Monday, 31 August 2026

Food Hunting Edisi Merdeka 🇲🇾

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026! 
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 

Acara wajib pagi hari Merdeka semestinya menonton perarakan. 

Abang pun tengok perarakan juga 😁
Dah diasuh sejak kecil hihi... 

Sempena hari istimewa ni, banyak promosi yang ditawarkan terutama bahagian F&B. Kali ni Ummi dan Angah plan awal nak grab promo Merdeka. Ada geng ni seronok sikit nak rebut peluang begini. Cuma, kawasan terjahan kami di sekitar jajahan Sri Gombak sahajalah. Malas nak keluar jauh². Di SG ni pun dah ada macam² kedai. Kedai Eco je takde. Eh 😅

Mula-mula kami ke Ayam Gepuk Top Global, di Urban 360. 
Set Merdeka yang ditawarkan oleh AGTP RM 19.57 untuk 2 set nasi ayam gepuk bersama 2 gelas air sirap. Mula tu tak dapat tangkap kenapa RM 19.57. Lambat pulak loading cuti-cuti ni 🤭

Sedap ye AGTG ni....
Nanti boleh dine in di sini. 
First time datang sini wpun selalu lalu je depan Urban 360 ni. 

Second stop, CU. 
Nampak menarik juga promonya tapi bila nak order yang kami berminat tu, rupanya item yang ada dirak (ready to eat). Ingatkan makanan yang kena order dekat kaunter. Jadi, beli watermelon milkshake je, RM9.99. 

Posing sebelah Kak Mira Filzah nampak :p
Ni singgahan ketiga, nak grab Buy 2 Free 1 offer. 

Choc Indulgence (wajib la beli kan kalau masuk SR), New York cheesecake dan Triple Hokkaido Choc Cake. Total spent RM 27.00 untuk 3 slices of SR cake. 

Marrybrown pulak. 
Offer menarik juga. Menu wajib beli set nasi lemak (RM15.99) dan untuk second item baru boleh pilih antara nasi ayam, nasi kandar, bubur ayam atau bubur pedas. Harga second item ni hanya RM6.90, represents 69 tahun kemerdekaan negara kita. 

Kami pilih nasi kandar untuk second item tu. Nasi lemak takde telur rebus, nasi kandar ada telur rebus sebiji. Keduanya dihidangkan bersama papadom. Kuah kari nasi kandar tu not bad rasanya. Tapi rasanya mild la bukan pekat macam kari mamak. 

Ingatkan air termasuk sekali dalam set ni tapi bila tengok resit air caj RM1/cup. Sepatutnya satu pink lychee, satu lemonade tapi dapat pink lychee dua-dua. Ummi pun tak check sebab tadi agak ramai pelanggan yang nak grab offer ni. Dekat SR pun sama, ada 2-3 pelanggan yang grabbed offer 👆🏻
Tapi okay je dapat air pink lychee dua-dua pun, sebab sedap. 

Lastly, kami singgah di Kopi Saigon. Angah excited nak beli kopi di sini. Itupun dia risau takut tak sempat grab offer RM 6.90 ni sebab offer ni limited untuk 100 orang terawal je, di setiap outlet Kopi Saigon. Alhamdulillah ada rezeki Angah. Senyum lebar dia :) 

Alhamdulillah mission accomplished. 
Tq Walid layan misi Ummi dan Angah kali ni 😁

Semoga negara kita terus makmur, harmoni dan dirahmat Allah SWT selalu hendaknya 🤲🏻 





Sunday, 30 August 2026

Sarapan @ Nasi Kerabu Kak Yah 3, Batu Muda

Pagi tadi Ummi dan Walid running errands and grocery shopping di sekitar Sri Gombak.

Kemudian Walid bawa Ummi ke kedai makan Nasi Kerabu Kak Yah 3 yang terletak di Batu Muda. Kedai makan ni berhadapan dengan pintu masuk Raudhatus Sakinah yang lama dan bersebelahan dengan pejabat UMNO Cawangan Batu WPKL.

Sabtu semalam Walid breakfast di sini dengan Uncle Apai dan Uncle Zaki. Itu yang hari ni bawak Ummi pula sebab sedap makan di sini. Sanggup ye drive dari SG ke sini sebab hari ni jalan dah clear. Seronok orang belah sini sebab jalan dah lengang, tak macam Jumaat dan Sabtu semalam. 

