Wednesday, 1 January 2025

01012025

Berlalu sudah sehari di tahun baru... 

Kakak tengah 'mengayuh' utk UPKK Isnin depan. Packed jadual dia minggu ni. Allahu musta'an 🤲🏻

Ahad 29.12 last day tuition UPKK. 
Terima kasih Ustzh Lela & team atas bimbingan & tunjuk ajar. 

Breakfast pagi tadi. 
Azam tahun baru setiap meal kena ada buah, semoga istiqomah :) 
Goreng mee guna Perencah Mee Goreng Adabi, kurang menepati selera Ummi. Kalau Perencah Bihun Goreng & Nasi Goreng jenama ni Ummi suka, sedap 👍🏻 Lepas ni kita tomeh perencah sendiri je la utk goreng mee. Karipap Pusing beli dengan Acik Solehah, sedap sangatttt. Inti penuh, kulit rangup. Semestinya akan repeat . 

Rezeki dari kampung Cik Aida. Buah luar musim, dipos all the way dari Kulim. Baby Fatima pun dah besar, 5 bulan dah. Geram je tengok... 

Tak kemana² pun kami hari ni. Lepas Asar baru keluar sekejap ambil angin. Tapak baru Giant tu dah mula diratakan tanahnya. Jadi jugalah tu hrmmm... 




5 comments:

  1. Kalau sy pengguna tegar perencah nasi goreng adabi, bubuh udang mmg sedap ngattt.. perencah meehoon dia x suka.. better guna rencah sendiri

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan anak2 yg ambil UPKK nanti. In syaa Allah! ;)

    ReplyDelete
  3. Masih tertanya-tanya apakah nama buah yang luar musim tresebut

    ReplyDelete
  4. Area rumah SA Econsave dah hampir siap..jammed la nak keluar masuk...semoga kakak diterangkan hati menjawab kertas UPKK

    ReplyDelete