Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk kami bertiga, terpilih sebagai teman blogger terpaling mesra oleh Puan Ujie :)
Tahniah utk NA & Kak Mulan.
Terasa kerdil Puan Hazel di situ ☺️
Alhamdulillah hadiahnya dah selamat diterima 2-3 hari lepas.
Buka parcel, ada beg merah ni... Hampir tegunting tali beg from Indonesia ni, excited punya pasal π€
Love sangat dgn bag ni, lawa. Warna dan corak sangat memikat hati. Kakak pun berkenan sangat dengan bag ni. Berkenan ada makna hehe...
Ada souvenirs dari pelbagai negara, calendar, book marks dan buku. Salah satu azam tahun ni nak kembali ke hobi membaca. Semoga buku² pemberian PU ni jadi penggalak utk Ummi rajin membaca semula.
Japanese Peach Tea antara yang menarik perhatian Ummi... Cantik packaging, menonjolkan budaya Jepun. Contohnya pemakaian kimono tu, sekali tengok dah tahu ianya produk dari Jepun.
Alhamdulillah hadiah yang sangat lumayan, beraneka macam dalam satu parcel. Terima kasih banyak PU π€
Semoga diluaskan pintu rezeki, dikabulkan segala hajat dan PU serta keluarga sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah SWT. Begitu juga untuk semua kawan² blogger yang sentiasa mewarnai hari² seorang yang bernama Puan Hazel πΉ
Semoga Allah rahmati kita semua.
Alhamdulillah tahniah! Seronok bila dapat hadiah π€
ReplyDelete