Makanan utama nasi berlaku, nasi kerabu dan nasi lemak. Ada juga roti canai. 

Daging bakar 

Kambing bakar

Tukang bakar 😁
Ramah dan sopan orangnya. 
Dua lagi cawangan di Kota Bharu katanya. 


Dalam dan luar kedai bersih 👍🏻 

Sebab nama kedainya Nasi Kerabu Kak Yah 3, jadi wajiblah Ummi ambil nasi kerabunya. Ummi ambil telur masin dan hati goreng sebagai lauk. Sedap, cukup segala bahan dan aksesorinya. 

Walid ambil nasi lemak telur mata dan daging goreng. Ummi tak rasa tapi nampak nasi lemak berderai, bukan jenis melekat/lembik jadi sedaplah nampaknya tu. Walid cakap sedap. Untuk anak³ kami tapau nasi lemak lauk paru dan sambal telur rebus. Sedaplah tu, semua makan habis licin sorang sebungkus. 

Roti canai kosong, nak cuba juga. Kongsi berdua. Ada rasa marjerin. Kalau ditanya, Ummi prefer roti canai kedai lagi satu yang kami selalu makan. Bukan tak sedap, lebih kepada citarasa masing-masing. Bagi Walid sedap, Ummi pula rasa biasa je. Begitulah. 

Minuman pula Ummi order teh ais dan Walid minum air panas (lupa air apa 🙏🏻). Air kosong boleh ambil sendiri di tempat yang disediakan. 

Jumlah keseluruhan RM50.50. 
Alhamdulillah sedap dan mengenyangkan. 

Saturday, 29 August 2026

Ke Mitsui Outlet Park KLIA

Walid nak ke outlet Dockers di Mitsui Outlet Park KLIA ni. Nak cari seluar kerja katanya. Di outlet Nu Sentral takde yang berkenan, plus hanya ada slack material cotton. Walid nak cari yang materialnya polyester. 

Jerebu tebal 11 Rabiul Awal tempohari. 

Sampai sana berpisah. Ummi dan Adik tuju ke butik Larrie, cari kasut dan marking siap² kasut yang diminati. Tunggu banker mai bayaq satgi :D 

Lepas tu melilau ja la kami berdua, keluar masuk kedai. Tbh Ummi tak minat mall gini, sebab kena keluar masuk satu kedai lepas satu kedai untuk cari barang. Lagi suka, supermarket macam Aeon tu. All in one place. 

Seketul Adik yang setia mengekor Ummi 😂
Nampak booth TL, itu je la yang dia minta. 

Takpe, Adik ada duit, sambil buka purse dia. 
Tapi, depa tak terima cash. 
Ummi la jugak kena bayar.
Gitu je kena pau haha... 

Selesai di situ, ronda-ronda sekejap di KLIA 2. Duduk dalam kereta je, okaylah. Kalau diajak keluar kereta taknaklah. Kelabu asap! 

Ikutkan nak lunch area Melawati, tersalah simpang pulak. 

Sudahnya, di SG juga makannya.
Restoran Sri Ayu peak hour, tahulah macamana keadaannya; sesak, panas... Makan pun cepat², nak cepat keluar dari situ. Apapun syukur atas rezeki pemberian-Nya. 


Friday, 28 August 2026

Masak, Makan, Masak, Makan...

Kari Ikan Tongkol + Telur Rebus
Orang kampung Ummi panggil ikan kayu. Mula² dengar kawan-kawan belah KL/Sel sebut ikan tongkol Ummi tergelak, sebab di kampung tak pernah dengar perkataan ikan tongkol. 

Masak kari kena ada sambal belacan baru umphh. Dah ada sambal belacan kena ada ulam la kan. Rebus pucuk paku setangkai dua, aduh sedapnya cicah sambal belacan. 

Goreng ayam ala² chicken tenders, buat makan malam. Cukup² la nasi for that day :)

Kari Telur Ikan.
Telur ikan tenggiri kata penjual. 
Masuk sekali ikan gerut-gerut/jenahak putih/sebohok/kepala batu (hasil info Google). 

Coq Kembung @ cucur kembung @ cucur/cekodok manis. 
Tak berapa kembung sebab malas nak guna tangan, kita sudukan aje. Rajin, begitulah :p 

Telur Rebus Belado.
Puashati sambal banyak² gini. Chopped kasar² cili bawang. Untuk Adik, telur rebusnya tak perlu goreng dulu. Ummi pula suka goreng dulu telur rebus sebelum masuk dalam sambal. Ah, kita buat dia, bisa diatur.

