat 1G Internet data plus unlimited call. Tak perlu reload setiap bulan. Depa hantaq bil, jadi takde lagi kes terlupa reload Insha Allah. Kenapalah tak cakap awal-awal ๐Ÿคฆ Tapi, bak kata Walid, depa promote hat mahai dulu... Betoi jugak tu. Pusing sana, pusing sini yang untung depa jugak. Apa boleh buat penggunaan telefon bimbit,  data Internet semua tu keperluan zaman sekarang. Nak tak nak, kena ada juga. 

Apapun syukur, selesai masalah. Yang penting, MySejahtera Abang tu dah successfully registered under his name. Complete vaksin nanti boleh masuk asrama balik :p (Dia taknak balik asrama lagi haha....) 


Tuesday, 28 September 2021

Ramly Halal Mart, Batu Muda

Jumpa dah port nak beli produk keluaran Ramly dan barang sejuk beku lain yang selesa, bersih dan mampu milik. Mampu milik barangnya ye, bukan kedainya :D 

Dah lama tahu ada kilang Ramly di sekitar Batu Muda ni tapi tak pernah cari atau terjah. Hinggalah sekitar bulan 4 hari tu, Walid  discovered tempat ni tapi disebabkan PKP, PKBP dsbnya di Lembah Klang ni jadi tertangguh jugalah hasrat Ummi nak ber-shopping di sini. 

Sabtu lepas baru Ummi berpeluang 'rasmi' kedai ni haha...

Produk sejuk beku... Bukan sahaja produk Ramly, terdapat juga pelbagai halal syarikat lain. 

Frozen seafood pun ada... Super excited Ummi ni hah :) 

Dessert , produk makanan ready to eat keluaran Ramly pun ada rupanya. 

Di sini juga boleh dikatakan one stop center untuk peniaga burger sebab semua keperluan/bahan di jual di sini. 

Termasuk juga sayur-sayurannya...
Tomato, kobis, timun dan serba sikit buah-buahan...

Barang keperluan asas; beras, gula, tepung dsbnya pun ada...

Ummi ambil satu pek ikan bilis Langkawi ni. Elok ikan bilisnya, stok baru. 

Istimewanya ada cafe untuk kita menikmati juadah Ramly. 

Hasil tangkapan hari tu... 

Satu Ummi nak pesan, kalau ke sini jangan lupa beli salmon. Harganya sangat berbaloi dan kualiti ikan sangat memuaskan. Takde bau hanyir langsung. Puashati.  

Ummi tabur garam, serbuk lada hitam dan sedikit tepung jagung. Pastu goreng. Terasa keenakan isi salmon ni. Selalu Ummi grill tapi hari tu nampak MamaCella goreng ikan ni, teringin juga ☺️ Sedap, anak-anak pun suka. 

Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No 12 Jalan 29/10A
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu
68100 Kuala Lumpur
No Tel: 03 6184 2972 

Maaf, Ummi lupa nak check business hours-nya ๐Ÿ˜…

Sunday, 26 September 2021

FAM x Little Joe ~ The Exclusive Box

Pernah dengar car perfume jenama Little Joe? Walid ni rajin tonton YouTube Channel Pekin Ibrahim. Dari situlah tahu akan kewujudan jenama ni. Female version dia nama Little Joya. Cute kan? 

Little Joe ni boleh dibeli di stesen-stesen minyak Petronas. Harga RM18.90 kalau tak silap. So far Walid dah 2x beli. Sedap bau dia... 

Baunya maskulin, tak ingat flavor apa... 

Hijau ni bau mint. 

Baru-baru ni pula Little Joe buat collaboration dengan FAM, keluarkan gift box. Amboi, kemain laju Walid order ๐Ÿ˜ฌ 

Exclusive box ni harganya RM149. Sesuai juga untuk dijadikan gift. Design, content semua nampak wow. Sesuai sangatlah... 

Isinya... 
Ada T-shirt Harimau Malaya dan produk-produk Little Joe; car perfume, car air freshener & kain microfiber. Comel je si Little Joe tu pakai baju Harimau Malaya haha... 

T-shirt ni lawa. Kain pun elok, sedap pakai kata Walid. Car perfume tu tak buka lagi, sayang katanya :) 

Ini pula T-shirt Harimau Malaya, beli di Al Ikhsan. 

Hand sanitizer free tu habuan Ummilah :

Walid ni sebenarnya T-shirt collector. Special events, special edition shirts sukalah dia beli. Hari tu ke sana ke sini 'merayau' di alam maya cari T-shirt Olimpik Tokyo dan sebelum tu beli T-shirt Euro 2020. 

Bukan satu, tapi lima! Untuk anak4 sekali. Beli 5 dapat harga diskaun katanya.

Latest one, beli T-shirt JDT Champion #8. Unfortunately T-shirt tu besar, rezeki Abang lah :D 


Rezeki dari Surau

Alhamdulillah surau dah dibuka semula sejak 4/9 tak salah Ummi. Walaupun bilangan jemaah dihadkan dan terdapat beberapa syarat, sekurang-kurangnya dapat juga memgimarahkan surau/masjid. Sejak kelmarin juga majlis ilmu secara fizikal dibenarkan semula. 

