Wednesday, 19 March 2025

Meeting PIBG & Iftar Perdana

Sempena cuti Nuzul Al Quran semalam, sekolah Abang adakan Mesyuarat PIBG berserta dengan Majlis Sambutan Nuzul Al Quran dan Iftar Perdana. Tiga dalam satu, sekali harung semuanya 😁

Ummi skipped majlis perasmian dan tazkirah. Sebabnya bila dah hujung² nak buat persiapan untuk berbuka. 

Bawa barang macam nak pergi meniaga di Bazar Ramadhan 😆

Niatnya nak buat 1 balang air koktail dan 1 balang air kosong (air mineral letak ais). 

Kakak tolong sediakan air koktail ni. Yang ni jadi, sekejapan je licin alhamdulillah. 

Yang air kosong tu tak jadi, sebab terlupa bawa air mineral 😅 Sudahnya kami yang terpaksa ambil air mineral yang disumbangkan oleh parents lain untuk minum masa berbuka. Dah beli 2 botol besar air mineral Ahad lepas tapi terlupa bawa! 

Setiap form ada khemah KISB masing². KISB F5 la paling meriah, sebab dah final year dekat sini. Plus, this was the first time buat Iftar Perdana ni sepanjang Abang 5 tahun di sekolah ni, semua excited la kan. 

Awal tu hujan, semua tak boleh nak bentang tikar tapi menjelang pukul 6 macam tu hujan dah reda. Alhamdulillah. 

Ada juga kerusi meja yang disediakan. Santai² je konsepnya. Yang bawa kerusi meja camping pun ada 👍🏻

Menu berbuka untuk parents/family nasi tomato dan ayam masak merah disediakan oleh PIBG/sekolah. Untuk murid²packed food dari dewan makan; nasi putih lauk ayam juga. 

Konsep potluck dan ada juga buat collection duit. 

Penuh meja! 
Ummi bawa juga nasi putih dan rendang itik salai serta cucur bilis. Itu yang ada botol sos atas meja tu :D Nasi dan rendang itik Abang tapau untuk moreh katanya. Tau dah, mesti nak juga nasi/lauk Ummi masak ☺️

Alhamdulillah majlis yang seronok. 



 



24 comments:

  1. Alhamdulillah seronok nya majlis 3 in 1, meriah berbuka ramai2. Kadang macam tu lah terlupa kan. Koktail memang selalu lalu laju.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya program kat sekolah abang ni. Macam² dan PH pun sporting nak join. Bawa sorang sikit lama² banyak makanannya sampai boleh bawa ke moreh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali berbuka dgn cara begini, teruja SK. Itu yang join tu ...
      Aah mmg makanan yg lebih² tu dibuat moreh.

      Delete
  3. panjang masa program 3 in 1
    sampai selesai tarawih baru habis.

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok semua kerjasama dan berbuka sesama...banyak aktiviti sekolah abang erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam² aktiviti SA... Ini pula sesi sekolah pendek, lagilah padat jadual dgn pelbagai aktiviti

      Delete
  5. Baguih la sekolah ni... Semuanya lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki anak² permata Al Quran :)

      Delete
  6. Alhamdulillah, sekolah kakak besok majlis iftarnya

    ReplyDelete
  7. Seronok jugak program macam ni. Anak2 mesti happy dapat berbuka bersama family.

    ReplyDelete
  8. Sekolah menyediakan makanan, ditambah orangtua boleh bawa juga, makin meriah menunya ya kak 😍😍😍. Untunglah hujan tak lama turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih meriah dari Bazar Ramadhan Fanny. Untungnya lagi semua gratis 😁

      Delete
  9. Bestnya bawa rendang itik salai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah masaknya Kak, dok bertapa dlm peti ais :D

      Delete
  10. alhamdulillah, sedap2 belaka menunya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam² ada MZ... Antara ambil dgn tidak je :)

      Delete
  11. Bagusnya ada program macam ni. Rapatkan hubungan cikgu-ibu bapa-pelajar

    ReplyDelete
  12. Rasa macam sama sek dengan anak cikgu sekolah tadika dedek nie.. Sebab cikgu pun ada up status majlis nie juga

    ReplyDelete
  13. Meriah... meriah.. seronokkan sesekali buat iftar perdana begini meraikan anak-anak di asrama.

    ReplyDelete
  14. waahh meriahh 3 majlis sekali harung hehehe.. mujur hujan reda kalo tidak tak dpt nak bentang tikar hehe

    ReplyDelete