Ni menu sebelum cuti sekolah. 
Cuti sekolah ni pula macam² lagilah menu akan keluar dari dapur :) 


Triple J

Triple J = Jumaat, Jerebu, Jammed


Ummi nak balik ke Sri Gombak je, tapi terpaksa berkonvoi dengan kenderaan yang nak menghala ke Tol Gombak. Untuk makluman, esok cuti sekolah dah mula. Hari ni banyak pergerakan kenderaan sama ada nak balik kampung atau jemput anak di asrama, macam Ummi ni. 

Dari area PPAM tu lagi dah 'sangkut'. Dari sini sementara nak lepas kuil Batu Caves tu dekat sejam 😇

Apapun semoga dipermudahkan urusan semua. Hati² memandu, tak kiralah ke mana pun destinasinya. Long weekend kan... 


Berkaitan dengan jerebu pula, take care semua. Mata Ummi dah start gatal dan merah. Padahal bukan lama sangat berada di luar, sekadar menyapu porch, siram pokok dan keluar ambil Adik balik sekolah gitu ja. Tapi setiap kali keluar tu memang tak selesa rasanya. Umpama sedut asap, bukan udara :( 

Thursday, 27 August 2026

Sayur Kegemaran

Ummi suka layan Sinar FM kalau dalam kereta. Sesuailah dengan umur kan, ahak 😆 

Topik petang masa slot Sarah Kamilla tentang sayur kegemaran. Sepanjang Ummi dengar tu ramai bagitahu suka kangkung goreng belacan. 

Ummi pula terfikirkan labu masak lemak + pucuk asin² (cekak manis) atau pun masak bening labu + bayam. Kiranya peminat labulah Ummi ni. Satu lagi Ummi suka sayur tauge. Tapi kedua-dua sayur ni kurang dapat sambutan di rumah ni.

Labu masak kicap. 
Tak buat masak lemak sebab 👇🏻

Dah buat masak lemak telur itik. 
Kan terlebih lemak pulak kalau dua-dua masak lemak :p

Apapun ikutkan semua sayur Ummi suka. Tak lengkap rasanya kalau makan tanpa sayur. Paling tidak ulam timun pun jadilah.  

Kawan² Ummi suka sayur apa ye? 

Wednesday, 26 August 2026

Sarapan di Tajria Cafe, Bandar Baru Bangi

Pagi Isnin kelmarin kami bersarapan di Bangi. Adik tak sekolah, SRAI cuti extra sempena Maulid Nabi. Walid pun cuti, ambil sehari dapatlah bercuti 4 hari. Ada beberapa urusan hendak diuruskan. 

Konsepnya terjah saja mana² cafe yang nampak menarik untuk disinggahi. Tajria Cafe ni letaknya di sebarang jalan Komplek PKNS Bangi, sebaris dengan Restoran d'Limau Nipis yang terkenal tu. Walid familiar dengan area ni, jadi ke sinilah kami melilau cari kedai yang dah dibuka dan sesuai dengan citarasa. 

Ada lempeng dan ubi rebus. 
Tapi kami tak order pun sebab kami team nasi lemak for life :D 

Sebelum makan nasi lemak, kami jamah dulu bingka ubi warna warni ni. Sedap, tak manis sangat just nice. Lama dah nak try kuih ni. Ini baru pertama kali jumpa, terus ambil. Ada resepi yang orang share, Ummi surrender la awal². Takde bakat buat kuih muih ni 🤭

Cantik dan selesa keadaan dalam cafe. Ada je pelanggan cuma tak masuk dalam gambar ni. 

Walid pilih nasi lemak telur mata. 
Nasi lemak bungkus ni ada pelbagai lauk; sambal udang, sambal sotong, paru dll. Soto, nasi dagang, mee, kuih muih semua ada. Banyak pilihan, ikut citarasa masing-masing. 

Ummi pilih nasi lemak dalam pinggan begini. Lauknya sambal kerang. Nasi lemaknya cukup lengkap dengan telur rebus, timun, ikan bilis dan kacang. 

Adik pula nak lauk paru sikit, sambal sotong sikit. 
Sedap secukup rasa semuanya. 

Untuk roti, hanya ada pilihan roti canai kosong dan roti tampal. Jadi Walid order roti tampal satu. Makan kongsi² sebab nak rasa je. Kuah karinya ada daging dipotong kecil-kecil. Sedap dan puashati makan. 