Sebelum ni  majlis bacaan Yasin, kuliah Maghrib, bacaan kitab dsbnya diadakan secara maya. Hikmahnya, capaian audience lebih besar, termasuk Ummi yang tak ke surau ni bolehlah join juga. Tapi, bersemuka lebih feel kan? 

Sejak surau dibuka semula, ramai jemaah mengambil peluang untuk berkongsi rezeki. Inilah antara rezeki yang Walid bawa balik dari surau kebelakangan ni... 

Malam pertama dah ada kenduri...

27 Muharram baru jumpa bubur asyura...

Ada jemaah sedekah. Promo ke apa tak pastilah... 

Sedap pulak bihun tu. Dapatlah sorang 1-2 sudu haha... Rupanya airtangan Mila, tauke petai Cameron. Rajin dia, sambil berniaga sambil ambil tempahan memasak, bantu suami tambah pendapatan.

Nasi Beriani ni terbaik! Tak caya, tengok depa berebut-rebut haha...

Dua malam berturut-turut rezeki bihun goreng :) 
Mee goreng pulak :D 
Ini istimewa, dapat Surah Yassin dan Himpunan 8 Surah Amalan. Berpanjangan pahala si pemberi selama mana hadiah ni digunakan.  
Terbaru, surau juga buka peluang untuk jemaah menyumbang untuk sarapan hari minggu. Bolehlah ambil peluang untuk menyumbang bagi yang berkemampuan. 

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุจู†ุนู…ุชู‡ ุชุชู… ุงู„ุตุงู„ุญุงุช ๐Ÿ’š



Friday, 24 September 2021

Resepi ~ Sambal Tempoyak Daun Kayu

Tergoda betul Ummi bila rakan blogger, Fiza berkongsi keenakan sambal tempoyak daun kayu ni. Terus rasa teringin... 

Kebetulan petai pun ada, petai Cameron katanya. 

Cantik petai ni, isi padat dan cukup matang. 

Di belakang rumah pula, ada daun kunyit muda yang segar elok. Setiap kali Ummi siram pokok-pokok di belakang tu, Ummi fikir nak masak apalah dengan daun kunyit ni. Nak buat rendang, baru je hari tu dah me-rendang. 

Ummi kutip sekali daun kadok dan pucuk ubi di depan rumah. Itu je lah dedaunnya. 

Ringkas sahaja resepi ni. Jom! 

Resepi: Sambal Tempoyak Daun Kayu 

Bahan-bahan
1 ikat pucuk ubi – dihiris
5 helai daun kunyit – dihiris
20 helai daun kaduk – dihiris
10 helai daun mangun – dihiris (Tak letak)
5 batang serai – dihiris
Petai – ambil isi sahaja
Ikan bilis
1 kilogram (kg) tempoyak mentah
1 kg santan pekat (4 biji kelapa )
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1/2 cawan cili api
2 inci kunyit hidup

#Bahan-bahan di atas ni Ummi olah kuantitinya sebab Ummi buat sikit saja.

Cara-cara
1. Hiris halus pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk dan serai

Inilah bahan-bahannya, selain santan. Tempoyak Raub  yang Maksu kirim hari tu masih berbaki. 

2. Kisar cili padi dan kunyit hidup. Ummi terlebih rajin, tumbuk bahan-bahan ni :) 
3. Masukkan bahan kisar, santan dan tempoyak ke dalam kuali/periuk. Buka api dan reneh hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah. 
4. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
5. Selepas itu masukkan ikan bilis dan petai. 
6. Kacau sentiasa dan masak sehingga pekat.
7. Perasakan dengan garam. Tutup api. Siap! 

Mudahkan? 



Thursday, 23 September 2021

Adik ~ Projek Aulad 2021



Projek Aulad ni anjuran PASTI Gombak untuk murid-murid 5 & 6 tahun, bertemakan kulinari dan pekerjaan.

Adik pilih tema kulinari...

Siap! 

Kena hantar video. Alhamdulillah 2x rekod dah ok. Cuma nak kena edit dan trim supaya tak lebih masa. Semua tak reti nak buat jadi mintalah tolong dengan Kak Una, cousin depa. Una ni baru Darjah 5 tapi pandai edit video bagai... 

Untung juga ada skill begini sebab sekarang banyak tugasan cikgu bagi ataupun pertandingan online yang kena submit video. Kakak pun sekarang dah bolehlah sikit-sikit guna Apps In-Shot tu. 

18/9 dapat keputusan. Adik dapat hadiah saguhati. 

Hadiah cikgu letak di luar pintu je. Siap tulis nama pada hadiah. Sendiri ambil, sendiri tangkap gambar. Norma baharu hihi... 

Ini pula Ummi bagi Kak Una sebagai penghargaan. Moga dia lebih bersemangat nak belajar bab video making ni. Zaman sekarang skil sebegini boleh menjana pendapatan, Insha Allah. Suruh dia buat YouTube Channel, malu katanya ๐Ÿ˜

Suka sangat dia dengan hadiah ni. Kaki melaram 'minah' sorang ni :D 

Hadiah Ummi beli dari Cik Ayu, set BBNU katanya. Sesuai sangatlah dengan Kak Una :) 

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุจู†ุนู…ุชู‡ ุชุชู… ุงู„ุตุงู„ุญุงุช ๐Ÿ’š