Bingkai lukisan menghiasi dinding kafe.
Tak estetik tapi mampu mengembalikan nostalgia. Main tarik upih salah satu permainan kegemaran Ummi kecik² dulu. Juga terselit pantun, sarat dengan pesanan untuk kita bersyukur dengan nikmat kenyang selepas makan. Terbaik! 

Selain  makanan sedap, suasana dalam kafe ni sangat selesa. Boleh makan pun dengan tenang, tak rushing dan tak crowded. Staff pula mesra dan cekap. Kedai pun bersih 👍🏻 

Tajria Cafe 
No., 171, Jalan 8/1, 
Seksyen 8 Bandar Baru Bangi 
43650 Kajang, Selangor






Tuesday, 25 August 2026

Breakfast w Geng Blogger Gombak

Sukahati je letak Geng Blogger Gombak 😅
Tapi bila tengok Ako pun tulis Geng Blogger Gombak, kira samalah thinking kami wpun tak plan nak letak title sama :D 

Niatnya nak jumpa Linda, yang bakal berpindah ke negeri kelahirannya, Perak Darul Ridzuan. Sebelum ni Kak Faiza ajak sekali jumpa Linda masa depa keluar ke CM ke TRX (lupa dah) tapi Ummi demam. Jadi, cakap dengan Linda ada rezeki kita jumpa nanti. Alhamdulillah Linda berkelapangan jumpa pada hadir cuti Maulidur Rasul hari ni. 

Sebelum tu, selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua. Antara tanda sayang kita kepada Baginda Rasullullah ialah dengan mengamalkan sunnah Baginda dan memperbanyakkan selawat.

Berbalik kepada tajuk... Kami set jumpa di CBTL Prima SG, senang Linda nak merempit dari Selayang hehe... Linda cadang nak ajak MZ. Ummi okay je, the more the merrier la kan... Lepas tu MZ ajak Carneyz, Carneyz pulak ajak Ako/Retna dan Ako pulak ajak Uyum 😁
Berantai² jemputannya:) 
So, here we are 🫰🏻
Ako dan Uyum singgah sekejap sebab nak balik kampung, ada kematian. Takziah buat Ako dan seluruh keluarga. Semoga arwah maklang Ako dicucuri rahmat Allah SWT. Salute dengan Ako, sanggup ke Prima SG sekejap untuk jumpa.

Bersembang macam jumpa member lama; walaupun baru kali ke-6 jumpa Carneyz, kali ke-3 jumpa Ako, kali ke-2 jumpa MZ dan kali pertama jumpa Linda. Wpun pernah jumpa Ako dan MZ sebelum ni, tak pernah berborak panjang pun, sekadar sapa gitu² je. Kali ni keadaan mengizinkan untuk duduk semeja berborak santai. Semuanya sporting dan happening 👍

Ummi order kaya butter toast. Spaghetti depan Ummi tu MZ punya. 
Ini je la gambar yang Ummi snapped, selebihnya kami bersembang. Dah jumpa kawan² seangkatan ni jadi segan pulak nak ambil gambar satu persatu 😅

Ni gambar dari phone Linda. 

Tak cukup bersembang dalam CBTL tu, sampai ke kereta MZ kami sambung sembang. Bukan apa, semua excited nak tengok Baby T :) Macam² soalan diajukan kpd MZ berkenaan EV car ni. Dah gaya macam saleswoman kereta dah MZ pun 🤭

Ummi selalu perhati, kawan² blogger ni kalau jumpa mesti bawa buah tangan untuk setiap orang. Jadi Ummi pun taknaklah FOMO (😜), belilah hadiah simple² untuk semua. Buat seronok² kata orang. 

Macam² Ummi dapat hadiah dari mereka berempat...

Tudung cantik dari Carneyz 

Coklat, shower gel dan brooch dari MZ. Brooch tu boleh matching dengan tudung 👆🏻

Sejadah mini dari Ako

Last but not least, dari Linda. 
Macam² ada... 

... antaranya, fridge magnet handmade by Linda. Dah selamat dilekatkan di peti ais. Nice work Linda 👍🏻

Alhamdulillah terima kasih semua. Harap kawan² pun sukalah dengan hadiah yang tak seberapa dari Ummi. 

Thanks for the memory, ada rezeki jumpa lagi In Sha Allah ❤️

Untuk Linda, Selamat Maju Jaya!